Showing posts with label usrah online. Show all posts
Showing posts with label usrah online. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

kalau kite rasa kite ni pemuda pemudi....

:: perbarisan Rumah Syahbandar: "bukan kemenangan yang kita pinta, semangat juang kamu yg cikgu nak terapkan, kalianlah pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara"

sape penah tgk movie arab ttg kisah Ashabul Kahfi ni? tak tgk movie pun, mesti ramai je yg penah baca kisah ni time kecik2 dulu ke kan. dalam lagu Raihan pun ada gak cite ttg pemuda2 gua nih. ala..yang diorg ada 7 orang semuanya, yg Allah tidurkan diorg selama 309 tahun dalam gua dengan seekor anjing tuu..haa! best kan..pe pengajaran yang kite dapat dari cite ni? hmm...saya rasa dia nak cite tentang seerah kot? hmm..tak pun.. nk tunjuk betapa hebatnya kuasa Allah, boleh tidurkan manusia lama macam tu..tak pun..saje nk tunjuk org zaman2 dulu cmne kena siksa tuk sampaikan Islam? yeke? huuu.. betullah tu..tapi tak hakikatnya ada benda lain lagi di sebalik kisah dari Al Quran yang Allah nak ceritakan pada kita. bukan sekadar bedtime stories je..bukan sekadar seerah semata2.

hai..7 orang pemuda..kisah pemuda yang sungguh memberi semangat pada saya..kenapa saya? sebab saya pun pemuda (pemudi!) ehehehe... kite ni pun kan muda mudi sama macam Al Kahfi.. sbb kite ni muda, ceria, berani, bersemangat, byk tenaga, kuat, harapan negara dan bangsa..(patutnya harapan agamalah dulu kan) huu... kalo korang tengok askar2 negara kite ni kan...ada ke yg berdiri kat dpn2 barisan tu org2 tua yg dah bongkok 3? tak kan..sume yang tercalon dan terpilih sume yg muda2 belaka. tol?

jom kite baca sama2 cerita tentang pemuda Al Kahf dalam surah yang ke 18 dalam Quran. sebenarnya, Allah nak sampaikan pada kita yang kita mesti ada semua ciri2 pemuda tu. cuba lah kite pandang pandang jeling jeling skit pada pemuda sekarang. pegi je la kat area air terjun KLCC tu ke, tak pun duduk kat satu kerusi kat tengah2 kompleks Mid Val tu..sedar atau tidak, itulah produk2 negara yang akan datang. duduk lepak2, bercanda ria, bual2 kosong, tgk movie, lunch sesame (diri aku yang dulu..huhhhuuu) nampak sgt pemuda kita takde matlamat dan wat benda yang sia2. alih2 dh lewat petang, alih2 dh malam, alih2 dh tgh malam..tdo..esok hang out togetha getha lagi.

ciri2 pemuda yang mesti ada dalam diri kite (take note):

1. Berani

dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran." (Al Kahf:14)

relate dgn Ashabul Kahfi, diorg ni asalnye pun para pembesar dalam istana. bila Allah bukakan hati mereka dah nampak hak & batil di mana para pembesar lain termasuk raja Dikyanus yang zalim dan sombong tu dah selewengkan kitab Injil tu, diorang terang-terangan dengan beraninye (gaya seorang pemuda) mengaku di depan semua orang mereka adalah pemegang agama yang benar. yakni menyembah Tuhan Yang Satu, Allah.

2. Sentiasa pandang ke depan dan perlu tahu isu semasa

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam (gua) itu. Itulah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah..." (Al Kahf:17)

apa kaitan ayat ni dengan point no 2 eh? Ashabul Kahfi ni masih lagi boleh lihat matahari walaupun diorg berada di dalam gua. jadi nak relatekan di sini, pemuda harus tahu isu2 yang berlaku di luar..walaupun kita sedang berada di dalam comfort zone..kite takleh jadi mcm katak bawah tempurung. contoh isu yang berlaku kat Malaysia lately yang femes ialah tentang isu kalimah Allah. nak sentuh skit isu ni kan..sebenarnya kite tak perlu nak sensitif semata2 hanya pada nama Allah itu sahaja. tapi kite perlu muhasabah diri sendri adakah kita benar2 sudah mengEsakan dan mengIlahkan Allah? adakah kita dah pun tunaikan hak2 sebagai hamba Allah itu? tak perlu lah kita hanya semangat dan peka time bila ada isu ni je. its a continuous question and reaction actually.. penah ada dulu isu melukis karikatur dan menghina Nabi Muhammad yg org Denmark buat tu kan? time tu sume org dok marah2, skrg dh senyap dah..still tak buat pun sunnah2nya. reflect diri balik...reflect diri...

3. Menjadi logam untuk Islam

...Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada siapa pun. (Al Kahf:19)

hm, hanya ada seorang sahaja yang menjadi wakil untuk pegi beli makanan di pasar. cuba bayangkan kalau semua pegi? silap2 hari bulan, sume kena tangkap balik... atau kalau takde wakil sorang pun nak pegi, alamat mati kelaparan lah semua Ashabul Kahfi.

setiap orang ada peranan, tanggungjawab, kelebihan (logam) masing2..tak semestinye si A boleh buat itu, si B pun boleh buat itu juga. mungkin si B boleh buat ini.. si C plak boleh buat yang lain. yang penting segala kelebihan itu digunakan untuk manfaat Islam dan muslimin. contoh kalo tengok zaman perang Uhud pun, ada sahabat yang pandai memanah, mereka akan duduk di atas bukit, ada pula sahabat yang melindungi Rasulullah di medan perang sampai ada seorang sahabat digelar sebagai "syahid yang berjalan" oleh Rasulullah. siapakan dia? si Talhah bin Ubaidillah. subhanallah!

pemuda2 Kahfi ni diorg semua dah tahu priority mereka tuk buat kerja2 dakwah. sama jugak dengan si Ghulam. mengikut Yusuf Qardhawi dalam Fiqh Auliyat (Keutamaan2 kita untuk jalankan kerja dakwah) ada 5 iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. Agama nombor 1 ! jadinye, nak buat dakwah, kita kena ukur dulu kemampuan diri kita sendiri. yang penting kite mesti tanya dan istikharah dulu pada Allah. Dia akan tunjuk jalannya sbb tu yang terbaik tuk kite, biiznillah.

p/s: sape2 nak tgk movie ni boleh lah cari dalam Youtube. cuma tak pasti ada subtitle English ke tidak sebab movie ini movie Arab. kalo tak dapat, bagitau ye, boleh la nak tolong copykan dalam DVD ke kan (cite ni lama dalam 7 jam kot). insyaAllah =)

Saturday, January 16, 2010

Tafsir Al Masad


ok ok, sekali lagi ada seorang ukhti menegur di FB "kak shi lama tak updet blog?"..hehehe..dh faham dh maksudnye tuh. jd ini post seterusnye, ttg surah Al Masad/Al Lahab. surah ni mmg femes di kalangan kite bile baca dlm solat. tp kena la gak tau asbabul nuzul dan at least tau terjemahannya. bile kite tau cite di sebalik surah ni, huh...rasa geram betul pada Abu Lahab dan istri si pembantunye itu.. bertambah geram bile membayangkan keadaan di Bukit Safa sewaktu Rasulullah nak menyampaikan dakwah kepada Bani2 yang ada di Mekah waktu itu. tp papepun, ada hikmah yang Allah hendak berikan. tol tak? jom tadabbur!

surah ini ada 5 ayat kan..kite ley bahagikan surah ini kepada 2 tema iaitu pertama: Tema Hari Kiamat dan kedua: Tema Dakwah

menurut naqibah sHi, sebelum surah ini diturunkan, terdapat satu ayat dalam surah As Syu'ara' berkenaan Allah menyuruh Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. (jahr).

Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. (26:214)

Dakwah bermula secara sulit (sirr) iaitu dengan Rasulullah menyampaikan kebenaran kepada orang-orang yang dipercayainya sahaja spt istri baginda, anak angkat, anak saudara dan sahabat2 baik. Setelah turunnya perintah ini, maka Rasulullah ingin menyampaikannya pula kepada kerabat2nya iaitu Bani Hashim dan Bani Quraisy.

surah As Syu'ara' ini jika diperhatikan betul2, Allah banyak menceritakan tentang kisah Nabi-nabi terdahulu. mula2 ayat lagi Allah ceritakan tentang kisah Nabi Musa dan Firaun. kemudian diceritakan pula tentang tentangan yang diterima oleh Nabi Ibrahim. seterusnya usaha dakwah Nabi Nuh, Hud, Soleh dan Luth. Semua diceritakan tentang respon bagi kaum Nabi2 terdahulu ini yang negatif belaka. Kenape ye? Ini semua hanyalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan supaya Nabi Muhammad dan para sahabiyah bersiap siaga (get ready) untuk menerima segaaaala dugaan seperti mana Nabi2 sebelum itu menerima.... sbb bukan senang nk berdakwah kepada kaum kerabat tentang benda yang baru yang belum pernah mereka terima sebelum ini yang sudah pasti akan memecahkan tradisi yang mereka amalkan.

sile lah membaca terjemahan surah ini untuk mengetahui kisah lebih lanjut...

ok jom lihat ayat 1 untuk surah Al Masad ini:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!"

ayat pertama lagi Allah dah repeat perkataan BINASA itu dua kali... bermakna benar2 Allah sedang marah waktu itu.

kejadian ini berlaku di Bukit Safa. di mana Rasulullah sedang mengumpulkan Bani2 di Mekah untuk mengajak mereka semua supaya menyembah Allah. di sini Abu Lahab telah memintas kata2 Rasulullah sehinggakan semua orang di situ pergi meninggalkan Rasulullah dalam keadaan kesedihan. Maka Allah turunkan ayat ini, dan Abu Lahab takut setelah ayat ini dibacakan kepadanya! Namun begitu, Abu Lahab senantiasa mengikut ke mana sahaja Rasulullah pergi. kite tau kan Rasulullah pergi mengetuk rumah ke rumah setiap hari tuk berdakwah kan? jadi, setelah baginda mengajak seorang penduduk rumah itu untuk memeluk Islam, belum sempat penduduk itu menghadam dan fikir sedalam2nya samada mahu menerima tawaran itu atau tidak, trus saje Abu Lahab ini menghasut supaya jangan menerima ajakan Rasulullah. see? takde beri masa skit pun tuk orang tu digest...trus dihasutnye...

"Dan istrinya, pembawa kayu bakar. Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal."

kerja ini juga dilakukan dengan jayanya oleh istri Abu Lahab. kenapa dalam ayat 4 dan 5 Allah cerita juga berkenaan istrinya? kerana di dunia, istrinya lah orang yang setia membantu Abu Jahal meletakkan duri2 di depan pintu rumah Rasulullah dan menyebarkan fitnah tentang Rasulullah, maka di akhirat juga, istrinya lah yang akan membantu Abu Jahal menjadi pembawa kayu bakar. begitulah betapa hebatnya peranan seorang isteri kepada seorang suami. kalau baik, baiklah ia, kalau jahat, maka jahatlah ia. (tulang belakang kejayaan suami lah katakan)

namun percaya atau tidak, sewaktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Abu Lahab ini ialah antara orang yang paaaling gembira dengan kelahiran baginda. Siap buat kenduri, korbankan kambing2 kerana dia dapat merasakan bahawa anak saudaranya ini akan menjadi generasi baru untuk menyambung warisan mereka. Namun sebaik sahaja Rasulullah mulakan dakwahnya, maka dialah orang yang paaaaling menentang Rasulullah kerana apa? kerana dia merasakan kedudukannnya sebagai orang2 terhormat Bani Quraisy akan tergugat... yelah, waktu tu, mereka2 ni lah yg conquer bumi Mekah tu kan....

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku
dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" - ASHAB


Thursday, December 17, 2009

ingin menjadi mus'ab sandakan

:: advance bufday gift n card from mak, ayah & kak Salwa, time kasey ::

alhamdulillah, berkesempatan juga usrah online guna hp bersama ukhti I dari bumi Sandakan. walau jauh di mata, tapi boleh dgr suara, ok la tu kan! kite gunekan lah sume teknologi canggih manggih kat dunia skrg ni. next time ley guna ym n fb plak. jom tgk isi2nya!

Tadabbur Surah Isra' (17:12-15) - relate dgn Tarbiyyah Dzatiyyah. pe tu? hm..ok, gni...tarbiyah kite boleh la dikategorikan kepada 3 (lihat gamba di bawah)

Tarbiyah dzatiyyah bermaksud tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri, iaitu mendidik diri kita sendiri. tarbiyyah fardhiyah pula ialah tarbiyah kepada orang lain, kira boleh kata mcm 1 to 1 approach. manakala tarbiyyah jam'iyah pula didikan yang kita wat secara ramai2, secara jemaah cthnya rehlah, daurah, mukhayyam.

jadi setiap jenis tarbiyah ini basically pasti ada targetnya. kalau untuk 1 to 1, mestilah kite nak kite sukses melihat perubahan yang berlaku pada anak2 usrah kite kan, kalo secara ramai2 pun, kite mesti nak orang2 yg mendengar daurah tu berubah ke arah yang lebih baik kan. sama la dengan tarbiyah tuk diri sendiri, dah tentu kita nak jadi orang yang lebih baik kan! soalan cepumas, antara banyak2 tarbiyah, rasa2 tarbiyah mana yang paaaaaling paling paling penting tuk diri kita? (2 saat!)

ye btol! sgt betul! mestilah tarbiyah dzatiyyah! nape eh? ok, mcmni, tarbiyah dzatiyyah ini sgtlah diperlukan bila seseorang itu tercampak/dicampak ke satu tempat yang takde supporters/motivator untuk sedarkan kite bila kita leka/lalai dan apa yang kita buat tu tak betul. cthnye mcm ummi sHi sendiri, Allah telah tetapkan yang Dia hendakkan ummi sHi ini berada di bumi sandakan. memang sgt jauh dari akhawat di KL sana..jadinya orang tak nampak pe yg ummi sHi buat kat cni, adakah ummi sHi istiqamah dengan apa yg dibuat seperti mana bila berada di KL dulu? kalau macam dulu, if kita tak reply sms ttg usrah, naqibah ley dtg umah wat spotcheck kan. hehe.. tapi bila kita ada di tempat baru yg tiada akhawat di sini, haa..kat cnilah tarbiyyah dzatiyyah sgt2 diperlukan. sbb diri kite je yang paling hampir dan dekat dengan kita. diri kite je yg dpt judge sejauh dan sebanyak mana amalan yg kite dah buat. dalaman yang kena sangat kuat, sbb dalaman yang akan support luaran.

(kata hati: baru diri ini rasa bahawa bile berjauhan, diri ini sgt2 memerlukan tarbiyyah yang ni..)

jadi bersempena dengan Awal Muharram di mana kitab amalan baru kita akan dibukakan, ianya sangat relate dengan apa yang kita bincangkan tadi. jom tgk surah Isra' ayat 13-14:

" Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka."

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu"

benar, hisab kelak bersifat individual...teringat dengan kata2 seorang akhawat,

" Hidup atas isu, isu akan hilang... hidup atas semangat, semangat akan merundum... tapi jika kite hidup atas dasar iman, Allah sebaik2 pemelihara iman..., taqaballahu minna wa minkum"

* ingin menjadi mus'ab sandakan *