Friday, November 20, 2009

nape diberi surah nama Al-Ikhlas ?


--> ini pula emel pengisian dari anak ummi yang sorang lagi iaitu Nad. Jzkk Nad sayang~


Assalamu'alaikum WBT..
Salam sayang buat semua akhawat yg dirindui selalu..

Alhamdulillah, the latest usrah Allah Yang Maha Penyayang telah beri peluang untuk Nad recharge battery yang dah lama turn red..

"weak..weak...i'm weak..." (before)
"yuhu..!!! i'm strong now!!Alhamdulillah! (After)

Begitulah lebih kurang jeritan hati..

Ok, xboleh buang masa.. Kena manfaat betul2 masa lunch yg ada ni.. Kali ni turn Nad pulak ye..

Sudahkah anda bersedia wahai Ansarullah sekalian?
InsyaAllah ye..Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani Nad mulakan..

Sedikit info berkaitan Usrah minggu lepas:

Tarikh : 08.11.2009
Masa : 12.00 tengah hari - 4.00pm
Tempat: Surau KPS, UM
Kehadiran: Ummi Shi, Kak Ct, Mas, Ain, Mumtaz, Dija & Nad (^^,)

Aktiviti:
1) Sesi melepaskan rindu
2) Pengisian perut
3) Solat Zohor berjemaah
4) Pengisian rohani- (a) Tadabbur : As-Syura (16-44)
- (b) Tafsir : Al-Ikhlas (1-4)
5) Penutup: Tasbih Kafarah & Al-'Asr
6) Lucky Draw (ada nama lain yg lebih sesuai x? macam x best je kan nama tu?)
7) Solat Asar berjemaah
9) Bersurai bersama hati yang tenang insyaAllah..

Laporan:

1) Sesi melepaskan rindu
Sesi melepaskan rindu edisi special sempena kedatangan Nad yg dah lama x masuk usrah (hehe..special ke?)..Masing2 ceritakan perkembangan terkini diri masing2..( Seronok dengar cerita masing2..Maklumla dah lama x jumpa kan..Nanti masa daurah 21 & 22 x sabar pulak nak dengar cerita akhawat lain yg kat kg, yang dh lama x jumpa tu..hehe..Untuk makluman, Mokda akan datang ke sini pada 19hb di stesen Putra and Mun 21hb pagi sampai di KL Sentral..Akhawat lain yang ada kelapangan dan kemudahan bolehla jemput dorang ye.."FastabiQul Khairat!!...Peluang untuk berinfaq ni kan? "(Apa yg kamu infaqkan) adalah untuk orang2 fakir yg terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia yg tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yg tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang2 kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta)" (2:273))

2) Pengisian perut
Pengisian perut di kelolakan oleh Ummi Shi..Sedap spagetti Shi masak..Maklumla dah jadi ummi kan?hee..(Mum makan paling banyak!hehe..Mumtaz jangan marah ye)

3) Solat Zohor berjemaah
Alhamdulillah dah terisi perut tadi.. Senaman pulak untuk membantu cepatkan penghadaman. Solat Zohor berjemaah. Imamnye adalah Kak Ct..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa mereka semua..Ameeenn..

4) Pengisian rohani
(a) Tadabbur (As- Syura, 42:16-44)

Ingat x sebelum ni kita dah pernah tadabbur surah ni ayat 16-20..(X ingat??Haa...Cuba buka balik Tafsir tu, tengok mesti ada tanda2 highlight kaler kuning n pink..x pun garis2 ngn pen..Haa..Ade kan?..)

Tapi kali ni kita tadabbur lebih sikit daripada ayat hari tu. Ayat 16-44..

Kenapa ye Ummi Shi pilih ayat ni? Sebabnye untuk beri peringatan kepada 2 3 orang akhawat kita yg sedang demam exam tu ha.. Kenapa pulak? Haa.. Kejap lagi kita tengok ye.. TAPI, yang x demam exam pun tetap ada peringatan..Malah lebih2 lagi untuk yang sihat tu kan (Sape yg sihat tu? Yang x demam exam tulah maksudnya..)

As- Syura : 27
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat"

Haa..Ni lah peringatan kepada akhawat yg tengah demam exam.. Supaya dorang ingat bahawa Allah tentukan rezeki masing2 dengan ukuran yg Dia kehendaki kerana Dia Maha Teliti terhadap keadaan hamba2Nya..Allah tahu rezeki yang bagaimana yang hambaNya layak terima supaya hamba2Nya tidak melampaui batas di bumi..Apa pulak kaitan rezeki dgn akhawat yg tengah exam ni?Haa..Kaitannya adalah supaya para akhawat sekalian sentiasa ingat bahawa apa sahaja keputusan yg akan diterima kelak selepas telah berusaha sekeras2nya study adalah rezeki yg telah ditentukan Allah sejak kita di alam rahim lagi.. Dan jika keputusan yang diterima kurang memuaskan hati, maka ingatlah ayat ini "sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi"...InsyaAllah akan tenang dan lapanglah hati kerana hidupnya rasa redha terhadap takdir Allah dan berimannya hati kpd Rukun Iman yg ke 5 iaitu Beriman Kepada Qada' dan Qadar... (Sape tau kan kalau Allah bagi keputusan spt yg kita harapkan tu kita akan jadi riak, sombong, angkuh, bangga diri, 'ujub.Na'uzubillah..Banyak betul kan sifat mazmumah ni..Dan mungkin jugak kalau Allah bagi spt yg kita nak tu kita x dapat kenal pasti kelemahan kita atau mana bahagian yg kita x master lagi..Bila Allah uji dgn sedikit kegagalan barulah kita tersedar kesilapan kita.Jadi kita boleh perbaiki diri kan? Alhamdulillah..)

As-Syura: 20
"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), TETAPI dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"

Ada 2 golongan di sini kan..
1- Golongan yg memilih keuntungan di akhirat, Allah akan tambahkan keuntungan baginya (Ni bukan Nad cakap tau..Allah yang bagitau dalam ayat di atas)

2- Golongan yg memilih keuntungan di dunia, Allah akan bagi di dunia TAPI sebahagian sahaja dan xkan dapat lagi keuntungan tu di akhirat nanti..

Soalan biasa.. "Mana yang kita nak? Kita sendiri tentukan.Kita sendiri buat pilihan.."

As-Syura: 36
" Apapun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman, hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal"

Ayat 36 ni sokongan bagi ayat 20.Tengok, betapa Allah nak kita pilih jalan kebaikan tu, Dia bagitau banyak sangat keuntungan yg akan kita dapat dgn memilih jalan tu..Hanya terserah kpd kita, NAK KE X NAK.. ("Belum buat pilihan? InsyaAllah Nad rasa DL2 dah membuat pilihan..Kan2?)

Ni pulak, sedikit summary daripada Nad after buat sikit revision:

1- Ayat 18,20,22 & 26 (Perbandingan keadaan orang yg ingkar dgn orang yg beriman)

18: "Orang- orang yg tidak percaya adanya hari kiamat meminta agar hari itu segera terjadi, dan orang-orang yg beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahawa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang yg membantah tentang terjadinya kiamat itu benar2 telah tersesat jauh"

20: Seperti di atas

22: "Kamu akan melihat orang-orang zalim itu sangat ketakutan kerana (kejahatan2) yg telah mereka lakukan, dan (azab) menimpa mereka. Dan orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yg mereka kehendaki di sisi Tuhan.."(Siapakah yg tergolong dalam golongan orang2 yg zalim?Biasanya kita jumpa ayat tersebut ditujukan kepada orang kafir tetapi ayat ini ditujukan kpd orang zalim..Orang-orang Muslim juga boleh termasuk golongan orang yg zalim kan?Na'uzubillah, mintak kita dijauhkan...)

26: "dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kpd mereka dari kurniaNya. Orang-orang yg ingkar akan mendapat azab yg sangat keras"

Ayat 25, 30 & 34 (Allah Maha Pengampun)

25: "dan Dialah yg menerima taubat dari hamba2Nya dan memaafkan kesalahan2 dan mengetahui apa yg kamu kerjakan"

30: "dan musibah apa pun yg menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak ( dari kesalahan2mu)"(Allah sangatlah Maha Penyayang dan Maha Pengampun kan?..Betapalah banyaknya kesalahan2 kita tetapi masih ada kemaafan dari Dia..Sama2lah kita selalu memohon keampunanNya di atas segala dosa2 kita.Dia tidak pernah bosan mendengar permintaan kita, sehinggalah kita sendiri yg merasa bosan dgn amalan kita..)

34: "atau (Dia akan) menghancurkan kapal2 itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka)

3- Ayat 29 & 32 (Tanda-tanda kebesaran Allah)

29: " Dan di antara tanda2 (kebesaran)Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yg melata yg Dia sebarkan pada keduanya..." (Allah lah yg mencipta semua makhluk yg ada di langit dan di bumi milikNya)

32: " Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal2 (yg berlayar) di laut seperti gunung-gunung"

4- Ayat 36, 37, 38, 39 & 40 ( Orang2 yg mendapat nikmat dari sisi Allah)

36: "...kenikmatan yg ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman dan hanya kpd Tuhan mereka bertawakkal,"

37: " dan juga bagi orang2 yg menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf,"

38: " dan bagi orang2 yg menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat , sedang urusan mereka (diputuskan) dgn musyawarah antara mereka; dan mereka menginfaqkan sebahagian dr rezeki yg kami berikan kpd mereka,"

39: " dan (bagi) orang2 yg apabila mereka diperlakukan dgn zalim, mereka membela diri."

40: " dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yg setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kpd orang yg berbuat jahat) maka pahalanya dr Allah"

5- Ayat 20 & 36 (tentang keuntungan di dunia & keuntungan di akhirat)

4) Pengisian rohani
(a) Tafsir Al-Ikhlas (112)

1: Katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
(Allah itu Esa, bermakna Allah itu hanya satu..Kalau Allah itu ada lebih drp satu, hancur binasalah bumi ni kan? Sama macam kereta, kalau ada 2 driver, nanti sorang nak ke kanan dan sorang lagi nak ke kiri, ape jadi dgn kereta tu? Terbabas, hancur dan binasalah kan?)
2: Allah tempat meminta segala sesuatu
3: (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
(Allah itu tunggal, tak ada nasab keturunan)
4: dan tidak ada sesuatu yg setara dgn Dia

Ok, pasal surah Al-Ikhlas ni, dalam usrah kita bincangkan tentang, kenapa surah ni diberi nama Al-Ikhlas sedangkan xde pun perkataan Ikhlas kat dalam surah tu..(Haa..cuba cek ada ke x..Xde kan?Hee)

Kenapa ye?

Mari tengok Asbabul Nuzul surah ni:
Orang Arab jahiliyah pada zaman dahulu, amat mementingkan nasab keturunan. Jadi, mereka ingin tahu tentang Allah.Apabila Rasulullah SAW diminta oleh mereka untuk menggambarkan ciri-ciri dan rupa Tuhan yang mengutus dirinya, Jibrail membawa perutusan wahyu dengan membentangkan surah ini..

Imam Tirmizi, Imam Hakim dan Imam Ibnu Khuzaimah, telah mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Abul Aliyah, yang ia terima dari Ubay bin Kaab, bahwasanya orang-orang musyrik telah berkata kepada Rasulullah saw., "Ceritakanlah kepada kami mengenai Rabbmu." Maka Allah menurunkan firman-Nya, "Katakanlah! 'Dialah Allah Yang Maha Esa.'" (Q.S. Al Ikhlash, 1 hingga akhir surah)

Kita manusia ni suka mencari sebab untuk melakukan sesuatu kan? Kenapa kena mandi? kenapa kena pakai kasut? kenapa kena ikut lampu isyarat? kenapa kena baca Quran? kenapa kena tutup aurat? kenapa kena puasa? kenapa kena makan makanan halal? kenapa kena boikot barang Yahudi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Berbalik kepada surah ini, selepas turunnya ayat, telah jelaslah tentang Allah dan sifat2Nya.. Kemampuan kita untuk mengenal Allah tidak sampai kepada mengenal zat-zatNya..Maknanya, kita kena hadam betul2 makna ayat2 dalam surah ni dan kemudian beriman dgnNya. Dengan apa yg diberitahu Allah kepada kita dalam ayat2 tersebut, selebihnya, sifat IKHLAS lah yg kita perlu tanamkan dalam hati kita untuk benar2 beriman kepadaNya tanpa mempersoalkan tentang zat-zat Allah yang tidak diberitahu kepada kita..kita hanya hambaNya, selayaknya kita tahu hanyalah apa2 yg Allah tentukan ianya layak untuk kita tahu..Allahu'alam...

Sedikit perkongsian drpd akhawat DL2:

1- Kak Ct: Ayat pengasih ( 3:31, 42:19)
2- Mumtaz : Berkenaan ciri2 taubat yg diterima Allah dalam ayat surah An-Nisa' (4: 17)

"Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (pantas) bagi mereka yg melakukan kejahatan kerana tidak mengerti, kemudian segera bertaubat. taubat mereka itulah yg dieterima Allah. Allah Maha Mengetahui, maha Bijaksana"

Beware! Allah dah bagi peringatan tu..Jangan leka (Ingatan keras utk diri sendiri).. Mungkin boleh relate dgn ayat 25,30 & 34 yg kita tadabbur tadi..Allah Maha Pengampun...

6) Lucky Draw

Sesi ni sebenarnya Nad je yg tau.hehe..Ape2pun, syukran buat semua akhawat DL2 yg sudi menerima. Nad harap ianya bermanfaat untuk semua, insyaAllah.. Buat akhawat lain yg tidak ada masa usrah, untuk makluman, Nad sedang melebarkan jalan dakwah ini dengan menyertai team pejuang ekonomi untuk umat Islam..berjuang keras untuk membangunkan ekonomi umat Islam..Alhamdulillah, dirasakan penglibatan tersebut tidak lain melainkan melebarkan lagi jalan yg sedang dilalui ini.. Jaringan ukhwah juga semakin melebar Alhamdulillah..itulah HPA..Buat semua akhawat DL2, doa dan sokongan kalian amatlah diharapkan..Dalam setiap pertemuan bersama komuniti tersebut, ingatan terhadap DL2 sentiasa melintas di fikiran dan di hati..Doakan Nad ye semua akhawat! jazakumullah khairan kathira..

Alhamdulillah..akhirnya Allah memberi kelapangan yg tidak terhingga hari ini untuk menyiapkan emel rindu ini kepada semua akhawat..Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...Seperti biasa, penambahan dan respon amatlah dialu2kan terutama akhawat2 yg tidak dapat hadir supaya bila memberi respon, ianya lebih dekat dan lekat di hati insyaAllah...

Thursday, November 19, 2009

apa yang penting? KERJASAMA!


--> Ini pengisian dari anak ummi iaitu Ukhti Ain. sama2 kite amik terjemahan Quran dan luangkan masa untuk membaca. bagi yang dah penah baca, mari refresh kan otak kita! jazakillahu khayran kathira ya ukht.
______________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Last 2 weeks my turn pula buat summary untuk usrah. Afwan agak lambat email to akhawat dikasihi. Ada je masalah PC di rumah. Memandangkan adik-adik sibuk nak exam, and yang lain sibuk dengan kerja and since first sharing session ana yang start, so let me recap what we have discuss last week.

Tempat : Rumah ukhti Mum dan Ramlah
Tarikh : 1 November 2009
Masa : 11 pagi – 3 petang
Aktiviti : Ummul Qur’an
Sharing ISK di Nilai and rumah Intan by ana, Mum, Ramlah and Mas.
Lunch (Jazakillah Mum, Ramlah and housemates mereka. Sedap. Dah pass, boleh kawen dah=p)
Solat Zohor berjemaah
Ketibaan Ummi Shi bersama surprise present untuk birthday girl. Huhu terharunya. One and only present I received on this birthday. Jazakallahu khairan kathira buat Ummi
Shi and suami.
Tadabbur with Ummi Shi : surah al Hujurat 49:1-18
Tasbih kafarah dan surah Al Asr
Sesi temu ramah dengan pengantin baru. Pengalaman sebelum dan selepas baitul muslim. Sharing is caring kan? Heee...
Upacara potong kek. (ehe tu pun nak cerita ke?)
Bersurai

We start our discussion dengan tadabbur surah Ali Imran ayat 190 hingga 200. As reminder, sunat dibacakan ayat ni sebelum solat Tahajjud. Setiap ayat penuh peringatan dan doa bagi hambaNya yang berakal. And nak dikaitkan dengan pesan ummi pula, ummi suggestkan kita tambah ayat 192 hingga 194 dalam doa harian kita. Refresh our doa.

Summary of ayat:

2:190 – Penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang adalah tanda kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.
2:191 – Siapakah orang yang berakal? Yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk malah ketika berbaring.
2:192 – Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka, sesungguhnya Allah telah hina dia. (Nauzubillahiminzalik)
2:193 – Doa “ampunilah dosa dan kesalahan kami, dan wafatkan kami bersama orang yang berbakti”
2:194 – Doa agar dikurniakan Allah seperti yang dijanjikan dan supaya tidak dihina di akhirat kelak.
2:195 – Allah tidak sia-siakan amalan hambaNya, baik lelaki mahupun perempuan.
2:196 – Jangan terpedaya dengan kesenangan dan kebebasan orang kafir.
2:197 – Kesenangan mereka hanyalah sementara dan Jahannam adalah tempat mereka kembali.
2:198 – Ganjaran syurga bagi orang-orang yang bertakwa. (Inilah janji Allah)
2:199 – Kisah sebahagian ahli kitab sebelum dan selepas diturunkan Al Quran.
2:200 – Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu dan bersedialah dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

And then ana ada share kisah seorang ulama’ yang nak masuk syurga kerana amalan ibadahnya. Lalu Allah mengambil matanya dan ditimbang disebelah amalan ulama tersebut. I think I have distribute an e-mail to you all previously about this story right? Kalau ada yang tak dapat e-mail tu, can refer to my previous entry ya. Cerita tu memang menusuk kalbu. Nak dibandingkan dengan ulama’ tu, banyak mana pula amal ibadah kita hari ini? Dengan apa kita nak masuk syurga? Jawapannya ialah dengan kasih sayang Allah. Apa yang penting? USAHA!!! Allah memandang usaha kita kan?

Mum pulak share tentang tawassul. Apakah itu? (tiru style ukhti Wani. Hihi...) Bertawassul ertinya membuat perantaraan dengan amal shalih itu, agar permohonan kita dikabulkan olehNya. Kita disunnahkan bertawassul dengan amal perbuatan kita sendiri yang shalih, agar kesulitan itu segera lenyap dan diganti dengan kelapangan oleh Allah Ta'ala. Kisah tawassul ni boleh didapati dalam kitab Riyadhus Solihin dalam bab 1 page 19. Kisah ni ada kaitan dengan 2:193.

Ok. Mesti ada yang tak sabar nak baca part pesan ummi kan? Hehe... Cop. Siapa Ummi Ina? During 2nd ISK, Ummi Ina dari Perak dijemput untuk bagi pengisian kepada kami. Kalau ada yang nak more details pasal Ummi, let me know. Nanti ana share apa yang ana tau la eh.

Pesan Ummi Ina:

1. Selepas dapat ISK, 2 things we need to do. i. Cari sekurang-kurangnya seorang untuk kita sampaikan apa yang telah kita dengar dan faham. ii. Next daurah must bring at least 1 ukhti yang belum pernah join or miss daurah.

2. Amalkan lepas Subuh, selepas baca Al Ma’thurat, baca Quran and cari suruhan Allah yang kita belum buat lagi. Mungkin kita dah tadabbur ayat tu sebelum ni, tapi masih belum jadi amalan kita atau belum istiqamah mengerjakannya.
E.g. “... Maka berluma-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan (fastabiqul khairat)...” (2:148)

3. Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhu’. Kita ada share kisah terompah Bilal bin Robah kan? Bagi yang belum dengar cerita ni, kisahnya begini. Semasa berlakunya Isra’ Mi’raj, ketika Rasulullah s.a.w. bertemu Allah, Baginda terdengar bunyi terompah dari langit. Lalu Baginda s.a.w. bertanya kepada Allah, “Bunyi apakah itu?” Allah pun berfirman, “Itulah bunyi terompah Bilal bin Robah yang sentiasa memperbaharui wudhu’nya.” Subhanallah. Sehingga begitu sekali Allah menilai amalan kita. Betapa Maha Pengasih dan Penyayang Tuhan kita ni kan? Tapi mengapa kita masih kurang bersyukur?=’(

4. Sebelum tidur, amalkan solat Taubat dahulu. Kemudian apabila dah bersedia nak tidur, ucaplah dua kalimah syahadah, mintalah ampun pada Allah dan maafkan orang lain. Betapa murninya hati orang yang pemaaf ni kan? Hati mereka mesti sentiasa tenang.

5. Sentiasa refresh doa selepas solat kita. Jangan asyik baca doa yang sama hingga no feeling atas apa yang kita pinta pada Allah. Antara doa amalan yang disuggestkan ummi ialah:

# Doa untuk dapat anak yang baik (doa Nabi Zakaria). Ali Imran: 38

“...Ya Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.”

#Ali Imran: 192-194

Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tiada bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun.

Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman; “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-RasulMu. Dan jangan Engkau hinakan kami di hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

#Al Furqan: 74

“... Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”

#Doa untuk dapat anak yang soleh wa musleh. Ibrahim: 40

“ Ya tuhan kami, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

6. Bagi sesiapa yang dah nak membina baitul muslim, Ummi jemput call dia untuk attend kursus baitul muslim. Ummi akan share apa persediaan sebelum, semasa dan selepas baitul muslim. Ada sesiapa yang nak contact number? Hehe...

And pesan Ummi Shi pula, sesuatu ayat Allah tu belum benar-benar terkesan di hati kita selagi kita belum hafal ayatnya, belum ingat surahnya dan ayat ke berapa. So lepas ni jom kita sama-sama hafal ayat yang paling terkesan dihati kita and then sebar-sebarkan pada yang lain. Yet, most important is mengimani ayat tersebut dan beramal dengannya. Tu baru betul dinamakan ‘terkesan dihati’. Betul tak? (pesanan untuk diri sendiri terutamanya)

Regarding surah Al Hujurat pula, ada beberapa ayat yang mungkin kita pernah dengar. Hopefully after this kita bukan sahaja mendengar, tapi faham dan beriman dengan hati akan perintah Allah ni.

Summary of the surah:

49:9 – Dan jika ada 2 golongan dari orang mu’min bersengketa, maka damaikanlah keduanya. Dan perangi golongan yang berbuat aniaya sehingga mereka kembali kepada Allah. Damaikan keduanya dengan adil.

49:10 – Innamal mu’minuna ikhwah. Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara. Kerana itu damaikanlah keduanya dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

49:11 – Jangan kita memperolok-olokkan (or memperlekeh, menghina, etc) kaum lain. Boleh jadi mereka lebih baik dari kita. Dan jangan mencela dirimu sendiri dan jangan memberi gelaran/panggilan buruk pada orang lain. Barangsiapa yang tidak bertaubat, sesungguhnya mereka adalah orang yang zalim.

49:12 – Jangan kita berburuk sangka pada orang lain. Sebahagian prasangka itu adalah dosa. Jangan mencari kesalahan orang lain dan jangan menggunjing sebahagian yang lain. (Gunjing tu apa ek? Sape tau the exact meaning?)
Dan jangan mengumpat saudara yang lain. Mengumpat diibaratkan memakan bangkai saudaranya sendiri. “Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya.”

49:13 – Allah menciptakan manusia berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kita saling kenal mengenali. Orang yang paling mulia ialah yang paling bertakwa.

49:15 – Orang beriman tidak ragu-ragu dengan keimanan mereka terhadap Allah dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah.

49: 17 – Pesanan buat para du’at, janganlah kita merasakan telah memberi ni’mat (e.g. hidayah) kepada orang lain dengan keislaman/keimanan kita. Allah sebenarnya yang memberi ni’mat itu. (Contohnya, mungkin kita pernah melihat seseorang berubah atas nasihat kita. Hakikatnya bukanlah kerana nasihat kita mereka berubah. Yang menggerakkan hati mereka adalah Allah azza wajalla. Nasihat kita hanyalah asbab untuk mereka berubah. Again, Allah memandang usaha kita kan? Berusahalah! Jangan berasa lemah jangan bersedih hati(3;139). Hasilnya biarlah Allah yang tentukan.Apa yang penting? USAHA!!=D)

Ada sesiapa yang nak tambah pengisian? Mungkin ada yang ana tertinggal atau kekurangan. Perkongsian akhawat semua amat dialu-alukan.

Wassalam...

Dan berjihadlah kamu dijalan Allah dengan sebenar-benar jihad. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak akan menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu. Dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik penolong.” 22:77-78

kembali aktif insyaAllah!








phew...phew..tebalnya habuk dalam blog sHi niii..dh lebih sebulan nampaknye takde post baru. apa dah jadi? blog dah tak larat nak hidup ke? hehehe..bukan gtu..tidak sama sekali. blog merupakan salah satu cara efektif atau wasilah zaman kini untuk seseorang daei tuk trus berjuang dan trus berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhir insyaAllah.

asif jiddan, afwan kathira ingin dipohon pada semua kerana kurang aktif semenjak berBM. benar, tanggungjawab semakin bertambah dan ada seseorang yang perlu kita take care. semua orang yang berumahtangga, pasti akan setuju kan kan? yg single mingle tu, enjoy ur life being a single, tunaikan hak kalian dengan ibu bapa terutamanya. sbb bile dh jd isteri, suami is number 1 selepas Allah dan Rasul. tapi jangan sampai lupe trus pada mak ayah kite, masih ada hak2 mereka yg perlu ditunaikan.

ok, tuk post kali ni saje je nak cite skit aktiviti sHi selepas berBM sehinggakan blog ni pun nampaknya sudah di anaktirikan..huuu..sorry bloggie..bukan niat nk wat camtu. alhamdulillah selepas selamat diijabkabul pada malam Jumaat, resepsi pihak pengantin perempuan bermula keesokan harinya. 3 minggu kemudian, resepsi pihak pengantin lelaki pula dijalankan dengan penuh suasana meriah. bermulalah kehidupan sebagai seorang isteri, menantu, kakak ipar, adik ipar dan lain2. alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dia memberi segala kemudahan pada kami untuk adapt kan diri masing2 bersama keluarga baru.
pada masa yang sama, kakak sHi telah selamat melahirkan seorang baby boy yang diberi nama Anas. menurut kata kakak sHi, antara banyak2 nama, nama Anas dipilih sebab baby Anas sangat patuh mendengar kata seperti mana khadam Rasulullah iaitu Anas bin Malik r.a yang telah diberikan oleh ibunya, Ummu Sulaim ketika Anas berusia 10 tahun kepada Rasulullah sewaktu hijrah ke Madinah sebagai hadiah. memang best! ramai kata, double joy celebration tuk sHi. kahwin dan dapat anak buah pertama!
memandangkan sHi masih belum mendapat posting ke mana2, jadi saya ditugaskan untuk mengurus rumah. ditakdirkan Allah, bibik kami pula balik ke Indonesia untuk bercuti 2 bulan di sana. maka, sHi lah orang yang ditugaskan untuk menguruskan kerja2 rumah termasuklah menjaga orang yang tengah pantang dan menjaga baby. dapat belajar masak untuk family, mcm2 resipi dari mak dipraktikkan hari2 untuk memantapkan lagi bakat memasak (hehehe..), dah biasa pegang baby kecik, tolong mandi dan tdokan baby, panaskan tungku untuk kakak dan sebagainya. cantik tarbiyah yang hendak Allah berikan untuk kita kan?
namun begitu, dengan kesibukan di rumah, alhamdulillah, masih ada terselit masa2 tuk pengisian kerohanian untuk memantapkan iman diri. 2 kali seminggu saya tetap akan ke area UM untuk berusrah, berjumpa dengan akhawat As Syams dan DL2 yang sangat2 dirindui dan disayangi, sama2 duduk di dalam halaqah, bermuhasabah diri mengingat dan refresh kembali tanggungjawab berat yang telah kita janji dengan Allah. insyaAllah entry selepas ini sHi akan masukkan pengisian2 usrah DL2 yang telah dilakukan oleh anak2 usrah sHi yang sangat mantap. masing2 nak berfastabiqul khairat kan? subhanallah!
p/s: diorg panggil sHi sebagai ummi sHi sekarang. kan? hehe..oowh ye, mohon doa moga sHi dapat posting cikgu ke KK, Sabah ye. supaya dpt berdekatan dengan suami dan kembangkan sayap dakwah di sana plak insyaAllah!