Thursday, October 23, 2008

Solat Hajat Perdana & Motivasi Ibarat Pensel 2B @ Dewan Santapan 4th


sempena final exam yang bakal menjelang 2 minggu lagi, malam ini Balai Islam 4th mengadakan solat hajat perdana dan tazkirah di Dewan Santapan 4th. Selepas Maghrib berjemaah, solat hajat diadakan, seterusnya solat Isya' berjemaah dan mulalah tazkirah oleh Ustaz Yazid yang bertajuk Ibarat Pensel 2B. Ustaz membawa anak lelaki kecilnya sekali menemaninya berdakwah. comel, dengan kopiah putih di kepala, walaupun menguap banyak kali dan tersengguk2 kepalanya mengantuk, si kecil setia menemani abinya.

Perasan atau tidak, kebanyakan kita bila final exam je barulah kita akan lebih ingat kepada Allah. ianya ibarat pensel 2B. time exam baru sibuk nak cari pensel 2B. time exam barulah rajin turun solat di surau, wat solat hajat, baca quran dan bangun malam. memang bagus tetapi janganlah selepas sahaja bis exam dan start cuti, segala amalan yang baik itu ditinggalkan. peringatan keras buat diriku sebenarnya. inilah serba sedikit maksud tajuk yang diberi mengikut tafsiranku. Allahu'alam.

Terdapat 10 kehilangan pada manusia, apa yang ku suka apabila Ustaz Yazid menghuraikan tazkirah pada malam ini beserta dengan firman Allah bagi setiap satu point yang diberikan, kita dapat relatekan dengan apa yang Allah sudah beritahu di dalam kalam suciNya:

1)ILMU YANG HILANG AMALAN - ianya ibarat pohon yang tidak mengeluarkan buahnya


Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(As-Saff 61:2-3)


2) AMALAN YANG HILANG KEIKHLASAN - ada 3 peringkat ikhlas
(i) Ikhlas orang fasik di mana buat sesuatu tapi mengharapkan orang lain memandang supaya boleh membangga diri
(ii) Ikhlas tetapi masih lagi berharap orang mengatakan dia ikhlas
(iii)Ikhlas terus kepada Allah

3) HATI YANG HILANG WARAK - terjadi apabila manusia membesarkan dunia berbanding akhirat. Perlu jadikan qiyammullail itu amalan mingguan, sHi!


Firman Allah:
Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
(As-Syua'ra' 26:89)


4) AKAL YANG HILANG MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH - akal perlulah dipandu dengan Al-Quran


Firman Allah:
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayatNya agar kamu mengerti.
(Baqarah 2:242)


5) LIDAH YANG HILANG HIKMAH - terjadi bila orang mengekalkan maksiat, bercakap perkara yang kotor, akan hilang hikmahnya. kita perlulah banyakkan berzikrullah.


Firman Allah:
Maka sungguh, telah Kami mudahkan (Al-Quran) itu dengan bahasamu (Muhammad), agar dengan itu engkau dapat memberi khabar gembira kepada orang-orang yang bertakwa, dan agar engkau dapat memberi peringatan kepada kaum yang membangkang.
(Maryam 19:97)


6) REZEKI YANG HILANG BERKAT



Firman Allah:
Sungguh, inilah rezeki dari Kami yang tidak ada habis-habisnya
(Sad 38:54)


7) KESIHATAN YANG HILANG KETAATAN


Firman Allah:
(Allah berfirman), "Demi umurmu (Muhammad), sungguh, mereka terumbang-ambing dalam kemabukan (kesesatan)."
(Al-Hijr 15:72)


8) WAKTU YANG HILANG USIA MANFAAT


Firman Allah:
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).
(Al-Mukmin/Al-Ghafir 40:67)


9) HIDUP YANG HILANG PANDUAN - matlamat hidup kita ialah mencari keredhaan Allah S.W.T


Firman Allah:
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikannya hanya kepada Kami.
(Al-Anbiya' 21:35)


10) MATI YANG HILANG IMAN (nauzubillah min zaalik!)


Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.
(Ali Imran 3:102)


selesai semuanya, sedikit kuih disediakan untuk kami. Jazakillah ye Hanis tlg suapkan agar-agar tuk akak. hehehe..=D

Wallahua'lam

here is my time table for final exam semester 1 07/08:

29 October 2008 - Kaedah Pengajaran Kimia
5 November 2008 - Sosiologi Persekolahan
6 November 2008 - Kimia Asas III
11 November 2008 - Geology 1
12 November 2008 - Komputer Dalam Kimia
17 November 2008 - Geology 2

doakan smoga sHi dapat menjawab dengan tenang dalam imtihan kali ini ye. belajar dan ambik exam kerana Allah. ameen. =)

Tuesday, October 21, 2008

Kuliyyah Hadis @ Balai Islam 4th


alhamdulillah, Maghrib tadi hujan turun. walaupun lewat sedikit turun ke surau hari ini, sempat juga ku mendengar sedikit kuliyyah hadis sebelum Isya' dari Ustaz Yazid yang menjadi penceramah setia hari Selasa di Balai Islam 4th ni. juga terkenal dengan lawaknya yang bersahaja di samping ilmu2 agama yang disampaikan. sedikit catatan yang ku sempat tulis untuk dikongsi bersama semua insyaAllah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda:
Doa seseorang itu dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru sehingga dia berkata "Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan".


hadis ini membawa maksud bahawa kita tidak boleh berputus asa dalam berdoa. doa ialah senjata orang mukmin kan? kerana ada 3 cara doa akan dimakbulkan oleh Allah Azza Wa Jalla:

1) Allah memakbulkan doa seseorang itu terus (cash! alhamdulillah)
2) Allah memakbulkan doa seseorang itu tetapi lambat sedikit (bersabarlah!)
3) Allah akan menunaikan dan memakbulkan doa seseorang itu di akhirat kelak (tunggu!)


maka janganlah kita berputus asa dalam memohon doa kepada Allah, paling elok ialah berdoa bersendirian, makin kita minta, makin Allah sayang terutamanya di waktu tengah malam di kala orang dibuai mimpi, kita bangun memohon doa kepada Allah. itulah kehebatan Allah S.W.T. (inilah ibadah yang paaaling kurang ku lakukan, kuatkanlah imanku untuk bangun malam dan bertemuMu ya Allah !)

kerana Allah yang kita mohon doa itu ialah Allah yang sama yang membantu Nabi Musa ketika ingin berhadapan dengan Firaun, Allah yang sama yang memenangkan Islam dalam Perang Badar, Allah yang sama yang menyelamatkan Nabi Ibrahim dari dibakar api, Allah yang sama yang menerima taubat Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Nun, Allah yang sama yang memakbulkan doa para sahabat, tabi'en dan tabi' tabie'n, juga Allah yang sama memakbulkan doa ibu bapa kita. Itulah Tuhan Yang Satu, Yang Esa. Maka Allah juga akan memakbulkan doa kita juga insyaAllah.

disebut juga antara surah-surah favourite Nabi ketika waktu malam dan waktu pagi.

Waktu malam - Surah As-Sajadah untuk menguatkan iman dan Surah Al-Mulk
Waktu pagi - Surah Al-Waqi'ah dan Surah Yaasin

sebut mengenai surah Yaasin, orang Melayu menjadikan ianya adat di mana setiap kali Khamis malam Jumaat, pasti akan baca Yaasin. sedangkan surah ini boleh dibaca setiap pagi, bila-bila masa sahaja. bukan sekadar ingin tunggu seminggu sekali baru baca. orang Melayu juga mewajibkan semua membaca Yassin pada Khamis malam Jumaat, seolah-olah telah melakukan dosa besar jika tidak membacanya. sedangkan tidak menjadi masalah jika ianya digantikan dengan tazkirah dan pengisian lain. bagi yang dah tahu, inilah masanya kita ubah persepsi orang Melayu. apalah gunanya membaca Yassin tiap2 minggu, tapi tidak faham akan maksud yang disampaikan di dalam setiap ayat-ayat yang dibaca ??? Allahua'lam

* tringat akan ayat cinta dari Allah:

Firman Allah:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar memperoleh kebenaran.
(Al-Baqarah 2:186)



Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu...
(Al-Mukmin 40:60)


Masa - Rabbani

Masa Ibarat Nyawa Bagi Manusia
Mestilah Diurus Dengan Bijaksana
Hargailah Masa Dengan Sebaiknya
Supaya Tidak Rugi

Renunglah Masa Yang Telah Berlalu
Ia Tak Akan Boleh Datang Kembali
Ambillah Iktibar Untuk Diteladani
Agar Terbentuk Peribadi Yang Murni

Isilah Masa Jangan Dipersiakan
Rancanglah Dengan Teliti Dan Berkesan
Ilmu Dicari Luaskan Pengalaman
Ibadah Dilupa Jangan

Perjalanan Masa Tak Menunggu Kita
Semakin Lama Usia Bertambah Tua
Bertuah Kita Jika Dapat Mencapai
Umur Dan Amalan Seiring Usia


Masa Muda Jangan Ikut Perasaan
Masa Tua Biasanya Serba Tak Senang
Datang Bermacam Sakit Yang Tak Diundang
Mulakanlah Ibadat dari Sekarang

Hidup Dibina Berlandaskan Kebenaran
Semoga Pulang Dengan Hati Yang Tenang
Masa Di Dunia Hanyalah Sementara
Masa Di Akhirat Kekal Selamanya


Marilah Tunaikan Kewajipan Kita
Pada Yang Maha Esa

Masa Tidak Akan Merugikan Kita
Bila Diatur dengan Penuh sempurna
Seperti Yang Dituntut Oleh Agama
Hidup Pastikan Sejahtera Selama

Taqaballahu minna wa minkum (may Allah accepts our deeds and yours)..Ameen

Monday, October 20, 2008

ha ha ikut alif ba ta ke rahmatullah



baru pagi tadi ku lihat ha ha bersama Nini..sampai je bilik, ku cari ha ha tp takde. rupanya tinggal badan je. kepala dah takde. innalillah wa inna ilaihi rajiu'un... takpela, agaknya Nini dah tahu anaknya tak leh survive dah. ku dan fara akan tanam ha ha dekat dengan alif ba ta. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya insyaAllah.

Sunday, October 19, 2008

ha ha lahir malam tadi


memang terkejut! sangat terkejut. belum lagi tha tha n jim jim umur 20 hari, ha ha pulak lahir. tha tha, jim jim dan Noddy ku asingkan dalam rumah lain. biarkan saje Nini dengan baby barunye. tapi yang hairan, ha ha ni sangat kecik, tak macam abg dan kakaknye. lahir tak cukup bulan ke??? membuatkan sHi pada awalnye sgt terkejut dengan kelahirannya. papepun, syukur alhamdulillaaaah..rezki lagi tuk Nini. yea2 !!!! =)

Saturday, October 18, 2008

Lawatan ke Wad Pediatrik PPUM (Care 4 All 08/09)


buat pertama kali ku ke PPUM..ada beberapa sebab mengapa ku ke sana:

1) niat untuk melaksanakan ibadah, dakwah dan tarbiyah lillahita'ala

2) memandangkan ku ialah x-Timbalan Pengarah 1 Projek Care 4 All sesi lepas, ku mewakili Shikin (x-Pengarah Care 4 All) untuk meninjau projek sesi kali ini.

3) memberi support 100 percent kepada kedua2 adik angkatku iaitu Pengarah Care 4 All sesi ini, Bazlin dan Lai iaitu salah seorang AJKnye.

4) memandangkan passionku pada kanak2, sudah menjadi impianku untuk melawat wad pediatrik.

kami bergerak menaiki bas UM ke sana lebih kurang 8.30am. sampai saja di sana, kami ke P6 iaitu Wad Pediatrik bagi kanak2 yang sakit kanser dan leukemia. sudah dapat membayangkan keadaan kanak2 yang botak akibat kemoterapi yang ku rasakan sakit sangat bagi orang dewasa apatah lagi pada si kecil seperti mereka. pada awalnya, ku kenali dengan Adam, baru usia 3 tahun sudah mengidap blood cancer. keadaannya yang baru sahaja disuntik dengan ubat menjadikan Adam menangis dan moody dengan kami.

ku mendekati seorang kanak2, Nurul Nabihah (Dik Ah) namanye. mereka di sana perlu memakai mask supaya tidak terkena infection. sambil bercerita dan bersembang dengan Dik Ah, kami mengambil gambar bersama. bukan main gelak lagi Dik Ah bila tgk clown and maskot tupai kami berlakon. selepas majlis perasmian oleh Pengetua 4th, Prof Madya Dr Salihin, kami melawat bilik2 lain bersama. ada seorang kanak2 berusia 5 tahun bernama Shifa yang baru sahaja selesai mengambil bone marrow. kasihan melihatnya. bercerita dengan neneknya, umi nya baru sahaja ke rahmatullah bulan 7 lalu akibat breast cancer. Shifa pula kini di wad. ayahnya merupakan lecturer Bahasa Arab di UM. besar sungguh pengorbanan si suami dan lelaki bergelar ayah ini. tabah dan redha si ayah dan si nenek menjaga Shifa. kata doktor, Shifa perlu mengambil masa selama 2 tahun untuk sembuh.

ramai patient yang dibawa balik ke rumah ketika weekend oleh ibu bapa. kami sempat juga mengenali Manojkumar, Hani Humaira dan Josephine. mendengar luahan hati ibu dan bapa mereka. we are not in their shoes, we can never understand how it feels. we can only feel the empathy. if i was in their shoes...i dunno what to do..adakah ku akan tabah seperti mereka? redha dan pasrah akan ketentuanNya.

kami tak sempat melawat ke P lain memandangkan waktu melawat untuk tengahari sudah tamat. ku dengar cerita dari junior ku yang bertugas melayan kanak2 di sana, ada seorang kanak2 lelaki usia 3 tahun yang mengidap ketumbuhan besar di bahagian leher. kanak2 ini ditinggalkan dan tidak diterima oleh ibu bapanya. sejak dia lahir di PPUM, sampai sekarang dia di sini. PPUM menjadikan dia sebagai anak angkat. kasihan, sedangkan hamster ku sayang pada anak2, nape masih ada ibu bapa yang kejam kepada darah daging mereka sendiri sebegini. moga Allah membalas setimpal dengan perbuatan mereka terhadap si kecil ini. afwan, teremosional, pttnye ku perlu berdoa semoga Allah berikan hidayah pada kedua ibu bapanya. ada lagi seorang baby usia 4 bulan yang mengidap penyakit genetik di mana tubuh badannya mengecut hari demi hari seolah2 keadaanya seperi bayi baru lahir. subhanallah..segalanya ada hikmahnya dan ditentukan oleh Allah S.W.T.


Hadis Nabi:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
Jangan saling menghasud, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. Takwa itu di sini, (beliau mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulanginya hingga tiga kali). Cukuplah seseorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain.
(Hadis Riwayat Muslim)



sian Adam...




Hani Humaira - kurang neutrophil, moga cepat sembuh


Nurul Nabihah, get well soon Dek Ah


Josephine suka nyanyi lagu Twinkle Twinkle


funny clown


imported maskot TUPAI from 4th college

sedang Buzz melayan VIPs di ruang makan, lekas2 ku minta semua AJK susun kerusi supaya get ready tuk sesi fotografi. supaya senang bila VIPs keluar, trus AJK dh prepare amik tempat tuk bergambar. no wasting time. excited sgt AJK sampai terlupa pasal ni agaknye. bagiku, gamba saje lah yg dpt berikan kenangan tuk sesuatu peristiwa yang berlaku.

betapa besarnya kuasa Allah, jika dikatakan kun fayakun, jadilah maka jadilah ia! bersyukur atas nikmat sihat yang diberi. congratulations diucapkan pada Bob dan Buzz kerana segalanya dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. juga pada sume AJK. n not to 4get Lai. u did a gud job being such a silly clown. hehe..
all the best for upcoming projects yah! insyaAllah.

:: semoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan ::

Firman Allah:
Dan Kami pasti akan menguji kami dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.
(Al-Baqarah 2:155-156)