Tuesday, September 1, 2009

Jemputan Walimatul Urus


(sila double click untuk melihat dan print map di atas)

Dengan penuh kesyukuran dan rendah diri, saya menjemput semua sahabat handai ke majlis walimah saya seperti tertera di atas. Semoga kehadiran kalian akan menyerikan dan memberkati majlis, InsyaAllah.

Doakan kami,

"Semoga Allah membarakahi kalian, dan melimpahkan barakah kepada kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan, serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin."

Peringatan untuk semua dan diri sendiri terutamanya:

"Maka seharusnya kita perlu mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan dengan pelbagai ilmu. Ilmu kekeluargaan, ilmu keibu bapaan, psikologi kanak-kanak dan sebagainya. Jangan cuba untuk menghampirinya selagi mana kita belum benar-benar bersedia untuk menghadapinya. Jangan kita fikirkan tentang nafsu semata-mata. Fikirkan sama tentang tanggungjawab yang bakal kita pikul nanti. Tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri, tanggungjawab sebagai seorang bapa ataupun ibu. Mampukah kita semua memenuhi atau menunaikan tanggungjawab dan tuntutan itu. Kita pastinya akan dipersoalkan tentang pertanggungjawaban itu. Sama ada di dunia mahaupun di hadapan Tuhan nanti. Kerana tanggungjawab itu adalah amanah yang perlu ditunaikan oleh setiap orang."

moga Allah tetapkan niat ini. Wallahua’lam…