Wednesday, August 19, 2009

i finally graduated!











Hari: Khamis
Tarikh: 13 Ogos 2009

alhamdulillah syukur..akhirnya selama 4 tahun di UM, berjaya juga saya naik di atas pentas DTC dan memegang scroll sambil dilihat oleh kedua ibu bapa saya. dapat saya lihat riak wajah mereka yang gembira dan ceria pada hari itu. ini untuk mereka! percaya atau tidak, inilah penantian selama 17 tahun sepanjang saya berada di alam persekolahan!


3 hari sebelum, ayah saya berusaha untuk mendapatkan pas masuk extra supaya ketiga2 adik saya dapat masuk juga ke dalam dewan. Ayah kata "Boleh bagi diorg semangat skit kan tgk kakak dia naik pentas terima ijazah." Dengan izin Allah, 2 orang kawan lama ayah saya yang bekerja di UM memberikan pas VIP untuk mereka semua! jadi semua boleh masuk dewan dan duduk di depan! alhamdulillah alhamdulillah. Mak kata, "Kalau kita buat baik dengan orang, orang akan kenang sampai bila2 dan dia akan tlg kita balik". Saya akan sentiasa ingat pesan itu.



12.30pm: Saya bersiap memakai baju kurung hijau kuning (org Kedah la katakan) hadiah mak saya. Jubah, topi, slip, hp, kamera semuanya sudah tersedia di dalam beg. Hajat di hati hendak drive sendiri ke sana, namun kasih sayang ayah "Biar ayah hantar la, takkan nak bg hang pegi sorg2 kan".


1.15pm: Baru sampai di Jabatan Kimia Fakulti Sains, tempat saya dan 2 org kwn baik saya ingin berjumpa. "Nampaknya ayah tak boleh balik umah ni, jem teruk". Lantas ayah saya menelefon mak supaya bawa ke UM segala baju, seluar, kasut dan blazernya untuk ditukar. (mujur ayah dah mandi..=P)

1.45pm: Selesai solat Zuhur, terus kami bersiap tolong menolong memakaikan jubah dan topi. Kami bertiga (Su, sHi, Ella) bergegas ke Exam Hall untuk berkumpul. Mak pula sedang drive dari rumah membawa adik2 saya ke UM.

2.00pm: Para graduan termasuk kami sudah masuk ke dalam Dewan Tunku Canselor. pentas yang saya idam2kan untuk naik sudah berada di depan mata. Saya mencari2 mana mak ayah dan adik2 niii? Sambil menunggu sms dari mak dan ayah, saya mencari2 nama saya di dalam Buku Konvokesyen. haa..ada2! nama saya ada!

2.30pm: Saya terima sms dari mak "Nampak tak kami semua 6 orang masuk dalam dewan? Kami duduk depaaaan sekali belah kiri pentas". Saya pun meninjau2 "Ooh, nampak dah rambut putih beruban (merujuk kepada ayah saya, senang nak cam dia) hee..

3.00pm: Ketibaan Pro Canselor, Toh Puan Dato' Seri Hajjah Dr Aishah Ong masuk ke dewan. tak lama selepas memberikan ucapannya, mulalah para graduan dari Fakulti Ekonomi dan Perakaunan dipanggil seorang demi seorang untuk naik ke pentas. saya dapat melihat dengan jelas beberapa anak usrah saya (Dija, Ain, Noni) mengambil ijazah di skrin besar. mabruk2!

4.00pm: Giliran Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan pula! sekali lagi saya dapat melihat beberapa anak2 usrah saya (Mokda, Mun, Nad) di atas pentas. berdebar2 rasa hati ni..sempat kami mengambil gamba di dalam dewan. saya mula berdiri dan beratur mengikut giliran di tepi pentas. bismillahitawakkaltu'alallah. nama dipanggil. SYAHIRAH HANIM BINTI IDRIS. saya mendengar adik2 saya bertepuk tangan di depan. saya mula melangkah menuju ke Pro Canselor dan scroll mula bertukar tangan. syukur Ya Allah.

4.30pm: Majlis ditangguhkan untuk hari esok pula dan para penerima ijazah mula keluar dari dewan. mak sudah menunggu dengan sejambak bunga besar di tangan! trime kasih mak. Wah, di luar sangat padat, bising dengan pelbagai bunyi. alhamdulillah, cuaca juga sangat baik, tak terik dan tak hujan. cantik untuk mengambil gamba kenangan!

5.00pm: Masih lagi mengambil gamba di luar DTC bersama keluarga, kawan2 baik saya, kawan2 satu course dengan saya dan juniors saya yang datang. dan percaya atau tidak, banyak akhawat yang saya jumpa semuanya tanpa dirancang! tak perlu sms, tak perlu call. alih2 je terjumpa, benar Allah yang temukan kami di sana walaupun betapa ramai nye umat manusia waktu itu. alhamdulillah, best2! setelah selesai, kami bergerak ke gerai konvo untuk membeli sedikit makanan dan minuman. photographer pun dah haus mengambil gamba. sian pada 2 orang adik angkat saya yang tak dapat berjumpa dengan saya sbb sudah lewat petang dan hujan renyai2. soknye akak g UM balik amik gamba dgn korang kan?? hee..

6.15pm: Di dalam kereta, saya dikejutkan dengan satu hadiah "cik pink". mekasey2. Sampai di rumah, satu lagi kejutan. saya mendapat sejambak bunga lagi, online delivery dari kakak saya yang tak dapat balik ke Semenanjung. thank you sis!

begitulah kronologi serba sedikit tentang hari berbahagia kami sekeluarga. lepas ni, dunia lain pula perlu saya hadapi. tamatnya pengajian di universiti, tidak bermakna tamatnya pengajian kita dalam University of Tarbiyyah menuju ke jalan Allah. kite kena berlari lebih pantas! ayuh sHi berlari!

oh ye, terima kasih photographer! gamba2 yang sgt cantik! kami sekeluarga sgt suke! =D

:: mereka berenam duduk di bahagian depan pentas (bulatan merah) ::

:: kelihatan ayah saya dengan video cameranya (bulatan biru) dan saya sedang menunggu giliran (bulatan pink) ::

:: ayah diapit oleh mak dan saya ::


:: baling topi time! kite 3 org dh grad! ::
:: cash, flowers and gifts ::


:: 2 dah dapat, adik2 hangpa bile lagi nak dapat?? kitorg tunggu nih ::



:: bunga dari mak sebelah kanan, bunga dari kak salwa sebelah kiri ::


:: bunga dan heart comel dari Buzlin dan Lai (adik angkat) dan bear pink dari naqibah ::


:: bersama 2 orang adik angkat kesayangan saya ::


:: 4 years in 4th college ::


:: di Fakulti Pendidikan ::

4 comments:

zaifie zainal said...

Salam Shi! Congratulation!!! Selamat menjadi pendidik seperti mama nyer! Semoga Shi sukses lagi di masa depan! Haaa... belajar pon dah habis... lepas ni apa lagi.... kawin la!!! he he he!

DeeLyn said...

suke entry awak kali ni syahirah..!
tahniah kpd anda!!

Mama Hazim said...

mabruk shi! selamat menjadi pendidik pula selepas ini =)

hari tu ada pergi ke temuduga gsst?

sHi said...

to zaifie zainal: wslm kak zai!!! uish, dlm chatbox pun dia tulis, dlm comment ni pun ada kak zai. hehe..mekasih kak zai atas doa dan ucapan! haha..ye btul, pasni counting for my big day plak! tak lama lagi niii..=D

to deelyn: ye dila..thanks! awak dh grad ke?

to kuchinque: jazakillahu khayran kathira KD! shi tak amik GSTT. UM baru isi borang online GST.