--> ini pula emel pengisian dari anak ummi yang sorang lagi iaitu Nad. Jzkk Nad sayang~
Assalamu'alaikum WBT..
Salam sayang buat semua akhawat yg dirindui selalu..
Alhamdulillah, the latest usrah Allah Yang Maha Penyayang telah beri peluang untuk Nad recharge battery yang dah lama turn red..
"weak..weak...i'm weak..." (before)
"yuhu..!!! i'm strong now!!Alhamdulillah! (After)
Begitulah lebih kurang jeritan hati..
Ok, xboleh buang masa.. Kena manfaat betul2 masa lunch yg ada ni.. Kali ni turn Nad pulak ye..
Sudahkah anda bersedia wahai Ansarullah sekalian?
InsyaAllah ye..Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani Nad mulakan..
Sedikit info berkaitan Usrah minggu lepas:
Tarikh : 08.11.2009
Masa : 12.00 tengah hari - 4.00pm
Tempat: Surau KPS, UM
Kehadiran: Ummi Shi, Kak Ct, Mas, Ain, Mumtaz, Dija & Nad (^^,)
Aktiviti:
1) Sesi melepaskan rindu
2) Pengisian perut
3) Solat Zohor berjemaah
4) Pengisian rohani- (a) Tadabbur : As-Syura (16-44)
- (b) Tafsir : Al-Ikhlas (1-4)
5) Penutup: Tasbih Kafarah & Al-'Asr
6) Lucky Draw (ada nama lain yg lebih sesuai x? macam x best je kan nama tu?)
7) Solat Asar berjemaah
9) Bersurai bersama hati yang tenang insyaAllah..
Laporan:
1) Sesi melepaskan rindu
Sesi melepaskan rindu edisi special sempena kedatangan Nad yg dah lama x masuk usrah (hehe..special ke?)..Masing2 ceritakan perkembangan terkini diri masing2..( Seronok dengar cerita masing2..Maklumla dah lama x jumpa kan..Nanti masa daurah 21 & 22 x sabar pulak nak dengar cerita akhawat lain yg kat kg, yang dh lama x jumpa tu..hehe..Untuk makluman, Mokda akan datang ke sini pada 19hb di stesen Putra and Mun 21hb pagi sampai di KL Sentral..Akhawat lain yang ada kelapangan dan kemudahan bolehla jemput dorang ye.."FastabiQul Khairat!!...Peluang untuk berinfaq ni kan? "(Apa yg kamu infaqkan) adalah untuk orang2 fakir yg terhalang (usahanya kerana jihad) di jalan Allah, sehingga dia yg tidak dapat berusaha di bumi; (orang lain) yg tidak tahu, menyangka bahawa mereka adalah orang2 kaya kerana mereka menjaga diri (dari meminta-minta)" (2:273))
2) Pengisian perut
Pengisian perut di kelolakan oleh Ummi Shi..Sedap spagetti Shi masak..Maklumla dah jadi ummi kan?hee..(Mum makan paling banyak!hehe..Mumtaz jangan marah ye)
3) Solat Zohor berjemaah
Alhamdulillah dah terisi perut tadi.. Senaman pulak untuk membantu cepatkan penghadaman. Solat Zohor berjemaah. Imamnye adalah Kak Ct..Mudah-mudahan Allah perkenankan doa mereka semua..Ameeenn..
4) Pengisian rohani
(a) Tadabbur (As- Syura, 42:16-44)
Ingat x sebelum ni kita dah pernah tadabbur surah ni ayat 16-20..(X ingat??Haa...Cuba buka balik Tafsir tu, tengok mesti ada tanda2 highlight kaler kuning n pink..x pun garis2 ngn pen..Haa..Ade kan?..)
Tapi kali ni kita tadabbur lebih sikit daripada ayat hari tu. Ayat 16-44..
Kenapa ye Ummi Shi pilih ayat ni? Sebabnye untuk beri peringatan kepada 2 3 orang akhawat kita yg sedang demam exam tu ha.. Kenapa pulak? Haa.. Kejap lagi kita tengok ye.. TAPI, yang x demam exam pun tetap ada peringatan..Malah lebih2 lagi untuk yang sihat tu kan (Sape yg sihat tu? Yang x demam exam tulah maksudnya..)
As- Syura : 27
"Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi, tetapi Dia menurunkan dengan ukuran yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Teliti terhadap (keadaan) hamba-hambaNya, Maha Melihat"
Haa..Ni lah peringatan kepada akhawat yg tengah demam exam.. Supaya dorang ingat bahawa Allah tentukan rezeki masing2 dengan ukuran yg Dia kehendaki kerana Dia Maha Teliti terhadap keadaan hamba2Nya..Allah tahu rezeki yang bagaimana yang hambaNya layak terima supaya hamba2Nya tidak melampaui batas di bumi..Apa pulak kaitan rezeki dgn akhawat yg tengah exam ni?Haa..Kaitannya adalah supaya para akhawat sekalian sentiasa ingat bahawa apa sahaja keputusan yg akan diterima kelak selepas telah berusaha sekeras2nya study adalah rezeki yg telah ditentukan Allah sejak kita di alam rahim lagi.. Dan jika keputusan yang diterima kurang memuaskan hati, maka ingatlah ayat ini "sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya nescaya mereka akan berbuat melampaui batas di bumi"...InsyaAllah akan tenang dan lapanglah hati kerana hidupnya rasa redha terhadap takdir Allah dan berimannya hati kpd Rukun Iman yg ke 5 iaitu Beriman Kepada Qada' dan Qadar... (Sape tau kan kalau Allah bagi keputusan spt yg kita harapkan tu kita akan jadi riak, sombong, angkuh, bangga diri, 'ujub.Na'uzubillah..Banyak betul kan sifat mazmumah ni..Dan mungkin jugak kalau Allah bagi spt yg kita nak tu kita x dapat kenal pasti kelemahan kita atau mana bahagian yg kita x master lagi..Bila Allah uji dgn sedikit kegagalan barulah kita tersedar kesilapan kita.Jadi kita boleh perbaiki diri kan? Alhamdulillah..)
As-Syura: 20
"Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), TETAPI dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat"
Ada 2 golongan di sini kan..
1- Golongan yg memilih keuntungan di akhirat, Allah akan tambahkan keuntungan baginya (Ni bukan Nad cakap tau..Allah yang bagitau dalam ayat di atas)
2- Golongan yg memilih keuntungan di dunia, Allah akan bagi di dunia TAPI sebahagian sahaja dan xkan dapat lagi keuntungan tu di akhirat nanti..
Soalan biasa.. "Mana yang kita nak? Kita sendiri tentukan.Kita sendiri buat pilihan.."
As-Syura: 36
" Apapun (kenikmatan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup di dunia. Sedangkan apa (kenikmatan) yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman, hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal"
Ayat 36 ni sokongan bagi ayat 20.Tengok, betapa Allah nak kita pilih jalan kebaikan tu, Dia bagitau banyak sangat keuntungan yg akan kita dapat dgn memilih jalan tu..Hanya terserah kpd kita, NAK KE X NAK.. ("Belum buat pilihan? InsyaAllah Nad rasa DL2 dah membuat pilihan..Kan2?)
Ni pulak, sedikit summary daripada Nad after buat sikit revision:
1- Ayat 18,20,22 & 26 (Perbandingan keadaan orang yg ingkar dgn orang yg beriman)
18: "Orang- orang yg tidak percaya adanya hari kiamat meminta agar hari itu segera terjadi, dan orang-orang yg beriman merasa takut kepadanya dan mereka yakin bahawa kiamat itu adalah benar (akan terjadi). Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang yg membantah tentang terjadinya kiamat itu benar2 telah tersesat jauh"
20: Seperti di atas
22: "Kamu akan melihat orang-orang zalim itu sangat ketakutan kerana (kejahatan2) yg telah mereka lakukan, dan (azab) menimpa mereka. Dan orang2 yg beriman dan mengerjakan kebajikan (berada) di dalam taman-taman syurga, mereka memperoleh apa yg mereka kehendaki di sisi Tuhan.."(Siapakah yg tergolong dalam golongan orang2 yg zalim?Biasanya kita jumpa ayat tersebut ditujukan kepada orang kafir tetapi ayat ini ditujukan kpd orang zalim..Orang-orang Muslim juga boleh termasuk golongan orang yg zalim kan?Na'uzubillah, mintak kita dijauhkan...)
26: "dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kpd mereka dari kurniaNya. Orang-orang yg ingkar akan mendapat azab yg sangat keras"
Ayat 25, 30 & 34 (Allah Maha Pengampun)
25: "dan Dialah yg menerima taubat dari hamba2Nya dan memaafkan kesalahan2 dan mengetahui apa yg kamu kerjakan"
30: "dan musibah apa pun yg menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak ( dari kesalahan2mu)"(Allah sangatlah Maha Penyayang dan Maha Pengampun kan?..Betapalah banyaknya kesalahan2 kita tetapi masih ada kemaafan dari Dia..Sama2lah kita selalu memohon keampunanNya di atas segala dosa2 kita.Dia tidak pernah bosan mendengar permintaan kita, sehinggalah kita sendiri yg merasa bosan dgn amalan kita..)
34: "atau (Dia akan) menghancurkan kapal2 itu kerana perbuatan (dosa) mereka, dan Dia memaafkan banyak (dari mereka)
3- Ayat 29 & 32 (Tanda-tanda kebesaran Allah)
29: " Dan di antara tanda2 (kebesaran)Nya adalah penciptaan langit dan bumi dan makhluk2 yg melata yg Dia sebarkan pada keduanya..." (Allah lah yg mencipta semua makhluk yg ada di langit dan di bumi milikNya)
32: " Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah kapal2 (yg berlayar) di laut seperti gunung-gunung"
4- Ayat 36, 37, 38, 39 & 40 ( Orang2 yg mendapat nikmat dari sisi Allah)
36: "...kenikmatan yg ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang2 yg beriman dan hanya kpd Tuhan mereka bertawakkal,"
37: " dan juga bagi orang2 yg menjauhi dosa2 besar dan perbuatan2 keji dan apabila mereka marah segera memberi maaf,"
38: " dan bagi orang2 yg menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat , sedang urusan mereka (diputuskan) dgn musyawarah antara mereka; dan mereka menginfaqkan sebahagian dr rezeki yg kami berikan kpd mereka,"
39: " dan (bagi) orang2 yg apabila mereka diperlakukan dgn zalim, mereka membela diri."
40: " dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yg setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kpd orang yg berbuat jahat) maka pahalanya dr Allah"
5- Ayat 20 & 36 (tentang keuntungan di dunia & keuntungan di akhirat)
4) Pengisian rohani
(a) Tafsir Al-Ikhlas (112)
1: Katakanlah (Muhammad), "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
(Allah itu Esa, bermakna Allah itu hanya satu..Kalau Allah itu ada lebih drp satu, hancur binasalah bumi ni kan? Sama macam kereta, kalau ada 2 driver, nanti sorang nak ke kanan dan sorang lagi nak ke kiri, ape jadi dgn kereta tu? Terbabas, hancur dan binasalah kan?)
2: Allah tempat meminta segala sesuatu
3: (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
(Allah itu tunggal, tak ada nasab keturunan)
4: dan tidak ada sesuatu yg setara dgn Dia
Ok, pasal surah Al-Ikhlas ni, dalam usrah kita bincangkan tentang, kenapa surah ni diberi nama Al-Ikhlas sedangkan xde pun perkataan Ikhlas kat dalam surah tu..(Haa..cuba cek ada ke x..Xde kan?Hee)
Kenapa ye?
Mari tengok Asbabul Nuzul surah ni:
Orang Arab jahiliyah pada zaman dahulu, amat mementingkan nasab keturunan. Jadi, mereka ingin tahu tentang Allah.Apabila Rasulullah SAW diminta oleh mereka untuk menggambarkan ciri-ciri dan rupa Tuhan yang mengutus dirinya, Jibrail membawa perutusan wahyu dengan membentangkan surah ini..
Imam Tirmizi, Imam Hakim dan Imam Ibnu Khuzaimah, telah mengetengahkan sebuah hadis melalui jalur Abul Aliyah, yang ia terima dari Ubay bin Kaab, bahwasanya orang-orang musyrik telah berkata kepada Rasulullah saw., "Ceritakanlah kepada kami mengenai Rabbmu." Maka Allah menurunkan firman-Nya, "Katakanlah! 'Dialah Allah Yang Maha Esa.'" (Q.S. Al Ikhlash, 1 hingga akhir surah)
Kita manusia ni suka mencari sebab untuk melakukan sesuatu kan? Kenapa kena mandi? kenapa kena pakai kasut? kenapa kena ikut lampu isyarat? kenapa kena baca Quran? kenapa kena tutup aurat? kenapa kena puasa? kenapa kena makan makanan halal? kenapa kena boikot barang Yahudi? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Berbalik kepada surah ini, selepas turunnya ayat, telah jelaslah tentang Allah dan sifat2Nya.. Kemampuan kita untuk mengenal Allah tidak sampai kepada mengenal zat-zatNya..Maknanya, kita kena hadam betul2 makna ayat2 dalam surah ni dan kemudian beriman dgnNya. Dengan apa yg diberitahu Allah kepada kita dalam ayat2 tersebut, selebihnya, sifat IKHLAS lah yg kita perlu tanamkan dalam hati kita untuk benar2 beriman kepadaNya tanpa mempersoalkan tentang zat-zat Allah yang tidak diberitahu kepada kita..kita hanya hambaNya, selayaknya kita tahu hanyalah apa2 yg Allah tentukan ianya layak untuk kita tahu..Allahu'alam...
Sedikit perkongsian drpd akhawat DL2:
1- Kak Ct: Ayat pengasih ( 3:31, 42:19)
2- Mumtaz : Berkenaan ciri2 taubat yg diterima Allah dalam ayat surah An-Nisa' (4: 17)
"Sesungguhnya bertaubat kepada Allah itu hanya (pantas) bagi mereka yg melakukan kejahatan kerana tidak mengerti, kemudian segera bertaubat. taubat mereka itulah yg dieterima Allah. Allah Maha Mengetahui, maha Bijaksana"
Beware! Allah dah bagi peringatan tu..Jangan leka (Ingatan keras utk diri sendiri).. Mungkin boleh relate dgn ayat 25,30 & 34 yg kita tadabbur tadi..Allah Maha Pengampun...
6) Lucky Draw
Sesi ni sebenarnya Nad je yg tau.hehe..Ape2pun, syukran buat semua akhawat DL2 yg sudi menerima. Nad harap ianya bermanfaat untuk semua, insyaAllah.. Buat akhawat lain yg tidak ada masa usrah, untuk makluman, Nad sedang melebarkan jalan dakwah ini dengan menyertai team pejuang ekonomi untuk umat Islam..berjuang keras untuk membangunkan ekonomi umat Islam..Alhamdulillah, dirasakan penglibatan tersebut tidak lain melainkan melebarkan lagi jalan yg sedang dilalui ini.. Jaringan ukhwah juga semakin melebar Alhamdulillah..itulah HPA..Buat semua akhawat DL2, doa dan sokongan kalian amatlah diharapkan..Dalam setiap pertemuan bersama komuniti tersebut, ingatan terhadap DL2 sentiasa melintas di fikiran dan di hati..Doakan Nad ye semua akhawat! jazakumullah khairan kathira..
Alhamdulillah..akhirnya Allah memberi kelapangan yg tidak terhingga hari ini untuk menyiapkan emel rindu ini kepada semua akhawat..Subhanallah, Alhamdulillah, AllahuAkbar...Seperti biasa, penambahan dan respon amatlah dialu2kan terutama akhawat2 yg tidak dapat hadir supaya bila memberi respon, ianya lebih dekat dan lekat di hati insyaAllah...
No comments:
Post a Comment