Saturday, May 31, 2008

ahlan wasahlan sHi !


salam

wah, at last, i have my own blog! thanks sys for bringing me into this bloggy world. i will use it wisely, insyaAllah ;)

alhamdulillah, syukur pada Allah, i am now a new sHi..well, only me myself je yg tahu apa yg baru dalam diri ini. as what my sys said, Allah berikan ilham tuk sHi berhijrah menuju ke jalanNya bermula dari memutuskan hubungan sHi with this one person. sHi bersyukur kerana dengan terputusnya hubungan ini, kami tidak akan ada peluang langsung untuk membuat maksiat dan menambahkan dosa. yelah, bila dah bercouple, mesti ada dating, cintan cintun, etc dan akan ada pihak ketiga yang bersama. hurm,maknanya sekarang satu kekalahan bagi syaitan, kan?
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..yes! 1-0 ! ;)

inilah nikmat yang paling besar bagi sHi iaitu mendapat hidayah dariNya..hanya orang yang terpilih je yang dapat kerana hidayah adalah milik Allah. Oleh itu, sHi takkan sia2kan peluang yang Allah bagi ini. Allah sangat sayang pada hambaNya ini. sHi akan cuba sedaya upaya sHi untuk berusaha perbaiki diri dan tarbiyah diri ini semata2 untuk mendapat keredhaanNya dan syurgaNya. Lillahita'ala.

anyway, this is my very first post..i would like to share this song lyrics. Its from The Zikr bertajuk Mengemis Kasih. setiap bait kata di dalam lagu ini membuatkan sHi menyesal, terharu, sedih, gembira sehingga menitiskan air mata. sHi ingin, sedang, selalu dan akan sentiasa mengemis kasihNya.

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Lagu ini sememangnya ditujukan khas buat diriku ini. Dulu pernah sHi menagih simpati kepada manusia yang leka dan lalai sehingga melupakan Yang Maha Pencipta. Ku mohon taubat padaMu, ya Allah, ya Ghafur,ya Rahman, ya Rahim..
Lihatlah, betapa Dia sangat mengasihi hamba-hambaNya..selangkah kita rapat dengan Dia, seribu langkah Dia akan rapat pada kita.
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (ar-Rahman, 16)


sHi sangat suka gambar di atas. because i wanna be like that. i wanna be a good girl that prays to Allah S.W.T, may Allah makes it easy for me. ameen :)
last word, sharing is caring..i share because i care.. :)

11 comments:

salwabee said...

ahlan wa sahlan shi..
selamat memblog kerana Allah.
manfaatkan sebaiknya..

sHi said...

thanks sys! i will, insyaAllah, lillahita'ala. =)

Anonymous said...

alhamdulillah... may Allah makes it easy...

Anonymous said...

salam...mahabbah mawaddah penjalin ukhuwah..truskan dgn pengisian blog yg bermanfaat..

Anonymous said...

dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing belang
dua tiga boleh ku cari
manakan sama shi sorang

Congratulations!
from - your fader (eye o)

sHi said...

wah, ayah siap berpantun lagi. thanks ayah. after Allah and Rasululullah, i loooove u and mak so much! =)

Anonymous said...

sebaik2 perhubungan adalah hubungan selepas berkahwin....
BarakaAllahu Fik...

Anonymous said...

Alhamdulilah..satu perubahan bagi insan yg pernah amar kenali satu tika dulu..Allah akan uji seseorg itu dgn kasih sayang dan ujian..lagi banyak ujian diberi lagi tinggi martabatnya disisi Allah..moga2 Allah lindungi kamu...

sHi said...

jazakumullah khairan kathira..
segala comments menjadikan sHi lebih bersemangat tuk menempuh hidup ini..semoga kita sama2 menghuni syurgaNya..ameen.

Anonymous said...

kisah kita yang hampir serupa.

bersama2 kita mencuba berubah ke arah yang lebih baek dalam mencari KeampunanNya :)

_____________

syukur dipertemukan kita di dunia blog ini. hehe. (^__^)

sHi said...

yupps dear..kisah kita hampir serupa. i did read ur previous posts in ur blog. bertuah kan kita kerana diberi satu lagi peluang tuk bertaubat dan mencari keredhaanNya?
syukur pada Illahi kerana kita dipertemukan dalam dunia blog ni.=)