Tuesday, August 4, 2009

SH dan rehlah PERMIUM

phew phew...berhabuk daaaa blog niii..afwan2..asif jiddan. alhamdulillah, baru sekarang ada peluang tuk update blog. ramai dah sound2 bile nak update blog? nah..here i am! hehehe.. wah..byknye post yang tertangguh! asyik wat draft je tak sempat nk publish. ok, kali ni nak cite pasal daurah SH sekali lagi dan aktiviti rehlah untuk PERMIUM.

1. Daurah SH (27/6/09 - 28/6/09)

Saya sudah beberapa kali tulis ttg SH. boleh la refer di previous post ttg Syahadatul Haq. spt biasa, akan ada ilmu tambahan yang saya akan dapat memandangkan presenter yang berbeza menyampaikan tajuk ini.

:: aktiviti menjadi "ummatan wasato"::

kite tahu ada 7 marhalah (maratib amal) yang perlu kita lalui untuk mencapai Ustadziatul Alam yang bermula dengan Individu Muslim. seperti Nabi dan para sahabat dulu, mereka tak nampak pun yang Islam tu akhirnya akan gemilang terbilang dan menjadi world order sbb waktu tu, mereka sudah tak takde di dunia. tapi atas budi dan jasa merekalah, Islam menjadi Ustazdiatul Alam pada Zaman Abbasiyah dulu. begitu juga dengan kite, biarkan Allah saja yang tentukan bila waktunya (walaupun waktu itu kita sudah kembali pada tanah!), yang penting setiap usaha kita untuk mencapai ke arah itu akan dikira Allah. biarkan saja keimanan dan ketaqwaan kita pada janji2 Allah itu yang menjadi semangat untuk kita.

Analogi yang diberi untuk lebih faham, apabila kita nak bina 1 bangunan, kita perlu ada pekerja yang membancuh simen, pemasang tiang dan pemasang dinding kan. bila dah siap bancuh simen, tetiba pembancuh simen tu mati di tapak pembinaan, pembancuh simen tu masih tetap dikira the team of org yang bina bangunan sbb if takde org yang nak bancuh simen, takleh bina bangunan tu tul tak?

izinkan saya copy kata2 dari blog anak usrah saya ini waktu di SH tentang 1 + 1 = 3. boleh singgah2 di blog Mum di sini. Jazakillah Mum!

"Saya sangat tertarik ingin berkongsi tentang kepentingan baitul muslim. Analogi tentang 1+0=0,1,-1 dan 1+1=3. Jangan kata Kak As tak pandai mengira.. hmmm, Kalau kita tengok pada muratib amal bermula dengan INDIVIDU MUSLIM-BAITUL MUSLIM-MASYARAKAT MUSLIM-DAULAH MUSLIM-KERAJAAN MUSLIM-EMPAYAR MUSLIM-USTAZIYATUL ALAM. Untuk mencapai tahap islam sebagai ustaziyatul alam(pengikut kepada alam),kita mesti bermula dari bawah. Saya nak story disini tentang kepentingan baitul muslim. Kenapa perlunya seorang individu muslim berkahwin juga dengan individu muslim. Maksudnya yg fuquhu(faham) kahwin dengan yang fuquhu. Merujuk analogi number diatas. Kalu 1+0=0,1,-1..contohnya jika seorang isteri yang fuquhu(faham),1 dan telah berkahwin dengan seorang suami yang ‘tak faham tapi tahu’,0 maka,isi rumah tersebut akan jadilah 0,1 atau -1. Mungkin si isteri tabah memperjuangkan kefahamannya,mungkin si isteri akan meninggalkan kefahamannya dan mungkin tiada perubahan dalam diri si isteri. Tetapi,jika seorang IM berkahwin dengan IM juga maka terlahirlah satu sinergi yang mampu menambahkan kemantapan perjuangan dalam menaiki tangga seterusnya,melahirkan masyarakat muslim. That’s why 1+1=3 (suami,isteri dan sinergi). InsyaAllah. "

ok sume, cuba tgk gamba di atas. ada anak panah yang sgt besar dan di dalamnya ada anak-anak panah yang kecik2 kan. pe maksud anak panah besar tu agak2? ia hanya menghala hanya pada yang satu. ia sebenarnya menunjukkan matlamat satu kita iaitu untuk menjadikan Islam sebagai world order, UA (Ustadziatul Alam). dan anak2 panah kecik yang banyak tu perasan tak dia menghala ke arah yang macam2, ada yang ke kanan dan ke kiri. itu menunjukkan kita ada macam2 cara untuk mencapai 1 matlamat tu. cikgu dan ustaz boleh jalankan peranannya, akauntan, doktor, engineer, businessman, student, malah suri rumah tangga pun ada peranan masing2.





2) Rehlah untuk PERMIUM

dah tak ingat tarikhnye, organizernye ialah usrahmate saya iaitu Kak Liza. kami seramai hampir 25 orang ke Taman Jaya untuk rehlah bersama mahasiswa istimewa UM. perempuan2 saje ye. hehe... walaupun buta mata, tapi hati mereka tidak buta. kete AA angkut bawak segala makanan minuman, yang lain2 gerak naik LRT ke Taman Jaya. sampai saje, kami makan2 sambil taaruf di tepi tasik yang indah. lepas tu, buat game taaruf yang comel dan strusnya mendengar sedikit pengisian rohani oleh Kak Liza. Saya tertarik dengan ayat ini, lalu saya sampaikan lah pada hari itu.

Firman Allah:
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara...
(Ali Imran 3:103)

siapa pernah pegi Night Walking? saya penah! kan kita kena tutup mata, jalan sorg2 malam2 dalam hutan yang sangat gelap dan apa bantuan yang kite ada? ye btul! TALI. hanya tali tu saje yang boleh kite pegang dan kita harapkan supaya kita tak sesat masuk ke dalam hutan dalam. betapa kita pegang kuat pada tali tu dan sangat berharap agar tangan kita tak terlepas dari tali tu, kalo tak habislah kita akan sesat. itulah dia nak digambarkan betapa kita perlu pegang teguh dengan tali Allah macam Allah cakap dalam ayat atas ni.

saya ingat lagi, waktu kami (usrahmates) belum kenal, jumpa tepi tangga nak turun kolej, bertegur sapa pun tidak, kenal nama pun tidak, senyum je memanjang. tapi siapa sangka, Allah temukan dan mempersatukan hati2 kami ini dalam usrah yang kami gelar As Syams. Alhamdulillah. =D



:: buah-buahan dari kampung saya ::

:: taaruf games - cam mengecam tanpa guna deria mata ::

:: masing2 khusyuk mendengar pengisian ::

sedang saya membawa bakul buah-buahan dan makanan yang lain dari parking kete, tetiba 3 orang gadis manis tanya "Akak, nak kitorg tlg ke?" Saya pun berhentila kejap dan sembang2 dgn mereka. Rupanya diorg ni bakal nurse kat PPUM dan selalu dtg jogging kat cni. "Akak ni sukarelawati ke? Dari tadi kitorg tgk tak benti2 ulang alik amik barang, sian plak". "Hehe..mekasih2..jom kite kenal2 diorg kat sana jap. Jom la, jom la"

:: mini library saye ::

6 comments:

Anis Liyana said...

salam kak shi...

wah, tringat kenangan kita yg best masa SH tue! (^_^)

akk pergi akhawat games dis weeknd?

sHi said...

wslm anis...rindu anis..jap je kite dh mesra kan time tu. alhamdulillah, kuasa Allah. akak tak dpt g la AG..kena teman kak salwa bintulu g kelas ante-natal kat hosp..hehe..slamat beriadah dgn akhwat ye.bestnyeee~

shida ahmad said...

salam k.shi..
hope dpt join program camni one day..
tgk cam bes sgt=)

sHi said...

wslm wbt shida..boleh2 insyaAllah nanti awak kat malaysia mcm2 program ada! hehe

sHi said...

wslm wbt shida..boleh2 insyaAllah nanti awak kat malaysia mcm2 program ada! hehe

muharrikdaie said...

Baitul muslim dan baitul dakwah. Dua perkara yang perlu diberi perhatian. Baca artikel saya ttg baitul dakwah.

Teruskan menulis.