Monday, September 29, 2008

Eid Mubarak !



buat semua umat Islam di seluruh dunia, izinkan sHi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kalian. maaf zahir dan batin lillahita'la. smoga kita ketemu lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah akan dtg insyaAllah. kepada sahabat2 fillah yang berada jauh di perantauan, Selamat Hari Raya juga diucapkan. segala kesilapan dari segi perlakuan dan percakapan samada yang sHi sedari atau tidak, harap dimaafkan.

berikut ialah amalan sunnah yang boleh kita lakukan ketika menyambut Aidil Fitri. segala di bawah ini diambil dari www.senikehidupan.com,

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri.


Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!! Perkara ini perlu disampaikan kerana ada anggapan yang salah yang menyusahkan sebahagian masyarakat yang berekonomi lemah.

3) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya iedul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang.


Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

6) Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat.


“Nabi s.a.w apabila pada hari raya Iedul Fithri, beliau bertakbir sehingga sampai lapangan (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)

Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan takbir secara kuat ketika berjalan menuju lapangan sebagaimana dikerjakan oleh kaum muslimin, sekalipun majoriti mereka sudah mulai meremehkan sunnah ini.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Iedul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

7) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalahhu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Disebut dalam sebuah riwayat:
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)

* going back to Jitra, my kampung tonite. smoga segalanya dipermudahkan olehNya. =)

Friday, September 26, 2008

usrah 4 @ IPBA - Bezanya Ramadhan kali ini berbanding yang lepas



sampai di kolej lebih kurang 5.30pm, trus ku bersiap ke Ipba. best betul berusrah di sana. sampai je, sesi taaruf sekali lagi bermula sambil prepare makanan tuk buka puasa. ramai lagi akhawat yang ku baru kenal. Su, Ifa, Nazirah dan Kak Syam yg sgt friendly. hehe...eh, laa Ain upsi si businesswoman baju ni pun ada gak rupanya. pe lagi, kami sembang sakan sambil makan2. Ain ain..si humaira. hehe..

sempat juga Syikin kongsi skit ilmu dengan memberi artikel 19 tanda gagal Ramadhan kepadaku dan Kak hudha. antara yang sempat kami kupas ialah:

1) Kurang melakukan persiapan di bulan Syaaban
2) Senang melewat-lewatkan solat fardhu
3) Malas menjalankan ibadah sunnah
4) Kikir dan rakus pada harta benda
5) Malas membaca Al-Quran
6) Mudah naik marah
7) Gemar berbicara sia-sia dan dusta

kami tak sempat habiskan semua memandangkan kami lebih banyak menceritakan tentang sirah Hassan al Banna, bagaimana perjuangan beliau hingga beliau syahid. juga Syikin ceritakan kisah As- Syahid Syed Qutb dan juga akhawat Zainab Al Ghazali yang melalui pelbagai penderitaan ketika ditahan di dalam penjara. Allah memberikan karamah padanya kerana menolong agama Allah. Berikut adalah serba sedikit kisah Zainab al Ghazali dan Hassan al Banna yang ku ambil dari http://www.iluvislam.com/. Hassan al Banna seorang guru, membuatkan ku lebih bersemangat menjadi guru.

_____________________________________________________________________________________

Pengorbanan Zainab al-Ghazali



Ada sebuah kisah menarik yang pernah terjadi di suatu negeri pada tahun 1965. Peristiwa ini, perlulah dijadikan pengajaran terutamanya untuk kaum muslimat. Di waktu itu, hiduplah seorang aktivis muslimah yang menyeru manusia kepada Allah SWT. Namanya Zainab Al-Ghazali.

Dia adalah seorang da'ei wanita yang cukup gigih dalam dakwahnya. Dalam hidup sehariannya, yang ada didalam fikirannya hanyalah bagaimana menyebarkan kebajikan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Dia memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam. Ketajaman kata-katanya dalam berdakwah membuat dia harus berhadapan dengan pemimpin negeri ini yang zalim pada saat itu.

Zainab Al-Ghazali pun telah menjalani fasa-fasa penyiksaan. Meremang bulu roma di saat mendengar kisahnya. Meski demikian, keyakinanannya akan pertolongan Allah swt., kelazatan iman yang dirasakannya, serta tekad yang membaja membuat ia terus bersabar. Pada Ogos 1965, Rumah Zainab Al-Ghazali digeledah oleh beberapa tentara, tanpa ada izin terlebih dahulu.

Tatkala ia meminta diperlihatkan surat penggeledahan, mereka menjawab, "Surat tugas yang mana, hai orang gila! Kami sekarang dalam masa, dimana kami bebas melakukan apa saja yang kami kehendaki terhadap kamu." Tanpa penjelasan lain yang menjadi bukti, mereka terus mengheret Zainab Al-Ghazali keluar rumah dan dibawa dengan kereta. Tanpa pembelaan, muslimah yang tekun beribadah ini terus dimasukkan ke penjara. Namun dia tetap sabar dan mengharap pahala dari Allah swt. atas ujian yang diterimanya itu. Ia dimasukkan ke dalam ruangan penjara bernombor 24. Berikut adalah cerita pengalaman beliau sepanjang berada didalam penjara:

"Sebuah pintu ruangan yang sangat gelap dibuka, lalu aku dimasukkan kedalamnya. Dan ketika ruangan itu telah menelan diriku, aku mengucapkan, "Bismillah As-salamu'alaikum." Kemudian, pintu itu ditutup kembali. Setelah itu, lampu yang sangat terang dinyalakan dengan tiba-tiba. Ini dimaksudkan untuk menyiksa diriku. Ruangan itu dipenuhi oleh beberapa anjing. Aku tidak mengetahui berapa jumlahnya. Aku pejamkan kedua mataku dan aku letakkan kedua tanganku didadaku, kerana ketakutan yang mencekam. Lalu aku dengar suara pintu dikunci dengan rantai dan gembok besar. Anjing-anjing itu terus menyerangku dan mengigit sekujur tubuhku, kepalaku, kedua tanganku, dadaku, punggungku dan di seluruh bagian tubuhku kurasakan tusukkan taring-taring anjing.

Sakit sekali. Tatkala aku mencuba membuka mata untuk melihat, maka dengan segera kupejamkan kembali kerana ketakutan yang sangat. Lalu kuletakkan kedua tanganku di bawah kedua ketiakku, sambil menyebut asma-asma Allah swt. (Asmaul Husna), mulai dari kata, "Ya Allah, Ya Allah..." Satu per satu nama agung Allah kubaca. Sementara anjing-anjing tiada berhenti mengigit tubuhku. Tusukkan taringnya kurasakan di kepalaku, pundakku, punggungku, dadaku, dan disekujur tubuhku.

Saat itu saya berdo'a kepada Allah swt. dengan mengatakan, "Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!"

Doa tersebut kuucapkan, sementara binatang-binatang buas itu tidak berhenti menusukkan taringnya disekujur tubuhku. Detik demi detik, minit demi minit dan jam demi jam pun berlalu. Tiba-tiba pintu ruanganku terbuka, lalu aku dikeluarkan dari kamar. Aku membayangkan, bahawa pakaian putih yang kukenakan telah berlumuran darah. Itulah yang saya rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah mengigitku. Akan tetapi, betapa terkejutnya aku. Seolah-olah pakaianku tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhku. Mahasuci Engkau ya, Allah. Sesungguhnya Dia selalu bersamaku dan selalu mengawasiku. Ya Allah, apakah aku ini layak mendapatkan kurnia dan kemuliaan dari-Mu. Ya, Tuhanku bagimu segala puji. Semua itu kuucapkan di dalam hatiku. Para penjaga penjara hairan ketika mengetahui bahawa anjing-anjing tidak merobek-robek tubuhku.

Saya tidak mengetahui mengapa mereka amat hairan menyaksikan hal seperti itu. Bukankah Allah swt. telah berfirman,"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad: 7)

Ini adalah peristiwa nyata yang terjadi semasa kekejaman pemerintahan. Peristiwa itu merupakan pertolongan yang diberikan Allah kepada Zainab Al-Ghazali, wanita muslimah tersebut. Mereka tidak berhenti melakukan penyiksaan kepada wanita muslimah ini. Hari demi hari berganti, bulan demi bulan teru berjalan dan tahun-tahun pun berganti. Namun, Zainab tetap terkurung didalam penjara dan menerima berbagai macam penyiksaan, tanpa kesalahan yang jelas.

Wahai saudaraku muslimah yang mulia, ini adalah realiti yang dialami oleh sebahagian saudarimu seaqidah yang tersebar di berbagai belahan bumi. Meski demikian, Zainab Al-Ghazali tetap bersabar dan mengharap pahala dari Allah, Dzat Yang Maha tinggi dan Maha kuasa. Ia selalu tegar kerana sangat yakin bahawa pertolongan Allah swt. pasti datang. Demikianlah, kekuatan iman itu dapat menimbulkan berbagai hal yang menakjubkan, sulit untuk dicerna oleh pemikiran manusia.

Hassan al Banna: Semarak perjuangannya masih terasa



Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini.

Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana.

Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna.

Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin

Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain..

Menubuhkan lkhwan Muslim

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.

Setelah berkhidmat selama 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu.

Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat.

Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesemuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan hasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur.

Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna

Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh. Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Pengurusan Jenazah

Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu.

Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama. Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya.

Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya.

Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum.

Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama, isteri Hassan Al-Banna menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid.

Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya.

Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat.

Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat.

Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin,

Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Sumber: Majalah I, April 2003
_____________________________________________________________________________________

* pasti siapapun bila membaca kisah ini akan menitiskan air mata. mereka lalui segalanya dengan susah payah, kita bagaimana? jika lab coat dikotori dengan chemical solution, mesti kita nak bersihkan dan cucikannya hingga hilang kotoran dan lab coat kembali putih kan. begitu juga dengan Islam. agama kita sudah dicemari, sudah disalah anggap sebagai pengganas oleh masyarakat dunia, kita lah bertanggungjawab untuk bersihkannya semula. ia bukanlah semudah membersihkan lab coat yang kotor. namun, harus diingat berjuang memang menempah susah kerana syurga itu kan manis.

kami sambung dengan usrah bersama Intan, Syikin, Mazni, Kak Hudha, Yuti dan sHi. asalnya tajuk usrah kali ini ialah Berinteraksi dengan Quran. memandangkan masing-masing nak menceritakan pengalaman bezanya Ramadhan kali ini berbanding tahun-tahun lepas, maka kami tangguhkan tajuk itu ke lepas raya insyaAllah. maka usrah kali ini lebih kepada Sesi Luahan Perasaan.

Bagi muqaddimahnya, satu soalan ditaya oleh Intan kepada semua, apakah natijah yang Allah nak beri kepada kita bila kita berpuasa? jika solat untuk kita cegah dari kemungkaran, zakat adalah untuk membersihkan harta dan hati kita, maka berpuasa pula adalah bertujuan untuk mengawal hawa nafsu kita, nafsu makan minum, nafsu tidur, nafsu marah dan nafsu syahwat. semua sudah tahu, syaitan sudah dibelenggu oleh Allah pada bulan Ramadhan. jadi jika kita masih lagi berbuat mungkar ketika bulan ini, maka siapa yang harus dipersalahkan? sebenarnya hati dan nafsu di dalam diri seseorang itu sendiri yang berbuat demikian. adakah kita dapat mengawal hati dan nafsu kita? kawan-kawan, smoga amal di bulan Ramadhan ini menjadi kayu pengukur untuk kita buat amal di bulan-bulan yang lain. seperti kata Kak Kimah ketika di Syahadatul Haq (SH), ukurlah ketaqwaan kita di bulan Ramadhan. kerana apabila keluarnya dari bulan Ramadhan, syaitan sudah bebas tuk membisikkan kejahatan pada hati-hati kita ini.

Firman Allah:

Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk solat) pada malam hari kecuali sebahagian kecil. (iaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu. Atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.
(Al-Muzammil 73:1-6)

inilah kelebihan bangun malam (qiyammullail) yang Allah sudah katakan pada kita. Salehuddin Al-Ayyubi memilih saf hadapan ketika ingin berperang menggunakan cara ini kerana orang yang bangun malam ini lebih kuat fizikal dan mentalnya.

masing-masing menceritakan bezanya Ramadhan kali ini berbanding yang lepas. bagi diriku sendiri, Ramadhan kali ini sangat berbeza berbanding dulu. sungguh rugi rasanya. seperti Kak Kimah katakan, default settingku hampir 22 tahun ialah RUGI. jika dulu, asal ada test atau penat skit, pasti tak berterawih. alasan yang selalu diguna pakai. sedangkan apalah sangat dunia ini kerana segalanya milikNya. mungkin bagi sesetengah orang, 2 jam di surau/masjid telah membuang masa mereka kerana 2 jam di bilik mungkin boleh menghabiskan membaca nota tuk test. tapi apakah mereka sedar bahawa masa yang mereka peruntukkan itu tidak berkat kerana melupakan Allah sementara hinggakan solat yang wajib pun ditangguhkan hingga ke lewat malam. begitulah diri ku ketika jahiliyah. juga weekend dan malam-malamku ketika di bulan Ramadhan terdahulu tidak dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu yang ku hadiri seperti sekarang.

menjadi seorang dae'i (pendakwah) tidak pernah ada masa lapang. jika dulu, pabila orang bertanyakan tentang hobi kita, mcm2 yg kita jawab kan. namun bagi dae'i, menyampaikan dakwah itulah hobi mereka. semua manusia diberi masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. namun pengisian ketika 24 jam itu yang membezakan seseorang individu. samada melakukan perkara yang lagha atau bermanfaat. back to basic, matlamat hidup kita ada 2 iaitu beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah.

Firman Allah:

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (Adz-Zariyat 51:56)

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka berkata "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"
(Al-Baqarah 2:30)


makin lama ku dengan akhawat semua, makin rapat dan hepi dengan diorg. ketika iftar, ummu ceritakan pengalamannya ke Medan. jaulah ummu ke sana adalah untuk mendengar SH, hari dan waktu yang sama ketika kami mendengar SH di masjid sunway. pasti pengalaman berbeza yang kami dapat.

Jazakillahu khair Kak Mas, si bakal ibu yang sudi dtg jumpa sHi di 4th hari tu. tekejut gak tetibe Kak Mas yang kuar dari kete. Allah dh plan nak pertemukan kita bertiga, sekali dengan Intan. akak tgk emel nanti ye, sHi dah emelkan gamba kita dua pakai baju wane coklat sama2..hehe. Syukran jazilan juga buat Kak Hudha dan Intan, bagi kad raya yang comel. n not to 4get to Lai, thanks a lot. appreciate dat. smoga kita berjumpa lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah akan datang insyaAllah.

* tringin nk join jaulah (trip)sambil berdakwah bersama akhawat. Intan n Ain dah beli tiket. moga2 Allah permudahkan tuk minta permission dr mak ayah. nk jaulah ke mana? haa, suprise la dulu. Kak sawa, tlg back up..kawan-kawan, tlg doakan jugak ye. =D

Wednesday, September 24, 2008

lets get rid of Israel products



have a look at this simple wallpaper. i did it by myself. yup, its simple but the message i would like to give is the most important. takpe, dun do it drastically, honestly, me either still ada gunakan lagi, tapi kita kena ada usaha tuk sentiasa tak guna, tak memakai, tak makan dan tak minum barangan israel ini. byk lagi alternative lain kan. kerana org palestine umat islam juga, cuba pejamkan mata 10 saat dan bygkan ibu bapa kita di sana, di tembak, di seksa, menempuh pelbagai penderitaan, adakah kita masih lagi sanggup nk berikan duit kita tuk membeli peluru tuk kafir laknatullah ini? tak de sesiapa yang sanggup. tidak mustahil malaysia juga boleh menjadi seperti ini satu hari nanti...hanya Allah dpt membantu. renung2kanlah...(u may save this wallpaper and pass to the others)

Untukmu Palestin - Raihan

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air


Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin

* syukur tidak terhingga seorang kakak yang sering ku datang kepadanya dan bercerita tentang Islam serba sedikit, telah nampak perubahannya. sudah ingin bertanya mcm2 pada ku, sudah bersedia mendengar kisah2 nabi yang ku ceritakan dan sudah ingin menghafal tahiyyat akhir dan doa qunut. "takpe, slow slow, lama2 buleh la tu kak. wat suku kata, hafal sekali dgn makna melayu, baru cpt ingat dan cpt fhm keh".inilah permulaan Syahadatul Haq ku. ku akan trus menerus mendampingi dan bercerita kepadanya tentang apa yang ku tahu mengenai Islam. "awak ni macam ustazah lah. cakap takde stop2, cuba la berhenti dulu. "eh kak, perjuangan ni takkan penah berhenti sampailah kita mati kak. stakat ni je la yg saya mampu buat. selagi saya ada suara, saya gunakan air liur saya ni tuk berdakwah. lagi satu, sume orang leh jadi ustaz atau ustazah tau. bukan setakat orang yang ada kelulusan agama je leh jadi ustazah. sbb ustazah tu maksudnya contoh/ikutan. so sape2 leh jadi ustazah kan? akak pun leh jadi. hehehe...".

jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang sering menjadikan blogku yang tak seberapa ini sebagai satu kewajipan untuk membukanya hari2. siap suruh ku cpt2 update lepas pegi program mane2 sbb nak baca. takpe, tak perlu send comments pun takpe, asalkan ilmu tu dapat dan berkesan di hati. pada marini, rahmah, uena, baiti, iqa, aisyah, inaz, rus, kak lin@zarina serta lain2 yang ku tahu dan yang ku tak ketahui. jazakumullah khairan kathira. smoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan yang tidak terhingga. smoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.Impianku, ya Allah, izinkanlah aku menjadi asbab kepada orang lain tuk berhijrah seperti mana orang lain menjadi asbab kepadaku untuk berhijrah... Ameen.

Monday, September 22, 2008

Daurah Syahadatul Haq (SH) @ Masjid Sunway



post kali ini akan menjadi terlalu panjang sesuai dengan contentnya. post kali ini merupakan post yang teramat amat penting bagi semua. di minta agar para pembaca dapat mengambil sepenuh perhatian tentang post ini. wajib untuk kita laksanakan Syahadatul Haq ini jika kita tidak mahu dilaknat oleh Allah. Nauzubillah.

tajuk daurah yang ku hadiri di Masjid Sunway ini ialah Syahadatul Haq. ku tiba di Masjid agak lewat memandangkan ku harus hadiri English class dari 9-11am. Kak Kimah yang merupakan kawan kakakku ketika study di Aussie dulu sudah pun mengambil tempat dan menjadi presenter di depan. ku terus duduk bersila dan mencatit apa yang ku sempat dengar.

Muqaddimah yang diceritakan oleh Kak Kimah yang sempat ku dengar ialah bermula dengan slide Manhaj Nubuwwah (cara Nabi). mungkin muqaddimah yang diceritakan ini adalah summary tentang program ISK (Ini Sejarah Kita) dan IPK (Ini Peranan Kita). ku masih belum berkesempatan ke IPK. dakwah dan tarbiyah ialah agenda utama baginda S.A.W tatkala memulakan dakwah di Mekah. Formula kebangkitan Islam ialah mulanya dengan mentarbiyah individu dahulu, dan perlu memastikan kita ini bukanlah angka-angka kosong, kerana tiada faedahnya dtg menuntut dan mengetahui sesuatu ilmu tapi tidak dipraktikkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tarbiyah perlu dilakukan adalah berusaha untuk menyelesaikan masalah umat secara praktik dan sunnah. iaitu umat dari segi siasah dan dari segi fikrah. Tarbiyah juga perlu untuk mewujudkan generasi "wahan free" iaitu bukan generasi yang cinta dunia, takut mati. Bagaimana mahu lakukannya? penyelesaiannya ialah dengan menjadi 10 ciri individu muslim sejati seperti yang ku letakkan di tepi kanan blogku. manakala langkah untuk menjadi muslim yang sejati ini ialah dengan menghadiri usrah. ada orang yang akan ingatkan andai kita tersasar jauh. ada orang yang memberi peringatan dan kekuatan semula bila kita rasa jatuh dan putus asa. untuk menjadi baik, kita kena berkawan dengan orang yang baik kan?

* ku ingin menjadi "rijal" seperti yang Umar Al Faruq katakan. rijal ini bukanlah bererti ku harus mempunyai sifat-sifat kelelakian secara fizikal, namun di dalam hati ini, perlu gagah dan kuat seperti rijal. bak kata Kak Kimah, jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian, boleh menggoncangkan dunia! inilah dia modal untuk kita kembali memerintah dunia.

* ada akhawat yang bertanya apakah maksudnya kita perlu berkahwin dengan pasangan yang sesuai? pasangan yang sesuai ini ialah pasangan yang mengetahui matlamat sebenar hidup kita iaitu menuju keredhaan ALLAH. Baitul Muslim merupakan step kedua selepas Individu Muslim di mana bertujuan untuk meluaskan dakwah dan mempunyai kelangsungan tarbiyah. jika tidak mencari pasangan yang sesuai, manakan boleh Kak Kimah berada di depan kami ini pada hujung minggu? boleh saja Kak Kimah bersenang-senang di rumah, melayan suami, tgk tv bersama, namun kerana mendapat pasangan yang sefikrah, yang memahami bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang lebih besar di rumah, maka Kak Kimah hadir bersama kami. pasangan kita bukan setakat menjadi pasangan tika di dunia, malah dapat membantu untuk mendapat syurga di akhirat kelak.

Syahadatul Haq

Selepas selesai solat Zuhur berjemaah bersama imam dan para jemaah di masjid, barulah Syahadatul Haq bermula. semua akhawat diberi satu artikel panjang bertajuk Syahadah Al-Haq. Ianya diambil dari ucapan yang disampaikan oleh Syeikh Abu al A'la al Maududi, Pemimpin Persatuan Islam Pakistan. beliau merupakan salah seorang penyumbang terbesar kebangkitan umat seangkatan dengan As Syahid Hassan al-Banna. sinopsis artikel ini sebenarnya ialah mengenai firman Allah dari surah Al-Baqarah, ayat 143.



Firman Allah:
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...
(Al-Baqarah 2:143)


Al-Maududi dan Hassan al Banna mempunyai persamaan. Maududi dilahirkan pada 25 September 1903 di India manakala Hassan al Banna dilahirkan juga lebih kurang tahun itu iaitu pada bulan Oktober 1906 di Mesir. mereka tidak pernah berjumpa, namun mereka membawa benda yang sama dalam bahasa yang berlainan dan di tempat yang berbeza. Maududi permah dijatuhkan hukuman mati tetapi tidak dilaksanakan kerana kekurangan bukti. Saat mendengar keputusan hukuman mati itu, dia berkata “Jika ajalku telah tiba, maka tak ada seorangpun yang mampu mencegah kematianku, namun jika kematian belum saatnya maka apapun usaha mereka tak mungkin akan berhasil juga.” Maududi belajar di rumah, seorang yang dianugerahkan kebijaksanaan. padau usia 15 tahun, beliau menerbitkan surat khabar sendiri di mana sebahagian umat Islam di India berminat dengan apa yang ditulis. Jemaah Islamiyyah seterusnya ditubuhkan. Maududi meninggal dunia kerana sakit pada 22 September 1979.


As Syahid Imam Hassan al Banna


Syeikh Abu al A'la Al Maududi

Perenggan pertama dalam muktamar yang disampaikan Maududi ini bukanlah sekadar kata-kata aluan. ianya mempunyai kaitan dengan firman Allah dalam surah As-Saff ayat 1.

Firman Allah:
Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.
(As-Saff 61:1)


bertasbih kepada Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi iaitu semua makhluk termasuk burung, ikan paus, gunung, batu, semut dan manusia mensucikan Allah. "suci" bermaksud mengiktiraf tempat Dia yang sepatutnya. mensucikan Allah bermaksud mengiktiraf hak-hak dan sifat-sifat Allah. bagaimana mahu mensucikan Allah? ialah dengan meletakkan hanya Allah di hati kita dengan mengamalkan amar makruf nahi mungkar. namun apa yang terjadi sekarang ialah masih ada lagi yang tidak mensucikan Allah iaitu makhluk yang bernama An-Nas iaitu manusia. manusia tidak menjadikan Allah sebagai Al-'Ala iaitu Yang Paling Tinggi. maka tuntutan mensucikan Allah masih tidak terlaksana. Selagi masih ada lagi makhluk yang tidak bertasbih kepada Allah, selagi itulah tanggungjawab kita untuk berdakwah ini akan berterusan supaya tuntutan ayat 1 dalam surah As-Saff ini terlaksana iaitu dengan mewujudkan Islam sebagai Ustadziatul Alam (pemimpin/ikutan kepada alam). bagi mencapai Ustadziatul Alam, Maududi berkata kita perlulah berterima kasih kepada para Rasul dan orang-orang soleh yang terdahulu dan mengikut seperti yang mereka lakukan.

perenggan ucapan Maududi yang seterusnya mengatakan bahawa dakwah bukan semata-mata untuk mengajak manusia solat dan buat amal kebajikan tapi untuk mengajak umat supaya merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu masing-masing sebaik sahaja kita mengucap kalimah syahadah (Pengakuan bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah). sebenarnya kawan-kawan, tanggungjawab kita tidak cukup hanya sekadar melaksanakan rukun Islam dan rukun Iman. tanggungjawab yang paaaaling besar hakikatnya ialah dengan melaksanakan Syahadatul Haq (Penyaksian kepada Kebenaran) itu sendiri iaitu menyaksikan kebenaran kepada seluruh alam. bayangkan selama 22 tahun ku hidup, ku berada dalam keadaan yang rugi. default setting hampir semua orang ialah RUGI! seperti firman Allah dalam surah Al-Asr.

Firman Allah:
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-Asr 103:1-3)


kerana selama ini kita tidak faham akan tanggungjawab yang dibawa sekali dengan kalimah syahadah yang kita ucapkan setiap kali kita tunaikan solat. tempat yang layak bagi kita hanyalah neraka. masih tidak cukup lagi untuk kita ke syurga kerana tidak laksanakan tanggungjawab yang diberikan olehNya.

selagi orang belum yakin tentang Islam, selagi orang belum faquhu (tahu dan amalkan) tentang Islam, selagi itulah tanggungjawab kita belum selesai. selagi semua orang di muka bumi ini tidah yakin benar dengan kecantikan Islam sehingga Islam mencapai Ustadziatul Alam, selagi itulah perjuangan kita belum selesai. SH tidak cukup hanya dengan Islamkan semua orang, SH tidak cukup hanya dengan bangun malam, SH tidak cukup dengan semua itu.

Firman Allah:
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...
(Al-Baqarah 2:143)


Berdasarkan ayat Allah di atas ini, Allah telah meletakkan kita iaitu umat Nabi Muhammad sebagai umat "wasato" iaitu umat pertengahan di mana Rasul telah menjadi saksi atas perbuatan kita, maka kita pula menjadi saksi atas perbuatan manusia yang lain, iaitu orang kafir dan orang yang masih tidak tahu tentang Islam yang sebenarnya.

RASUL --- KITA (UMMATAN WASATO) --- MANUSIA

"Ini semua supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para Nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka" - Al Maududi


Analogi yang diberikan oleh Kak Kimah


Seorang pemandu melanggar seorang perempuan mengandung dan mati di tengah jalan. hanya sHi seorang sahaja yang berada di tempat kejadian dan menjadi saksi dalam kes itu. untuk menjatuhkan hukuman kepada pemandu itu, sHi perlu berada di dalam kandang saksi. jika sHi buat tak tahu dan tidak ke mahkamah, maka sHi telah pun menyembunyikan persaksian itu. maka, perempuan mengandung itu mati dalam keadaan kebenaran tidak ditegakkan kerana pemandu itu terlepas dari hukuman. semuanya berlaku hanyalah disebabkan sHi tidak menjadi saksi. siapakah yang lebih zalim dari orang yang telah sembunyikan kebenaran itu?? begitulah Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah 2:140 akibat penyelewangan syahadah,

Firman Allah:
...Katakanlah, "Kamukah yang lebih tahu atau Allah, dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya?" Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:140)


adakah kita ingin menjadi seperti kaum Yahudi pada masa dahulu yang telah dianugerahkan takhta syahadah tapi mereka menyembunyikan syahadah ini dan dilaknat oleh Allah? menjadi kera-kera dan babi-babi. Nauzbilllah min zaalik! Beratnya tugas ini...

Firman Allah:
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
(Al-Maidah 5:60)


maksud syahadah ialah kita haruslah menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. iaitu dengan dakwah dan tarbiyah seperti mana Rasulullah S.A.W lakukan. Nabi diutuskan kepada kita untuk sampaikan mengenai Islam kerana belajar Islam tidak boleh melalui logik akal. jika Islam hanya boleh diterima melalui logik akal, maka tidak perlulah Allah utuskan para Nabi dan Rasul kan? begitu juga dengan kita, kita dipilih dan diberi tugas untuk menyampaikan mengenai Islam kepada manusia yang lain supaya ianya boleh menjadi hujah untuk Allah untuk menghukum hamba-hambaNya. kerana Allah Maha Adil, Maka Pengasih, Maha Pengampun dan Maha Pemurah. Dia tidak akan menghukum mereka yang tergelincir daripada landasan hidup sebenar sedangkan mereka tidak pernah mengetahui jalan yang boleh memimpin mereka ke arah kebaikan atau jalan yang menyelamatkan mereka daripada dosa, sedangkan mereka tidak mengetahui jalan sebenar yang dapat mengangkat martabat mereka ke arah insan yang sempurna. kerana itulah Allah utuskan Nabi untuk memberi amaran dan membawa khabar gembira pada kita. supaya dapat mengingatkan manusia tentang apa yang mereka perlu jauhi supaya tidak dihukum oleh Allah kelak dan membawa manusia lebih dekat dengan Allah untuk mendapat rahmat dan kurniaNya.

Firman Allah:
Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah 4:165)


Kisah Rasulullah berdakwah di Taif:

Sebelum itu, kedua orang kesayangan Nabi telah kembali menemui Allah iaitu Khadijah dan Abu Talib, tahun itu digelar Tahun Kedukaan. namun, dengan kesungguhan dan ketabahan, baginda bersama Zaid ke Taif yang jaraknya lebih kurang 60 km, berjalan kaki dalam keadaan sedih. Namun, apabila tiba di Taif, sekumpulan kanak-kanak membaling batu ke arah mereka sehingga mengalir darah baginda hingga ke buku lali. Rasulullah menegah Jibril untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka kerana baginda berkata sesungguhnya akan ada nanti anak cucu mereka yang akan masuk Islam. dan ternyata dengan izin Allah, Umar Abdul Aziz iaitu seorang generasi Taif ialah orang Islam. Wahai kawan-kawan, begitulah perjuangan Rasulullah untuk menyampaikan SH. sedih, sungguh hiba kami apabila mendengar kisah ini. ramai yang menitiskan air mata. seorang Nabi yang menjadi kekasih Allah pernah melalui zaman lapar, zaman papa kedana, ancaman bunuh, penghinaan dan penderitaan. Bagaimana dengan kita??? Tiada darah yang keluar, tiada peluh yang banyak, apabila kita berdakwah, hanya orang itu memalingkan muka kerana tidak ingin mendengar apa yang kita ingin katakan sudah membuatkan kita sedih dan hampir berputus asa. lihatlah Rasulullah, tidak pernah kenal erti penat lelah untuk laksanakan SH. perjuangan kita memang tidak dapat dibandingkan dengan Rasulullah. kita perlulah jadikan sifat mulia Nabi Muhammad sebagai qudwah (contoh) hasanah yang terbaik untuk kita laksanakan SH di zaman ini. jika para Nabi ini tidak menjalankan tugas mereka, maka merekalah yang akan dihukum oleh Allah kerana kesesatan dan kejahatan manusia. begitulah juga dengan kita...kita juga akan dihukum oleh Allah jika tidak sampaikan SH.

" Apabila mereka melaksanakan tanggungjawab syahadah ini dengan bersungguh-sungguh, mereka akan menerima ganjaran dari Allah, tidak kira sama ada manusia itu menerima atau menolak mereka" - Al-Maududi


Pembahagian Syahadah

1) Syahadah Perkataaan (Qauliyyah) - jelaskan kebenaran menggunakan lisan dan pena atau apa sahaja cara dakwah dan sebaran menggunakan media cetak atau radio serta bantuan segala ilmu, teknik dan teori yang lama dan moden yang telah dihasilkan oleh kajian manusia.

Setiap manusia ada capability masing-masing dalam menyampaikan dakwah. ada yang boleh bercakap di depan, tapi apabila menulis tidak memberi kesan dan impak seperti mana dia bercakap di depan. seperti diriku sendiri, ku lebih gemar menulis blog tuk berdakwah, kerana ku kurang mahir dalam bercakap di depan. walaupun ku tahu segalanya tentang sesuatu perkara, apabila berhadapan dengan orang, trus ku jadi blur dan lupa akan apa yang ingin disampaikan. ku boleh bercakap di depan jika ada persediaan yang rapi dan bukan spontan seperti Kak Kimah lakukan. seperti kawanku seorang ini, beliau pakar dalam membuat video islamic yang sangat menarik dalam berdakwah. bagi yang suka mengambil gambar juga boleh berdakwah dengan cara itu. kerana SH memberi peluang kepada kita gunakan segala cara untuk berdakwah. namun segalanya kita perlu lakukan secara konsisen, mesti ada perancangan dan strategi.
selalunya, sesuatu yang memberi kesan kepada kita, itu jugalah yang akan memberi kesan pada orang lain kerana ianya datang dari HATI. maka oleh itu, sampaikanlah...
Hassan al Banna pada usianya 18 tahun menubuhkan satu kelab bernama Amar Makruf Nahi Mungkar di mana beliau dan kawan-kawannya berdakwah dengan menulis surat dan beri pada orang yang banyak cakap. kerana apabila berhadapan dengan orang yang banyak cakap dan suka berhujah ini, pasti mereka ingin menang. oleh itu, cara yang terbaik ialah dengan menulis surat. ku harus contohi wira syahid ini kerana ku juga pernah berhadapan dengan keadaan yang seperti itu. begitu juga di dalam usrah. menulis surat atau memberi sms ialah satu cara yang paling efektif.

2) Syahadah Perbuatan (Fi'liyah)- kehidupan seharian kita mestilah menjadi cermin yang membiaskan dasar dan prinsip yang kita ingin benarkan itu. cara ini selalunya lagi efektif kerana ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORD. hanya kita menjadi qudwah hasanah pada orang, orang lihat dan mungkin terus orang itu akan lakukan seperti yang kita lakukan. contohnya ketika kita di dalam usrah dan program, kita sangat berakhlak baik dan sebagainya, namun bila balik di rumah dan di faculty, perangai kita tidak mencerminkan apa yang kita ingin sampaikan. maka, orang tidak akan sekali-kali mempercayai kita dan kesannya, SH gagal dilaksanakan.

SH bukan setakat menyampaikan sahaja, malah kita harus pastikan orang itu benar-benar faham akan apa yang ingin kita sampaikan. tidak kira dari bentuk perkataan mahupun perbuatan. namun harus diingat, akhlak yang baik sahaja tidak mencukupi untuk laksanakan SH kerana syahadah tidak akan lengkap dan terhasil melainkan setelah terbentuknya sebuah negara yang menjadikan undang-undang Islam sebagai objektif dan misi utama. iaitu sebuah negara yang meletakkan usaha memartabatkan agama Islam sebagai matlamatnya.

kita harus laksanakan SH sehinggalah apabila semua lapisan masyarakat akan berkata,

"Demi sesungguhnya, agama yang dapat membentuk dan membangunkan sesebuah negara seperti ini sudah tentu agama yang pasti akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia dan membawa penganutnya ke arah kejayaan di dunia dan akhirat".


"Kami telah sampaikan kepada seluruh penduduk bumi ini apa yang telah disampaikan kepada kami, tanpa mengenal erti penat lelah. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak mahu menerima kalimah hak dan enggan mengikut cara hidup sebenar yang diredhai oleh Allah. mereka sebenarnya menzalimi diri sendiri dan mereka menurut jalan yang sesat kerana kezaliman dan keangkuhan mereka sendiri".


--> selagi kita belum boleh katakan ayat di atas ini, selagi itulah SH belum selesai. tidakkah anda nampak, betapa jauhnya lagi perjalanan kita...

SH tidak boleh dilakukan seorang diri kerana masing-masing mempunyai perbezaan individu, mempunyai kelebihan yang berbeza, oleh itu ia harus dilakukan secara jemaah supaya dapat gunakan semua kelebihan yang ada dan kita menjadi lebih kuat.

* ku mengangkat tangan dan menanyakan Kak Kimah satu soalan tentang bagaimana jika mak ayah yang menjadi halangan untuk kita berdakwah? Kak Kimah dengan senang hati menjawab, ada 3 points yang perlu kita ambil.

1) Berdoa kerana doa ialah senjata orang mukmin. ini yang paaaaling penting iaitu bergantunglah kepada Allah. Allah yang boleh melembutkan hati manusia seperti mana Dia melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab untuk memeluk agama Islam.

2) Create authority, where we have to let ourselves prepare our own time table, not other way round. barulah kita boleh lihat priority kita di mana. point ini juga perlulah digunakan apabila waktu program/daurah/usrah kita clash dengan group discussion, meeting atau perjumpaan lain. kerana Head of the world is bigger than anyone else!

3) Melalui qudwah dan akhlak yang baik di depan mereka, bila di rumah perlulah lebih baik berbanding di luar, berbanding di dalam usrah, berbanding dengan kawan-kawan. barulah mak ayah akan percaya yang anaknya telah berubah menjadi lebih baik dan membenarkan kita ke program2 seperti ini lagi. mungkin juga dengan izin Allah, mereka pula yang akan berubah setelah melihat perubahan baik kita.



Tips untuk sampaikan SH

Pagi Ahad selepas selesai qiyammullail, sahur, subuh berjemaah dan mendengar tazkirah dari Imam Masjid Sunway, kami lakukan senam robik comel bersama. sungguh kelaka video Ar Ruhul Jadid itu. hihi.. selepas segar semula, kami menyambung program. Kak Zai menjadi presenter pada pagi itu dengan memberi tips untuk menyampaikan SH.

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
(Al Hajj 22:77-78)


Dengan berpegang pada firman Allah ini, kita mampu laksanakan SH. syaratnya ialah dengan rukuk, sujud, sembahlah Allah dan berbuat amal kebajikan. ramai orang sekarang ini rukuk dan sujud (solat) namun tidak menyembah Allah. dan bukan itu sahaja, Allah menyambung lagi dengan menyatakan supaya berjihad dengan sebenar-benarnya kerana Allah telah memilih ku, memilih kami, akhawat yang berkumpul di sini untuk menyampaikan suruhanNya. thank you Allah. =)

kemudian, kami dibahagikan dalam group dan perlu membuat lakonan iaitu mengenai cara-cara untuk berdakwah kepada orang. group ku diberi tugasan untuk melakonkan bagaimana cara untuk menyampaikan SH kepada adik beradik. memang sesuai benar dengan keadaan adik beradikku yang perlu ku tarbiyah. seperti Kak Zai katakan, lakonan yang kami lakukan ini hanyalah illusi, maka kita harus merealitikannya selepas habis program nanti. di luar itulah mehnah (ujian) yang sebenar-benarnya. akhir program, kami menyanyikan lagu Satu Tekad dari UNIC beramai-ramai. Kak Ayu bertakbir, kami menyahut Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Satu Tekad - UNIC

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untuk teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah


Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah




seperti kata Al-Maududi, kita hanya ada 2 pilihan, samada kita ingin bekerja bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab SH ataupun kita tergolong dalam golongan yang dilaknati Allah. percayalah wahai kawan-kawan sekalian, jika kita tak lakukan SH ini, Allah bukan sahaja akan melaknat kita di dunia dan di akhirat sana, malah kita akan diselekehkan oleh anak-anak kita nanti seperti mana kita menyelekehkan orang-orang terdahulu yang menjadikan dunia kita seperti begini. ingatlah, bahawa salah satu amalan yang boleh dibawa ke akhirat kelak ialah doa dari anak-anak yang soleh.

" Laksanakanlah SH di tempat kamu sementara masih ada waktu, kelak kita akan dapat gelaran syahid" - Kak Kimah


Jazakumullahu khair Kak Kimah dan Kak Zai for sharing all these. inilah qudwah yang patut kita contohi. siapa sangka, 2 wanita manis bertudung labuh, memakai jubah ini bukanlah seorang ustazah yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama, namun inilah dia seorang engineer Petronas kelulusan Australia dan doktor di PPUM kelulusan UK yang beriman. sanggup tidur setikar bersama kami, makan sedulang dengan kami. i wanna be like both of you. seorang guru yang beriman. insyaAllah. Jzkk juga diucapkan pada akhawat semua, kakak-kakak, adik-adik serta pada Intan, Syikin dan Yana kerana senantiasa mengingatkan sHi dan memberi semangat pada sHi tuk teruskan perjuangan ini.syukur alhamdulillah, moga akhawat yang datang dari pelbagai tempat hampir seramai 90 orang yang Allah himpunkan di program 2 hari 1 malam ini akan sentiasa istiqamah dan thabit menuju keredhaan Allah ini. smoga kita ketemu lagi di daurah akan datang, bulan depan insyaAllah. Biiznillah...

* Happy Bufday buat mak dan Hassan. smoga keluarga kita sentiasa dilimpahi berkat dan rahmat dariNya. mak, pakailah sandal tu ye. Hassan, guna leklok hp baru tu, jgn rosakkan lagi, kena sabar banyak. saayang mak, saayang Hassan. kerana Allah semestinya =)

Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran - 17 Ramadhan



selang waktu selepas 4 rakaat menunaikan terawih, seperti biasa Balai Islam akan menyelitkan tazkirah ringkas untuk manfaat bersama sebelum menyambung lagi 4 rakaat dan witir. dan pada malam ini, diceritakan serba sedikit tentang Nuzul Quran yang berlaku pada 17 Ramadhan. na za la, kata akar bagi perkataan turun dalam Bahasa Arab. Al Quran diturunkan beransur-ansur mengikut peristiwa. Al Quran diutuskan oleh Allah S.W.T melalui malaikat Jibril (sahabat karib Nabi) kepada Nabi Muhammad S.A.W. seperti ramai yang sedia maklum tentang seerah Nabi ini, baginda mendapat wahyu pertama di Gua Hira'. Gua Hira' ini telah diperkenalkan oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Talib yang pada waktu ketika itu merupakan pembesar Mekah. ketika itu, Nabi ke sana untuk mencari2 petunjuk dan cahaya kerana pada waktu itu, penduduk Mekah semuanya melakukan perbuatan jahiliyah seperti membunuh anak perempuan yang dianggap tidak berguna, minum arak dan melakukan maksiat di depan Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. tiba2 dtg lah satu lembaga yang tidak pernah dilihat baginda. Baginda ialah seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Wahyu pertama yang diturunkan tidak lain tidak bukan ialah surah Al-'Alaq ayat 1 hingga 5.

Ustaz Yazid yang baru sampai pun datang menyambung tazkirah mengenai Badar Kubra. Perang pertama umat Islam. 313 umat Islam versus 1000 tentera Musyrikin. Allah membantu umat Islam dengan mendatangkan bantuan dari langit iaitu para malaikat. perang dahulu bukan seperti perang sekarang yang hanya menekan picu dan punat bom sahaja boleh membunuh nyawa yang tidak berdosa. perang dahulu seperti Perang Badar, Nabi menyuruh 3 orang bapa saudaranya mara ke depan untuk berlawan dengan 3 orang Musyrikin. Saidina Hamzah versus Syaibah, Saidina Ali versus Walid, Saidina Ubaidah versus Utbah. Hamzah dan Ali menang manakala Ubaidah mati syahid. di sini kita boleh nampak di dalam perjuangan, Nabi memilih dan menyuruh saudara-saudaranya yang mempunyai pertalian darah dahulu untuk mara ke depan. bukan seperti zaman sekarang, yang hanya apabila senang sahaja ingat saudara mara. bila susah, entah ke mana perginya.

melalui Perang Badar ini, Ustaz Yazid menyimpulkan bahawa ada 4 perkara yang kita boleh contohi untuk mengembangkan Islam:

1) Nabi Muhammad berfikiran terbuka. walaupun baginda seorang Nabi, berkuasa lakukan apa sahaja, namun baginda tetap bermusyawarah dan mendengar pendapat para sahabat.
2) Tawakkal pada Allah. sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membantu kita.
3) Semangat setiakawan Nabi dengan para sahabat yang tidak berbelah bagi.
4) Semangat pemuda Badar yang berjiwa besar.

Antara peristiwa lain yang berlaku ketika Ramadhan ialah:

1)Perang Ahzab
2)Fathul Mekkah
3)Perang Ain Jalut (Perang Mongolia)- afwan, tak bape tahu sgt ttg ini
4)Perang Salib (Salehuddin Al-Ayyubi jd hero Islam)

Wallahua'lam.

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:2-3)


* inilah yang sering ku takuti. amat takut. Jauhilah daku dari perkara ini ya Allah. kadang-kadang ku lupa, ku leka, ku lalai dengan dunia. rasa jauh denganMu. jauhilah diriku dari penyakit wahan (cinta dunia takut mati). Ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati, Kau tetapkanlah hati ku di jalan agamaMu ini.

"kite tidak mendidik seseorng jika kite sendiri tak mendidik diri kite ke tahap yg lebih baik...'jadikan hari ini lebih baik dr hari semlm...utk kite berada dlm golongan yg beruntung"


Perkenankanlah doaku ya Allah...

Monday, September 15, 2008

Buat mak dan ayah yang ku sayang kerana Allah



2 beautiful songs i truly deeply dedicated to both of u..


Ayah dan Ibu - Inteam

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati


Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ayah ibu restui perjuanganku - Alarm Me

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu


* Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu



* Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghira. Ku berdoa...

Saturday, September 13, 2008

Kursus Pengurusan Jenazah @ 4th



lebih kurang 9.15am, ku dan Tini ke Dewan Santapan untuk mendaftar Kursus Pengurusan Jenazah. ku sendiri tidak percaya, selama 4 tahun di 4th, setiap tahun kursus ini dianjurkan oleh Balai Islam namun tidak ada sedetik pun hatiku ini ingin memasukinya. syukur alhamdulillah ku panjatkan pada Allah kerana membuka hatiku untuk memasukinya pada tahun akhir ku di UM. dulu ku tidak tahu apakah pentingnya pergi kursus sebegini. baik tidur atau buat keje lain di bilik. namun sekarang, sudah tidak perlu dikatakan lagi, program sebeginilah yang membuatku tertunggu-tunggu walaupun badan ini agak letih. semuanya kerana ingin mencari ilmu dan ganjaran pahala sebanyak yang mungkin sebelum nyawa diambil semula oleh Allah. lillahita'ala.

Taklimat dijalankan oleh Ustaz Hj Sujak yang sememangnya dari umurnya sudah ku tahu beliau mempunyai banyak sangat pengalaman tentang kursus ini. projek ini memang boleh dikatakan berjaya kerana pengurusannya sangat bagus. berbekalkan wang RM5 yang diminta oleh setiap peserta, AJK program ini memberikan kami pocket file disertakan dengan pen, kertas kosong, slideshow Power Point bertajuk Pengurusan Jenazah Muslim (dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), sijil serta kain kosong untuk praktikal mengkafankan jenazah. pada awalnya, kami diperlihatkan dengan video yang telah disediakan oleh Ustaz. Nauzubillah min zaalik, itu sahaja yang boleh ku katakan. video yang memaparkan bagaimana mayat di dalam kubur menggigil kesakitan sehingga terbeliak bulat matanya. seperti kata Ustaz, ada manusia mati yang ingin hidup semula semata-mata untuk buat amal soleh. namun segalanya sudah terlambat.


"Taubat ialah kabel besar untuk kita dapat syurga Allah. Untuk menanamkan dalam diri ada rasa insaf akan perbuatan yang lalu, tambahkan lagi amal kebajikan, banyakkan amalan sunnah"


Allah, ku mohon ampun padaMu. sungguh ku bertaubat padaMu, ku kesal dengan segala perbuatan jahilku yang lalu Ya Ghafur.

Antara isi kandungan Power Point presentation yang diberi ialah:

Adab Ziarah Orang Sakit:

1)Sunat menziarah supaya dapat menghiburkan hati pesakit, beri nasihat dan mintanya banyakkan bersabar dan redha atas ujian Allah supaya dapat pahala yang banyak, dapat juga menjadi sebagai kifarah dosa.
2) Tidak menziarah terlalu lama, tidak berbual kosong dan membuat bising
3) Doakan supaya cepat sembuh, baca Selawat Shifa'
4) Sunat menitiskan air ke mulut pesakit

Adab Ziarah Pesakit Nazak:

1) Ajarkan Kalimah Syahadah, hanya Lailahaillallah
2) Baca surah Yaasin dan Ar - Ra'd
3) Mendoakan pesakit

Kewajiban dalam Mengurus Jenazah (4 steps):


Mandi jenazah --> Kafankan jenazah --> Sembahyangkan jenazah --> Kebumikan jenazah

Barang-barang yang perlu untuk satu jenazah:

14 stgh meter kain putih, 4 gulung kapas (dibahagikan kepada 9 keping), 1 kotak kapur barus + 3 bungkus serbuk cendana (dicampurkan bersama bertujuan untuk mewangikan jenazah), 1 ketul sabun (dipotong dua untuk mandikan jenazah), 1 botol air mawar, 2 botol kecil minyak atar, 1 biji balang air (dibungkus dengan kain dan dimasukkan air dan bunga), gunting, tikar, payung, 2 biji sarung bantal kecil (diisi dengan daun pandan yang dipotong 1 inci), 11 batang sugi (dari kain putih), 2 helai sarung tangan, 3 helai kain batik lepas, 2 helai kain batik sarung dan 1 helai tuala.

seperti kata Ustazah Aisyah, memandangkan kematian ini selalunya tanpa disangka, tuan rumah selalunya tidak prepare dengan segala keperluan. maka, segala barang keperluan ini boleh lah dibeli 1 set complete di Masjid Bulat di area Petaling Jaya dengan harga RM300.

ketika praktikal di Balai Islam, Ustazah yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman memandikan pelbagai jenis jenazah ini termasuklah jenazah yang menghidap AIDS menunjukkan dengan detail sekali bagaimana ingin menyediakan kain kafan bagi jenazah wanita. perlu ada cadarnya, buat baju, kain, telekung, anak telekung dan tali. terlalu rumit jika ku ingin huraikan di sini kerana ianya praktikal. selepas itu, barulah ditunjukkan cara memandikan jenazah wanita. Ustaz juga ada katakan ketika hayat suami isteri, si isteri menyediakan baju, seluar dan kot untuk si suami, segalanya diuruskan dengan baik, namun ketika si suami itu mati, adakah jenazah si suami itu mendapat pengurusan yang baik sama seperti di waktu hayatnya??? Ustazah pula menambah, kita sayang suami kita sampai akhir hayat, maka lebih elok jika kita yang memandikannya dan mengkafankannya kerana segala rahsia suami kita sahaja yang tahu dan kita sahaja yang akan jaga. seperti mana Ustazah melakukan pada arwah suaminya dahulu.

selepas berhenti untuk solat Zuhur berjemaah, kami lakukan praktikal solat jenazah. 4 takbir di mana takbir pertama membaca Al Fatihah, takbir kedua membaca selawat, takbir ketiga membaca "Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum" dan takbir terakhir sebelum memberi salam ialah dengam membaca doa. hatiku sebak tika mengikut Ustaz membaca doa ini. seolah2 jenazah mak ayah ku berada di depan ku. selepas itu, Ustaz Sujak membacakan talkin dalam Bahasa Melayu kepada kami. talkin ini sebenarnya dibacakan adalah untuk memberi peringatan kepada orang yang masih hidup agar mengingati mati dan supaya melakukan amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Ustaz juga ada memberitahu bahawa makruh perempuan mengiringi jenazah ke tanah kubur kerana perempuan perlulah menjaga aurat dan pergaulannya dengan lelaki ketika itu. namun, ia adalah sunat bagi wanita untuk menziarah kubur selepas itu.

sungguh ku kagum dengan Ustazah Aisyah dan Ustaz Sujak. bukan senang ingin menjadi orang yang memandikan jenazah. segala aib si mati haruslah ditutup dan tidak diceritakan pada orang lain. malah, di bibir Ustazah tidak pernah lekang membaca Bismillahirrahmannirrahim ketika sedang menerangkan kepada kami satu demi satu prosesnya. Jazakumullah khairan kathira buat kedua2nya.

Menanti di Alam Barzakh - Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,


Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untukku Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,




8 soalan bocor yang boleh kita hafal di dunia, namun adakah kita pasti kita boleh jawab ketika di soal oleh Mungkar dan Nakir di dalam kubur kelak ???


1) Siapakah Tuhanmu ? Allah Tuhanku
2) Siapakah Rasulmu ? Muhammad Rasulku
3) Apakah agamamu? Islam agamaku
4) Apakah ikutanmu? Kitab Suci Al Quran ikutanku
5) Apakah kiblatmu? Baitullah kiblatku
6) Apakah yang diwajibkan ke atasmu? Solat, puasa, zakat dan menunaikan haji adalah yang diwajibkan ke atasku
7) Siapakan saudaramu? Semua orang yang beriman ialah saudaraku
8) Apakah pegangan hidupmu? Kalimah Lailahaillallah pegangan hidupku

Ya Rasulullah, izinkanlah aku minum di Telaga Kausar, telagamu itu Ya Habibullah...

Allahummakh timlana bi husnil khatimah wa la takhtim 'alaina ya Allah bi suil khatimah
( Ya Allah Tuhan kami, akhirilah kami dalam pengakhiran yang baik dan janganlah Engkau akhiri kami dalam pengakhiran yang buruk)

Allahummainna nas aluka rido ka wal jannah wa nauzubika min sakhoti ka wannar
( Ya Allah Tuhan kami, masukkanlah kami dalam syurga dan jauhilah kami dari seksaan api neraka)


" Selamat berpisah dan Selamat Tinggal Wahai Dunia "

* akhir sekali, kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan diberi kain untuk praktis memotong kain tuk menyediakan baju, kain dan sebagainya untuk jenazah yang ingin dikafankan. lebih kurang 4 stgh petang segalanya selesai. syukran jazilan juga diucapkan kepada adik2 usrah ku yang turun untuk program ini. rugikan sape yang tak pegi? nanti kite cite kat diorg pe yang kita dah belajar keh. As dah ada pengalaman jadi mayat kan? hehe..=D

usrah 3 @ IPBA - Dasar-Dasar Islam (DDI) cont



baru sahaja sampai 4th di pagi yang segar ini. malam semalam sangat seronok, tidur di IPBA. sebelum tidur, sHi dan Intan sempat berbual bersama tentang Raheeq Makhtum. Intan menceritakan serba sedikit tentang Perang Hunain. Intan,nanti kita tukar Raheeq Makhtum ye. Intan amik yg Indo nye, sHi amik yg BM nye keh. byk tak paham le perkataan Indo ni.hehe..

tenang rasanya tika mendengar Aisyah membacakan surah Al-Buruj dan At-Tariq dengan lancarnya ketika solat Maghrib. begitu juga dengan Ummu yang menjadi imam untuk tarawih. ku mengambil tempat sebagai imam untuk solat Isya'. Ku harus juga setkan target tuk hafal satu Juz Amma seperti mana adik2 ini lakukan. Aisyah nak hafal semua b4 fly ke Aussie kan? Boleh boleh insyaAllah!

usrah bermula dengan tadarus surah Nuh dan baca terjemahannya sekali. pasti semua orang tahu akan seerah Nabi Nuh kan. post sHi sebelum ini pun ada cerita sedikit tentang kisah Nabi Nuh. Nabi Nuh berdakwah selama seribu kurang lima puluh tahun (950 tahun) tanpa rasa putus asa. lamanye..betapa tabah dan kuatnya hati Nabi Nuh ketika berdakwah. sehinggakan ada yang sampai tutup telinga kerana tidak mahu mendengar seruannya. ku sendiri pernah merasakan begitu, berdakwah kepada orang, kecewa dan sedih juga kerana tidak diterima, namun ku tidak boleh putus asa untuk terus mencuba kerana Nabi Nuh sendiri amat tabah ketika berdakwah. moga2 Allah bukakan hati kedua2 adik angkatku.

Firman Allah:

"Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.
( Nuh 71:7)


usrah menyambung semula discussion mengenai Dasar-Dasar Islam. minggu lepas, kita tahu bahawa muslim ini bukan semata-mata kerana ras. bukan kerana ibu dan ayah kita muslim, maka kita juga adalah muslim. bukan kerana jiran dan persekitaran kita muslim, maka kita juga adalah muslim. anak seorang imam yang warak sekalipun belum tentu sealim ayahnya kerana sesungguhnya iman tidak dapat diwarisi. bukan juga kerana nama kita seperti seorang muslim dan memakai pakaian seperti muslim itu ialah muslim yang sebenar. malah tanya semula pada diri kita, adakah dengan solat 5 waktu dan berbuat baik, sudah cukup untuk kita mengaku diri kita seorang muslim yang sejati? adakah dengan menghafal satu Al-Quran, sudah cukup untuk kita mengaku diri kita seorang muslim yang sebenar?

...Arti menerima Islam adalah bahwa seseorang harus dengan penuh kesadaran dan kesengajaan menerima apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah Muhammad S.A.W, dan bertindak sesuai dengan ajaran tersebut.


salah satu syarat untuk menjadi muslim yang sebenar ialah dengan pengetahuan. ilmu ibarat obor yang menemani kita ketika berjalan. jika ada obor pengetahuan, maka kita akan mampu melihat jalan Islam yang lurus pada setiap langkah hidup kita dan dapat menghindari jalan kufur, syirik dan bida'ah.

Firman Allah:

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (Ali-Imran 3:142)

kami juga ada menerangkan kepada Naimah mengenai ini memandangkan Naimah masih baru dan belum pernah join ISK:

Saya islam ATAU saya Islam ??
Saya muslim ATAU saya Muslim ??


yang mana satukah yang anda akan pilih? yang mana satukah yang anda ingin jadi?

Saya islam/muslim ialah kata kerja. Sama seperti saya makan. bermaksud perbuatan. bermaksud kita lakukan seperti mana kita sebagai seorang muslim. manakala saya Islam/Muslim ialah kata nama khas kan? ianya hanya sekadar nama, tidak mencerminkan perbuatan. jadi anda sudah tahu yang mana anda patut pilih dan patut jadi?

sebenarnya buku ini amat tersirat kandungannya. jika ku baca sendiri mungkin ku tidak mendapat apa yang penulis ini ingin sampaikan. jadi, itulah gunanya ada usrah kan? =D

*sedang menunggu untuk mendaftar kursus pengurusan jenazah di Balai Islam. smoga banyak manfaat yang ku dapat hari ini. yang penting dapat diamalkan serta dikongsi bersama orang lain. ku ingin menjadi orang yang faquhu(faham tentang Islam, kefahaman guna hati), dan bukan faqihu (tahu tentang Islam, kefahaman guna otak) semata. ingin menjadi seperti Sumayyah. kan Intan? =)

Wednesday, September 10, 2008

iftar bersama lagi, kali ini dengan adik2 usrah PRIMA



alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, plan ku dipermudahkan olehNya. bermula dari jam 5pm, ku dan Zana ke Bazar Ramadhan berdekatan membeli segala lauk pauk dan kuih muih. manakala 2 leader yang kami lantik dalam kumpulan bertanggungjawab mengambil nasi dan ais di Dewan Santapan. 2 dulang dikongsi bersama 12 orang. (Fara, kak sHi, Norun, Lina, Azi, Syuhaida, Zana, Lin, Mira, Asmida, Azilah dan Akhma). Naila demam, tak dpt nak join katanya (Fara menggantikan Naila,huhu). ada yang blum pernah berpengalaman makan dalam dulang, ada yang dah pernah. gurls, all of u patut diberi credit di atas komitmen yang ditunjukkan. leaders plak mmg sgt responsible dgn tugasan yang diberikan oleh mentor. itu yang ingin ku terapkan, agar dapat menjadi pemimpin.

Bersederhana, itu yang ingin ku titikberatkan pada adik2 usrah ku selain nikmat ukhwah fillah ini. pasni kita wat program solat jemaah ramai2 dalam bilik akak pulak ye. =D

Kita Saudara - Saujana

Kerjasama Bergandingan Tangan
Tiap Masa Setiap Ketika
Lerai Dendam Hilanglah Sengketa
Agar Hidup Aman Bahagia


Handai Taulan Jangan Kita Lupa
Susah Senang Rentasi Bersama
Balas Segala Jasa Mereka
Untuk Ayah Bonda Tercinta

Sebangsa Bawah Satu Dunia
Serumpun Citra Hidup Kita
Biar Berbeza Asal Kita
Ukhuwah Harus Kita Bina
Walau Usia Jadi Ukuran
Moga Dirahmat Selamanya


Aur Dan Tebing Hidupnya Sehati Sejiwa
Putusnya Air Jika Air Tidak Mengalir
Itulah Hakikatnya Kita
Yang Hidup Saling Memerlukan
Yang Susah Sama Dihulurkan
Sama-Sama Disyukuri Hidayahnya





malam ini di surau, kami bertadarus surah Al-Ankabut pula yang bermaksud labah-labah. ku ceritakan serba sedikit tentang sirah Nabi Nuh kepada mereka setakat yang ku tahu. trus ku tringat akan lagu di bawah ini. cukup untuk memberi gambaran kasar tentang sirah Nabi Nuh. bagaimana Nabi Nuh diejek dan dibaling najis ketika sedang membina bahtera yang sangat besar di atas bukit kerana dianggap perbuatan yang gila sedangkan Nabi Nuh mengetahui bahawa Allah akan menurunkan bah yang sangat dahsyat bagi orang-orang yang kufur termasuk anak dan isterinya.

Dua Dalam Bahtera- Waheeda

Dari setiap pasangan dua
Maralah ke dalam bahtera
Yang dibina sekian lama
Dengan Izinnya Maha Kuasa

Dia disangka orang berdusta
Dia disangka orang yang gila

Hingga hari terbongkar segalanya..
*Nuh..Nuh..Nuh

Kau telahpun diberitakan
**(tentang hari yang akan datang)
Kau telahpun diperingatkan
**(tentang hari yang akan datang)

Kini jalan keluar tiada
Hujan yang turun tiada reda

Tenggelam kini segalanya
Tenggelam kini semuanya

Seribu tahun illa lima puluh..
*Nuh...Nuh..Nuh..

Duhai anak ke mana nak pergi
**(ingin mendaki gunung yang tinggi)
Duhai anak tiada dapat kau lari
**(tetap mendaki gunung yang tinggi)

Duhai anak kembali ke sisi
Hari ini tiada dapat kau lari

Duhai Nabi anakmu bukan ahli
Biarkan saja dia pergi



Firman Allah:

[29.12] Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman: "Ikutlah jalan ugama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)". Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun, dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.

[29.13] Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri; dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.

[29.14] Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun; akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).

[29.15] Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.

[29.16] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim, ketika ia berkata kepada kaumnya: "Sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya; yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).

[29.17] "Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.

[29.18] "Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran ugama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya); dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata".

[29.19] Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.

( Al-Ankabut 29:12-19)