Tuesday, August 25, 2009

Mujur aku tak pegi...


sudah 4 malam kite bertarawih.. ada yg wat di surau, di masjid dan di rumah. namun ternyata, rasa sangat cepat je masa berlalu kan?

semalam selepas selesai tarawih, kami mendengar tazkirah oleh seorang Ustaz jemputan khas dari Kedah di masjid berhampiran rumah saya. masih ingatkah kita semua tentang peristiwa menyayat hati yang berlaku di Narathiwat di mana beberapa orang Islam yang sedang solat berjemaah di masjid ditembak mati bertubi2? seminggu lepas kejadian, Ustaz ini ada ke sana untuk menziarah. dan ada seorang lelaki menceritakan, beliau hari2 akan ke masjid itu untuk solat jemaah setiap waktu. tapi Allah Maha Kuasa, hari tu beliau keuzuran jadi tidak dapat ke masjid. apa yang membuat fikiran Ustaz ini terngiang2 sehinggalah balik ke Malaysia ialah lelaki itu berkata "Allah pilih mereka, Allah tak pilih aku".. tp kita di sini bukan itu yang dijawabnye tapi " Mujur aku tak pegi sana malam semalam"... Lihatlah betapa mereka ingin merebut syahid, tetapi kita....

semoga kita dapat menghadapi dugaan di bulan Ramadhan.. jika kita berbuat lagha, jika kita berbuat dosa, usah salahkan syaitan lagi, salahkan nafsu hati kita itu. peringatan keras untuk yang menulis...

p/s: bile nak cite pasal kuda perang niii??? smbil2 tu leh la tgk surah al-a'diyat. cite ttg kuda perang! sape nk jd kuda perang? saya! tunggu tunggu...saya akan cite next post ye.

5 comments:

muharrikdaie said...

mujur aku tak pergi tu pun kalau pergi dan mati, nescaya matinya pun bukan mati syahid. Mujur dia tak pergi, kurang2 dapat ditarbiah lagi agar perbetulkan niat!

Kuda Perang said...

Indahnya syahid Ya Allah, adakah kami juga dapat merasai nikmat syahid dari MU.....

Che Leh Jangok said...

Dalam persembahan Mak Yong, mula mengadap rebab; bangun dari situ Tok Perang pun berlegar melayang dan jatuh juga di padang luas saujana padang.

Lalu menyanyi ia: 7 bilik hamba dah jajak bilik ke 8 hamba belum sampai. Senyap sunyi anjong dalam istana.

Maksudnya alam 8 itu ialah alam barzakh (alam selepas mati) dimana tiada berita tiada cerita darinya. Tiada seorang pun yang dah pergi ada kembali menceritakan.

Maka indahnya syhid itu masih belum dapat dibayang gambarkan. Benar syahidkah atau sebaliknya.

Semuga kita, seluruh keluarga dan umat sentiasa mendapat petunjuk yang benar. Inshaallah.

Che Leh Jangok said...

Itulah Kuda Perang nye. Yang dah pergi pun tak ada yang pernah pulang mai untuk beritahu betapa manisnya syahid tu. Atau benar syahidkah atau sebaliknya.
Semuga kita semua sentiasa terlepas daripada barang2 tiruan yang selalu dijaja jaja merata tepi jalan.

kelambuharimau said...

baik buruk diri kita bukan kita yang tentu dan nilai