Ya Allah ya Tuhanku. Rahmatilah aku dengan al-Quran dan jadikanlah al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah ya Tuhanku, ingatkanlah aku apa yang aku telah terlupa daripada ayat-ayat al-Quran. Ajarkanlah aku daripada al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu hujah bagiku untuk menyelamatkan aku di akhirat, wahai Tuhan Sekalian Alam
Ya Allah ya Tuhanku. Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan bagiku dalam setiap kebaikan serta jadikanlah kematian sebagai istirehat bagiku daripada segala kejahatan.
Ya Allah ya Tuhanku. Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku iaitu hari bertemu denganMu.
Ya Allah ya Tuhanku. Aku memohon kepadaMu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.
Ya Allah ya Tuhanku. Aku memohon kepadaMu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah kakiku di atas siratMu serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku dan aku memohon kepadaMu tempat tertinggi di syurgaMu.
Ya Allah ya Tuhanku. Aku memohon kepadaMu apa-apa yang mewajibkan rahmatMu, juga apa-apa yang memastikan keampunanMu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan darpada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.
Ya Allah ya Tuhan kami. Perbaikilah akibat bagi setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah ya Tuhan kami. Kurniakanlah kami rasa takut kepadaMu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepadaMu, kurniakanlah kami ketaatan kepadaMu yang dapat menyampaikan kami dengannya ke syurgaMu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih menghidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan daripada kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.
Ya Allah ya Tuhan kami. Janganlah Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada sebarang kebuntuan melainkan Engkau lapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.
Ameen ya rabbal'alamin...

No comments:
Post a Comment