Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, August 6, 2009

happy 28th anniversary mak ayah ~

malam semalam kami adik beradik pakat buat suprise untuk mak ayah. esok kakak kami akan balik ke Semenanjung, kami akan makan sama2 kat luar tuk celebrate. ada org nak belanja =P


happy anniversary yang ke 28 tahun buat mak ayah tersayang kami ucapkan,
u r the greatest mom and dad!

:: bersama anak2 lelaki ::

:: 28 years together, byk tips2 rumah tangga kena korek2 dgn diorg niii =) ::

Tuesday, June 16, 2009

sekitar 2 minggu lepas...

1) majlis perpisahan sempena retirement ayah saye

:: uncle Non/Zainal dan ayah saye ::

:: suprise dari whole family tuk ayah saye, tekejut woo ayah kata =D ::

:: celebrate juga bufday ayah saye yang ke 55 ::

:: we love u ayah ::

:: pasni leh rehat cukup2 kat rumah =P ::

:: adik2 berbaju merah, terima kasih kerana beri komitmen yg sgt baik tuk ayah kite ::

:: kami berempat, sorang lagi berada jauh di Bintulu sana ::

2) majlis makan malam untuk bakal graduan Sains dengan Pendidikan, UM.





3) hadiah bufday adik saye dari saye


:: Islam the best solution, ingat tu Hussin. ada sebab nape Kak Syerah bagi tshirt ni ::


4) welcome to the world baby Haziq !

:: Marjan, nanti kite dtg ziarah awak and baby kat rumah ye weekend ni insyaAllah ::

sekian

Thursday, May 28, 2009

sekitar euro tour

:: souveniers (makacih mak makacih ayah) ::

15th May 2009 - 26th May 2009

alhamdulillah..mak ayah saya sudah selamat kembali ke Malaya. berjalan, melihat, mentafsir. bila giliran saya? insyaAllah...

EURO TOUR:

KL --> paris --> switzerland --> frankfurt --> amsterdam --> brussels --> london --> KL






jazakallahu khayr...

Wednesday, April 29, 2009

2 ingat 2 lupa


masih saya ingat akan pesanan dari ayah tersayang pada satu masa dulu,

ingat apa yang orang BUAT BAIK pada kita,
jangan ingat apa yang orang BUAT JAHAT pada kita


ingat apa kita BUAT JAHAT pada orang,
jangan ingat apa yang kita BUAT BAIK pada orang



ringkas tapi mendalam maksudnya...seringkali kita ingat perkara yang sebaliknya bukan? mari sama2 muhasabah diri.

Sunday, April 5, 2009

your dreams come true


petang ini, sewaktu hujan renyai2 ayah dan mak datang melawat saya di kolej. "Wa, bestnye kak sHi, rumah dekat." ramai yang berkata begitu. ye btul, mungkin satu kelebihan, duduk dekat. mak ayah senang nak datang. nak balik rumah pun senang. Alhamdulillah. saya juga pernah belajar 2 tahun di Penang dan setahun di Melaka. jadi saya juga pernah merasai duduk berjauhan dengan keluarga. rezki masing2 kan? tapi walaupun dekat, bukan selalu saya dapat pulang ke rumah. ada banyak hak yang perlu saya tunaikan. selain hak pada ibu bapa dan family, proses pentarbiyahan diri sendiri juga perlu ditunaikan. di sinilah betapa pentingnya time management. tuk diri sendiri, mak ayah, adik beradik, rakan sebilik, usrahmates dan anak2 usrah serta tidak lupa ialah ilmu pelajaran.

tadi ayah bawa saya dan mak round2 sekitar UM dengan kereta barunya. kata ayah, ada 3 benda yang ayah impikan. 2 sudah tercapai alhamdulillah, ada 1 lagi. this what i like about my ayah. apa yang dia mahukan, pasti dia akan usaha sampai dapat. saya masih ingat lagi waktu ingin membeli rumah impian, ayah ada mintak kami gunting model2 rumah impiannya dalam iklan suratkhabar dan masukkan dalam satu fail yang ayah tulis di depannya MY DREAM. alhamdulillah, dengan izin Allah, tercapai juga 2 impiannya. Moga kita semua gunakan rezki yang Allah beri ke jalan kebaikan. insyaAllah.

Firman Allah:
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezki...
(An Nahl 16:71)

ayah, u deserve it! WSK 858 is yours. love u =D

:: muka ceria ayah, mak saya juga senyum simpul di sebelah =) ::

Comments from ayah dan Kak Salwa:

Anonymous said...

I like the way u write. Syabas!

Eye O

April 7, 2009 8:11 PM

Delete

Anonymous said...

Memang rahsialah 'the left wing'. Yang penting ialah kita digalakkan mempunyai 'impian'. InsyaAllah dengan berkat usaha serta izin Allah, ianya akan tercapai. So, lepas ni 'the left wing' buatlah apa-apa 'dream' ye......

Eye O

April 11, 2009 9:11 PM

Blogger sHi said...

to Eye O, my dearest ayah...
will follow your way. i got my own dream too. u r the best dad ever! love u. =D

April 12, 2009 11:42 AM

Delete
Blogger salwa_bee said...

hehee. nampaknya bapak borek anak rintik ni..

miss the whole family!

April 12, 2009 8:48 PM

Delete
Blogger sHi said...

miss u too sys! =D

April 13, 2009 9:53 AM

Delete

Monday, March 23, 2009

continue: letters from my sys to me =D

ni plak ialah beberapa pucuk surat yang dihantar dari kakak saya untuk saya dan adik2. time ni dia dah pandai dh speaking2 walaupun dengan broken grammar. good try sys! =D







* im going to be auntie soon! take gud care or your health and baby's health of course. get ready, mujahid/mujahidah is coming to the world..insyaAllah. may Allah makes it easy for u, sys. we all pray the best for u =)

Comment received from my sys:
salwa_bee said...

subhanallah, astaghfirullah.
k salwa gelak sorg2, rasa mcm tak percaya those were my writings 11 years ago, :) english was very bad, hehehe....

shi, jzklh for bringing up all the memories... love the family very much. thank u for the prayers.. pls pray for us always ya!

take care, and salam rindu kpd semua..


Monday, February 23, 2009

hepi 17th bufday to Adik

sudah lama tidak pulang ke rumah menunaikan hak pada ibu bapa dan keluarga. maka, weekend lepas kami satu family Ismaz seramai 7 orang dapat juga berkumpul bersama untuk celebrate bufday adik kesayangan kami di rumah. petang itu, ayah amik saya di UM, mak pula amik kakak saya di KLIA. sampai di taman perumahan, kereta kami bertembung di jalan dan mulalah aktiviti keluarga kami kalau naik 2 kereta. masing2 wat2 tak kenal je bile kete masing2 kat sebelah menyebelah =D

dah 17 tahun dah adik Maman ni rupanya. dulu kecik comey je. skrg dh besar pjg, lagi besar dari kakak2nye. this year SPM, jgn main2, mesti score tau adik!

:: Maman menyuap mak tersayang ::
...ibunya yang telah mengandung dan melahirkan dengan penuh susah payah... (46:15)

:: menu special mak - Mee goreng, salad, ayam & udang BBQ ::

:: Maman dapat tshirt baru "Band of Ikhwah" ::
49:10 tu bukan 49 nisbah 10 ye, adik..tu maksudnya surah yang ke 49 dalam Quran, ayat 10. "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara...


Thursday, February 19, 2009

these letters really show how much i love U, sys =D

seminggu yang lepas, saya mencari2 surat tawaran biasiswa KPM di rumah, ketika saya menggeledah semua kotak2 yg ada, saya terjumpa surat2 di bawah ini di dalam fail kakak saya. tadaa!!! sudah 12 tahun berlalu, tapi surat2 ini masih kekal cantik (dgn tulisan saya yang saya rasa paaaling cantik waktu itu, berbunga2, siap melukis mewarna lagi). =P

tahun 1997, ketika itu saya baru darjah 5 dan menetap di Kuantan. saya menghantar surat kepada kakak saya yang baru naik Form 1, yang masuk boarding school di TKC Seremban. saya tulis surat dan mak ayah yang akan tolong poskan. baru saya tahu rupenye saya sangat saaaayang pada kakak saya! yelah, kami kan 2 org je perempuan..nk main masak2 ke main congkak pun sesama kami je la. gaduh2 pun sesama kami jugak. hehehe.. mesti la rasa kehilangan bila sorg dh takde kat umah kan.

kami satu family mmg sgt suka simpan memory2 oldies gni. saya ada menyimpan berpuluh2 poskad yang ayah saya bagi (ketika dia giat outstations di overseas), surat2 nasihat motivasi mak saya bagi, dan poskad adik2 dan kakak saya (ketika dia study di Aussie dulu) tulis ketika saya first time masuk asrama di MRSM BP. sila la double klik surat2 ni kalau interested nak bc. hee.. =)







* credits pada cik Waya sbb sudi scan sume surat2 saya ni ye. minggu ini kakak saya akan balik seorang tanpa abg ipar saya. yea! boleh tidur sebilik dengan dia mcm dulu2 waktu dia masih lagi single. hehehe.. =)


Monday, September 15, 2008

Buat mak dan ayah yang ku sayang kerana Allah



2 beautiful songs i truly deeply dedicated to both of u..


Ayah dan Ibu - Inteam

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati


Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Ayah ibu restui perjuanganku - Alarm Me

Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat kusayang
Kehadiranku kerna pengorbananmu

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan syaang
Aku rela berkorban apa saja
Kerna kini ku tahu syurga
Di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetapkan berharga untuk selama-lamanya

Semenjak kita lahir ke dunia ini kita dibelai dan dimanja
Kerana itu janganlah menderhaka
Pada dua insan bernama ayah dan ibu


* Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu



* Allahummaghfirlana zunubana waliwalidaina warhamhuma kama rabbayana soghira. Ku berdoa...