Sunday, May 17, 2009

analogi usrah bocor ?


Tarikh: 6 Mac 2009 (Jumaat)

kali ini Yai menjadi MC untuk usrah... menceritakan tentang kisah seorang Imam sewaktu naik bas. setelah membayar tambang bas kepada pemandu bas, lalu si pemandu memulangkan bakinya kepada Pak Imam. Pak Imam menyedari bahawa si pemandu itu telah memulangkan baki terlebih 20 sen. Pak Imam mengambilnya lalu bergerak ke tempat duduk. bila sampai ke destinasi, sebelum turun Pak Imam berkata " Encik, encik ada bagi saya lebih 20sen td, ambil lah semula ni". Lalu si pemandu bas pun menjawab, "Sebenarnya saya sengaja bagi lebih, saya ingin menguji benarkah Pak Imam merupakan orang yang betul2 jujur seperti mana yang diajar oleh Islam". setelah Pak Imam turun, dia berkata di dalam hati "Ya Allah, aku nyaris2 menjual harga sebuah iman walaupun hanya 20 sen."

apa itu usrah bocor? usrah yang kite pergi perlulah dibocorkan supaya menjadi bekalan untuk ke usrah seterusnya. bagaimana ingin membocorkan usrah itu? huhu...mestilah dengan beramal dengannya, share kepada orang lain supaya dapat topup iman kita. supaya graf iman kita tidaklah akan turun mendadak sementara ingin menanti usrah minggu seterusnya. gtu la ye analogi usrah bocor.

untuk mentarbiyah (mendidik) diri kita iaitu ada mcm2 wasilah (cara):

1. usrah - dilakukan tiap2 minggu, paling kerap dan bilangannya tidak ramai (spt mana kita buat di dalam bilik atau di surau setiap minggu)
2. daurah - 1 atau 2 bulan sekali, bilangannya lebih ramai, lebih pada kegiatan indoor (spt mana kita pergi ke masjid setiap bulan)
3. mukhayyam - lebih kurang daurah tp lebih pada kegiatan outdoor (spt mana kita pergi ke Kem di Bangi)
4. khatibah - gabungan usrah2, berjumpa dengan group yang sama setiap kali (spt mana kita pergi Kem di Bangi dan di masjid)
5. rehlah - jalan2 bersama setengah hari (spt mana kita pergi di Tasik Varsiti, Tmn Tasik Titiwangsa, Kalumpang)
6. qiyam - tidur dan bangun malam bersama
7. jaulah - jalan2 jauh (akhawat lain telah ke Brunei dan Bintulu, Johor dan Penang, blum ada rezki lagi, insyaAllah akan dtg)

* mak ayah saya sedang berhoneymoon di Europe selama 12 hari. to mak n ayah, hepi euro tour! mari berjalan, melihat dan mentafsir kejadian Allah S.W.T. mudah2an ada rezki saya pula untuk ke sana.

sms received from ayah:
Salam Salwa dan Shi. kami selamat tiba jam 6 pg waktu paris dan 12 tghari waktu Malaya. Tiba je trus aktiviti lawatan, naik Eiffel Tower, sungguh seronok. Semuanya mahal di sini, jada diri dan nasihat adik2. Salam sayang ayah mak untuk semua. Wassalam

sekarang sekolah sedang musim exam. buat semua guru2, Happy Teacher's Day! termasuk pada mak saya! juga buat semua guru2 yang sedang berpraktikal seperti saya. moga segala penat lelah kita berdiri dan bersuara kuat tidak akan sia2 insyaAllah. mari kita sama2 refresh niat kita.


6 comments:

Adibah S said...

selamat hari guru shi! sori lambat ye cikgu... hehe

ana muslim said...

salam
hihihi best baca usrah bocor ni... hem.. best ye mak n ayah anti....
moga bersama mencari nikmat islam
anti, ana nak g KL ni... seminggu... tapi program ana 28-31 jer. tak per kan ana g awal... nak sharing is caring

k
uhibbuki fillah
asssalamualaikum

sHi said...

dibah! selamat hari guru juge ye. guru pembina generasi umat islam yg bermanfaat utk agama! hehe..tu br btul mottonye. hehe~

sHi said...

wslm wbt...ye ye..enti, meh la dtg! lagi meriah isk nanti! hehehe...uhibbuki fillah juge. ^_^

yanee said...

kelas kak shi ke?
camne? dah blh drive sendiri?=D

sHi said...

iye yanee..kelas akak le tuu..
huhu...alhamdulillah sudah boley bwk kete! hehe