ini pula emel pengisian daurah dari anak ummi, jzkk Mun =) (msg2 berlumba2 nk share, subhanallah!)
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar…
Segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam. Sujud dan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA dan Segala nikmat yang diberi. Selawat dan salam Ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.
Alhamdulillah, program di rumah Ansar berjalan lancar. Program selama 2 hari memberi kesan yang mendalam pada diri. Kerinduan pada akhawat DL2 terubat jua. Teringat waktu makan, memasak dan solat jemaah bersama., satu memori yang indah dan tak dapat dilupakan.Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bak kata nadia, ada hikmahnya perpisahan itu.moga ikatan ukhwah ini, berkekalan dan diredhai ALLAH..InsyaALLAH, kali ini mun di beri amanah oleh ummi shi untuk kongsikan pengisian program di rumah ansar. InsyaALLAH, mun cuba buat yang terbaik untuk pengisian selama 2 hari. Penambahan dari akhawat yang lain amat dialu-alukan..=)
Mula2 nk share ckit ttg perjalanan mun ke KL.blh kan?hehe..mun bertolak 20hb jam 11.45 mlm. Alhamdulillah, mun selamat sampai di kl sentral jam 6.00 pagi. Dalam train cik nad duk msj2 jgk tnya keadaan mun cmne..rindu sgt la tu kat mun.tak sabaq nk jumpa agaknya.hehe.. lpas solat subuh, mun terus gerak ke rumah mum dan ramlah naik LRT. Mun tak tau rumah mum sbnrnya. Terpaksala minta tlg Ain. Ain tggu mun dkt sbrg jalan. Sampai rumah, cik nad buat surprises kat mun.wah!terkejutnya.ingatkan nad xada kat umah mum.rupa2nya dia tidur umah mum jgk.mok da pun ada jgk.(sebenarnya mun dah tau nad tidur sana tapi buat2 terkejut jgk la)hehe.jgn marah ya cik nad...
Kami bersiap dam kemas brg masing2. Lepas sarapan mee goreng (sedap) yang ramlah buat, kami bertolak ke rumah ansar di jalan gasing. Ain,mun nad, Mok da dan ramlah naik buroq.mas follow dgn motor. Perjalanan agak jauh jgk sbb tersilap jalan.hehe.tapi nad cakap, sesat itu indah=)..alhamdulillah, sampai di rumah ansar lbh kurang jam 9.30..
PENGISIAN PROGRAM
Sabtu, 21hb November 2009.
Slot 1 (pagi): shahadatul haq
Presenter: k.syahirah
1. Sesi taaruf dan pengenalan program
Slot pertama dikendalikan oleh k.syahirah, penghuni rumah ansar merangkap ketua warden rumah ansar.=) start dengan sesi taaruf penghuni sekolah ansar, akhawat dari taylor college dan um.
- 3 ayat
Selepas sesi taaruf, k.syahirah perkenalkan beberapa ayat dari kalam ALLAH. Mari kita tengok sama2 ya=)
(11:15) sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
(42:20) sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.
(4:114) tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.
Daripada ketiga-tiga ayat di atas Allah membicarakan tentang manusia;
(11:15)- Allah menjelaskan jenis manusia yang mengejar kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat. Mereka adalah golongan manusia yang berusaha dan mengejar kemewahan dunia melebihi kehidupan akhirat. Allah menyebut dia dalam Al-quran bahawa, golongan ini akan diberikan kehidupan dunia yang sempurna tanpa sedikit kekurangan pun.
(42:20)- Allah menjelaskan perbezaan diantara golongan manusia yang mengejar kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Bagaimana? Allah menerangkan manusia yang berusaha melakukan amal2 untuk akhirat, mereka adalah golongan manusia yang mendapat faedah di akhirat. Manakala manusia yang bderusaha melakukan amal untuk dunia semata-mata, mereka adalah golongan yang mendapat faedah di dunia sahaja, tapi ia hanyalah sebahagian sahaja tanpa sebarang faedah di akhirat.
(4:114)- Allah telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa golongan manusia yang berusaha mengejar akhirat adalah golongan yang sentiasa melakukan amal kebaikan, bersedekah, mendamaikan di antara manusia dan juga mencegah kemungkaran. Mereka inilah yang telah dijanjikan pahala yang besar.
- Syahadatul Haq.
SYAHADATUL AL-HAQ?
Apa maksud SYAHADATUL HAQ? mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga yang pernah dengar ungkapan ini. insyaALLAH, mun akan cuba sampaikan sedikit sebanyak mengenai Syahadatul Al-Haq..
Kalimah Syahadah yang selalu kita baca di dalam solat yang membawa maksud;
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."
Syahadah- penyaksian
Al-Haq - kebenaran
Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran
SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah. seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.
Di dalam ucapan beliau:
Segala puji bagi Allah yang memiliki segala sifat-sifat sebagai pencipta dan pemerintah di alam semesta ini. Tuhan yang segala hukumnya terlaksana di langit dan di bumi.(maksudnya disini, apa yang ada di langit semuanya telah terlaksana, contohnya pergerakan awan, peredaran matahari dll.semuanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh allah. begitu juga apa yang ada di bumi seperti tumbuhan, haiwan dan juga kita sebagia manusia. Tumbuhan dan haiwan tumbuh membesar dan membiak dgn kehendak Allah. Segala pergerakan mulut, mata, tangan, jari dan semua anggota badan kita juga turut menjalankan tugas seperti yang diperintahkan oleh Allah). Semuanya terlaksana melalui kebijaksanaan dan qudratNya yang merangkumi sekalian yang ada, dengan rahmat dan ilmuNya. Dialah Allah yang Maha Pencipta, Maha Esa dan Maha Tinggi yang mencipta manusia dan mengurniakan mereka segala kelebihan ilmu dan akal. Dialah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dialah yang mengutus para utusan dari sisiNya bagi membimbing dan memimpin manusia ke arah jalan yang baik dan terpimpin. Dialah yang menurunkan kitab-kitab yang mengandungi hidayah, cahaya dan bimbingan untuk manusia yang bertakwa.
“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.
Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !
Dakwah merupakan SUNNAH Nabi yang TERBESAR yang perlu kita laksanakan bukan sahaja sunnah2nya lain..
Di zaman teknologi ini, pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menyampaikan dakwah ini, contonya,blog, facebook, friendster, YM dan sebagainya. ini merupakan salah satu cara melalui penulisan untuk menyampaiakan dakwah kepada manusia lain.
Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.
Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala HAK SYAHADAH AL-HAQ (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.
Apa yang kita faham tentang HAK SYAHADAH AL-HAQ?
وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)
Sebenarnya besar kan tanggungjawab kita?adakah kita telah melaksanakannya?kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.
MENGAPA KITA PERLU SAMPAIKAN SHAHADAH INI?
dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)
dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)
ingat lagi kedua-dua ayat ini? Kita pernah tadabbur ayat2 ni dulu..=)..kedua2nya menjelaskan, kita sebagai KHALIFAH dan HAMBA perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran serta menyeru seluruh manusia supaya tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH seterusnya untuk mencapai matlamat kita iaitu REDHA ALLAH…
BAGAIMANA PULA JIKA KITA MENOLAK ATAU MENYEMBUNYIKAN SYAHADAH INI?
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِۗ
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)
Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.
Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.
Satu analogi yang boleh kita lihat dalam perihal menyembunyikan kebenaran ini;
Pn A menyaksikan satu kemalagan jalan raya diantara seorang perempuan yang mengandung dengan sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. di sini Pn A merupakan saksi di atas kejadian tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan mengandung itu sekiranya Pn. A menyembunyikan kebenaran?Adakah nasib perempuan mengandung itu akan terbela?
(macam pernah dengar kan analogi ni..ummi shi pernah guna sebelum ni..)
Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..
Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.
Dalam ucapannya lagi…mari kita renung sejenak kata2 beliau yang berbunyi:
Inilah yang dapat saya lihat pada masa depan kita yang gemilang dengan syarat kita menyerahkan diri kepada Allah dengan sebenar-benar ikhlas demi agamanya dan kita menegakkan keadilan demi Allah dan mendokong kebenaran sepertimana yang Allah mahukan. Jika kita lakukan sebaliknya, kita ubah segala kebenaran, kita tidak ubah seperti orang yang memiliki simpanan yang berharga tetapi tidak mahu menggunakannya dan tidak membenarkan orang lain memanfaatkannya, kita mendakwa sebagai muslim dan kita gunakan nama Islam, kita tonjolkan imej kita di hadapan seluruh manusia sebagai seorang pendokong Islam dan penegak panji Islam, tetapi melalui perkataan dan perbuatan umum kita mendokong kesesatan, kita sokong amalan jahiliyyah, syirik, maksiat dan kita tenggelam dalam arus dunia yang hina, kecuali segelintir sahaja yang terselamat.
1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !
(Surah Al-Mudassir)
AYUH! mari kita sama-sama bangun dan sedar akan tanggungjawab yang perlu kita laksankan ini. semoga kita diberikan kekuatan di jalan dakwah ini. semoga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang ingkar. Na'udzubillah min dzalik.
No comments:
Post a Comment