Showing posts with label business. Show all posts
Showing posts with label business. Show all posts

Friday, January 30, 2009

Brotherhood Muslimah T-Shirt !!!

anda inginkan Tshirt yang

--> labuh ?
--> longgar ?
--> design yang cantik ?
--> sedap dipakai ?
--> berunsurkan dakwah ?
--> dan sesuai bagi wanita muslimah ?

sesuai untuk sendiri atau diberi sebagai hadiah pada sahabat dan keluarga tersayang. =)


--> price from RM34 - RM38 only (delivery charge not included)
--> available in size M, L, XL, XXL, 3XL
--> kindly double click the pic above to view larger poster
--> interested ? feel free to contact me, sHi:

email : syahirah86_ismaz@yahoo.com
YM : syahirah86_ismaz


ingatlah, pakaian melambangkan keperibadian seseorang muslimah. mari membeli sambil berdakwah ! =D

Tuesday, November 11, 2008

jualan pin kayu comel di 4th UM

jualan hebat, mari kita membeli sambil beramal, insyaAllah.

keychain dan hp strips : RM 5.50

pin akhawat/ikhwah medium size : RM 4.00

pin akhawat/ikhwah small size : RM 3.50


jazakumullah khayran kathira buat Kak Mar dan kakak kesayanganku, Kak Salwa di Bintulu kerana sudi bawak stok ni balik KL. salah satu cara dakwah kan? =)

p/s: Kak Nani Koop dh beli 1, Mariam beli 5, Yani beli 4. meh dtg sebelum habis. first come first serve ok? =D


Wednesday, July 23, 2008

running a small business lillahita'ala


alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengilhamkan diriku untuk membuka bisnes di kolej 4th ini. ku tak sangka sambutan yang diberi sangat hangat. listing in order begitu banyak. syukur Allah permudahkan. ku dapat harga yang murah dari supplier dan ku jual dengan harga yang berpatutan. ku gunakan duit ku dahulu untuk membeli dan mereka boleh membayar secara ansuran, asalkan tafsir/buku berada di tangan mereka digunakannya, sudah memadai bagi hatiku. bak kata KD ketika di program ISK, usaha yang dikira oleh Allah untuk beri kita pahala, dan bukan hasil kerana hasil adalah hak Allah untuk beri pada hambaNya. baik dan buruk sumenya dtg dariNya kerana Dialah yang Maha Mengetahui. 2 bisnes telah pun dijalankan dan satu lagi akan datang, insyaAllah.

1) Jual tafsir Al-Quran (organizer/diary Quran) dan novel agama/buku motivasi/hadis 40 etc
2) Jual biskut raya Mama Carey yang sangat sedap (syukran mak sbb sudi tlg jadi ejen)
3) Jual tshirt labuh muslimah (sedang confirmkan dengan supplier)

* dulu ku pernah membuat bisnes topup dan keuntungannya ku gunakan untuk keperluan ku sendiri, namun sekarang ku sedar matlamat hidup ku hanyalah kerana Allah. oleh itu segala keuntungan yang ku dapat akan ku pulangkan ia semula ke jalan dakwah dan bukan untuk kepentingan diriku sendiri. InsyaAllah. ku ingin kumpul bekalan untuk di akhirat kelak, itulah tujuan dunia kan? :)

Firman Allah:

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Al-Baqarah, 2:261)

Firman Allah:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At-Taubah, 9:111)

sesungguhnya, sudah tentu jual beli yang paling berharga bagiku ialah urusan jual beliku dengan Allah. iaitu Allah membeli harta dan diri kita dan Dia memberikan kita syurgaNya. alangkah ruginya mereka yang tidak tahu menghargai pemberian yang amat berharga bagi orang-orang mukmin ini. Allah, rahmatilah hidupku ini.

* alhamdulillah, akhirnya setelah menunggu beberapa lama, biasiswa KPM pun masuk. seperti biasa RM1k akan ku minta mak terus masukkan terus ke dalam akaun Tabung Haji tuk saving. dah selebihnya barulah digunakan untuk perbelanjaan secara sederhana.

Mengamalkan beberapa Wajibat 38:

22. Peruntukkan sebahagian wang kita untuk dakwah dan orang yang memerlukan
23. Buat tabungan wang untuk kecemasan dan jauhi bermewah dalam berbelanja

=)