Friday, October 17, 2008

Kuliyyah ringkas Haid, Nifas dan Istihadhah @ Balai Islam 4th


ketika para lelaki 4th ke masjid tuk tunaikan solat jumaat, kami pula menambahkan ilmu dengan mendengar kuliyyah ringkas mengenai Haid, Nifas dan Istihadhah di Balai Islam 4th. ku sudah tahu mengenainya beberapa hari yang lepas bila mendengar pengumuman, namun imanku mulai goyah apabila ianya dilakukan pada waktu tengah hari iaitu ketika ku baru habis kelas. hati ini memberi alasan, penatnye..next time la, taknak la pegi. namun sesudah makan tengah hari, terserempak dengan Hidayah. "Akak, jom kak, ada ceramah kat bawah sekarang." ku katakan padanya "InsyaAllah". bila ku masuk ke bilik, terus ku berperang dengan hatiku sendiri, dengan segera ku mengambil telekung, buku nota dan Quran diary terus bersiap turun ke bawah. syukur alhamdulillah, Allah mengilhamkan aku turun juga untuk mencari ilmu.

kami solat Zuhur berjemaah dulu diimami Ustazah Rahmah iaitu penceramah yang akan memberi kuliyyah ringkas ini. Ustazah memulakan kuliah dengan menyatakan tentang Hadis 1 dalam Hadis 40 Imam Nawawi iaitu innama a'malu binniat (sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat). ku teringat apa yang Kak Kimah katakan pasal saksi ketika di SH dulu...

"Kita dan anak2 semua yang ada di sini telah dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu ini, moga2 apa yang kita lakukan ini akan menjadi saksi untuk kita di akhirat kelak" - Ustazah Rahmah


Sebelum memulakan mengenai topik yang diberi, Ustazah mengatakan bahawa Allah suka pada orang yang bertaubat dan bersuci yakni bersih. (Afwan, tak ingat ayat dan surahnya). Apa yang akan dihuraikan selepas ini berdasarkan mazhab Syafie. tidak salah bagi kita jika ingin mengikut mazhab lain namun oleh kerana rata2 org di Malaysia menggunakan mazhab Imam Syafie dari dulu lagi, maka tajuk ini akan dikupas berdasarkan pendapat dan pandangan Imam Syafie yang lebih teliti berbanding mazhab lain.

Haid ialah darah yang keluar dari urat pangkal rahim seorang wanita. Kehadiran haid menunjukkan bahawa tanda seseorang wanita itu sihat. maka, janganlah kita bersedih apabila datang haid kerana ia adalah satu nikmat yang diberikan oleh Allah special pada wanita.

Mengikut Imam Syafie, haid paling sedikit datang 1 hari 1 malam. jika ianya kurang dari itu, ia digelar istihadhah. Haid paling lama datang ialah 15 hari 15 malam. dan kebiasaannya haid datang sekitar 6-7 hari. Darah haid dipanggil sebagai darah kotor dan kebiasaan darahnya berwarna merah dan pekat. Manakala darah istihadhah berwarna merah dan cair. Bagi darah istihadhah, setiap kali seseorang wanita itu ingin menunaikan solat fardhu, maka perlulah dibersihkan dan diambil wudhuk sekali lagi. namun jika ingin menunaikan solat sunat rawatib, ianya dibolehkan kerana ianya dalam tempoh waktu yang terdekat. Warna darah ini ialah mengikut kebiasaan, ada juga yang berwarna lain kerana ia mengikut juga kepada kesihatan dan pemakanan seseorang wanita itu. maka yang penting di sini untuk memastikan ianya darah haid atau istihadhah ialah dengan mengikut bilangan hari kitar haid kita. pentingnya di sini bagi kita untuk membezakan samada ianya darah haid atau istihadhah kerana kita tidak boleh solat ketika haid tapi kita perlu solat seperti biasa jika ianya adalah istihadhah. Tamatnya haid apabila tiada lagi warna darah seperti di atas dan apabila diuji dengan kapas, ianya berwarna putih seperti warna kapas.

Apabila di dalam keadaan yang kotor/tidak bersih ini, syaitan2 suka malah histeria, sihir dan santau juga senang memasuki diri kita. Allah memberikan kita haid ini bukan bermakna kita perlu berjauhan dariNya. apa yang kita tidak boleh buat hanyalah tidak boleh solat, tidak boleh puasa, tidak boleh membaca Quran dan tidak boleh melakukan tawaf serta berehat2 di masjid. namun selain daripadanya kita boleh lakukan iaitu berdoa, berzikir, dan berselawat. oleh sebab itu Rasulullah ada mengajar kita tentang doa apabila uzur. zikir Mathurat pagi dan petang itu boleh kita amalkan ketika sedang haid. kerana niat kita adalah untuk berzikir. ayat2 yang kita biasa baca dan lakukan setiap hari seperti Bismillahirrahmanirrahim, Ayat Kursi, Al-Fatihah dan doa ketika naik kenderaan itu boleh kita baca ketika datang haid. Kite perlu ada hubungan dengan Allah walaupun ketika haid. oleh itu kita boleh dekatkan diri kita dengan Allah dengan melakukan perkara di atas.

Nifas pula ialah darah yang keluar selepas bersalin manakala wiladah ialah darah yang keluar bersama2 bayi. Kebiasaan nifas ialah antara 40-45 hari iaitu disebut sebagai dalam pantang manakala paling lama nifas ialah sekitar 60 hari 60 malam. Dalam pantang ini ada 2 maksud iaitu pantang dari segi adatnya dan pantang dari segi ibadatnya. Dari segi adat, pantang dari segi pemakanan, ianya berbeza antara seseorang ibu dengan ibu yang lain. Manakala dari segi ibadat, ibu tidak boleh solat, tidak boleh puasa, tidak boleh baca Quran dan tidak boleh bersama dengan suami. Oleh itu, bagi mengelakkan tekanan perasaan dan rasa jauh dengan Allah, maka cara yang sama boleh dilakukan iaitu banyakkan zikrullah, berselawat dan beristighfar.

Tambahan: Bagi ibu2 yang menyusukan baby, menyalin lampin baby, harus berjaga malam kerana baby lapar dan lain2, jangan merungut, haruslah bersabar dan redha kerana setiap sedutan anak itu ialah zikir dan pahalanya sama seperti orang yang bertahajjud dan bangun malam (Qiyammullail).

oleh kerana kekangan masa, Ustazah hanya sempat menceritakan secara ringkas dan menjawab segala persoalan kami. habis sahaja segalanya, hatiku puas kerana berjaya berlawan dengan nafsu diri dan syaitan2 yang memang tak habis2 ingin menggoda. Alhamdulillah.

Wallahua'lam...

Firman Allah:
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
(Ali Imran 3:14)


Layakkah aku?



adakah cukup layak bagiku untuk mendapat lelaki yang baik sedangkan diri ini masih belum cukup sempurna untuk menjadi perempuan yang baik... masih adakah sisa-sisa karat jahiliyah dalam diriku ini? terlalu banyak rasanya yang perlu ku perbaiki.

Ya Allah, jadikanlah kami, sebagai wanita solehah yang menjadi perhiasan dunia dan bukan sebagai fitnah dunia...

Atas Nama Cinta - UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka


Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya




" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa"
(Al-Furqan, 25:74)


Thursday, October 16, 2008

jamuan raya bersama adik2 PRIMA

syukur alhamdulillah, walau pun dengan ketiadaaan air yang mencukupi di kolej 4, opps, ketiadaan air satu Universiti Malaya ini, jamuan raya PRIMA kami berjaya juga dilaksanakan. walau macammane sekalipun, dakwah dan tarbiyah harus diteruskan. ada beberapa adik2 usrah yang tak boleh datang, akak faham akan keadaan korg sume. bg Zana, Lina, Akma, As, Azie, dan Naila, akak hargai sangat dgn kehadiran kalian semua. oh ya, not to forget rumate Naila, Arissa yang wat pertama kalinya join kami. silekan...tafaddol2..dialu-alukan. hehe..

10 minit sebelum korg sampai, akak baru la nak sibuk dok cari bahan pengisian tuk mlm ni. afwan la ye, workload time hujung2 before final ni kan. dpt gak cari bahan yg simple n agak ringan tuk malam ni. pasal God's Pharmacy. sape yg dpt emel sHi pasal ni mesti dh tahu kan. Allah cipta semua makhluknya termasuk tanam-tanaman, bukan main2, ada tujuannya ada sebabnya. apatah lagi manusia. 2 matlamat hidup kita iaitu menjalankan ibadah (52:56) dan menjadi khalifah (2:30).



Firman Allah:
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-Mukminun 23:115)


a simple jamuan raya, dengan kuih raya yang ada saki baki dalam bilik ni dan sampai air masak pun takde tuk korg. afwan sangat2..darurat tul keadaan 4th kali ni. moga Allah permudahkan tuk kita ke lecture pagi sok. baru la kite boleh bygkan, ni baru nikmat air yg Allah tarik, tu pun kejap je..apatah lagi kalo nyawa kita ke, nyawa mak ayah kita ke ditarik. mcmne tu? sbb tu perlulah kita bersyukur dengan apa yang kita ada setakat ni. sume jd ada hikmah nye.

sempat juga berkongsi pengalaman Ramadhan tahun ni berbanding tahun2 lepas. ada yang maju, ada yg constant, ada yang turun..kebanyakannya maju alhamdulillah. ada yang tahun ni, solat terawih tak pernah tinggal, solat subuh berjemaah, kurang mengumpat org, ada juga yang tahun ni lebih banyak bertadarus. moga2 kita dipanjangkan umur agar dapat bertemu dengan Ramadhan akan datang supaya lebih banyak azam dan target kita untuk dicapai di bulan barakah ini. next time masuk sem 2 ni insyaALLAh kite try plak wat sesi tgk tayangan pasal nabi, hero2 islam dan seerah sama2.

Monday, October 13, 2008

tha tha & jim jim berusia 10 hari

recent news! tha tha dan jim jim dah pandai naik roda =)






sekejap je, Tha Tha & Jim Jim membesar. sHi tak perasan bila masa mata mereka keluar dari selaput, bila telinga dah nampak mcm telinga tup2 je dah ada bulu. dah pandai berjalan sekarang. sgt sgt cute. anak Nini & Noddy ni pun sepasang. Jim Jim warna hitam ni jantan. punyelah garang, takut nak pegang, geram asyik bunyi jer. Tha Tha pulak wane kuning. mmg mcm perempuan, baik je. Noddy pun dah boleh join sekali dlm rumah. pasni bila Tha Tha & Jim Jim dah tak menyusu, boleh la diasingkan diorg dalam rumah baru yang kecik. takde sekor pun yang ikut mcm mak bapak diorg yg wane coklat tu..ni kena wat cross baru tahu sape dominan sape resesif nii..ntah2 atuk nenek diorg wane gtu kot. =D

look at this picture of Tha Tha..statik je org nak amik gamba dia. funny~



such a romantic couple, Nini loves Noddy OR Noddy loves Nini?? luv each other..heh =D


one big happy family at home !!!


* tidak terungkap oleh kata2 bila apa yang dipohon, dipermudahkan oleh Allah. syukur alhamdulilah. thank you Allah. hasbunallah wa ni'mal wakil....cukuplah hanya Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung. ku pinta keberkatan dan keredhaan dariMu Ya Hafeez, Ya Lateef..=)

Saturday, October 11, 2008

no exotic pets for kids below 5 years old, hamsters are included



Doctors: No hamsters or exotic pets for young kids

By LINDSEY TANNER,AP Medical Writer AP - Tuesday, October 7

CHICAGO - Warning: young children should not keep hedgehogs as pets _ or hamsters, baby chicks, lizards and turtles, for that matter _ because of risks for disease.

That's according to the nation's leading pediatricians' group in a new report about dangers from exotic animals.

Besides evidence that they can carry dangerous and sometimes potentially deadly germs, exotic pets may be more prone than cats and dogs to bite, scratch or claw _ putting children younger than 5 particularly at risk, the report says.

Young children are vulnerable because of developing immune systems plus they often put their hands in their mouths.

That means families with children younger than 5 should avoid owning "nontraditional" pets. Also, kids that young should avoid contact with these animals in petting zoos or other public places, according to the report from the American Academy of Pediatrics. The report appears in the October edition of the group's medical journal, Pediatrics.

"Many parents clearly don't understand the risks from various infections" these animals often carry, said Dr. Larry Pickering, the report's lead author and an infectious disease specialist at the federal Centers for Disease Control and Prevention.

For example, about 11 percent of salmonella illnesses in children are thought to stem from contact with lizards, turtles and other reptiles, Pickering said. Hamsters also can carry this germ, which can cause severe diarrhea, fever and stomach cramps.

Salmonella also has been found in baby chicks, and young children can get it by kissing or touching the animals and then putting their hands in their mouths, he said.

Study co-author Dr. Joseph Bocchini said he recently treated an infant who got salmonella from the family's pet iguana, which was allowed to roam freely in the home. The child was hospitalized for four weeks but has recovered, said Bocchini, head of the academy's infectious diseases committee and pediatrics chairman at Louisiana State University in Shreveport.

Hedgehogs can be dangerous because their quills can penetrate skin and have been known to spread a bacteria germ that can cause fever, stomach pain and a rash, the report said.

With supervision and precautions like hand-washing, contact between children and animals "is a good thing," Bocchini said. But families should wait until children are older before bringing home an exotic pet, he said.

Those who already have these pets should contact their veterinarians about specific risks and possible new homes for the animals, he said.

Data cited in the study indicate that about 4 million U.S. households have pet reptiles. According to the American Veterinary Medical Association, all kinds of exotic pets are on the rise, although generally fewer than 2 percent of households own them.

The veterinarian group's Mike Dutton, a Weare, N.H., exotic animal specialist, said the recommendations send an important message to parents who sometimes buy exotic pets on an impulse, "then they ask questions, sometimes many months later."

But a spokesman for the International Hedgehog Association said there's no reason to single out hedgehogs or other exotic pets.

"Our recommendation is that no animal should be a pet for kids 5 and under," said Z.G. Standing Bear. He runs a rescue operation near Pikes Peak, Colo., for abandoned hedgehogs, which became fad pets about 10 years ago.

http://malaysia.news.yahoo.com/ap/20081006/twl-med-exotic-pets-1be00ca.html

* syukur alhamdulillah, no kids below 5 years in my house. now i have to take some precautions whenever my young cousins come to my house.