Wednesday, July 15, 2009

berakhirnya Latihan Mengajar

:: yummy cupcakes Teacher theme, mekasih abg Fazla dan Kak Aja yang sudi delivery mlm2 ke rumah. hee.. visit their website ::

alhamdulillah Latihan Mengajar (4 Mei 2009 - 10 Julai 2009) yang perlu diselesaikan sudah berakhir dengan penuh rasa gembira dan syukur dengan gred yang sangat memuaskan hati saya. sebelas orang trainee teachers termasuk saya meninggalkan sekolah dengan rasa sedih bercampur gembira. kami semua perlu menerima hakikat bahawa sekolah ini hanyalah sekadar tempat praktikal. dan kami harus bersedia dan berdepan dengan sekolah yang akan diberikan kepada kami kelak. yang pastinya sangat berbeza dengan sekolah ini.

yang penting, bukan semata2 gred A- (terima kasih Prof!) yang saya inginkan..lebih dari itu sebenarnya. bak kata sorg sister, kite kena pastikan di mana saja tempat yang kite ingin tinggal kite perlu tinggalkan ianya dengan sesuatu yang bermanfaat di sana. untuk Islam insyaAllah.

saya sangat2 gembira bila saya dapat relief kelas Agama.. haa, terus terdetik di hati, pe lagi leh la cite2 pasal ISK basic2 ke kan.. trus la melukis graf ISK di whiteboard. alhamdulillah, rupa2nya 1 jam tak cukup tuk diorg. Kringg..." Ala, dah habis masaaa..korg tak nak balik ke?" "Takpe ustazah..truskan truskan kitorg nak dengar..." dan dan trus saya dapat gelaran ustazah! saya suke! tak lupa juga saya ingatkan mereka " Pasni, kalo jumpa ustazah mesti bagi salam ok?" sbb budaya di sekolah ini ialah memberi ucapan"Good Morning, Hye teacher etc" stiap kali lalu depan cikgu.. jarang sekali saya mendapat ucapan salam. "Eh sHi, nape budak tu dengan awak dia bagi salam, dengan kita dia ckp Gud morning je eh?..saya tersenyum..awak, kite pernah masuk relief kelas dia...kita suruh dia bagi salam kalo jumpa kite". Ooo...=)

semasa GPK (1) bertanya pada kami semua, Ko-K apa yang ingin kami involve, saya trus angkat tangan dan ckp " Saya nak Puteri Islam boleh?".. alhamdulillah dapat masuk Puteri Islam. sbb saya nk tgk apa program yang Puteri Islam lakukan setiap minggu di sekolah ini. dapat berkenalan dengan 2 orang ustazah yang conduct Puteri Islam. minggu pertama kami bertiga menjadi juri untuk pertandingan berlakon berdasarkan hadis Rasulullah yang diberi setiap kumpulan. "Haa..sambil2 korg fikir nak berlakon mcmne, ustazah nak awak semua hafal hadis ni ye. kang ustazah nak dgr sorg2..". alhamdulillah, ingatan budak2 sgt mantap la katakan, hafal sebijik2...bagus bagus =D

minggu kedua, sesi completekan buku folio Puteri Islam. sambil2 tunggu solat Asar, " Siapa tau surah Al Masad? sume org ustazah rasa dah hafal kan surah ni.. Tabbat yada abi lahabiw wattab..haa sume tau kan, sambil2 nak tunggu azan, boleh ustazah cite skit pasal camne terturunnya surah ni? surah ni diturunkan atas satu peristiwa di Bukit Safa ................................

:: ahli2 Puteri Islam sedang berdiskusi untuk lakonan berdasarkan hadis yang diberi setiap kumpulan ::

kelas Sains (2 Erat) dan kelas Biologi (4SB) saya terapkan agar memberi salam dan membaca doa setiap kali sebelum kelas saya bermula. sbb mereka hanya memberi salam pada ustazah dan membaca doa sewaktu kelas agama sahaja. akan merindui semuanya sekali =)

:: 4 Sains Bakti - Biology class ::

:: 2 Erat - Science class ::

:: pelajar paling banyak dapat sijil - Marjana dan Amalina mendapat pinkayu comel dari Miss Syahirah ::

untuk beri mereka bersemangat buat homework, worksheet dan lab report, saya berikan certificate khas. dan siapa yang paaaling banyak dapat sijil, end of practical, Miss Syahirah akan bagi special present. maka, semakin hari, minggu berganti minggu semakin ramai yang submit kerja awal, completekan lab report dan berusaha untuk mendapat semua betul dalam worksheet.

:: contoh sijil yang diberi, cikgu2 bolehlah reka sendiri sijil di sini ::

saya perasan, ada beberapa students form 2 saya yang agak lemah dalam Science, tapi sangat berbakat dalam melukis. jadi, untuk berikan penghargaan pada mereka juga, saya buat satu pertandingan Group Project untuk subtopic Preservation of Water dan Poster bertajuk Love Our Rivers. memang mereka lah yang menang. dapatlah hadiah dan hamper.

:: the best poster - Alyssa ::

:: the best poster - Anisa Areej ::

:: the best poster - Zian Zalqis ::

:: group presentation ::

:: group presentation ::

:: sume kena cari 10 gamba + 10 label tentang urutan proses Water Treatment Plant yang cikgu telah tampal di sekeliling lab. habis lagu, habis masa ok?? ::

alright girls, tomorrow will be my last day with you rite? so tomorrow we will do a short test for Chapter 5 half an hour and another half an hour we will have a small party. so please read and make some notes for this chapter ok? OK !!!



:: masing2 focus memerah otak tuk wat test sebelum dapat makan kek =P ::

:: lagi masing2 focus memerah otak tuk wat test sebelum dapat makan kek =P ::

:: celebrate bufday 5 students bulan July -
Suhaila, Anusha, Alyssa, Zian & Esmeralda (absent) ::

hadiah dari mereka untuk saye ! thank you. thank you.





Surat dari Nadhirah Huri:

Sye nk mintak maaf kat cikgu..thanks sbb ajar kitorg. insyaAllah sye leyh wat dlm exam tuk chapter 5..knape sekejap sgt cikgu wat practical...sye ske sgt cikgu ajar. Best! x-pecially semalam. (water treatment plant). kitorg mintak maaf kalo de wat cikgu kcik ati or tersinggung ngan kitorg x-pecially yg byk cakap/tertidur dalam klas... sye ske sume aktiviti yg cikgu wat tuk kitorg...nanti cikgu mintak r ajar kat Sri Aman. sedey r cikgu da x ajar. klau cikgu nk tau, ckgu da jadi idola tuk certain student dlm klas 2E ni..hehe...oh ya, budak2 klas A, D, F & H kirim salam pada cikgu, diorg pun cdeyh gak xpecially dak PPIM (Puteri Islam)..sye sronok sgt blaja science ngn cikgu. although mula2 cam borink, tp lama2 best. BEST sgt! kitorg syg cikgu. sorry sgt2. we love miss syahirah...

Surat dari Noratikah Najwa:

Saya nak mintak maaf kat cikgu. saya harap cikgu dapat maafkan saya. saya syg sgt cikgu. dulu mase cikgu masuk first time class 2E, sye rase mcm boring je.. tp 2 minggu lepas 2, sye rase best gle study ngan cikgu. tp tibe2 cikgu ckp cikgu da nak habis praktikal...sye sedey taw..sye faham sgt apa yg cikgu ajar. then saya pun tak pna rs ngantok time klas cikgu..sye respect gile cikgu sbb cikgu tak pna wat keje last min. ble ktorg masuk lab je, brg2 experiment dah siap da atas meja. cikgu tak boleh ke panjangkan lagi tempoh practical kat cni... cikgu simpan hadiah tu elok2 ye.

Thank You card from Syafeeqah, Suhaila, Nadhirah & Atiqah Najwa:

You have been the best Science teacher for me. I hope that you will be one of the teachers here in the future =)

Thank You card from Syafiza & Aishah:

Thanks for teaching me! Sorry for everything what I did (we did!). U r the best! We'll miss u!

Card from Puan Illyani (guru bimbingan Bio saya):

Experience is the teacher of all thing.
A teacher is like a winter, while it's snowing hard outside,
Keeping students comfortable, as a warm & helpful guide...
Best of luck!

To all my colleagues, thank you for giving me chance to know and work with all of you. Will invite you for my "big day"! datang 1 rombongan ye. let Jermyn be the ketua. big angpow aaa Jermyn n Li ping ! hehehe...

Wishes from Adelene:

Syahirah! Good to know you better in Sri Aman...too bad I didn't get to know you in 4th =(
I enjoy being your friend during our practical...Keep in touch!

Wishes from Jia Hui:

Dear sHi, it's been wonderful 2 months in Sri Aman. It's my pleasure to have u as my colleague. You'll be a great teacher because of your heart & passion for the students. Take care! =)

Wishes from Li Ping:

Hi, nice to have a friend like you. May God bless you in your future undertakings. Keep in touch ye.

Wishes from Jermyn:

Syi..it is really a great joy to have u as my friend, my LM partner in Sri Aman. and truly i've learnt lots of thing from u regarding our faith. although it is different faith we believe in. Thx for everything.

:: 11 of us: Li Teng, May Sun, Fang Chyi. Jermyn, Li Ping, Poh Fong, Sue, sHi, Pui Yee, Jia Hui & Adelene. We made it yeah!!! =D ::

mudah-mudahan ada sesuatu yang memberi manfaat untuk islam yang saya telah tinggalkan di sini...mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha saya di sini... hanya ini yang saya mampu dan berdaya... mudah-mudahan saya akan kembali lagi di sekolah ini untuk program ISK bersama ahli Puteri Islam yang telah dirancang bersama ustazah...mudah-mudahan insyaAllah. Ameen.

Thursday, July 2, 2009

Di mana rijal pengganti beliau?

dari Utusan Online

Perginya tokoh Islam tersohor Dr. Fathy Yakan


Oleh Dr. Sheikh Fathy Yakan


PADA 13 Jun lalu, bukan hanya dunia Islam malah seluruh dunia sebenarnya kehilangan sebutir bintang. Bintang yang sinarnya selama ini tidak sahaja sebagai penghias malam yang kelam malah memberikan banyak panduan terutama dalam menjayakan gerakan dakwah Islamiah dan perpaduan umat Islam.

Bintang tersebut merupakan tokoh besar, Dr. Sheikh Fathy Yakan yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di sebuah hospital di Beirut, ibu negara Lebanon atas masalah kesihatan pada pagi Sabtu yang hening itu.

Seorang tokoh besar Islam yang tidak asing lagi, terutama hasil karya besarnya bertajuk Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam? Buku itu adalah salah satu daripada 35 penulisan besar Allahyarham yang menjadi rujukan penting kepada kepada dunia.

Dilahirkan di Tripoli, Libya pada tahun 1933, Allahyarham banyak memberikan corak baru perjuangan gerakan-gerakan dakwah dan politik Islam yang dapat diterima oleh pelbagai pihak di samping seorang ahli cendekiawan atau ahli akademik muslim yang ternama.

Sejak tahun 1959 lagi beliau mengasaskan gerakan politik di Lebanon sehingga beliau mendapat gelaran Bapa Gerakan Islam Lebanon. Malah, sehingga ke akhir hayatnya, beliau masih menganggotai parlimen di negara asalnya itu.

Dr. Fathy banyak menghasilkan penulisan mengenai aliran politik dari yang moden sehinggalah yang berbentuk ekstremis. Judul yang mendapat sambutan dunia sehingga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa adalah Priorities of Islamic Movements after September 11.

Allahyarhamlah yang paling kerap terpanggil ke serata pelosok tempat untuk menjawab segala tuduhan terhadap Islam sebagai agama keganasan akibat tragedi yang menimpa Pusat Dagangan Dunia New York (WTC) pada tahun 2001 itu.

Dr. Fathy merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam menubuhkan Gamaah (Jemaah) Islamiah pada tahun 1960-an dan komitednya beliau dalam pertubuhan itu sehingga pada tahun 1992, beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Selepas bersara, beliau menumpukan tugas sebagai Anggota Parlimen berikutan kemenangan dalam pilihan raya.

Pemergian beliau benar-benar satu kehilangan besar kerana jarang kedapatan mana-mana tokoh yang sanggup menghabiskan seluruh hidupnya, fizikal, jiwa dan rohani dengan tertumpu kepada perjuangan Islam.

Allahyarham terkenal kerana menggesa kepada satu gerakan Islam yang moden dengan pemikiran dan aliran yang toleransi terutama kepada golongan yang muda.

Walau dalam keadaan yang uzur, beliau sering berasa bimbang dengan golongan muda yang baginya mudah terpengaruh kepada pelbagai unsur. Adalah penting baginya untuk membentuk golongan ini kepada yang lebih positif namun mencapai kejayaan dalam gerakan yang mereka sertai.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Tinal dan dikebumikan di pusara milik keluarganya di Bab Al Raml. Upacara pengkebumian tokoh Islam ini dihadiri oleh beribu-ribu umat Islam dari seluruh pelosok tempat sejurus berita kematiannya tersebar. Sehingga kini ucapan takziah masih mencurah-curah diterima oleh keluarga arwah.

Penulisan terkenal arwah yang menambahkan lagi kekayaan khazanah dan gedung-gedung ilmu, antaranya:

*The Problems of Da'wah and Du'ah,

*How to Call for Islam?

*Towards a Unified International Call for Islam

*What Does My Commitment to Islam Mean?

*Movements and Doctrines in the Balance of Islam

*Comprehension in the Life of Da'wah and Du'ah

*Towards an Islamic Awakening of the Era

*Methods of Islamic Adaptation in the 20th Century

*Islam -Ideology, Movement and Rebellion

*Youth and Change

*Those Left behind on the Path of Da'wah

*The Preliminaries of the Activist Concept in Islamic Work

*Critical Issues in the Islamic Experience.

Mujur kepada umat Islam hari ini kita masih boleh menghayati dan mengambil manfaat hasil-hasil karya besar Dr. Fathy ini walaupun selepas pemergian Allahyarham.

Antara yang sempat diambil dengan kenyataan beliau semasa menjawab soalan para pengunjung laman web terkenal, Islam Online:

"Walau bagaimanapun, kesan dari tragedi serangan 9 September 2001, Islam menjadi tumpuan dan minat kalangan masyarakat Barat untuk mengenali agama itu dengan lebih dekat lagi.

"Statistik terkini menunjukkan minat terhadap Islam telah berkembang berlipat kali ganda dengan berjuta-juta naskhah al-Quran terpaksa dicetak dan begitu juga buku-buku mengenai Islam terjual dengan begitu laris di pasaran.

"Apa yang lebih menakjubkan dari peristiwa yang mengejutkan itu dan dari kempen-kempen anti Islam, lebih 10,000 penduduk United Kingdom memeluk Islam dan begitu juga 3,000 orang dari penduduk Mexico memeluk Islam dan beratus-ratus lagi dari kalangan Hindu dan Buddha juga meninggalkan agama mereka untuk memeluk Islam. Semua ini berlaku selepas kejadian 9/11, Subhanallah," kata Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke arah roh Allahyarham.