Friday, May 14, 2010

jaulah Miri-Brunei


syukur alhamdulillah telah selesai jaulah kami ke Miri & Brunei. menetap di rumah Gaza milik Kak Salwa, bertemu mengubat rindu si kecil Anas. satu pengalaman yang tak akan dilupakan.

pada hari kedua, pagi lagi selepas breakfast Mee Kolok, kami bergerak menuju ke sempadan Miri untuk melawat negara Brunei. perjalanan ke Bandar Seri Begawan memakan masa selama hampir 1 jam setengah. sepanjang perjalanan, saya kagum melihat negara yang mengutamakan Bahasa Melayu ini. segala papan-papan iklan syarikat perusahaan tidak kira milik Melayu, Cina atau India ini, semuanya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan Bahasa Jawi. waahh, menarik sangat! satu pemandangan yang lain dari negara kita kan?

satu lagi, sewaktu kami melintas mencari-cari kedai Sushi yang sedap di Brunei (Excapade Sushi) di Gadong, senang sahaja kereta untuk berhenti memberi laluan kepada para pejalan kaki seperti kami ini. susah betul lah nk jumpa orang macam ni di Malaysia kan. makin nampak orang tengah melintas, makin laju memandu dan cukup senang nk bunyikan hon. huhuu...

di sebelah petang sebelum balik, kami sempat melawat The Empire Hotel, hotel 6 bintang. pemandangan rekaan manusia yang sangat cantik! malah view hotel ini pula ke arah laut yang subhanallah sangat cantik dan memang mendamaikan bagi sesiapa yang melihat. yang membuat saya sekali lagi kagum, toiletnya juga mempunyai paip air, bersih dan tidak berbau walaupun taraf hotelnya 6 bintang! cukup senang bagi Muslim bersuci. kan?

pada hari keempat di Miri, kami makan malam di bandaraya Miri. sempat juga saya dan suami ke Masjid At Taqwa untuk solat jamak Maghrib & Isyak. masyaAllah, Allah mendengar bisikan hati saya, sejurus selepas para jemaah selesai berwirid dan berdoa, seorang Ustaz mara ke hadapan untuk tazkirah. kami berpeluang mendengar tazkirah tentang para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W. sungguh mengkagumkan subhanallah! sesungguhnya mereka ini memang benarlah Generasi Al Quran!

tahukah anda bahawa perkataan "sabar" di dalam Al Quran terdapat lebih daripada 90 tempat! pasti ada sebab kan kenapa Allah asyik menyebut dan berpesan tentang SABAR kepada hamba2Nya ini? jelas ternyata sabar itu merupakan sifat yang sangat2 penting bagi seorang hamba manusia. Lihatlah Rasulullah kesayangan kita sendiri, betapa baginda sangat mengimani perkataan SABAR tersebut. ketika dibaling batu oleh budak2 di Taif, waktu kehilangan istri dan bapa saudara yang sangat dicintainya, ketika dicerca dan dihina oleh para musyrikin, ketika isterinya Aisyah difitnah, ketika orang Quraisy meletakkan uri di atas leher baginda sewaktu solat di hadapan Kaabah dan macam2 lagi!

ustaz dari Terengganu ini juga bercerita bahawa terdapat beberapa contoh para sahabat yang berada pada 2 zaman bersama Rasulullah. iaitu zaman sewaktu mereka menentang Nabi dan juga zaman sewaktu mereka bersama-sama menyokong Nabi. sape boleh teka siapakah gerangannya? mereka adalah Abu Sufian, Khalid al Walid, Ikrimah dan beberapa lagi orang.

jadi Ustaz memberi nasihat kepada para jemaah, jika kita melihat seseorang yang kita anggap dia jahat, tidak selama-lamanya dia itu jahat. jadi janganlah pula kita menghina sangat orang-orang seperti ini. kerana mungkin pintu hatinya diketuk dan malah dia menjadi seseorang yang lebih baik dari kita! cukuplah sekadar dengan memberi nasihat dengan cara yang baik dan mendoakan agar Allah memberi hidayah kepadanya. Amin!

satu lagi point yang saya sempat catit di dalam Hp saya sebelum kami bertolak ke restoran berdekatan untuk makan malam ialah terdapat pula beberapa sahabat yang bersama-sama Rasulullah sewaktu dari kecil lagi. siapa boleh ingat si kecil Anas bin Malik, yang menanti-nanti Rasulullah di Madinah sewaktu hijrah dulu? bagaimana pula anak angkat Rasulullah iaitu Zaid bin Harithah? dan tak lain tak bukan si Ali, khalifah ke 4 kita? mereka sudah bertemu wajah dan tak pernah jemu untuk menyokong Rasulullah ketika usia mereka 8-9-10 tahun lagi. kita time2 macam ni masih lagi main Police Entry atau masak2 time waktu cuti sekolah kan?

pada pagi Rabu, kami bertolak semula balik ke Sandakan. banyak lagi tempat yang saya ingin lawati. jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak muhasabah. semoga Allah merahmati percutian kami kali ini. insyaALLAH.

No comments: