Monday, June 1, 2009

selengkar biodata Syed Qutb..siapa tu?


kalian penah dgr dengan Tafsir Fi Zilalil Quran? ape tu? siapa yang buat Fi Zilal ni yang sampai skrg kite still gunakan? beliau ialah tak lain tak bukan iaitu as Syahid Syed Qutb. hari ni kite nak cite selengkar biodata tentang pengarang Fi Zilal Quran iaitu Syed Qutb. sape nk dgr cite ? =)

selalunya...bg sesapa yg suka sgt bc novel atau pun motivational books ke kan, pernah tak kalian membaca preface ataupun mukaddimah yang ditulis oleh pengarang tersebut? kadang2 kite suke skip je tak baca..sbb tak sabo2 g chapter 1 sbb nk bc isi kandungan cite tu kan. dulu saya juga begitu. tapi sebenarnya kan, amat penting tuk kite baca, sbb barulah kite akan tau apa yang ingin disampaikan oleh author tu di dalam bukunya kepada orang2 yang membacanya.


begitu juga dengan Tafsir Fi Zilal. takpe2..sebelum kite cite pasal muqaddimah Fi Zilal Quran, marilah sama2 kite selidik biodata pengarangnya. kalo tak kenal author, camne kite nk jatuh cinta dgn buku yang ditulisnya? tul tak?

tersebutlah kisah...

Lahir, suka dgr Al Quran, bercita2 nak jadi qari

Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang2 yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan2 untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari2 yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya.

Menghafaz, suka membaca dan beri idea bernas

beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea2 yang bernas.

Jadi guru

beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.

Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan

beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang2 muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.

Ke Amerika

tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji ttg kehidupan orang2 di Amerika. boleh dikatakan beliau ialah org yg sgt tahu ttg agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita2 yang mengarut dalam gaya penulisannya.

Turning point

bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada sorg terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sbb tu kami raikannya dengan berpesta!". kalian tahu sapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad HAB)

Syed Qutb mula berfikir kenapa orang2 Amerika sgt gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya"Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". mereka bersifat materialistik semata2. nak cari duit, utk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...

Kembali ke Mesir

sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...

"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yg hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termsk kajian yg menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dgn sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi2 aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan2nya yang karut. sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorg Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb

Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964)

beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya2 agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.

Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir lain

Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)

beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.

tafsir ini juga berbeza dari tafsir2 yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas2 Al Quran. oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, ttg ilmu kalam dan ilmu fiqh.

beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'.

Syahid di tali gantung

tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.

" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata2 yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)


lebih lanjut mengenai Syed Qutb dan banyak lagi tokoh2 pejuang islam sila ke dakwah.info

:: izinkan kami mengutip semangat perjuangan mereka ini Ya Allah ::

12 comments:

muharrikdaie said...

Banyak karya lain yang indah antaranya : AlTaswir AlFany fi alquran, musyayadah alqiyamah fil quran alNaqd Al Adaby, Usuluhu wa manahijuhu dan Naqd Kitab Mustaqabal. Novel paling popular dan telah diterjemahkan dalam bahasa indonesia Ijtihad Cinta 1947 (Asywak)

Memang best karyanya. penuh kelembutan bahasa ...

sHi said...

jazakallah

fi zhilalil tarbiyah said...

Masyaallah..mampukah kita menjadi sehebatnye??..

sHi said...

insyaAllah..kite yg akan menggantikan mereka yg core2 ini. =)

Anonymous said...

sayid qutb meninggal digantung karena menentang pemerintah islam...
apakah boleh seorang muslim menentang pemerintahnya yg juga islam?...

Anonymous said...

salam..boleh sy tny...syed Qutb ni..berguru dgn sape yea..?

Anonymous said...

apa perjuangan yang dibawa oleh sayyed Qutb ini sebenarnya???

sHi said...

salam anonymous,

1) SQ menentang kerana pemerintah islam waktu itu bukan lagi 100% mengamalkan cara hidup islam

2) SQ ini adalah anak didik Hassan Al Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir

3) ini link yg lebih complete. boleh baca dan hayati kisah SQ ye.

http://dakwah.info/biografi/sayyid-qutb/

wallahualam

Anonymous said...

Bacalah buku Hari-hari Dalam Hidupku @ Return of the Pharoah tulisan Zainab Ghazali, dan nilai sendiri siapa Jamal Abdul Nasir. Hamba Allah atau musuh Allah swt.

Terlalu ramai yang mengaku beriman. Mereka cuba menipu orang-orang yang beriman, tetapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri.

Bagaimana kita nak kenal mereka-mereka ini?
Bandingkan apa yang mereka katakan, dengan apa yang mereka kerjakan.

Ufukislam said...

Syukron. Informasi yg sangat bermanfaat...kebetulan saya sedang cari biografi sayyid quthb...

hazwan said...

Assalam, tumpang tanya, d manakah bersemadinya jasad syed qtub?

hujan sakinah_banat khair said...

Tahniah! Teruskan menulis bg myebarkan ilmu dan seruan islam. :)