Tuesday, August 10, 2010

Manusia Lay-Car

Alkisah suatu cerite...

Pada tahun 2020, dikala Malaysia sudah mempunyai teknologi robot yg canggih, terdapat seorang engineer robot yg ingin mencipta satu robot yg paling power skali di dunia. Dia membayangkan akan mencipta satu robot yg boleh menandingi kehebatan robot Asimo yg bercap HONDA yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik.

Maka dibuatlah robot itu seteliti mungkin, daripada sekecil-kecil sel hinggalah sebesar-besar organ-organ robot itu dibuat sangatlah teliti. setelah selesai bahagian pembuatan robot itu, kini tibalah masa untuk robot itu diprogramkan. Antara programming yg dibuat ke dalam cpu robot itu.

Nama: MAN-u-SIA Lay-Car

Keje:

1. cucuk plug 3 pin 13 ampere di suis2 utk Makan Letrik.
2. if 1. is accomplished : pusing-pusing bazirkan letrik utk cari suis utk cucuk plug
3. ulang 1 dan 2 sampai mati.


maka MAN-u-SIA Lay-Car itu pun menjalankan kerja yg diprogramkan dalam otaknya itu.

cucuk, jalan, cucuk, jalan, cucuk, jalan. Cucuk utk charge bateri dan jalan utk cari tempat lain utk charge balik. Begitulah kehidupan robot itu utk 64 tahun, 8 bulan, 16 hari, 13 jam, 35 minit, 43 saat.

Pada saat yang berikutnya, wayar-wayar dalam badan robot MAN-u-Sia Lay-Car pun rosak akibat penggunaan yang berterusan tanpa menservisnya selalu.

Maka tamatlah riwayat MAN-u-Sia Lay-Car tanpa menyumbang apa pun untuk kemaslahatan sejagat. Dia juga gagal untuk mengalahkan Asimo yang mampu menari-nari mengikut rentak muzik nashid jiwang.


Penjelasan :

1) CPU – mindset manusia

2) kerja (1) = makan/bekerja

3) kerja (2) = kitaran hidup Robot yg membosankan = kitaran hidup manusia yang tiada matlamat

4) Siapa robot tuh? = Manusia leka

Renungan:

Sedar tak sedar, kadangkala kitelah sebenarnya watak yang diceritakan di atas... Hari2 yg kite lalui adalah hari2 yang same, dan berulang.... tanpa kita sedari...

Setiap hari, rutin kite adalah bangun pagi, pergi kerja, balik rumah makan, dan apabila penat kita akan tidur. Begitulah menjelang esoknye... Bile weekend, nak released tension, bawa family atau kawan2 keluar berjalan, shopping2.... pergi melancong... tak pun, tengok tv kat rumah...

Betul tak?

Kalau student pulak, hari2 kite adalah kuliah, assigment, homework, tutotial, tesis, test, dan bile akhir sem, final exam, dan lepas tu tunggu result. Begitulah rutin kite setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, bahkan setiap semester....

Pernah tak kite terfikir, ape tujuan Allah ciptakan kite kat dunia ni?

Firman Allah:

"...Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu melihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur..."

Al-Hadid : 20

Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu....

Wallahua'lam...


ummi Intan,
kak Nur copy paste note ummi tersayang tuk dikongsi ya...
sayang ummi
sayang akhwat semua!!!


http://honnneymk.blogspot.com

dipetik dari fb Kak Liza sayang untuk blog shi yg dah tebal habuknye. huuu..jzkk sis

Saturday, May 22, 2010

nak beli baby gifts online?


:: Carter's waterproof bib ::


Lollytot memang sangat best! saya pernah order online 2 kali dan service nye sgt bagus. satu hari boleh sampai ke destinasi. harga plak memang berpatutan. kualiti barang memang saya suka sangat. so bagi sesape yang nak bagi hadiah tuk newborn baby or beli tuk anak sendiri ke kan, boleh la ke website nya di http://www.lollytot.com/.

di sini saya sertakan gambar barang yang saya beli tuk anak buah saya dari Lollytot.

for ur info, Lollytot ada Facebook fan. boleh jadi fan Lollytot dan join cutest baby monthy contest dan menang mcm2 hadiah. saya pernah uploadkan 2 anak buah saya yang cute mute tapi belum pernah menang lagi la..hehehe..

latest, Lollytot ada bagi Free Baby Gift & Free Delivery bagi sesiapa yang post kan some review about Lollytot dalam blog/website. and im one of them. nak join? klik sini ye http://www.lollytot.com/products-page/free-gifts-and-free-delivery

Visit Lollytot Baby Clothing online store now !!!


:: anak buah saya: Anas ::


:: anak buah saya: Nuraisya Sofeya ::

Sunday, May 16, 2010

kisah Mus'ab bin Umair

:: moga Anas menjadi pewaris Gen Q ::


Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya: Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur: Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.

:: masih berazam untuk menjadi mus'ab sandakan, pemudahkanku ya Allah ::

dipetik dari cikmusab.blogspot.com, jzkk ct!

Friday, May 14, 2010

jaulah Miri-Brunei


syukur alhamdulillah telah selesai jaulah kami ke Miri & Brunei. menetap di rumah Gaza milik Kak Salwa, bertemu mengubat rindu si kecil Anas. satu pengalaman yang tak akan dilupakan.

pada hari kedua, pagi lagi selepas breakfast Mee Kolok, kami bergerak menuju ke sempadan Miri untuk melawat negara Brunei. perjalanan ke Bandar Seri Begawan memakan masa selama hampir 1 jam setengah. sepanjang perjalanan, saya kagum melihat negara yang mengutamakan Bahasa Melayu ini. segala papan-papan iklan syarikat perusahaan tidak kira milik Melayu, Cina atau India ini, semuanya mempunyai dwibahasa, iaitu Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris dan Bahasa Jawi. waahh, menarik sangat! satu pemandangan yang lain dari negara kita kan?

satu lagi, sewaktu kami melintas mencari-cari kedai Sushi yang sedap di Brunei (Excapade Sushi) di Gadong, senang sahaja kereta untuk berhenti memberi laluan kepada para pejalan kaki seperti kami ini. susah betul lah nk jumpa orang macam ni di Malaysia kan. makin nampak orang tengah melintas, makin laju memandu dan cukup senang nk bunyikan hon. huhuu...

di sebelah petang sebelum balik, kami sempat melawat The Empire Hotel, hotel 6 bintang. pemandangan rekaan manusia yang sangat cantik! malah view hotel ini pula ke arah laut yang subhanallah sangat cantik dan memang mendamaikan bagi sesiapa yang melihat. yang membuat saya sekali lagi kagum, toiletnya juga mempunyai paip air, bersih dan tidak berbau walaupun taraf hotelnya 6 bintang! cukup senang bagi Muslim bersuci. kan?

pada hari keempat di Miri, kami makan malam di bandaraya Miri. sempat juga saya dan suami ke Masjid At Taqwa untuk solat jamak Maghrib & Isyak. masyaAllah, Allah mendengar bisikan hati saya, sejurus selepas para jemaah selesai berwirid dan berdoa, seorang Ustaz mara ke hadapan untuk tazkirah. kami berpeluang mendengar tazkirah tentang para sahabat di zaman Rasulullah S.A.W. sungguh mengkagumkan subhanallah! sesungguhnya mereka ini memang benarlah Generasi Al Quran!

tahukah anda bahawa perkataan "sabar" di dalam Al Quran terdapat lebih daripada 90 tempat! pasti ada sebab kan kenapa Allah asyik menyebut dan berpesan tentang SABAR kepada hamba2Nya ini? jelas ternyata sabar itu merupakan sifat yang sangat2 penting bagi seorang hamba manusia. Lihatlah Rasulullah kesayangan kita sendiri, betapa baginda sangat mengimani perkataan SABAR tersebut. ketika dibaling batu oleh budak2 di Taif, waktu kehilangan istri dan bapa saudara yang sangat dicintainya, ketika dicerca dan dihina oleh para musyrikin, ketika isterinya Aisyah difitnah, ketika orang Quraisy meletakkan uri di atas leher baginda sewaktu solat di hadapan Kaabah dan macam2 lagi!

ustaz dari Terengganu ini juga bercerita bahawa terdapat beberapa contoh para sahabat yang berada pada 2 zaman bersama Rasulullah. iaitu zaman sewaktu mereka menentang Nabi dan juga zaman sewaktu mereka bersama-sama menyokong Nabi. sape boleh teka siapakah gerangannya? mereka adalah Abu Sufian, Khalid al Walid, Ikrimah dan beberapa lagi orang.

jadi Ustaz memberi nasihat kepada para jemaah, jika kita melihat seseorang yang kita anggap dia jahat, tidak selama-lamanya dia itu jahat. jadi janganlah pula kita menghina sangat orang-orang seperti ini. kerana mungkin pintu hatinya diketuk dan malah dia menjadi seseorang yang lebih baik dari kita! cukuplah sekadar dengan memberi nasihat dengan cara yang baik dan mendoakan agar Allah memberi hidayah kepadanya. Amin!

satu lagi point yang saya sempat catit di dalam Hp saya sebelum kami bertolak ke restoran berdekatan untuk makan malam ialah terdapat pula beberapa sahabat yang bersama-sama Rasulullah sewaktu dari kecil lagi. siapa boleh ingat si kecil Anas bin Malik, yang menanti-nanti Rasulullah di Madinah sewaktu hijrah dulu? bagaimana pula anak angkat Rasulullah iaitu Zaid bin Harithah? dan tak lain tak bukan si Ali, khalifah ke 4 kita? mereka sudah bertemu wajah dan tak pernah jemu untuk menyokong Rasulullah ketika usia mereka 8-9-10 tahun lagi. kita time2 macam ni masih lagi main Police Entry atau masak2 time waktu cuti sekolah kan?

pada pagi Rabu, kami bertolak semula balik ke Sandakan. banyak lagi tempat yang saya ingin lawati. jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak muhasabah. semoga Allah merahmati percutian kami kali ini. insyaALLAH.

Friday, May 7, 2010

Fi zilal tarbiyyah

Alhamdulillah, puji dan syukur hanya kepada Allah, yang telah memanjangkan usia ku, dan Justify Fullmembawa ku menjejakkan kaki ke bumi tempat ku belajar, agar aku dapat merasai indahnya hidup di bawah bayangan tarbiyyah.

Hidup di bawah bayangan tarbiyyah merupakan hidup yang cukup bermakna, di mana setiap saat hela nafasku itu bukan sia-sia, hidup yang matlamatnya telah jelas, tanpa ragu dan tanpa berpaling ke belakang lagi.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dibawa mengenal kembali Tuhanku. Tuhan yang penuh dengan kasih dan cinta kepada hamba-hamba- Nya. Tuhan yang menjadikan setiap sesuatu di langit dan bumi ini hanya untuk kegunaan hamba-hamba- Nya. Tuhan yang telah menjanjikan balasan yang terbaik hanya untuk hamba-hamba- Nya yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Tuhan yang menyediakan syurga terindah, hanya untuk hamba-hamba- Nya yang beriman dan yakin kepada-Nya.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menginsafi pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sangat bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah ini, walaupun diancam bahaya. Baginda tidak pernah mengenal erti kalah dalam menyampaikan risalah ini, yang telah menunjukkan contoh yang terbaik kepada kita bagaimana untuk meniti jalan dakwah ini. Baginda yang sangat indah budi pekertinya dan tinggi kecintaan terhadap umatnya.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku mendapat semangat baru dari pengorbanan para sahabat dan tabiin. Kesungguhan mereka untuk menghulurkan baton risalah ini sehingga Islam dapat kita kecap walaupun terletak jauh dari tanah Arab. Mereka tidak jemu meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, sehingga Islam mampu tersebar hingga ke Eropah (tempat aku sempat belajar). Hidup mereka telah diwakafkan sepenuhnya untuk menyampaikan dakwah, walau terpaksa meninggalkan tanah kecintaan di Mekah dan di Madinah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku mengerti, bahawa matlamat hidupku tidak terbatas kepada cita-cita dunia. Terbatas hanya kepada kejayaan meraih ijazah dan kemudian mendapat pekerjaan, kemudian berkahwin dan mendapat anak. Setelah itu melihat anak-anak membesar sambil menunggu untuk naik pangkat, lalu beberapa tahun kemudian menanti pencen dan menunggu ajal…!

Matlamat hidup ini sebenarnya lebih besar dari itu, lebih besar dari batas usia yang diberikan kepadaku. Matlamat hidup yang diwariskan sejak Nabi Adam lagi, sehinggalah ke hari ini, yakni hidup mengimani kalimah, ‘Tiada Tuhan selain Allah.’ Hidup yang berpusat untuk mencari keredhaan Allah, mengikut sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Hidup yang berputar di sekitar membawa manusia lain mengikut jalan yang menjanjikan kebahagiaan yang hakiki. Jalan menuju syurga abadi.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah, dan aku melihat, betapa besarnya potensi setiap manusia itu jika digunakan sepenuhnya untuk Islam. Sememangnya setiap manusia itu telah Allah jadikan dengan keistimewaan dan bakat masing-masing, terserah kepada diri sendiri ke mana hendak disalurkan, ke mana hendak dicurahkan. Alangkah ruginya jika potensi ini disia-siakan untuk cita-cita dunia yang hanya sementara! Alangkahnya sayangnya jika potensi ini dibiarkan dorman, tidak diserlahkan untuk kebaikan umat! Alangkah malangnya jika potensi ini disalahgunakan untuk membawa panji-panji syaitan!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari tanggungjawab yang tersedia untuk aku pikul demi membantu umat ini. Aku sedar aku punya bahagian yang mampu aku sumbangkan, dalam kapasiti dan situasiku, yang pastinya tidak tetap dan akan berubah-ubah. Pasti waktu belajar tidak serupa seperti waktu bekerja. Waktu bujang tidak akan sama seperti waktu berumahtangga. Waktu berdua tidak akan sama seperti waktu sudah beranak lapan. Keadaan akan berubah, tetapi matlamat tidak akan pernah berubah. Tanggungjawab menyampaikan risalah ini harus tetap diteruskan, walaupun dari rumah!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dikejutkan dengan kesedaran yang aku perlu menjadi yang terbaik dalam profesionku. Allah menyukai apabila hamba-Nya melakukan sesuatu, dia melakukannya dengan terbaik. Tidak ada istilah meninggalkan kejayaan dunia untuk meraih akhirat, kerana dunia juga perlu dibajak untuk dipetik hasilnya di akhirat kelak. Aku perlu menjadi yang terbaik kerana seorang Muslim itu seharusnya menjadi contoh dan imam kepada ummah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku dididik untuk melihat manusia dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Terutama sekali kepada kedua orang tuaku, yang telah mendidik dan memeliharaku sejak kecil.. Yang telah bertungkus lumus membesarkan aku, memastikan cukup segala keperluanku. Ibu yang bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Bapa yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung keperluan keluargaku.

Aku juga dididik untuk melihat setiap manusia di sekelilingku sebagai potensi mad’u yang harus dikasihi dan disentuh dengan cahaya Islam. Kita merupakan daie, bukan penghukum. Jadi setiap interaksi kita harus disulami dengan hikmah, agar dapat menjinakkan hati untuk mengenali dan mendekatkan diri kepada Allah.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku melihat keindahan ukhuwwah yang dibina semata-mata kerana Allah. Setiap muslim itu bersaudara, dan Allah menjadikan perbezaan antara kita sebahagian daripada rahmat-Nya. Dijadikan kita berbeza agar kita mengenali antara satu sama lain, agar kita berpesan-pesan dalam kebaikan dan kesabaran. Ukhuwwah adalah salah satu sisi kekuatan kita. Tanpa ukhuwwah, siapalah kita?

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku merasai kepayahan meninggalkan jahiliyyah yang barangkali sudah lama sebati dalam diri sebelum benar-benar mengenali Islam. Memang kita takkan mampu menjadi sempurna, walau seribu tahun pun kita di jalan ini. Tetapi tarbiyyah itu satu proses, yang perlu pada istiqamah dan kesungguhan, juga keikhlasan. Selangkah demi selangkah kita memperbaiki diri, walau jatuh, kita harus bangun kembali.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari bukan mudah untuk mengemudi sekumpulan manusia yang sama-sama ingin melihat Islam kembali di tempatnya, yakni sebagai cara hidup yang sepatutnya. Pergeseran sesama ahli dalam suatu jemaah itu memang tidak dapat dielakkan, kerana latar belakang, pengalaman dan personaliti yang mungkin jauh bertentangan. Namun kefahaman dan keikhlasan yang benar menjadi penyuluh jalan keluar dari sebarang persengketaan, sebagai ubat merawat luka sepanjang perjalanan. Kerana matlamat kita masih jauh, dan kerja kita lebih banyak dari masa yang diperuntukkan.

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku menyedari bukan mudah untuk terus istiqamah di atas jalan ini. Pelbagai fitnah akan sering menghujani, setiap masa syaitan dan konco-konconya takkan berhenti meracuni. Fitnah yang kadangkala begitu halus, langsung tidak disedari, membawa kepada perpecahan amal jama’ie. Sejarah dahulu sudah lama membuktikan, jalan ini takkan sunyi dari pelbagai fitan!

Aku hidup di bawah bayangan tarbiyyah dan aku berharap agar terus tsabat di jalan ini. Kerana di sini tempat kutemui diriku, cintaku, matlamat teragungku. Di sini langkahku telah bermula, dan semoga di sini juga langkahku akan berakhir. Semoga aku dan cintaku akan terus di sini, berhimpun bersama-sama mereka yang telah hadir sebelumku. Di bawah bayangan tarbiyyah ini…

Uhibbukum fillah....

coretan seorang akhawat setelah 6 tahun di luar negara dipetik dari muntalaq.wordpress

Thursday, April 22, 2010

Rab'ei bin Amir vs Rustum


dari Ukhti Kak Nur di facebook..rindu enti juge..wuwuuu =(

Bismillahirahmanirahim….

Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat Allah kurniakan. Dapat duduk sebentar ngan akhwat As-Syams. Hem rasa rindu pula pula tak terima panggilan ukhti shi untuk usrah online. Takpe2 moga anti yang jauh di Sandakan sana dipermudahkan Allah dengan segala urusan.
Hari ini KN jadi MC. Sharing kisah sahabat saudara islam kita yang sangat2 berani hatinya. Subhanallah… Astarfirullah al-azim walau tak pernah dengar lagi nama sahabat ni n comform t tak tahu kisahnya macam mana kan, tapi rasa tamparan pada diri, sekuat dan seberani mana kita as a muslim zaman ni!!!

Hem nama sahabat yang kak Nur nak share ni adalah Rab’ei bin Amir.
Cerita kehebatan Rib’ie bin Amir ra semasa berhadapan dengan panglima tentera Parsi bernama Rustum. Dia datang berjumpa dengan panglima tersebut semata-mata untuk sampaikan DAKWAH.
Rustum seorang panglima tentera yang mewah, balai mengadapnya saja dihias cantik dengan bantal-bantal yang ditatah dengan emas, hamparan pula dengan sutera yang mahal juga yaqut yang berkilau-kilauan. Mahkota Rustum pula dibuat dengan emas dan permata.

Masa Rib’ie bin Amir ra masuk berjumpa dengan Rustum, Rustum sedang duduk di atas katil yang dibuat dengan emas, keadaan Rib’ie pula sangat jauh berbeza. Oh ye ! Rib’ie bin Amir ra masa tu masuk dengan pakaian yang lusuh, dia bawa sebilah pedang dan perisai. Dia menungang kudanya yang kecil hingga ke hamparan permaidani di balai mengadap, kemudian barulah turun dan menambat kudanya.

Kata KN Rib’ie bin Amir memang tak takut langsung, dia berjalan menghampiri Rustum dengan senjata di tangan, berbaju besi dan topi besi di atas kepala. Cepat-cepat pembesar-pembesar Rustum mengarah ; ”Letakkanlah senjata kamu”

Jawab Rib’ie ; “Sesungguhnya bukan aku yang ingin datang menemui kamu, tetapi kamu sendirilah yang memanggil aku menemui kamu. Sekiranya kamu membiarkan aku dalam keadaan begini aku akan menunggu, jika tidak aku akan kembali sahaja.”

Kerana jawapan tersebut maka Rustum pun perintahkan pegawai-pegawainya agar memberi keizinan kepada Rib’ie. Hebat kan! Kagum sungguh kak Nur

Selepas daripada itu mereka pun bertanyakan maksud kehadiran sahabat-sahabat Nabi S.A.W ke wilayah Parsi. Dengan semangatnya Rib’ie menjawab :
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد الى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا الى سعتها،ومن جور الاديان الى عدل الاسلام.
“Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta'ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.”

Kata Rib’ie sambung lagi kata-katanya ; “Allah telah menghantar kami dengan agamaNya kepada sekalian makhluk untuk menyeru mereka kepadaNya. Sesiapa yang menerima agama ini, maka kami akan menerima keislamannya lalu kami akan kembali ke tempat asal kami dan sesiapa yang ingkar kami akan memeranginya untuk selama-lamanya sehingga Allah menunaikan janjiNya untuk kami.”
Pembesar-pembesar Parsi pun bertanya lagi ; “Apakah yang telah dijanjikan oleh Allah kepada kamu?”
Jawab Rib’ie ; “Syurga bagi sesiapa yang mati memerangi sesiapa yang ingkar dan kemenangan bagi yang hidup.”

Rustum sebenarnya dah takut, dia pun meminta tempoh daripada Rib’ie untuk berbicang dengan pembesar-pembesarnya, sama ada nak terima Islam atau berperang. Rib’ie bin Amir hanya beri tempoh 3 hari kepadanya kerana katanya itulah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

sebelum Rib’ie berangkat kembali ke perkhemahan tentera Islam, Rustum sempat bertanya adakah dia ketua angkatan tentera Islam.

“Tidak! Tetapi kami orang-orang Islam seumpama satu jasad, orang yang di atas akan melindungi orang yang di bawah,” jawab Rib’ie ra.

Hem.. sahabat ni Cuma tentera aja pada zaman tu. Bayangkan kalau tenteranya dah mantop apatah lagi panglimanya, Saad bin Abi Waqqas. Apatah lagi Khalifah yang pada waktu tu saidina Umar r.a.
Hebat ye! Tentera biasa pun dah macam ni, patutlah Islam gemilang zaman dulu!!!!

SUBHANALLAH!!!!
SUBHANALLAH!!!
SUBHANALLAH!!!!

Jazzakumullah buat sabahat yang berkongsi kisah ini. Tambah 1 lagi koleksi kisah sahabat. Tapi kena ketuk juga hati ini, bukan just nak penuhkan buku aja ngan coteran2 ini. Tanya kat diri kita…. Dah jauh mana langkah kita yang disumbangkan untuk islam ini. Astarfirullah Al-azim.

Tambahan dari ummi Intan, terfikir tak semangat Rab’ie tu.. sebabnya sahabat yakin dengan janji Allah. Kalau dibunuh pun waktu tu… adalah kemenangan (syahid). Nak-nak waktu tu… disekeliling dia adalah musuh. Huhuhu laju aja rasanya darah ini mengalir.

Kata ummi lagi ingat tak surah As-Saff ayat 10-11

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?. Iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dan berjihad ke jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

Hem.. lagi 1 ayat yang memang kak Nur suka sangat dalam surah Muhammad ayat 7

“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan permudahkan urusanmu..”

Hari ni kamu tadabbur surah Al-Araf ayat 171-176.

171. Dan (ingatlah), ketika Kami mengangkat bukit ke atas mereka seakan-akan bukit itu naungan awan dan mereka yakin bahwa bukit itu akan jatuh menimpa mereka. (Dan Kami katakan kepada mereka):
"Peganglah dengan teguh apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta ingatlah selalu (amalkanlah) apa yang tersebut di dalamnya supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa".

172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuban kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",

* Ya Allah…. Lupakah kita akan janji ini. Perjanjian sejak alam roh lagi untuk kita tunduk dan taat setia dengan perintah Allah? Tapi sangat ramai yang memungkirinya! Lupa ngan janji itu. Dan bersyukurlah pada hati2 yang terpilih untuk berada di jalan ini. Sebelum kelahiran lagi, kitalah juara apabila dalam ribuan sperma yang berusaha menemui ovum, hanya SATU sperma yang berjaya menemuinya. Dan KITAlah SANG JUARA ITU!!!! Dan di alam buana ini, kitalah antara yang terpilih untuk bereda di jalan dakwah ini. MasyaAllah , Subhanallah, Allahuakbar!!!!

Refer part last ayat ni,
“….agar di hari kiamat kamu tidak mengata-
kan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)"
so tak ada alas an r tuk kita tanam KEIMANAN tu dilubuk yang sangat jauh hingga tak tercapai tuk digapai.

173. atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat
dahulu [582]?"

* hem dalam ayat ni…. Buat hati2 yang penuh nikmat Allah, sebenarnya kita yang buat pilihan nak pilih jalan yang mana. Ingat tak lagu as-syams tu… ingat tak kita sama2 nyanyi sambil buat pergerakan yang sangat comel??? DAN LUPA KE MAKSUD AYAT TU… kak Nur ingat tak??? Huh mesti r tak boleh lupa. Tak mo lupa!!!!!

“maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan” (91:8)

[582] Maksudnya: agar orang-orang musyrik itu jangan mengatakan bahwa bapak-bapak mereka dahulu telah mempersekutukan Tuhan, sedang mereka tidak tahu menahu bahwa mempersekutukan Tuhan itu salah, tak ada lagi jalan bagi mereka, hanyalah meniru orang-orang tua mereka yang mempersekutukan Tuhan itu. Karena itu mereka menganggap bahwa mereka tidak patut disiksa karena kesalahan orang-orang tua mereka itu.

174. Dan demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu, agar mereka kembali (kepada kebenaran).

175. Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami (pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti
oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia termasuk orang-orang yang sesat.

176. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti
anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka
ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Saturday, February 27, 2010

kalau kite rasa kite ni pemuda pemudi....

:: perbarisan Rumah Syahbandar: "bukan kemenangan yang kita pinta, semangat juang kamu yg cikgu nak terapkan, kalianlah pemuda pemudi harapan agama, bangsa dan negara"

sape penah tgk movie arab ttg kisah Ashabul Kahfi ni? tak tgk movie pun, mesti ramai je yg penah baca kisah ni time kecik2 dulu ke kan. dalam lagu Raihan pun ada gak cite ttg pemuda2 gua nih. ala..yang diorg ada 7 orang semuanya, yg Allah tidurkan diorg selama 309 tahun dalam gua dengan seekor anjing tuu..haa! best kan..pe pengajaran yang kite dapat dari cite ni? hmm...saya rasa dia nak cite tentang seerah kot? hmm..tak pun.. nk tunjuk betapa hebatnya kuasa Allah, boleh tidurkan manusia lama macam tu..tak pun..saje nk tunjuk org zaman2 dulu cmne kena siksa tuk sampaikan Islam? yeke? huuu.. betullah tu..tapi tak hakikatnya ada benda lain lagi di sebalik kisah dari Al Quran yang Allah nak ceritakan pada kita. bukan sekadar bedtime stories je..bukan sekadar seerah semata2.

hai..7 orang pemuda..kisah pemuda yang sungguh memberi semangat pada saya..kenapa saya? sebab saya pun pemuda (pemudi!) ehehehe... kite ni pun kan muda mudi sama macam Al Kahfi.. sbb kite ni muda, ceria, berani, bersemangat, byk tenaga, kuat, harapan negara dan bangsa..(patutnya harapan agamalah dulu kan) huu... kalo korang tengok askar2 negara kite ni kan...ada ke yg berdiri kat dpn2 barisan tu org2 tua yg dah bongkok 3? tak kan..sume yang tercalon dan terpilih sume yg muda2 belaka. tol?

jom kite baca sama2 cerita tentang pemuda Al Kahf dalam surah yang ke 18 dalam Quran. sebenarnya, Allah nak sampaikan pada kita yang kita mesti ada semua ciri2 pemuda tu. cuba lah kite pandang pandang jeling jeling skit pada pemuda sekarang. pegi je la kat area air terjun KLCC tu ke, tak pun duduk kat satu kerusi kat tengah2 kompleks Mid Val tu..sedar atau tidak, itulah produk2 negara yang akan datang. duduk lepak2, bercanda ria, bual2 kosong, tgk movie, lunch sesame (diri aku yang dulu..huhhhuuu) nampak sgt pemuda kita takde matlamat dan wat benda yang sia2. alih2 dh lewat petang, alih2 dh malam, alih2 dh tgh malam..tdo..esok hang out togetha getha lagi.

ciri2 pemuda yang mesti ada dalam diri kite (take note):

1. Berani

dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran." (Al Kahf:14)

relate dgn Ashabul Kahfi, diorg ni asalnye pun para pembesar dalam istana. bila Allah bukakan hati mereka dah nampak hak & batil di mana para pembesar lain termasuk raja Dikyanus yang zalim dan sombong tu dah selewengkan kitab Injil tu, diorang terang-terangan dengan beraninye (gaya seorang pemuda) mengaku di depan semua orang mereka adalah pemegang agama yang benar. yakni menyembah Tuhan Yang Satu, Allah.

2. Sentiasa pandang ke depan dan perlu tahu isu semasa

"Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam (gua) itu. Itulah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah..." (Al Kahf:17)

apa kaitan ayat ni dengan point no 2 eh? Ashabul Kahfi ni masih lagi boleh lihat matahari walaupun diorg berada di dalam gua. jadi nak relatekan di sini, pemuda harus tahu isu2 yang berlaku di luar..walaupun kita sedang berada di dalam comfort zone..kite takleh jadi mcm katak bawah tempurung. contoh isu yang berlaku kat Malaysia lately yang femes ialah tentang isu kalimah Allah. nak sentuh skit isu ni kan..sebenarnya kite tak perlu nak sensitif semata2 hanya pada nama Allah itu sahaja. tapi kite perlu muhasabah diri sendri adakah kita benar2 sudah mengEsakan dan mengIlahkan Allah? adakah kita dah pun tunaikan hak2 sebagai hamba Allah itu? tak perlu lah kita hanya semangat dan peka time bila ada isu ni je. its a continuous question and reaction actually.. penah ada dulu isu melukis karikatur dan menghina Nabi Muhammad yg org Denmark buat tu kan? time tu sume org dok marah2, skrg dh senyap dah..still tak buat pun sunnah2nya. reflect diri balik...reflect diri...

3. Menjadi logam untuk Islam

...Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada siapa pun. (Al Kahf:19)

hm, hanya ada seorang sahaja yang menjadi wakil untuk pegi beli makanan di pasar. cuba bayangkan kalau semua pegi? silap2 hari bulan, sume kena tangkap balik... atau kalau takde wakil sorang pun nak pegi, alamat mati kelaparan lah semua Ashabul Kahfi.

setiap orang ada peranan, tanggungjawab, kelebihan (logam) masing2..tak semestinye si A boleh buat itu, si B pun boleh buat itu juga. mungkin si B boleh buat ini.. si C plak boleh buat yang lain. yang penting segala kelebihan itu digunakan untuk manfaat Islam dan muslimin. contoh kalo tengok zaman perang Uhud pun, ada sahabat yang pandai memanah, mereka akan duduk di atas bukit, ada pula sahabat yang melindungi Rasulullah di medan perang sampai ada seorang sahabat digelar sebagai "syahid yang berjalan" oleh Rasulullah. siapakan dia? si Talhah bin Ubaidillah. subhanallah!

pemuda2 Kahfi ni diorg semua dah tahu priority mereka tuk buat kerja2 dakwah. sama jugak dengan si Ghulam. mengikut Yusuf Qardhawi dalam Fiqh Auliyat (Keutamaan2 kita untuk jalankan kerja dakwah) ada 5 iaitu agama, nyawa, maruah, akal dan harta. Agama nombor 1 ! jadinye, nak buat dakwah, kita kena ukur dulu kemampuan diri kita sendiri. yang penting kite mesti tanya dan istikharah dulu pada Allah. Dia akan tunjuk jalannya sbb tu yang terbaik tuk kite, biiznillah.

p/s: sape2 nak tgk movie ni boleh lah cari dalam Youtube. cuma tak pasti ada subtitle English ke tidak sebab movie ini movie Arab. kalo tak dapat, bagitau ye, boleh la nak tolong copykan dalam DVD ke kan (cite ni lama dalam 7 jam kot). insyaAllah =)

Saturday, January 16, 2010

Tafsir Al Masad


ok ok, sekali lagi ada seorang ukhti menegur di FB "kak shi lama tak updet blog?"..hehehe..dh faham dh maksudnye tuh. jd ini post seterusnye, ttg surah Al Masad/Al Lahab. surah ni mmg femes di kalangan kite bile baca dlm solat. tp kena la gak tau asbabul nuzul dan at least tau terjemahannya. bile kite tau cite di sebalik surah ni, huh...rasa geram betul pada Abu Lahab dan istri si pembantunye itu.. bertambah geram bile membayangkan keadaan di Bukit Safa sewaktu Rasulullah nak menyampaikan dakwah kepada Bani2 yang ada di Mekah waktu itu. tp papepun, ada hikmah yang Allah hendak berikan. tol tak? jom tadabbur!

surah ini ada 5 ayat kan..kite ley bahagikan surah ini kepada 2 tema iaitu pertama: Tema Hari Kiamat dan kedua: Tema Dakwah

menurut naqibah sHi, sebelum surah ini diturunkan, terdapat satu ayat dalam surah As Syu'ara' berkenaan Allah menyuruh Rasulullah memulakan dakwah secara terbuka. (jahr).

Dan berikanlah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. (26:214)

Dakwah bermula secara sulit (sirr) iaitu dengan Rasulullah menyampaikan kebenaran kepada orang-orang yang dipercayainya sahaja spt istri baginda, anak angkat, anak saudara dan sahabat2 baik. Setelah turunnya perintah ini, maka Rasulullah ingin menyampaikannya pula kepada kerabat2nya iaitu Bani Hashim dan Bani Quraisy.

surah As Syu'ara' ini jika diperhatikan betul2, Allah banyak menceritakan tentang kisah Nabi-nabi terdahulu. mula2 ayat lagi Allah ceritakan tentang kisah Nabi Musa dan Firaun. kemudian diceritakan pula tentang tentangan yang diterima oleh Nabi Ibrahim. seterusnya usaha dakwah Nabi Nuh, Hud, Soleh dan Luth. Semua diceritakan tentang respon bagi kaum Nabi2 terdahulu ini yang negatif belaka. Kenape ye? Ini semua hanyalah tidak lain dan tidak bukan bertujuan supaya Nabi Muhammad dan para sahabiyah bersiap siaga (get ready) untuk menerima segaaaala dugaan seperti mana Nabi2 sebelum itu menerima.... sbb bukan senang nk berdakwah kepada kaum kerabat tentang benda yang baru yang belum pernah mereka terima sebelum ini yang sudah pasti akan memecahkan tradisi yang mereka amalkan.

sile lah membaca terjemahan surah ini untuk mengetahui kisah lebih lanjut...

ok jom lihat ayat 1 untuk surah Al Masad ini:

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia!"

ayat pertama lagi Allah dah repeat perkataan BINASA itu dua kali... bermakna benar2 Allah sedang marah waktu itu.

kejadian ini berlaku di Bukit Safa. di mana Rasulullah sedang mengumpulkan Bani2 di Mekah untuk mengajak mereka semua supaya menyembah Allah. di sini Abu Lahab telah memintas kata2 Rasulullah sehinggakan semua orang di situ pergi meninggalkan Rasulullah dalam keadaan kesedihan. Maka Allah turunkan ayat ini, dan Abu Lahab takut setelah ayat ini dibacakan kepadanya! Namun begitu, Abu Lahab senantiasa mengikut ke mana sahaja Rasulullah pergi. kite tau kan Rasulullah pergi mengetuk rumah ke rumah setiap hari tuk berdakwah kan? jadi, setelah baginda mengajak seorang penduduk rumah itu untuk memeluk Islam, belum sempat penduduk itu menghadam dan fikir sedalam2nya samada mahu menerima tawaran itu atau tidak, trus saje Abu Lahab ini menghasut supaya jangan menerima ajakan Rasulullah. see? takde beri masa skit pun tuk orang tu digest...trus dihasutnye...

"Dan istrinya, pembawa kayu bakar. Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal."

kerja ini juga dilakukan dengan jayanya oleh istri Abu Lahab. kenapa dalam ayat 4 dan 5 Allah cerita juga berkenaan istrinya? kerana di dunia, istrinya lah orang yang setia membantu Abu Jahal meletakkan duri2 di depan pintu rumah Rasulullah dan menyebarkan fitnah tentang Rasulullah, maka di akhirat juga, istrinya lah yang akan membantu Abu Jahal menjadi pembawa kayu bakar. begitulah betapa hebatnya peranan seorang isteri kepada seorang suami. kalau baik, baiklah ia, kalau jahat, maka jahatlah ia. (tulang belakang kejayaan suami lah katakan)

namun percaya atau tidak, sewaktu kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Abu Lahab ini ialah antara orang yang paaaling gembira dengan kelahiran baginda. Siap buat kenduri, korbankan kambing2 kerana dia dapat merasakan bahawa anak saudaranya ini akan menjadi generasi baru untuk menyambung warisan mereka. Namun sebaik sahaja Rasulullah mulakan dakwahnya, maka dialah orang yang paaaaling menentang Rasulullah kerana apa? kerana dia merasakan kedudukannnya sebagai orang2 terhormat Bani Quraisy akan tergugat... yelah, waktu tu, mereka2 ni lah yg conquer bumi Mekah tu kan....

"Andai diumpamakan Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda.
Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku
dan bersama membina kembali bangunan usang itu
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah" - ASHAB