Friday, December 18, 2009

baru ku faham ERTI HIDUP PADA MEMBERI

hidup untuk memberi? untung ke rugi? rasa2 apa yg patut kite beri? dan tahukah anda siapa yang paling banyak memberi? silekan jawab..sape bc majalah solusi isu 14 mesti tahu isi2 jwpnnye. refresh otak skit la kan..dare to answer? hehehe...

dari junior saya di UM, adik anis memberi respon:

Allah memberi untuk kita memberi...kekayaan sbnr bknlah krn byk 'memiliki ttp krn byk 'memberi'..justeru, Dia-lah yg plg byk memberi.... :))----> senyuman utk menggmbrakan kak shi & sy pn gembira=]...mmg xrugi..hehe

saya mereply:

wah cayalah anis! anis bc majalah solusi ke? best kan! akak bc dari kulit ke kulit tu..hehe..ok, jom jwb satu per satu:

1) btol, hidup untuk memberi sgtlah menguntungkan. tak rugi walaupun kalo ikut logik, memanglah bile kite bagi sesuatu, ianya akan mengurangkan. tapi "no man becomes rich unless he enriches others". bukan dari segi material je, dari segi sudut ilmu, iman dan takwa. if kite yakin 110% Al quran, pasti kite akan beriman dgn ayat Allah ini Baqarah:261.
(1 x 7 x 700)..bykkan Allah gandakan?

2) apa yg ptt diberi? meliputi tenaga, harta dan jiwa! tak semestinya duitttt je..jadi orang miskin takyah la nk memberi? ye dak? salah tuu... berikut ialah sebahagian list yg boleh kite memberi. zakat, korban, aqiqah, sedekah, infaq, memberi maaf, beri hadiah, beri senyuman, be a good listener, memberi nasihat/peringatan, menyampaikan kata2 yg ... See Morebaik, berdoa, berziarah, beri salam, mengucapkan tahniah dan takziah, memberi ilmu, beri makan minum pada haiwan dan tumbuhan. dan lain2 lagi...banyakkk sebenarnya kita boleh memberi. jd sgtlah related dgn hadis yg Rasulullah ckp, "Apabila mati seseorang anak Adam itu, terputus drpdnya segala amalan kecuali 3 perkara iaitu amal jariah, ilmu yg bermanfaat dan doa anak2 yg soleh. tak ke ketiga2 tu berasaskan sifat MEMBERI?

3) siapa yg paling byk memberi? btol kata anis td. Allah adalah Maha Pemberi yg Maha Pengasih dan Pemurah. (Al Wahhab). betapa kasihnya Allah pada kita, Dia memberi tanpa pinta dibalas (bkn mcm manusia, bila bagi sesuatu mesti harap org tu balas. ingat lagi kalo tulis kad raya, mesti tulis p/s: sudah baca harap balas. ha see!!). lagi satu, Allah ... See Morememberi sebelum diminta. bygkanlah kalo kite terlupa nk memohon berikan oksigen pagi tadi? tak ke kita akan mati? yg ketiga, Allah memberi berulang2 kali dan berterusan. jantung, kidney, neuron, perjalanan darah sume berfungsi dgn baik sejak kita dlm perut mommy kite lagi sampai la sekarang kan? sape blaja bio, tgk cell gerak2 dalam mikroskop pun kite hanya mampu ckp Subhanallah tol tak? yg keempat Allah memberi segala sesuatu yg sgt berharga. tp mcm manusia, memberi juga, tp bnda yg tak berharga! dan yg last skali, Alalh memberi sesuatu yg baik spy manusia, yakni kita hasilkan kebaikan. maksudnya, Allah bukan senang2 bagi pinjam sume nikmat yg kite dpt ni tuk kite buat baik sorg2 kite je, kite je yg alim, tp org lain lantaklah..takleh gtu..tp Allah beri tuk kita menjadi org yg baik dan memberi kebaikan. Relate juga sume2 ni dgn hadis yg Rasulullah ckp "Sebaik2 manusia ialah manusia yg memberi manfaat kpd org lain".

tp memanglah kita takkan mampu menandingi Allah, bila kita lihat cth yg terbaik sesama manusia ini, orang yg paling banyak memberi ialah tak lain tak bukan Rasulullah S.A.W. itulah role model kite! bukannya akon, britney spears, artis2 tempatan zmn skrg. kalo tak caya, bukak buku Raheeq Makhtum Sirah Nabawiyah yg menceritakan ttg bagaimana ... Rasulullah berikan tenaga, harta malah jiwa baginda tuk manusia terbuka hati menerima Islam. yg pertama, sifat2 Rasul kan "tabligh" yg bermaksud menyampaikan. ertinya memberi la kan? Nabi tak pernah sembunyikan walau satu ayat sekali pun yg diturunkan drp Allah untuk umat. tak caya? tgk terjemahan surah A'basa. surah ni Allah turunkan khas tuk beri teguran direct pada Nabi sbb Nabi ada buat salah dgn sorg buta yg bernama Abdullah bin Ummi Makhtum. kalo kitelah kan, mesti kite selagi boleh nk tutup aib sendiri, tp tak mcm Nabi, tetap baginda sampaikan. yg kedua, Rasulullah bkn hanya memberi waktu senang, tapi waktu susah..tambah2 lagi waktu Ramadhan, sifat memberi baginda disifatkan spt angin kencang malah lebih kencang dari itu. subhanallah! sekian tazkirah Jumaat bersempena Awal Muharram hari ini. peringatan keras utk diri yg menulis agar muhasabah diri. Astaghfirullah al a'zim...

adik anis menjawab kembali:

salam kak shi..td tu mencelah je dgn excited mnjwb tanpa mbca habis 1 majalah..hehe..sblm ni tak pnah tau kwujudan mjlh ni.ayah je yg slalu beli..lps ni insyaAllah kna lbih ikhlas membeli bhn2 mcm ni, mmg byk manfaatnya..misalnya prinsip 3M dlm berusaha: Mencari, Memiliki dan Memberi mmg terguna pakai dlm stiap prkara yg kt kerjakan.. maka, slps ni... sama2lah kt mnjd org yg byk memberi.Amin.. mmg kna slalu peringt kat dri sndri; memberi xkan mngurangkan sama sekali..dr segi kuantiti mgkn short term nya yea, tp long term nya; what u give, u get back!! mcm kes henry ford tu....terima kasih kak shi sbb status kak shi mmbuat sy trdetik dn lbh berfiikir.. artkel psal antara org agama dan orang beragama pn mmbuka mata sy...

saya reply balik:

btol2..akak pun baru je baca solusi ni pas disuggestkan dari kwn akak. alhamdulillah, malaysia sudah punya majalah ikhwah akhawat yg faham ttg islam sbnarnya. akak lom lagi bc artikel org agama n beragama tu. still lagi page 19. hee..moga Allah memberi rahmat dan hidayah pada anis.

* jika negara jiran ada majalah Tarbawi, alhamdulillah terlahir juga majalah ikhwah dari Malaysia, syabas Solusi! *

Thursday, December 17, 2009

ingin menjadi mus'ab sandakan

:: advance bufday gift n card from mak, ayah & kak Salwa, time kasey ::

alhamdulillah, berkesempatan juga usrah online guna hp bersama ukhti I dari bumi Sandakan. walau jauh di mata, tapi boleh dgr suara, ok la tu kan! kite gunekan lah sume teknologi canggih manggih kat dunia skrg ni. next time ley guna ym n fb plak. jom tgk isi2nya!

Tadabbur Surah Isra' (17:12-15) - relate dgn Tarbiyyah Dzatiyyah. pe tu? hm..ok, gni...tarbiyah kite boleh la dikategorikan kepada 3 (lihat gamba di bawah)

Tarbiyah dzatiyyah bermaksud tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri, iaitu mendidik diri kita sendiri. tarbiyyah fardhiyah pula ialah tarbiyah kepada orang lain, kira boleh kata mcm 1 to 1 approach. manakala tarbiyyah jam'iyah pula didikan yang kita wat secara ramai2, secara jemaah cthnya rehlah, daurah, mukhayyam.

jadi setiap jenis tarbiyah ini basically pasti ada targetnya. kalau untuk 1 to 1, mestilah kite nak kite sukses melihat perubahan yang berlaku pada anak2 usrah kite kan, kalo secara ramai2 pun, kite mesti nak orang2 yg mendengar daurah tu berubah ke arah yang lebih baik kan. sama la dengan tarbiyah tuk diri sendiri, dah tentu kita nak jadi orang yang lebih baik kan! soalan cepumas, antara banyak2 tarbiyah, rasa2 tarbiyah mana yang paaaaaling paling paling penting tuk diri kita? (2 saat!)

ye btol! sgt betul! mestilah tarbiyah dzatiyyah! nape eh? ok, mcmni, tarbiyah dzatiyyah ini sgtlah diperlukan bila seseorang itu tercampak/dicampak ke satu tempat yang takde supporters/motivator untuk sedarkan kite bila kita leka/lalai dan apa yang kita buat tu tak betul. cthnye mcm ummi sHi sendiri, Allah telah tetapkan yang Dia hendakkan ummi sHi ini berada di bumi sandakan. memang sgt jauh dari akhawat di KL sana..jadinya orang tak nampak pe yg ummi sHi buat kat cni, adakah ummi sHi istiqamah dengan apa yg dibuat seperti mana bila berada di KL dulu? kalau macam dulu, if kita tak reply sms ttg usrah, naqibah ley dtg umah wat spotcheck kan. hehe.. tapi bila kita ada di tempat baru yg tiada akhawat di sini, haa..kat cnilah tarbiyyah dzatiyyah sgt2 diperlukan. sbb diri kite je yang paling hampir dan dekat dengan kita. diri kite je yg dpt judge sejauh dan sebanyak mana amalan yg kite dah buat. dalaman yang kena sangat kuat, sbb dalaman yang akan support luaran.

(kata hati: baru diri ini rasa bahawa bile berjauhan, diri ini sgt2 memerlukan tarbiyyah yang ni..)

jadi bersempena dengan Awal Muharram di mana kitab amalan baru kita akan dibukakan, ianya sangat relate dengan apa yang kita bincangkan tadi. jom tgk surah Isra' ayat 13-14:

" Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka."

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu"

benar, hisab kelak bersifat individual...teringat dengan kata2 seorang akhawat,

" Hidup atas isu, isu akan hilang... hidup atas semangat, semangat akan merundum... tapi jika kite hidup atas dasar iman, Allah sebaik2 pemelihara iman..., taqaballahu minna wa minkum"

* ingin menjadi mus'ab sandakan *

Thursday, December 10, 2009

taknak futur

:: anas dgn acik nad dlm kete on d way nk g umah ummi shi ::

ini pula pengisian usrah kabilah oleh sorang lagi anak ummi yang diam2 ubi berisi - Jzkk ramlah ______________________________________________________________

lama x update blog~
(ada blog ada tanggungjawab~ tertembak pd diri sendiri)

semalam 2 disember 2009 usrah kabilah@kawasan KL yg pertama..ngeee..
ana ni tersesat je sbnrnye, suppose ana join usrah kabilah segamat.. tp apekan daya, ana kena fly without wings ke KL teruskan perjuangan stady... memfinishkan research tok final projek ana.. ''cyclodextrin'' yang cycle2 tu~ bak kata ummi shi ^_^

strait to the point, lets look ape story mory terkandung dalam usrah kteorang last wednesday...

1. tadabbur surah alHujurat (atas pemintaan kak siti..hehehe)

then after tadabbur sprti biasa discussion ttg2 ayat2 yang terkesan dihati ^_^..
jom kita follow few dialogue along the discussion~

[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan
sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.

[3]
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.

[4]
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

[5]
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -

kak fisha: akak suka ayat ni~

[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

[9]
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

kak siti: terkesan sungguh dengan ayat ni katanye.. (masih banyak lagi kate2 nya tapi ana xingat n xsempat catit lorrr..hahhahaha)

[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

ain: menyayangi sahabat2 sefikrah ni sangat luar biasa, tak sama dengan sahabat2 biasa.. and even kadangkala kita sedikit seolah2 melebihkan akhawat dari keluarga sendiri

[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

azi: sangat terkesan dengan ayat ni, sebab perkara ni sangat hampir dengan kita dan malah mungkin tanpa sedar kita hampir malah dah pernah pon buat (akuler tu!, kata ramlah:( huuhuhu)..

kak aishah: dan kalau perasan dari ayat ni Allah combine 3 perkara yg saling berpaut antara satu sama lain iaitu 1)prasangka, 2)mencari kesalahan, 3)mengunjing@mngata@mngumpat@yg sengakatan dengannya~ manusia dengan fitrah semulajadinya memang ssh nak elak prasangka buruk, bila dah mula berprasangka buruk then kita start lah korek2 and cari2 kesalahan,kelemahan and keburukan orang tu.. bila dah sampai tahap ni mulalah dok mengata orang tu atau mengunjing atau menjaja cerita pada orang lain.. nauzubillah~

ramlah: betul betul betul! so then penyelesainnya??? HOW HOW HOW? cakap senang~ nak buat bukan main lagi payahnye.. bagi saya mengikut pengalaman sendiri, istighfar tu memang jangan tinggallah.. sebab bnda ni kadang2 bukan kita yang nak. dia yang sukasuki je bermain dalam hati and sanubari.. sesukahati je nak bersangka buruk.. (XNAK!XNAK!XNAK! ape nih?!!) haha begitulah storynye.. so ble berlaku perkara bergini mula2 memang perlu kembali kepada Allah. minta bantuan dari ALlah supaya buang kan jauh2 prasangka2 buruk yang hinggap kat kepala kita ttg sahabat kita tu.. 1st.. then 2nd????

azi: stuju~ and kalau perasanlah..mengukut opengalaman sayalah... semakin kita cuba berukhwah kerana Allah semakin Allah uji..

ramlah:STUJU2!! (dalam hati jelah, u know me..huahuahua)

azi:pengalaman sylah.. sy ada seorang sahabat yang sblum join usrah bersama sy, sy rasa ok je berkawan dengan dia.. biasejeee, normalje... xdeproblemjeeee.... tapi selepas sama2 telah mnjadi orang2 yang faham soal agama, Allah mula uji saya dengan persahabatn yang ada ni... and kita fahamlah kan yang ujian Allah itu tanda Allah nak menguji tahap keimanan kita.. so kena tanam2 sangkaan2 baik kepada kawan kita tu. then try fikir bnda2 yang molek2 je pasal dia.. yang x molek tu buang juah2~~

[13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

[14]
Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

[15]
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

[16]
Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

[17]
''Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)''

kak aishah: daripada ayat ni kita boleh faham yang kita perlu selalu memperbetulkan niat kita, ikhlas kan diri dalam mengimani Allah so dengan keikhlasan yg mntap akan mnjauhkan kita daripada perbuatan riak yang sia2 tu... (lebih kurang gitulah ayat dia, ana edit+update sket..ngeee^_^)

[18]
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.

kak fisha: conclusion dari ayat2 surah alHujurat ni adalah tentang ukhwah yang mana disandarkan kerana Allah semata~

end of story~

2. pengisian oleh kakak SENI0OORR~~ heee
by, kak wardhiah..

almaklum musim cuti so kak wardhiah menyentuh bab futur~ (xsure ejaan)
krn apa? seperti yang kita semua sedia mklum and rasanya semua pon pernah berpengalaman merasainya, bila cutije hati mati.. bila cuti je hati mati.. HUH~ (like that r?hee) insyaAllah kita2 ni xlah kan..haahaha..

so kak wardhiah berkongsi sedikit tentang
MOTIVASI KEPADA KEIMANAN^_^

masa2 cuti semangnya masa2 futur jadi.. umpama roda lah plakkan? kejap2 diatas dan kejap2 dibawah.. kejap2 iman mantap and kejap2 iman terlelap. aiseh macam mana ni.. jadi mari kita ubah analogi ni.. mari kita menjadi roda yang sedang menaiki bukit.. even kita berada di atas mahupon dibawah tetapi kita masih lagi mendaki.. mendaki apa? mendaki keimanan yang berada ditahap tinggi tuh.. cayokKK~~ atau mungkin kita boleh menjadi roda2 yang sedang lalu dilandasan2.. landasan apa? landasan yang betul yang lurus iaitu landasan islam yang penuh dengan madu2 keimanan.. jom jalan~ heee

dirumah memang tak dinafikan kita diuji dengan terlalu banyak hal and perihal duniawi..
paksa2 taknak tengok! tertengok jugak...
paksa2 xnak dengar! terdengar jugak...
paksa2 xnak join terjoin jugak..
aiseh~~

namun pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat baginda ni yang masanya tak pernah terbuang.. dalam satu pagi je banyak kebajikan yang success dilakukannya..
korang kalau bangun pagi antara pukul 7 hingga 10 apeje yang korang dapat? korang buat? korang kumpul? jawab~~~~

(biar ana jawab:hahahaha bangun pagi gosok gigi..hehehe.. oklah paling baikpon insyaAllah.. mathurat,alQuran,Dhuha,sapu sampah,basuh baju,buat breakfast..ni case bila kat umalah k..dimasa2 futur tadi)

tapi ada seorang sahabat Rasulullah yang dalam 1 pagi sahaja beliau berjaya menziarahi kubur orang2 yang telah meninggal dunia, memandikan,mengkafankan jenazah, memberi makan kepada fakir miskin.. masyaAllah ada insan sebegini rupa.. siapakah beliau?

jeng jeng jeng

beliaulah Saidina Abu Bakar yang dirahmati Allah..

hebat x kawan2? biar ana jawab: dahsyat~~~~~
amal kebaikan beliau terkumpul di 1 pagi..blum 1 hari lagi..1 minggu? 1 bulam? 1 tahun? masyaAllah~ mari pakat ramai2 mnjadi seperti beliau..

sebenarnya ada hadis bercerita tentang ini, tapi ana xde.. so tentang perceritaan sebenar ana x sure, leh rujuk terus kepada hadis and klu ade terjumpa bolehlah share2 k..ana pon akan usahakan tok cari nt.. sbb xsilap ana Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang kebajikan2 yang dah dibuat pagi ini.. dan setiap soalan yang diaju hanya saidina Abu Bakar yang angkat tangn..

then as a simpla conclusion kak wardhiah pesan supaya selalu2 lah muhasabah diri sendiri untuk menguji dimana tahap keimanan diri kita..

end of story~

dan kemudian kami dijamu oleh bonda kak fisha yang sangat peramah tu dengan nasi putih, sotong sambal, ikan goreng, daging kari and sambal sotong yang sungguh+enak belaka..

jazakAllah^_^

(berjaya memenuhi amanah yang diberi ummi shi,alhamdulillahirabbilalamin)

Tuesday, December 1, 2009

Khalifah & Hamba --> tanggungjawab kite

ini pula emel pengisian daurah dari anak ummi, jzkk Mun =) (msg2 berlumba2 nk share, subhanallah!)


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar…


Segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam. Sujud dan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNYA dan Segala nikmat yang diberi. Selawat dan salam Ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan para sahabat.

Alhamdulillah, program di rumah Ansar berjalan lancar. Program selama 2 hari memberi kesan yang mendalam pada diri. Kerinduan pada akhawat DL2 terubat jua. Teringat waktu makan, memasak dan solat jemaah bersama., satu memori yang indah dan tak dapat dilupakan.Tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bak kata nadia, ada hikmahnya perpisahan itu.moga ikatan ukhwah ini, berkekalan dan diredhai ALLAH..InsyaALLAH, kali ini mun di beri amanah oleh ummi shi untuk kongsikan pengisian program di rumah ansar. InsyaALLAH, mun cuba buat yang terbaik untuk pengisian selama 2 hari. Penambahan dari akhawat yang lain amat dialu-alukan..=)

Mula2 nk share ckit ttg perjalanan mun ke KL.blh kan?hehe..mun bertolak 20hb jam 11.45 mlm. Alhamdulillah, mun selamat sampai di kl sentral jam 6.00 pagi. Dalam train cik nad duk msj2 jgk tnya keadaan mun cmne..rindu sgt la tu kat mun.tak sabaq nk jumpa agaknya.hehe.. lpas solat subuh, mun terus gerak ke rumah mum dan ramlah naik LRT. Mun tak tau rumah mum sbnrnya. Terpaksala minta tlg Ain. Ain tggu mun dkt sbrg jalan. Sampai rumah, cik nad buat surprises kat mun.wah!terkejutnya.ingatkan nad xada kat umah mum.rupa2nya dia tidur umah mum jgk.mok da pun ada jgk.(sebenarnya mun dah tau nad tidur sana tapi buat2 terkejut jgk la)hehe.jgn marah ya cik nad...

Kami bersiap dam kemas brg masing2. Lepas sarapan mee goreng (sedap) yang ramlah buat, kami bertolak ke rumah ansar di jalan gasing. Ain,mun nad, Mok da dan ramlah naik buroq.mas follow dgn motor. Perjalanan agak jauh jgk sbb tersilap jalan.hehe.tapi nad cakap, sesat itu indah=)..alhamdulillah, sampai di rumah ansar lbh kurang jam 9.30..

PENGISIAN PROGRAM

Sabtu, 21hb November 2009.

Slot 1 (pagi): shahadatul haq

Presenter: k.syahirah

1. Sesi taaruf dan pengenalan program

Slot pertama dikendalikan oleh k.syahirah, penghuni rumah ansar merangkap ketua warden rumah ansar.=) start dengan sesi taaruf penghuni sekolah ansar, akhawat dari taylor college dan um.

  1. 3 ayat

Selepas sesi taaruf, k.syahirah perkenalkan beberapa ayat dari kalam ALLAH. Mari kita tengok sama2 ya=)

(11:15) sesiapa Yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

(42:20) sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah Yang dikehendakiNya; dan sesiapa Yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar Yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.

(4:114) tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.

Daripada ketiga-tiga ayat di atas Allah membicarakan tentang manusia;

(11:15)- Allah menjelaskan jenis manusia yang mengejar kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat. Mereka adalah golongan manusia yang berusaha dan mengejar kemewahan dunia melebihi kehidupan akhirat. Allah menyebut dia dalam Al-quran bahawa, golongan ini akan diberikan kehidupan dunia yang sempurna tanpa sedikit kekurangan pun.

(42:20)- Allah menjelaskan perbezaan diantara golongan manusia yang mengejar kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Bagaimana? Allah menerangkan manusia yang berusaha melakukan amal2 untuk akhirat, mereka adalah golongan manusia yang mendapat faedah di akhirat. Manakala manusia yang bderusaha melakukan amal untuk dunia semata-mata, mereka adalah golongan yang mendapat faedah di dunia sahaja, tapi ia hanyalah sebahagian sahaja tanpa sebarang faedah di akhirat.

(4:114)- Allah telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa golongan manusia yang berusaha mengejar akhirat adalah golongan yang sentiasa melakukan amal kebaikan, bersedekah, mendamaikan di antara manusia dan juga mencegah kemungkaran. Mereka inilah yang telah dijanjikan pahala yang besar.

  1. Syahadatul Haq.

SYAHADATUL AL-HAQ?

Apa maksud SYAHADATUL HAQ? mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga yang pernah dengar ungkapan ini. insyaALLAH, mun akan cuba sampaikan sedikit sebanyak mengenai Syahadatul Al-Haq..

Kalimah Syahadah yang selalu kita baca di dalam solat yang membawa maksud;

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Syahadah- penyaksian

Al-Haq - kebenaran


Syahadatul Haq memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran


SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah. seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada masyarakat tentang dakwah islamiyyah.


Di dalam ucapan beliau:

Segala puji bagi Allah yang memiliki segala sifat-sifat sebagai pencipta dan pemerintah di alam semesta ini. Tuhan yang segala hukumnya terlaksana di langit dan di bumi.(maksudnya disini, apa yang ada di langit semuanya telah terlaksana, contohnya pergerakan awan, peredaran matahari dll.semuanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh allah. begitu juga apa yang ada di bumi seperti tumbuhan, haiwan dan juga kita sebagia manusia. Tumbuhan dan haiwan tumbuh membesar dan membiak dgn kehendak Allah. Segala pergerakan mulut, mata, tangan, jari dan semua anggota badan kita juga turut menjalankan tugas seperti yang diperintahkan oleh Allah). Semuanya terlaksana melalui kebijaksanaan dan qudratNya yang merangkumi sekalian yang ada, dengan rahmat dan ilmuNya. Dialah Allah yang Maha Pencipta, Maha Esa dan Maha Tinggi yang mencipta manusia dan mengurniakan mereka segala kelebihan ilmu dan akal. Dialah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Dialah yang mengutus para utusan dari sisiNya bagi membimbing dan memimpin manusia ke arah jalan yang baik dan terpimpin. Dialah yang menurunkan kitab-kitab yang mengandungi hidayah, cahaya dan bimbingan untuk manusia yang bertakwa.


“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah kita perlu melaksanakan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.


Walaupun kita telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN DAKWAH dan menjadi Da'ie !


Dakwah merupakan SUNNAH Nabi yang TERBESAR yang perlu kita laksanakan bukan sahaja sunnah2nya lain..

Di zaman teknologi ini, pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menyampaikan dakwah ini, contonya,blog, facebook, friendster, YM dan sebagainya. ini merupakan salah satu cara melalui penulisan untuk menyampaiakan dakwah kepada manusia lain.


Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.

Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala HAK SYAHADAH AL-HAQ (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.
Apa yang kita faham tentang HAK SYAHADAH AL-HAQ?

Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Allah Taala berfirman:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)


Sebenarnya besar kan tanggungjawab kita?adakah kita telah melaksanakannya?kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.

MENGAPA KITA PERLU SAMPAIKAN SHAHADAH INI?


dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya". (2:30)


dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)


ingat lagi kedua-dua ayat ini? Kita pernah tadabbur ayat2 ni dulu..=)..kedua2nya menjelaskan, kita sebagai KHALIFAH dan HAMBA perlu melaksanakan tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran serta menyeru seluruh manusia supaya tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH seterusnya untuk mencapai matlamat kita iaitu REDHA ALLAH…



BAGAIMANA PULA JIKA KITA MENOLAK ATAU MENYEMBUNYIKAN SYAHADAH INI?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ


Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)


Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman. Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh wahyu Allah.

Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.

Satu analogi yang boleh kita lihat dalam perihal menyembunyikan kebenaran ini;

Pn A menyaksikan satu kemalagan jalan raya diantara seorang perempuan yang mengandung dengan sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. di sini Pn A merupakan saksi di atas kejadian tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan mengandung itu sekiranya Pn. A menyembunyikan kebenaran?Adakah nasib perempuan mengandung itu akan terbela?
(macam pernah dengar kan analogi ni..ummi shi pernah guna sebelum ni..)

Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..

Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

Dalam ucapannya lagi…mari kita renung sejenak kata2 beliau yang berbunyi:


Inilah yang dapat saya lihat pada masa depan kita yang gemilang dengan syarat kita menyerahkan diri kepada Allah dengan sebenar-benar ikhlas demi agamanya dan kita menegakkan keadilan demi Allah dan mendokong kebenaran sepertimana yang Allah mahukan. Jika kita lakukan sebaliknya, kita ubah segala kebenaran, kita tidak ubah seperti orang yang memiliki simpanan yang berharga tetapi tidak mahu menggunakannya dan tidak membenarkan orang lain memanfaatkannya, kita mendakwa sebagai muslim dan kita gunakan nama Islam, kita tonjolkan imej kita di hadapan seluruh manusia sebagai seorang pendokong Islam dan penegak panji Islam, tetapi melalui perkataan dan perbuatan umum kita mendokong kesesatan, kita sokong amalan jahiliyyah, syirik, maksiat dan kita tenggelam dalam arus dunia yang hina, kecuali segelintir sahaja yang terselamat.


1. Wahai orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !

(Surah Al-Mudassir)


AYUH! mari kita sama-sama bangun dan sedar akan tanggungjawab yang perlu kita laksankan ini. semoga kita diberikan kekuatan di jalan dakwah ini. semoga kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang ingkar. Na'udzubillah min dzalik.