Saturday, January 16, 2010

Tafsir Al Masad


ok ok, sekali lagi ada seorang ukhti menegur di FB "kak shi lama tak updet blog?"..hehehe..dh faham dh maksudnye tuh. jd ini post seterusnye, ttg surah Al Masad/Al Lahab. surah ni mmg femes di kalangan kite bile baca dlm solat. tp kena la gak tau asbabul nuzul dan at least tau terjemahannya. bile kite tau cite di sebalik surah ni, huh...rasa geram betul pada Abu Lahab dan istri si pembantunye itu.. bertambah geram bile membayangkan keadaan di Bukit Safa sewaktu Rasulullah nak menyampaikan dakwah kepada Bani2 yang ada di Mekah waktu itu. tp papepun, ada hikmah yang Allah hendak berikan. tol tak? jom tadabbur!

surah ini ada 5 ayat kan..kite ley bahagikan surah ini kepada 2 tema iaitu pertama: Tema Hari Kiamat dan kedua: Tema Dakwah

menurut naqibah sHi, sebelum surah ini diturunkan, terdapat satu ayat dalam surah As Syu'ara' berkenaan Allah menyuruh Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. (jahr).

Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. (26:214)

Dakwah bermula secara sulit (sirr) iaitu dengan Rasulullah menyampaikan kebenaran kepada orang-orang yang dipercayainya sahaja spt istri baginda, anak angkat, anak saudara dan sahabat2 baik. Setelah turunnya perintah ini, maka Rasulullah ingin menyampaikannya pula kepada kerabat2nya iaitu Bani Hashim dan Bani Quraisy.

surah As Syu'ara' ini jika diperhatikan betul2, Allah banyak menceritakan tentang kisah Nabi-nabi terdahulu. mula2 ayat lagi Allah ceritakan tentang kisah Nabi Musa dan Firaun. kemudian diceritakan pula tentang tentangan yang diterima oleh Nabi Ibrahim. seterusnya usaha dakwah Nabi Nuh, Hud, Soleh dan Luth. Semua diceritakan tentang respon bagi kaum Nabi2 terdahulu ini yang negatif belaka. Kenape ye? Ini semua hanyalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan supaya Nabi Muhammad dan para sahabiyah bersiap siaga (get ready) untuk menerima segaaaala dugaan seperti mana Nabi2 sebelum itu menerima.... sbb bukan senang nk berdakwah kepada kaum kerabat tentang benda yang baru yang belum pernah mereka terima sebelum ini yang sudah pasti akan memecahkan tradisi yang mereka amalkan.

sile lah membaca terjemahan surah ini untuk mengetahui kisah lebih lanjut...

ok jom lihat ayat 1 untuk surah Al Masad ini:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!"

ayat pertama lagi Allah dah repeat perkataan BINASA itu dua kali... bermakna benar2 Allah sedang marah waktu itu.

kejadian ini berlaku di Bukit Safa. di mana Rasulullah sedang mengumpulkan Bani2 di Mekah untuk mengajak mereka semua supaya menyembah Allah. di sini Abu Lahab telah memintas kata2 Rasulullah sehinggakan semua orang di situ pergi meninggalkan Rasulullah dalam keadaan kesedihan. Maka Allah turunkan ayat ini, dan Abu Lahab takut setelah ayat ini dibacakan kepadanya! Namun begitu, Abu Lahab senantiasa mengikut ke mana sahaja Rasulullah pergi. kite tau kan Rasulullah pergi mengetuk rumah ke rumah setiap hari tuk berdakwah kan? jadi, setelah baginda mengajak seorang penduduk rumah itu untuk memeluk Islam, belum sempat penduduk itu menghadam dan fikir sedalam2nya samada mahu menerima tawaran itu atau tidak, trus saje Abu Lahab ini menghasut supaya jangan menerima ajakan Rasulullah. see? takde beri masa skit pun tuk orang tu digest...trus dihasutnye...

"Dan istrinya, pembawa kayu bakar. Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal."

kerja ini juga dilakukan dengan jayanya oleh istri Abu Lahab. kenapa dalam ayat 4 dan 5 Allah cerita juga berkenaan istrinya? kerana di dunia, istrinya lah orang yang setia membantu Abu Jahal meletakkan duri2 di depan pintu rumah Rasulullah dan menyebarkan fitnah tentang Rasulullah, maka di akhirat juga, istrinya lah yang akan membantu Abu Jahal menjadi pembawa kayu bakar. begitulah betapa hebatnya peranan seorang isteri kepada seorang suami. kalau baik, baiklah ia, kalau jahat, maka jahatlah ia. (tulang belakang kejayaan suami lah katakan)

namun percaya atau tidak, sewaktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Abu Lahab ini ialah antara orang yang paaaling gembira dengan kelahiran baginda. Siap buat kenduri, korbankan kambing2 kerana dia dapat merasakan bahawa anak saudaranya ini akan menjadi generasi baru untuk menyambung warisan mereka. Namun sebaik sahaja Rasulullah mulakan dakwahnya, maka dialah orang yang paaaaling menentang Rasulullah kerana apa? kerana dia merasakan kedudukannnya sebagai orang2 terhormat Bani Quraisy akan tergugat... yelah, waktu tu, mereka2 ni lah yg conquer bumi Mekah tu kan....

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku
dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" - ASHAB


7 comments:

C L J said...

Dalam masyarakat kita sekarang pun kita ada orang yang dok buat kerja macam Abu Lahab tu. Dia dok buat kerja kerja begitu dengan sokongan dan bantuan dari umat umat luar yang juga ada disebut dalam Al Quraan seperti ayat 120 Surah Al Bakarah sebagai peringatan kepada kita kerana itulah musuh kita sebanarnya sejak dulu sampai kini sampai ke akhir zaman. Kenalilah dia dan janganlah kita tersilap memberi sokongan kepadanya. Wallahuaalam.

yellowrose said...

salam kak shi syg..huhuhuhuhuuuuu...baru ade chance nk komen..[tros updet tuh!]hehe
hikmah yg paling saye terkesan dgn surah almasad nih

untuk berdakwah nih mmg akan ade halangan dari org tersayang.itu lumrah dan hakikat.
Allah cerite terang2 dlm surah nih..oleh itu..jgnla cepat down....halangan org tuh mmg akan ade..nabi sndrik lalui..siapa abu jahal tuh??die la orang yg paling..PALIINGGGGGGG happy skalik mase R lahir dulu..bersorak berabnnge sekeliling makkah..sbb happy sgt...
tp bile nabi bwk dakwah jek..die orang 1st plak terang2an tolak..astaghfirullah...pacek plg tersyg 1st2 da tolak...
jgnlah kite keluh kesah..smoge saya akk dan sume akhwat tros kuat....ameenn

sHi said...

ya Allah, akak terlupa satu isi penting which is ape yg awak ckp tu..seyes, actually, tu la reflection yg kite kena wat tuk apply pada diri kite skrg. di mana, kite kena bersiap sedia yg halangan itu dtg mungkin dr kaum kerabat kite sndri..ingat tak kisah Abu Ubaidah kalo tak silap akak? yg dia berlawan dgn ayahnye sndi waktu perang badar? tak silap akak la.. if wrong, awak betulkan ye. jzkk sbb sudi topup cite akak =)

SURIA HARMONY said...

Subhanallah,ana cukup tersentuh membaca kisah ini..Ya Allah,betapa banyaknya dosa yg kita x sedari hari ini.truskan dakwah ukhti dan jika ada masa ziarah saya..wslm

Qurratul 'Ayn said...

a'ah.. abu ubaidah..yg bunuh ayahnye yg masih lg musyrik... ktika dlm perang tu... tp kaye abu ubaidah, "sesunguhnye aku mbunuh kekafiran ayahku.."

Anonymous said...

salam kak shi..ari nie DL2 akan bwk tafsir al-masad..jzkk sbb da upload tfsir nie dlm blog.juz nk btolkan kisah abu ubaidah dlm perang uhud bukan dlm perang badar....wassalam...

Anonymous said...

salam..afwan psl comment td..sbnrnye mmg btolla perang badar..perang uhud 2 mse besi terkena pipi Rasulullah..perang badar yg ubaidah bunuh ayah die..ktorg jumpe dlm blog abd latip talib, penulis buku sultan muhammad al fateh..abd latip jgk ade tulih tntg abu ubaidah ak jarrah...
Insyaallah,sharing mlm nie mmg mmberi kesan yg mndalam sebab halangan dakwah 2 ponw boleyh dtg dr kaum kerabat dan orag terdekat sendiri...