Friday, January 30, 2009

Brotherhood Muslimah T-Shirt !!!

anda inginkan Tshirt yang

--> labuh ?
--> longgar ?
--> design yang cantik ?
--> sedap dipakai ?
--> berunsurkan dakwah ?
--> dan sesuai bagi wanita muslimah ?

sesuai untuk sendiri atau diberi sebagai hadiah pada sahabat dan keluarga tersayang. =)


--> price from RM34 - RM38 only (delivery charge not included)
--> available in size M, L, XL, XXL, 3XL
--> kindly double click the pic above to view larger poster
--> interested ? feel free to contact me, sHi:

email : syahirah86_ismaz@yahoo.com
YM : syahirah86_ismaz


ingatlah, pakaian melambangkan keperibadian seseorang muslimah. mari membeli sambil berdakwah ! =D

Monday, January 26, 2009

240109...alhamdulillahi rabbil a'lameen


syukur alhamdulillah..segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang menguasai sekalian alam ini selainNya. dengan izin Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang, majlis pertunanganku berjalan dengan sangat lancar. cuaca baik, jemputan ramai, makanan sedap. mudah-mudahan majlis mendapat barakah dan redha dari Allah S.W.T.

jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada mak ayah tercinta, Kak Salwa & suami, adik2, Abg We & Kak Wati selaku P.A penting (hehehe..), Kak Fatonah (bibik saye!), saudara mara belah Kedah dan Melaka, Abg Zamri (selaku bos food catering), Kak Zai (the best wedding planner), kawan2 baikku yang hadir (Aisya, Lia, Ella, Waya, Faten), roommate (Fara), xroommate (Shikin), adik angkat (Bazlin, Lai) dan naqibahku serta usrahmates (Intan, Kak Liza, Wawa, Yan, Linda) tercinta fillah. juga kepada jiran2 berdekatan, kawan2 ayah, dan kawan2 mak yang hadir. juga tidak lupa pada rombongan pihak lelaki. semoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan yang banyaknya. enshaAllah.



comments dari Kak Zai:

Zaifie Zainal said...

Salam Shi!

Selamat Pengantin Baru buat kak Shi Suriati Salwa & Saiful Azri. Semoga berkekalan ke akhir hayat...

Dan untuk Shi yang manis,
Selamat Bertunang pada 24 Janurai 2009.
Semoga pertunangan ini berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Seronok mekap kan Shi & siapkan pelamin & all the hantaran.

Terima kasih tidak terhingga kepada Shi sekeluarga terutama mama & ayah, Tn Hj Idris & Pn Marziyah kerana terus menerus memberikan kepercayaan kepada Zaifie Zainal Creation. Insya-Allah dengan izin Allah dan bakat serta kemahiran yg dikurniakan-Nya mudah-mudahan kami terus dapat memberikan yang terbaik untuk semua pelanggan kami.

Feel free to view more; http://zaifiecreation.fotopages.com

To both of u, Double 'H', Selamat Bertunang!!


January 24, 2009 3:39 PM

sHi said...

waalaikumussalam kak zai yang chomel !!!!
wah, tak sangka lak u will leave me a comment dlm my blog. thanks a lot kak zai. everyone puji pelamin sgt2 cantik, hantaran cantik, n my make up sgt cantik. sume cantik lah. a few of my frens dh mintak contact number zaifie zainal creation. hihi..nanti kak zai upload gamba dlm fotopages, i will post a comment ye. once again, kak zai...thanks a lot dearie. c ya this october insyaAllah. =)

January 25, 2009 2:41 PM






:: hadiah dari kawan2 baik yang sudi memeriahkan majlis, tak sangka lak kad Lia bagi sebijik sama dengan kad Waya + Ella bagi..so sweet..thanks a lot dear frens. hihi ::

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa...

Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka...

Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana a'la deenik, Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, Kau tetapkanlah hati kami di jalan agamaMu ini...Ameen."

* malam itu selepas majlis selesai, kami bertiga (sHi, mak, ayah) tidur 3 orang bersama, berkongsi satu katil di bilik mak. biasalah, anak perempuan bongsu, mesti manja punye dengan mak ayah. =P kami bersembang, gelak ketawa bersama sebelum masing2 melelapkan mata. diorg la yang paling hepi sekali. Alhamdulillah...sujud syukur dilakukan. perlu memantapkan diri ini, jaga hati, jaga iman untuk ke step baitul muslim.

usrah 11 @ 4th

22 Januari 2009 (Khamis)


alhamdulillah, usrah kali ini Kak Liza menjadi MC. kali ini dengan kehadiran seorang lagi usrahmate baru iaitu Yaiiiii!! suke sgt2! Yai oh Yai...sayang Yai. eh, Doc Liza pun ada. hehe..alhamdulillah Allah permudahkan juga ye hari ini.

hurm..tak pernah kita satu usrah tidur bersama kan? malam sebelum usrah, ada berym dengan Intan, kami sangat2 rindu nak tdo sama2, leh wat pillow talk, sharing session sama2..rinduu sgt. takpe, pas cuti ni kite plan ramai2 tdo IPBA nak? dapat satu malam pun jadilah. leh qiyammullail sama pagi tu kan. kan Nabi pernah bersabda, kalau nak kenal seseorang tu, buatlah 3 perkara ni iaitu makan sama, tdo sama dan jalan bersama. baru dapat kenal sahabat kite tu mcmne kan, dia suka makan pe, tak suka pe dan lain2 lagi. insyaAllah..mudah-mudahan.

kami mulakan dengan bertadabbur surah Al-Ahzab dari ayat 9 hingga 27. surah Ahzab ini mempunyai 3 subtopik. yang pertama berkaitan dengan seerah iaitu kisah Perang Khandak/Ahzab yang berlaku di bulan Ramadhan tahun ke 5 Hijrah. subtopik yang kedua ialah surah ini banyak menceritakan tentang hal-hal rumahtangga dan juga specificnye tentang wanita seperti mengenai tabarruj, suara dan pemakaian jilbab. buleh la pasni tgk2 la ye surah ni. =)

kenapa Perang Khandak ini juga dikenali sebagai Perang Ahzab? Ahzab itu bermaksud golongan yang bersekutu. siapa kah itu? golongan yang bersekutu ini ialah 3 Bani Yahudi yang tinggal di Madinah bersekutu untuk berperang bersama kaum Musyrikin Mekah untuk melawan Islam. 3 Bani Yahudi itu ialah Bani Nadir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa'.

kenapa mereka memusuhi Islam? Bani Nadir memang berpakat ingin membunuh Nabi kerana mereka enggan mematuhi perjanjian bahawa Nabi menjadi ketua pemimpin di Madinah. manakala kisah Bani Qainuqa' pula, mereka ini mempunyai pasar di Madinah. satu hari, ada seorang wanita islam yang memakai jubah ingin membeli di pasar, seorang Yahudi telah mengikat kain jubahnya di kaki meja (betapa jahatnye Yahudi ni), apabila wanita itu ingin berjalan, maka dia terjatuh dan terbukalah auratnya. seorang lelaki islam telah datang lalu membunuh lelaki Yahudi berkenaan. maka timbullah pergaduhan. maka ini dijadikan satu isu untuk berperang dengan islam. manakala kaum Musyrikin Mekah pula ingin berperang kerana ingin berbalas dendam atas kekalahan mereka di Perang Badar walaupun mereka menang sewaktu Perang Uhud.

ketika ingin mengadakan perang ini, Nabi melakukan syura bersama para sahabat. ada yang berpendapat untuk keluar dan berperang di luar Madinah. Salman Al-Farisi telah memberikan idea untuk membuat parit di sekeliling Madinah. strategi parit ini ialah teknik orang Parsi berperang. maka setelah Nabi bersetuju, lalu mereka beramai2 membuat parit yang sangat luas dan dalam. ketika melakukan parit ini, Allah telah memberikan beberapa mukjizat.

terdapat satu batu yang besar, batu itu perlu dipecahkan kerana khuatir pihak musuh akan menggunakan batu itu untuk masuk ke Madinah. para sahabat tidak mampu untuk memecahkan batu tersebut, lalu dipanggil Nabi. Setelah Nabi mengetuk batu itu dengan tongkatnya buat kali pertama, pecah lah separuh batu itu. dan setelah ketukan kedua, pecahlah kesemua batu tersebut. maka Nabi bertanya pada mereka, "Tahukah apa yang aku lihat ketika aku pecahkan batu tadi". Nabi menjawab ketukan yang pertama, aku melihat Istana Kaisar di Parsi. dan ketukan yang kedua aku melihat Istana Merah (Rom). simboliknya, Nabi kata 1 hari nanti, Islam akan dapat menawan kedua-dua negara besar itu iaitu Parsi dan selepas itu Rom. maka dengan semangatnya para sahabat ini bertungkus lumus menyiapkan parit itu walaupun ketika itu mereka sedang berpuasa.

satu lagi kisah ialah pada waktu itu, Nabi mengikat perutnya dengan batu2 untuk mengelakkan kelaparan, maka seorang sahabat kasihan lalu beliau ke rumah dan memasak sedikit gandum yang ada dan menyembelih kambing untuk diberi makan pada Nabi. setelah diberitahu diam2 kepada Nabi, maka Nabi menjemput orang yang ketika itu kira2 3000 orang untuk sama2 ke rumah sahabat berkenaan. maka sahabat berkenaan sangat risau memandangkan makanan yang ada sangat sedikit. setelah sampai ke rumah dan diagihkan makanan oleh Nabi, dengan izin Allah, makanan yang diberikan cukup untuk semua. jika kita fikirkan secara logiknya, mustahil makanan tersebut boleh cukup untuk 3000 orang kan? itulah yang dikatakan mukjizat Allah berikan kepada Rasul.

satu lagi ingin diceritakan di sini ialah mengenai strategi perang. kaum muslimin telah memasang unggun2 api yang sangat banyak di waktu malam, apabila pihak musuh nampak, mereka gerun melihat dan mula merasa takut kerana unggun-unggun api itu menunjukkan seolah-olah bilangan kaum muslimin sangat ramai.

akhirnya, setelah pihak musuh mencuba berkali2 untuk melepasi parit yang sangat luas dan dalam itu, Allah pula menurunkan ribut taufan dan malaikat untuk membantu umat islam. maka pihak musuh berundur dan melarikan diri semula ke kota Mekah. maka umat islam mendapat kemenangan di dalam perang ini dengan izin Allah.

Firman Allah:
[33.9] Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.


tujuan kami bertadabbur surah ini ialah untuk mengetahui seerah zaman dahulu. kerana seerah ini merupakan sunnatullah iaitu ketetapan Allah dan ianya berlaku berulang-ulang. maka dengan seerah yang kita tahu, kite dapat mempelajari dan menggunakannya sebagai pengajaran dan aplikasikannya di zaman kita sekarang. mengetahui seerah juga adalah salah satu cara untuk kite berinteraksi dengan Al-Quran.

dengan mengetahui seerah, kita dapat relatekan apa yang kita baca dengan hidup kita sekarang. contoh yang terdekat ialah mengenai isu Palestin dan Israel. jika lihat surah At-Taubah, banyak sangat menceritakan tentang seerah kaum Yahudi yang memang degil dan memungkiri perjanjian dalam Piagam Madinah. dalam surah Al-Ahzab ni pun ada juga kisah yang mempunyai relation dengan kedegilan dan ketidak amanahan kaum Yahudi ini. dan yang paling penting sekarang setelah mengetahui seerah, kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar iaitu untuk mematikan ilah selain dari Allah di dalam hati-hati manusia. benar, orang islam sekarang tidak menyembah berhala, kita solat, puasa dan sebagainya namun dengan tidak sengaja, kita telah menjadikan tv, media, movie, wayang sebagai sembahan kita. siapkan assigment dulu, siapkan keje kat ofis dulu, baru solat. ini yang kita sama2 perlu singkirkan dan musnahkan dalam hati-hati manusia.

Wallahua'lam...



:: rezeki kami hari ini..yang kelakarnya, semua orang bersangka baik, ingat ada yang berpuasa, rupa2nya tiada yang berpuasa hari ini, maka kami solat Maghrib berjemaah barulah makan...hihi ::

Tuesday, January 20, 2009

usrah 10 @ 4th

15 Januari 2009 (Khamis)

kali ini usrah dilakukan di bilik Wawa plak. tukar angin skit..hehe..
Yan sebagai MC sampaikan sedikit mengenai tafsir surah An-Nas yang disampaikan oleh Ustaz Khairul di surau 4th malam semalam. bisikan dan hasutan ini Allah katakan adalah dari kalangan jin dan manusia. jadi bagaimana kita nak applykan surah ini dalam hidup kita? begini... bila kita nampak ada jalan kejahatan dan jalan kebaikan, maka kita tahu jalan kejahatan pasti dari syaitan. jadi cpt2 lah kita elak dari melaluinya.

Firman Allah:

[114.5] "Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,

[114.6] "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia"
(An-Nas 114:5-6)


sesi taaruf dimulakan lagi memandangkan ada seorang lagi usrahmate baru dari UM (alhamdulillaaahhh) iaitu Ukhti Lini. rupanya Lini ni pun dari Fakulti Sains dan subhanallah Lini kenal kawan2 baikku, Zana, Wani dan Yai. memang dunia ni kecik je, yelah, dunia ni Allah yang punye. Yai pulak baru je 2 3 hari lepas beli tafsir dari sHi. dan Lini pun dh ajak Yai ke program ISK minggu ni. alhamdulillahhh..syukur sgt2.

kami bertadabbur dengan surah At-Taghabun dari ayat 10-18.

Firman Allah:

[64.12] Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


kita sering gunakan perkataan "taat" kan? seperti taat pada ibu bapa dan taat pada guru. adakah sama dengan taat kepada Allah dan Rasul? dalam ayat ini, taat di sini beerti taat seluruhnya pada Allah dan Rasul. ianya tak sama dengan kita taat pada ibu bapa atau guru. kerana ada sesetengah keadaan kita tak boleh taat pada ibu bapa dan guru seandainya ibu bapa kita atau guru kita itu melanggar perintah Allah. tapi taat pada Allah itulah taat yang sebenar-benarnya. dan juga ayat ini menunjukkan bahawa jika kita meletakkan diri kita di tempat Rasul, maka dakwah yang dilakukan oleh kita itu terpulanglah bagi orang yang mendengar itu samada mahu menerimanya atau tidak. tetapi apa yang lebih penting ialah usaha dan mohon doa supaya Allah memberikan petunjuk kepada kita semua.

sebut mengenai petunjuk, analogi "hujan" diberikan contoh. Allah turunkan hujan pada semua orang untuk merasai nikmat air hujan. jika orang itu nak kan hujan, maka orang itu akan menadah air hujan itu dengan baldi. jika orang itu taknak hujan, maka orang itu akan terbalikkan baldinya. begitu juga dengan hidayah. Hujan itu ibarat hidayah. Allah turunkan hidayah pada semua orang untuk merasai nikmat hidayah. jika orang itu nak kan hidayah, maka orang itu akan membuka pintu hatinya untuk menerima hidayah itu, jika orang itu taknak hidayah, maka orang itu akan menutup hatinya untuk tidak menerima hidayah itu. di sini, kita yang menentukan samada hidayah itu sampai pada kita atau tidak. tadahlah sebanyak2nya titisan hidayah yang Allah berikan pada kita insyaAllah.

seperti juga dengan syurga dan neraka. memang janji Allah bahawa semua umat islam akan masuk syurga akhirnya. adik bongsu pernah berkata padaku selepas ku menasihatinya supaya solat, "Ala Kak Syera, orang islam kan memang last skali masuk syurga kan". wahai adik, tidakkah adik tahu bahawa memang betul semua tu, tapi adakah kita ingin merasai siksa pedih yang berkali2 ganda lamanya di dalam neraka berbanding di dunia itu, baru kita nak merasa nikmat syurga Allah? adik, jangan sekali2 menjadikan neraka sebagai tempat persinggahan untuk kita. sedih mendengar jawapan begitu...pasti ramai lagi yang akan ckp begitu jika difikirkan secara logik. kerana kita semua tidak pernah merasai bahangnya api neraka, tidak pernah merasai minum air yang mendidih, penuh dengan nanah dan darah yang menjijikkan...tidak pernah sekali2 merasai semua itu. nastaghfirullahal'azim...peringatan buat diriku terutamanya....

[64.17] Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu; dan Allah amat memberi penghargaan dan balasan kepada golongan yang berbuat baik, lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).


[57.11] Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!

(Al-Hadid 57:11)

[9.111] Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah 9:111)


jika kita beri satu barang pada kawan kita sebagai hadiah, pastu kita nak pinjam atau beli balik barang tu. tak ke pelik? dah la bagi free2, pastu nak beli balik, siap nak bagi duit lagi lepas tu. haa..3 ayat ini adalah beberapa ayat dalam Quran yang menunjukkan betapa Allah ini memang Maha Pemurah. kita ini sudah pasti hak milikNya, tapi tetap Allah nak beli dan nak pinjam kita. siap bagi ganjaran pastu. sape lagi yang lebih pemurah berbanding Allah? betapa ingin menunjukkan Allah nak sgt2 kita berlumba2 lakukan kebaikan.

[64.14] Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


perkara ini alhamdulillah tidak berlaku pada diriku sendiri dan diri kawan2 sekalian, namun ada di antara kita yang mengalaminya. di mana keluarga yakni ibu bapa, adik beradik atau suami sendiri yang tidak mengikut jalan Allah ini, malah menghalang untuk melakukan ibadah. bagi sesiapa yang ingin berkahwin ataupun sudah berkahwin, jika ada anak, seharusnya tidak biarkan anak itu menjadi penghalang kepada kita untuk lakukan apa yang kita sering lakukan dalam beribadah. ku lihat akhawat yang ke program2, datang membawa si kecil bersama dengan mainan dan segala keperluan baby. dan si kecil ini sangat2 behave. tidak mudah menangis dan tidak banyak ragam. moga2 si kecil itu juga akan menjadi daei,mujahid mujahidah yang bermanfaat buat islam akan datang insyaAllah. sekali lagi, peringatan buat diriku sendiri.


:: rezeki kami hari ini, alhamdulillah sedap. jazakumullahu khayran kathira ::

praise be to Allah, im fully recovered insyaAllah =)


:: sweet couple rite?? oohhh...=) ::

alhamdulillah...syukur pada Allah dan syukran pada semua yang mendoakan. ku sudah pulih semula dengan izin Allah. moga kita semua diberi kesihatan yang baik insyaAllah. im updating this post, uploading a few pictures.

this was my previous post:

pagi tadi ku tidak ke kelas. sakit di telinga sejak semalam membuatkan ku tidak akan pay full attention di kelas. trus ku sms mak minta ambil ku balik awal pagi. sampai di klinik:

Doctor : sakit tak? (sambil memegang telinga kiriku)
sHi : aduh.. (air mata keluar)
Doctor: sorry2..i know its painful. ni dah bengkak ni, infection. nak inject ke?
sHi : no..bukan sakit sbb doc pegang. memang saya cpt nangis...
Doctor: oo..i thought i was the one make u cry. ooo,why?
Emak: dia mmg cpt nak nangis doctor.
Doctor: ooo..anak bongsu ke?
sHi: tak, anak perempuan bongsu.
Doctor: why u easily can cry?
sHi: i dunno..bcoz mak ada kat cni. i easily cry bile org2 rapat dgn saya ada.
Doctor: look, u have to be strong. u can cry dpn saya, mak ayah, kat rumah but dun cry in front of people. bcoz dunia outside perlukan u untuk tidak menangis. ni belum lagi Israel bomb kawasan Cheras ni. understand?
sHi: (nodding)... i am very strong in front of my frens. i wont let people outside know im crying. tapi dengan mak ayah, adik2 memang i easily can cry. rasa cpt tersentuh. if pujuk, lagi la i will cry.
Doctor: dengan boyfriend pun nangis dpn dia tak? tunang ke?
sHi: i dun have any boyfriend.
Doctor: ok then..hurm, do u want me to get people yang boleh ajar u mcmne tak bagi nangis? do u feel relief after u cry or is it disturbs ur emotion? as a doctor, i dun want people live in suffer.
sHi: no..i dun need that. i feel relief after i cry.
Doctor: its good u know urself. ok, i will give u antibiotic and ubat titik. after 1 week jumpa balik. be strong yah cikgu.


thanks Doc, lama dok dalam bilik tu, jadi doctor physcology pulak dah. u r rite, i have to be strong. but i really cannot hold my tears from going down if it involving my family. especially mak ayah. if i be like Palestinians, i think i wont cry at all. yelah, if everyday tgk org mati, darah sana sini, how would i cry. ianya sudah sebati dalam diri. moga sakit ini menjadi kifarah dosa. dan kalian doakan moga ku cepat sembuh. terima kasih buat kawan2 ayah dan kawan2 mak yang sudi baca blog saya. moga segala kebaikan kita walau sebesar zarah akan diganjariNya insyaAllah.

malam itu, dengan kesejukan yang dialami, tetap keluar makan malam di luar bersama satu family. (my sister is not included laa..dia kat miri sana dengan suaminya) haa..what a nice dinner. lama sangat tak makan sama-sama mcm ni. mmg enjoy habis with all the jokes ayah wat, adik2 sume ada, really like dulu2, hurm..hilang rasa sakit. =)


:: 6 hands togetha (mak ayah pun join same..=P) ::

Wednesday, January 14, 2009

Mana mungkin !!!


Mana mungkin ku di sini bergelak ketawa, sedang mereka di sana tangisan dan darah sudah sebati,
Mana mungkin ku di sini makan sedap penuh kekenyangan, sedang mereka di sana kelaparan, satu keping roti pun susah nak dapat,
Mana mungkin ku di sini meminum air, nak sejuk dapat, nak panas dapat, nak suam pun dapat, sedang mereka kehausan, sangat2 memerlukan air yang bersih,
Mana mungkin ku di sini tidur penuh nyenyak dengan katil empuk dan selimut tebal, sedang mereka tak tidur pun, menunggu saat bom dijatuhkan, mereka kesejukan beralaskan tanah, berselimutkan langit,
Mana mungkin ku di sini bahagia gembira, sedang mereka di sana melihat dengan mata kepala sendiri ibu ayah, adik2 kecil diacu senapang di kepala.
Mana mungkin!!!

Tapi mereka inilah "the chosen one"...yang dipilih oleh Allah, menetap di Baitul Maqdis, tidak akan sekali2 berputus asa, untuk mendapat gelaran syuhada'... darah suci itu nanti menjadi saksi di Hari Kebangkitan kelak. apalah sangat derita di dunia berbanding syurga yang tak tergambar indahnya di akhirat sana. semangat juang mereka jauh berganda2 lebih tinggi walaupun berjuang hanya menggunakan batu. Kita bagaimana?? ingin berkongsi saham pahala bersama mereka ini atau saham dosa bersama Yahudi laknatullah ?

Sunday, January 11, 2009

Rehlah @ Taman Tasik Perdana






:: Fateh pun ada dengan uminya. Saya seorang daei yang kuat !!! ::

pagi ini, ku bertolak dari kolej jam 8.30am dan sampai di bustop luar UM, ku menunggu 10 orang akhawat dari IPBA untuk sama2 ke Taman Tasik Perdana. dengan menaiki 3 cab, kami sampai di tasik. kelihatan ramai parents especially young parents yang membawa anak2 main di playground. ada juga beberapa foreigner dan pakcik2 yang sedang berjogging. sampai di sana, rupanya adik2 sudah sampai bersama kakak2 berkumpul di bawah pokok. Kami bertaaruf serba sedikit sambil bersarapan dengan sarapan yang dibuat fresh dari dapur kakak2. hehehe... rupanya ada beberapa org adik2 yang dari Ambang Asuhan Jepun (AAJ), UM. alhamdulillah, cuaca sangat tenang dan nyaman sehingga akhir majlis. akhawat dari Fateh dan UKM pun ada datang sekali. wah, memang meriah sungguh. hampir 40 orang semuanya. terus dengan sesi taaruf, macam biasa main game cari2 orang berdasarkan kriteria yang ditulis. then form a group and get to know each other. tak lama lepas tu, mulalah sesi tugasan yang diberikan oleh kakak2. kakak2 yang organize program hari ini ialah kakak2 yang merupakan bekas mahasiswa yang belajar di Jepun. setiap group mendapat satu tajuk yang mengandungi beberapa soalan yang selalu orang bukan islam tanya pada orang islam. every group diberi tajuk untuk dibentangkan mengikut kreativiti sendiri. groupku mendapat tajuk Palestine. antara soalannya:

1) Dah lama sangat Palestine ni berperang dengan Israel. nape orang Palestine tu tak bagi je tanah tu kat Israel. sudah2 la tu. pe kata menyerah kalah je. lagipun diorg memang dah nak kalah kan.
2) Ala..tu kan berlaku kat Palestine. apsal lak orang Malaysia dok sibuk2 nak tolong?
3) Islam tu terrorist ke eh? pe beza Islam dengan terrorist?
4) Nape orang islam suka bom berani mati tu? pe diorg dapat eh?
5) Nape kitorg tgk orang2 Arab wat tak peduli je pada Palestin tu?

begitulah sebahagian soalan yang seringkali mereka tanyakan. bukan setakat mereka, malah menyedihkan ada juga orang yang mengaku dirinya islam sendiri yang bertanyakan soalan macam tu. jadi kami mengadakan sketsa simple untuk mempersembahkan pembentangan kami. bagi mereka yang faham islam, mereka akan automatically tahu jawapan bagi setiap soalan di atas. tajuk2 bagi group lain ialah seperti Islam VS Kristian, Aurat, Solat, Haram VS Halal, Puasa dan Raya. dalam hatiku berkata, wah, budak2 ni memang logam yang baik tuk islam. rugi kalo tak gunakan tuk jalan islam. pandai berdebat, pandai berlakon, senang bergaul, ceria dll.

lepas lunch, kami siap sedia solat Zuhur berjemaah di padang. sebelum bersurai, Kak Hanis ada passkan list of Israeli products yang perlu diboikot. Kak Syahirah yang baru semalam join Rapat Umum anjuran Aman Palestin semalam ada mengatakan, lakukan apa yang kita mampu. sedikit sebanyak apa yang kita lakukan ini, Allah akan kira sebagai amal insyaAllah.





usrah PRIMA 1

Tarikh: 10 Januari 2009 (Sabtu)


1 sms received from ayah:

Salam. Pe kaba my beloved doter?


sms ini diterima beberapa hari selepas ku minta kebenaran dari mak dan ayahku untuk join satu program di Fraser Hill. keputusannya negatif. ku faham betapa concern dan caringnye seorang ayah pada anak. memandangkan ku tidak dapat join program bersama sisters Brunei, tidak semestinya ku tidak boleh melakukan lain2 pengisian untuk santapan rohani. at least ayah bagi permission untuk pegi program yang dibuat di sekitar KL ni. thank you ayah.

pagi Sabtu Mary bersamaku menonton movie Maryam. Mary ni orang Sarawak beragama Roman Catholic, Kristian yang menginap di sebelah bilikku. ada 7 episode = 7 jam. kami sempat habiskan 2 jam saje dulu. ada masa nanti kite continue tgk ye, Mary. moga Allah berikan taufik dan hidayahNya pada kita semua. =)

petang Sabtu selepas solat Zuhur jemaah bersama rumates Mary, ku keseorangan di bilik. kedua2 rumates ku join camping di Bagan Lalang under Fakulti Akaun. jadi apa lagi, inilah masanya ku lihat video Ini Sejarah Kita, (ISK) oleh Ustaz S sewaktu bagi talk di UK, 3 tahun lalu. ku sempat tgk 1 jam. 1 jam untuk menerangkan tentang part KITA sahaja. huhu...tapi memang betullah kata Intan, mantap sangat2. satu2 point dan hadis ku catat di dalam buku nota. memang faham sgt berbanding ISK yang ku dapat tahun lepas. yelah, dpt dgn Ustaz mmg la berbeza dengan dapat dengan kwn2 kan. rasa mcm btul2 join n ada kat tempat tu sekali dgn ikhwah akhawat kat situ.

malam Sabtu pula, selepas Isya' ku tetapkan untuk membuat usrah PRIMA yang pertama semester ini buat adik2 usrahku di 4th. kali ini santai-santai je, mengajak mereka tengok movie pejuang islam di Libya, pasal Umar Mukhtar. walaupun tak semua yang hadir, ku tetap bersyukur kerana rancangan dipermudahkan. alhamdulillah. kami mulakan usrah dengan bertadabbur surah At-Taubah, seperti mana ku bertadabbur bersama usrahmates 2 hari lepas. discussion dan sharing session skit pasal peranan kita sebagai muslim untuk menangani isu Palestin. movie get to started till 12.30am. maaf la ye, sampai ngantuk2 korg tgk cite tu, tapi sempat gak tahan mata tgk sampai endingnye kan kan? moga2 kita lebih bersemangat untuk mempertahankan islam seperti mana mujahid dan mujahidah yang kita lihat dalam movie tadi. =)

esok pagi pula sudah plan nak ke Taman Tasik Perdana bersama Syikin dan adik2 usrahnya yang lain untuk sesi taaruf bersama adik2 yang nak ke Jepun insyaAllah...

Friday, January 9, 2009

usrah 9 @ 4th

Tarikh: 8 Januari 2009 (Khamis)


alhamdulillah..dengan izin Allah, dapat juga kami usrahmate bertemu bersama naqibah tersayang kami di 4th untuk usrah yang pertama selepas buka semester 2 ni. kedatangan Syikin IPBA dan seorang lagi usrahmate baru iaitu Liza, bakal doc dari UPM memeriahkan dan memaniskan lagi ukhwah antara kami. dengan isu Yahudi laknatullah yang haus sangat dengan darah2 umat islam, maka usrah kami kali ini ada related dengan apa yang terjadi sekarang. kami bertadabbur ayat-ayat Allah dengan surah At Taubah ayat 1- 13.

Firman Allah:

[9.5] Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[9.6] Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
(At-Taubah 9:5-6)


2 ayat Allah ini ingin menunjukkan betapa bezanya cara islam dan kafir (israel salah satunye). terdapat 2 jenis kafir iaitu kafir harbi dan kafir zimmi. kafir harbi ialah kafir yang wajib kita perangi seperti permulaan ayat 5 di atas. ini kerana mereka menzalimi dan memerangi umat islam. contohnya ialah israel, zionis yang sedang lakukan kezaliman dan membunuh sesuka hati umat islam. wajib kita perangi!

manakala kafir zimmi pula ialah kafir yang wajib kita memberi perlindungan pada mereka apabila mereka berada di kawasan kita. kerana kafir ini tidak memerangi kita. contohnya ialah orang kafir di dalam negara kita. lihatlah betapa adilnya dan kasihnya islam itu pada orang yang bukan islam.... tapi apa yang kafir harbi ini lakukan pada kita sekarang? zalim! kejam! tak adil kan...jadi takkan kita nk berdiam diri? Allah suruh kita perangi mereka ini.

Saidina Ali mengatakan terdapat dua perkara yang membuatkan beliau tidak gentar untuk berjuang habis-habisan di medan perang. pertama ialah jika ajalnya belum tiba, walau menyerah diri pada musyrikin sekalipun, kita tetap takkan mati. kedua jika ajalnya sudah sampai, walau macammana dielak dan lari sekalipun, kita tetap akan mati. mati syahid pulak tu. begitu hebat sahabat Nabi, Karamallahu wajhah ini menyuntik motivasi dan semangat di dalam dirinya untuk berperang fisabilillah.

ku teringat kisah pagi tadi ketika masuk ke kelas di Fakulti Pendidikan, seorang lecturer lelaki menanyakan pada semua tentang isu Palestin ini. sudah pasti yang Non Muslim beria-ria mengatakan tidak patut untuk kita memboikot semua produk Israel dan US, rakan sekutunya. lecturer ku yang sudah pasti beragama islam ini juga menyetujui dengan alasan jika kita tak minum Coca-Cola contohnya, maka semua pekerja di kilang berkenaan tidak dapat bekerja lagi dan memberi anak isteri makan. dia berkata lagi kita sepatutnya "be good with them", memujuk mereka supaya hentikan peperangan ini. wahai lecturer, Allah sudah mengatakan dalam Al-Quran, kaum Yahudi ini sangat degil dan suka membuat kezaliman pada orang. sebab itu kaum ini tidak diterima di mana2 tanah di bumi ini sekalipun. mana mungkin kita dapat berbuat baik dan memujuk mereka ??? pekerja yang diberhentikan kerja disamakan dengan nyawa beratus2 orang yang tidak berdosa mati di sana. alangkah sedih mendengar alasan itu. satu hari nanti, kita akan ditanya semula sejauh mana kita membantu saudara kita sewaktu mereka dalam kesusahan dan penderitaan. sudahkah kita bersedia dengan jawapannya?


Sesi YM (ala-ala usrah online) bersama seorang junior:

Syahirah Idris: salam
Syahirah Idris: btul tu
Syahirah Idris: jd pe role kite skrg?
iaMsaii [8-): ape?
iaMsaii [8-): doa
Syahirah Idris: gud
Syahirah Idris: lain?
iaMsaii [8-): kan ade org mntak bace surah
Syahirah Idris: hurm
Syahirah Idris: ok
iaMsaii [8-): al fath ngan yunus tu kan
Syahirah Idris: lain?
Syahirah Idris: by the way, ada bc tak? huhu
iaMsaii [8-): lain ape nak buat yek
iaMsaii [8-): kalau kate boikot
iaMsaii [8-): saye mmg tak membeli brang2 dalam senarai tu
Syahirah Idris: btul
Syahirah Idris: boycott
Syahirah Idris: lagi?
Syahirah Idris: rasa2 pe lagi sbg umat islam kite kna wat?
iaMsaii [8-): lagi ape?
iaMsaii [8-): ntahla tak pasti
Syahirah Idris: penah dgr tak satu ni?
Syahirah Idris: jap
iaMsaii [8-): kurang membace isu semasa nih
Syahirah Idris: Setelah tragedi berdarah di Gaza pada Awal Muharam 1430 yang lalu, kedatangan wakil Malaysia telah pergi ke sana dan bertanyakan bantuan apakah yang dapat disumbangkan namun tahukah jawapan yang diberikan..? Difikirkan pasti sekian-sekian bentuk bantuan yang akan diminta dan boleh disalurkan namun jawapan yang diberikan, “Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”
Syahirah Idris: pnah dgr tak ni?
iaMsaii [8-): bace jap
Syahirah Idris: ok
iaMsaii [8-): uih
iaMsaii [8-): tak penah dgr plak
Syahirah Idris: haa..pe maksudnye tu
Syahirah Idris: Pergilah kamu pulang ke tanah airmu. Didiklah anak-anakmu sebaik mungkin agar jika kami semua sudah tiada untuk mempertahankan bumi Palestin ini maka nanti adalah dikalangan kamu(saudara seislamku) bangun ke medan juang ini dan mempertahankan sehabis kudratmu,”
Syahirah Idris: sgt mendalam tu kan
iaMsaii [8-): maksudnye
iaMsaii [8-): kite kene sedar la
iaMsaii [8-): yg kite ni masih boleh bernafas
iaMsaii [8-): dalam
iaMsaii [8-): memang dalam
Syahirah Idris: hurm
Syahirah Idris: btul tu tp sbnarnya hakikatnye ialah
Syahirah Idris: kite kena didik diri kite, anak2 dan generasi islam supaya fhm ttg islam
Syahirah Idris: tanamkan sifat cintakan agama, bukan bangsa atau negara
iaMsaii [8-): betul2
iaMsaii [8-): skang ni org sume cakap
Syahirah Idris: bile sume dh fhm ttg islam, baru lah senang tuk kite leh bersatu tuk menangkan islam sume
Syahirah Idris: stuju?
iaMsaii [8-): berjuang untuk bangsa, agama dan negara
iaMsaii [8-): patutnye agama,bangsa dan negara
Syahirah Idris: ye btul2
Syahirah Idris: akak risau ialah umat islam skrg btul, makin sensitif ttg isu ni kan..smpai wat solat hajat besar2 kan, boikot sume,
iaMsaii [8-): kan ke agama lebih penting dari bangsa
Syahirah Idris: tp risau jika andai kata perang berhenti
Syahirah Idris: so pemboikotan kite pun berhenti
Syahirah Idris: takat tu je kite sedar
Syahirah Idris: pastu kite dh tak wat dh sume2 tu
Syahirah Idris: org islam lain yg dizalimi kat tmpt lain ttp dibiarkan gtu je
iaMsaii [8-): maksudnye kesedaran tu ada tapi masih kurang
iaMsaii [8-): betul la cakap dorg tu soh kite sedar
iaMsaii [8-): betul betul betul
Syahirah Idris: ha
Syahirah Idris: kan
Syahirah Idris: pasni leh la bgtau kat kengkwn, rumates
Syahirah Idris: yg penting pd diri sndiri, pe peranan kite pas ni
Syahirah Idris: FAHAM ttg islam..umumkan
Syahirah Idris: tp mendalam dan tersirat
iaMsaii [8-): baik!
Syahirah Idris: bukan stakat rukun islam je kite wat...ad deen ni ada 3 cabangnye..islam iman ehsan
Syahirah Idris: kena meliputi 3 tiga tu sume, baru dpt capai keredhaan Allah
Syahirah Idris: sbb hidup kite ni ada 2 je matlamat..tgk dlm tafsir quran kalo ada keh, kalo takde g beli or pinjam
Syahirah Idris: hehe
Syahirah Idris: satu surah baqarah ayat 30, Allah jdkan kita sbg khalifah
iaMsaii [8-): tafsir takde la kat bilik
iaMsaii [8-): Quran adela
Syahirah Idris: memakmurkan bumi kan?
Syahirah Idris: pe maksud makmurkan bumi tu?
iaMsaii [8-): aman?
Syahirah Idris: satu lagi surah az zariyat ayat 55..tidak Aku jdkan jin dan manusia melainkan beribadah kpdKu
Syahirah Idris: iaitu di sini menjadi a'bid iaitu hamba kpdNya
Syahirah Idris: btul aman
Syahirah Idris: aman cmne?
Syahirah Idris: jaga keindahan alam sekitar je ke
Syahirah Idris: tak bg perang2 je ke
iaMsaii [8-): aman makmur
iaMsaii [8-): haha
iaMsaii [8-): eh tak2
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): maksudnye amanla
Syahirah Idris: (smbil2 tu amik la quran tu, tgk ayat tu)
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): aman dari sume bende
Syahirah Idris: maksudnya di sini aman tu mengajak manusia ke arah kebenaran..iaitu semua msti tahu ttg islam
Syahirah Idris: dan tu tjwb sape?
Syahirah Idris: ustaz2 je ke
Syahirah Idris: pendakwah je ke
Syahirah Idris: haaa
Syahirah Idris: dan tahu ttg islam tu camne lak? skadar tahu je ke tp tak amal? gtu?
Syahirah Idris: hehe
iaMsaii [8-): kite sumela
Syahirah Idris: berat kan tjwb tu..beban dakwah tu pd kite sume
Syahirah Idris: kite la pendakwah
Syahirah Idris: kan?
iaMsaii [8-): tau takpe
Syahirah Idris: tapi kan Allah dh janjikan syurga
Syahirah Idris: analoginye, kalo nk dpt result bgs, 4 flat, msti kena strugggle gile2 kan..smpai sakit2 otak
Syahirah Idris: baru leh dpt hadiah / rsult yg best kan?
Syahirah Idris: gtu la Allah...kite kena susah2 dulu, br leh dpt syurga tu
iaMsaii [8-): betul betul betul
Syahirah Idris: bukan free2 je Allah bg
iaMsaii [8-): kalau sesenang
iaMsaii [8-): takdela
Syahirah Idris: btul
iaMsaii [8-): Allah buat syurga tu tempat yg special
iaMsaii [8-): kan
Syahirah Idris: ye btul
Syahirah Idris: tak leh imagine pun
iaMsaii [8-): tak terbayang pun
Syahirah Idris: best lak rasa..(mcm wat usrah 0n9 dgn saii)
Syahirah Idris: hehe
Syahirah Idris: ameen..moga2 Allah berkati majlis kite ni
iaMsaii [8-): ameen
Syahirah Idris: dan malaikat memayungi
Syahirah Idris: ameen


* buat saii yang selalu membaca blog akak, akak sudah memendekkan paragraph2 bagi segala post akak selepas ini bagi mengelakkan diri anda mengantuk membacanya. =P


* syukran pada Zana, one of my closest fren yang ku kenal sejak dari matrik Melaka sampailah di UM di atas pemberian hadiah bufday yang sangat comel ini. many2 thanks to you dear. juga ingin mengucapkan hepi bufday yang ke 25 diucapkan pada kakakku tersayang. wah this time celebrate dengan zauj tersayang nampaknya. hehehe... dan juga buat naqibahku, Intan. selamat hari lahir yang ke 23. moga kita terus tsabat fisabilillah, bertambah amal dan imannya seiring usia. =)

Monday, January 5, 2009

Save Al-Quds, what is our role???

hari ni 8 Muharram 1430 Hijrah bersamaan hari kesembilan Palestin telah dibedil bertalu2 oleh tentera Israel. malah lebih teruk lagi, hari ini serangan darat telah bermula. sHi pasti hampir kesemua bloggers esp muslim akan berbicara berkaitan isu dunia ini. pasti kita takkan dapat merasai penderitaan mereka. mati mereka mati syahid. tiada siapa yang setabah dan sekuat mereka yang berada di sana. sila lihat music video di bawah ini, oleh Xifu and The Algebra. lagu tentang satu hadis Rasulullah S.A.W tentang Baitul Maqdis. be strong Palestinians, Allah will help us through. lakukanlah apa yang harus dan wajib kita lakukan!


Sabda rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barang siapa yang cuba menghampakan mereka tidak sekali-sekali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan Allah. Dan mereka akan tetap sedemikian. Maka para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, di manakah mereka ini. Sabda baginda, "Mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis.


Ya Allah, Kau bangkitkanlah kesedaran kepada seluruh umat islam di seluruh dunia...bahawa yang menderita itu tidak lain dan tidak bukan, saudara seislam seiman dengan kita. Janjimu bahawa islam akan menang memang pasti dan kami percaya. sungguh Engkau tidak pernah meredhai kuffar yang menakluki dunia sekarang, inilah hakikatnya, umat islam masih belum cukup kelayakan lagi untuk menjadi world order. namun sekarang, insyaAllah umat islam kini jika dulu tak ambil peduli tapi kini sudah semakin ada kesedaran itu. kembalikan kegemilangan islam semula.

video

Artist: Xifu & The Algebra - Baitul Maqdis

Rehlah @ Taman Jaya


pada hari Ahad pagi, kami dari UM beramai2 berehlah di Taman Jaya, taman buatan yang amat cantik pemandangannya. rehlah ini memang sangat santai namun bermanfaat. sampai di sana subhanallah rupanya lagi ramai akhawat yang kebanyakannya adik2 hadir dari UKM dan IPBA yang sudah pun tiba dan buat halaqah. memang meriah Taman Jaya dibuatnya. memang kalah nyanyian dan tarian di pentas sebelah dengan kehadiran kami. dengan makanan yang memang sedap2, sandwich, karipap buatan sendiri Siti Warwick (yang belum pernah sHi jumpa) dan spageti masakan akhawat di Fateh. selepas sesi bertaaruf, akhawat dari UKM dan IPBA jalankan program explorace dan kami jalankan games untuk taaruf. sedang makan, seperti biasa, pasti ada ayat2 Allah yang ingin dikongsi bersama.

Firman Allah:

Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul).
(Ali Imran 3:137)


di sini Allah menyuruh kita berjalan ke mana sahaja tempat yang ada di bumi ini untuk memuji kebesaran Allah dan berkenal-kenalan dengan lebih ramai orang. Fasiru fil ardh (berjalan di bumi). dalam pukul 1.30pm kami bertolak kembali ke UM. kali ini dengan kedatangan akhawat yang ramai dan perancangan yang agak mengejut, maka kami tidak dapat bergabung bersama untuk lakukan satu program bersama. insyaAllah pasni buleh la kite join sama main explorace tu ye. uhibbukum fillah~


* di sini ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kedua2 adik angkatku Bazlin dan Lai, kalian tidak pernah lupa untuk celebrate hari lahir akak sepanjang perkenalan kita ini. syukran jazilan. sempat juga kami berusrah informal bersama. seperti yang akak katakan pada Lai dan Bazlin, islam tidak menyekat keistimewaan yang ada pada seseorang itu. kan Nabi pernah bersabda, manusia ini ibarat logam. baiknya dia di zaman jahiliyah, baiknya juga dia di dalam islam, jika dia faham. jadi marilah kita sama2 gunakan keistimewaan kite itu untuk islam. moga kita semua akan mendapat kemanisan iman bersama. insyaAllah.