Saturday, October 11, 2008

usrah 5 @ 4th - Bertadabbur dengan An-Naba'



petang tadi lebih kurang jam 6pm, Intan, Naimah dan Kak Hudha datang ke bilikku. Yuti sampai agak lewat skit memandangkan hari hujan. Usrah kali ini dilakukan di bilikku, hepi kerana sekurang-kurangnya ku dapat laksanakan tanggungjawab sebagai tuan rumah kepada mereka yang hadir sebagai tetamu. kali ini, ku dilantik sebagai MC dan present Hadis ke 16 dalam Hadis 40 iaitu berkenaan Jangan Marah.

Hadis Nabi:


Daripada Abu Hurairah r.a: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W. Berikan daku wasiat/nasihat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
(Hadis Riwayat Imam al Bukhari)


fitrah manusia, pasti ada perasaan marah. cuma bagaimana kita overcome perasaan marah itu apabila ianya datang berbeza bagi setiap individu. dengan beristighfar (memohon pengampunan dari Allah) sehingga kita kembali tenang, insyaAllah akan dapat redakan kemarahan. ada juga pendapat yang mengatakan ambil lah wudhuk untuk meredakan marah. marah ibarat api yang membara, perlukan air untuk melenyapkannya. La taghdob (jangan marah) ye sHi!

kami membaca surah An-Naba' berserta terjemahannya mengikut giliran. seterusnya Intan mula dengan menceritakan, An-Naba' ialah surah pertama dan yang terpanjang di dalam Juz Amma iaitu Juz Terakhir dalam Al-Quran. surah ini mempunyai 40 ayat dan diturunkan di Mekah (ayat Makiyyah).

Dalam Al-Quran terdapat 2 jenis ayat yang diturunkan iaitu Ayat Makiyyah dan Ayat Madaniyah. Apakah ciri-ciri ayat Makiyyah?

1) Diturunkan di Mekah
2) Lebih banyak mengenai aqidah, memandangkan ketika di Mekah, Islam masih belum cukup kuat.
3) Kebanyakan ayatnya pendek
4) Ayat ini ditujukan kepada seluruh manusia secara general (ya ayyuhannas, ya ayyuhalinsan, dan bukan ya ayyuhalmukminin)

di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran yang dikarang oleh Sayyid Qutb, beliau mula menafsir Juz Amma terlebih dahulu sebelum menafsir Surah An-Naba'. Juz Amma mempunyai surah yang semuanya diturunkan di Mekah kecuali 2 surah yang diturunkan di Madinah iaitu Surah Al-Bayyinah dan Al-Asr.

Allah menurunkan Juz Amma ini sangat special kerana:

1)Kebanyakan surah adalah berkisarkan tentang aqidah

Contohnya:-

Firman Allah:
[112.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

[112.2] "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

[112.3] "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

[112.4] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlas 112:1-4)


dalam surah Al-Ikhlas ini ianya menceritakan tentang keesaan Allah dan zatNya yang harus kita percaya dan beriman.

2)Bagi satu surah dengan satu surah yang lain mempunyai perkaitan dan rhythm yang sama

Contohnya:-

Firman Allah:
[78.6] (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

[78.7] Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

[78.8] Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?
(An-Naba' 78:6-8)

Firman Allah:


[88.17] (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?

[88.18] Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?

[88.19] Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?

[88.20] Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

(Al-Ghashiyah 88:17-20)

kita dapat melihat ayat-ayat dalam kedua surah ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. cuma bezanya ayat dalam An-Naba' diceritakan secara ayat penyata manakala ayat di dalam Al-Ghashiyah diceritakan di dalam bentuk pertanyaan kepada kita.

3)Ayat-ayat yang diturunkan sangat straight forward maknanya dan bukan yang berkias. Oleh itu, kita dengan senangnya mendapat gambaran tentang sesuatu yang ingin disampaikan.

Contohnya:-

Firman Allah:
mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak (pula mendapat) minuman, selain air yang mendidih dan nanah,
(An-Naba' 78:24-25)


di sini orang biasa pun mampu menafsirkan ayat ini kerana ianya direct dinyatakan. dengan mudah kita dapat membayangkan gambaran betapa seksanya azab di neraka Jahannam dengan meminum air yang mendidih bergelegak dan nanah yang busuk itu serta keadaan yang panas di dalamnya.

Surah An-Naba' boleh dibahagikan kepada 6 bahagian. bahagian yang sempat kami bincang hari ini ialah bahagian pertama iaitu dari ayat 1-5 di mana tajuk yang kita boleh berikan untuk part 1 ini ialah Pertanyaan Tentang Hari Kiamat.

Firman Allah:

[78.1] Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

[78.2] Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

[78.3] Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

[78.4] Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

[78.5] Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).
(An-Naba' 78:1-5)


tadabbur kali ini seolah-olah menyuruhku lebih cepat dan bersemangat untuk menghabiskan hafazan ku untuk surah ini. sejak 2 3 minggu lepas, ku cuba menghafal ayat dan terjemahannya sehingga ayat 20. go sHi go!

di sini ku ada sertakan 10 ciri individu muslim yang ideal dengan detailsnya sekali. Jazakillah Intan. apabila kita mengetahui details apa yang perlu kita lakukan, maka kita akan lebih kuat berusaha untuk melengkapkan segalanya dengan sempurna. dan juga dapat mengelak daripada takabbur serta berpuas hati dengan segala amal kebaikan yang sudah kita lakukan setakat ini.

10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera

Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt

2)Ibadah Yang Sahih

Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin

3) Akhlak Yang Mantap

Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya

4)Mampu Bekerja

Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi

5) Berpengetahuan luas


Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita

6) Tubuh Yang Cergas


Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit

7)Mujahadah (Menguasai Diri)


Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat

8)Teratur urusannya

Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam

9)Sangat Menghargai Masa

Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar

10)Bermanfaat Kpd Orang Lain

Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai


azan Maghrib berkumandang, kami tangguh majlis dan bersiap sedia ke surau 4th. jamu tetamu makan2 skit barulah semua pulang. ala yuti..nak g Fateh gak sok..tp sHi perlu balik ke rumah, tunaikan hak pada ibu bapa jugak. takpe, takde rezki, ada hikmahnya. next time insyaAllah. Jazakumullah khairan kathira ya akhawat sekalian. =D

Friday, October 10, 2008

proud to be part of UM



UM'S RANKING IMPROVES TO 230TH POSITION IN THE-QS WORLD UNIVERSITY RANKING 2008

KUALA LUMPUR, Oct 9 (Bernama) -- University of Malaya's (UM) ranking improved to 230th position in this year's The Times Higher Education (THE)- Quacquarelli Symonds (QS) World University Ranking from 246th place previously.

Its Acting Vice-Chancellor Datuk Dr Muhamad Rasat Muhamad said the position showed that UM's strategic plan which was implemented two years ago under the leadership of Vice Chancellor Datuk Rafiah Salim and the excellent support of the staff was bearing fruit.

Muhamad Rasat in a statement here today said the university fully supported the Ministry of Higher Education in realising the national aspiration of having one or more of Malaysia's universities in the top 200 of the THE ranking by 2010.

-- BERNAMA

http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20081009/tts-um-ranking-993ba14.html

* mak + ayah were University of Malaya graduates, can't wait to join them soon, being alumni UM...insyaAllah =)

Tebarkanlah salam

zaman sekarang, ucapan salam bukan lagi perkara yang lazim dilakukan. kebanyakan umat Islam lebih mudah mengucap Hi!, Hello! Hey! atau cukup dengan memberi senyuman yang manis pada orang yang kita bertembung di tepi jalan samada kita kenal atau tidak kenal. begitu juga bila mengangkat telefon, ber sms dan berchatting. sedangkan maksud Assalamualaikum (lebih baik Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh) itu sendiri ialah sejahteralah ke atas kamu. setiap kali kita memberi salam, maka kita berdoa untuk mereka. dan bila mereka menjawab salam kita, Waalaikumussalam (lebih baik Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh) maka mereka juga mendoakan kesejahteraan kita. mari tebarkan salam sesama kita... sHi juga sedang mencuba. mari!

Ucapan Salam - Aeman

Tebarkanlah salam antara kita
Walau dimana sahaja
Walau siapa jua
Walau siapa sahaja
Walau dimana jua

Di masa kini ramai umat islam
Melupakan salam ia syiar Islam

Kenapa rasa malu
Untuk mengucapkan salam
Adakah cara yang lain
Lebih baik darinya
Oleh itu, yakinlah kita salam yang lebih utama


Merahkan alam ini
Saling memberi salam
Hidup aman bahagia
Inilah Syurga dunia...

* jualan badge cute dan hp string islamic dalam masa 2 hari sudah sold out! alhamdulillah, nampaknya sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. jazakumullah buat Kak Salwa dan Kak Mar kerana sudi memberi satu lagi bisnes buat sHi. jangan risau kengkawan dan junior semua, kali ni baru test market, insyaAllah akan ada lagi jualan yang lebih banyak lepas ni. tunggu ya. =)




--> noddy hepi bersama rumah barunye =D

Tuesday, October 7, 2008

kasihnya ibu



lihatlah, seorang ibu..tringat pada ibuku. beginilah agaknya kita masa baby kan? tak nak berjauhan langsung dengan mak. kasihnya ibu, membawa ke syurga... sbb tu kite mesti mohon doa tuk ibu bapa everytime pas solat. saya sayang ibu saya! kesian noddy, kena dok dlm bekas akuarium kecik wat sementara waktu.



Firman Allah:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Al-Ahqaf 46:15)

Monday, October 6, 2008

Dare to be different



Firman Allah:

Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemahlembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.
(Al Ahzab 33:32)


its me, the yellow rose. i would dare to be that rose. instead of being the red roses which surrounding the only one yellow thorny rose. come and lets join the club. =D




Wanita - DeHearty


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan