lama x update blog~
(ada blog ada tanggungjawab~ tertembak pd diri sendiri)
semalam 2 disember 2009 usrah kabilah@kawasan KL yg pertama..ngeee..
ana ni tersesat je sbnrnye, suppose ana join usrah kabilah segamat.. tp apekan daya, ana kena fly without wings ke KL teruskan perjuangan stady... memfinishkan research tok final projek ana.. ''cyclodextrin'' yang cycle2 tu~ bak kata ummi shi ^_^
strait to the point, lets look ape story mory terkandung dalam usrah kteorang last wednesday...
1. tadabbur surah alHujurat (atas pemintaan kak siti..hehehe)
then after tadabbur sprti biasa discussion ttg2 ayat2 yang terkesan dihati ^_^..
jom kita follow few dialogue along the discussion~
[1]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.
[3]
Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[4]
Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).
[5]
Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
kak fisha: akak suka ayat ni~
[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[9]
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
kak siti: terkesan sungguh dengan ayat ni katanye.. (masih banyak lagi kate2 nya tapi ana xingat n xsempat catit lorrr..hahhahaha)
[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
ain: menyayangi sahabat2 sefikrah ni sangat luar biasa, tak sama dengan sahabat2 biasa.. and even kadangkala kita sedikit seolah2 melebihkan akhawat dari keluarga sendiri
[11]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
[12]
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
azi: sangat terkesan dengan ayat ni, sebab perkara ni sangat hampir dengan kita dan malah mungkin tanpa sedar kita hampir malah dah pernah pon buat (akuler tu!, kata ramlah:( huuhuhu)..
kak aishah: dan kalau perasan dari ayat ni Allah combine 3 perkara yg saling berpaut antara satu sama lain iaitu 1)prasangka, 2)mencari kesalahan, 3)mengunjing@mngata@mngumpat@yg sengakatan dengannya~ manusia dengan fitrah semulajadinya memang ssh nak elak prasangka buruk, bila dah mula berprasangka buruk then kita start lah korek2 and cari2 kesalahan,kelemahan and keburukan orang tu.. bila dah sampai tahap ni mulalah dok mengata orang tu atau mengunjing atau menjaja cerita pada orang lain.. nauzubillah~
ramlah: betul betul betul! so then penyelesainnya??? HOW HOW HOW? cakap senang~ nak buat bukan main lagi payahnye.. bagi saya mengikut pengalaman sendiri, istighfar tu memang jangan tinggallah.. sebab bnda ni kadang2 bukan kita yang nak. dia yang sukasuki je bermain dalam hati and sanubari.. sesukahati je nak bersangka buruk.. (XNAK!XNAK!XNAK! ape nih?!!) haha begitulah storynye.. so ble berlaku perkara bergini mula2 memang perlu kembali kepada Allah. minta bantuan dari ALlah supaya buang kan jauh2 prasangka2 buruk yang hinggap kat kepala kita ttg sahabat kita tu.. 1st.. then 2nd????
azi: stuju~ and kalau perasanlah..mengukut opengalaman sayalah... semakin kita cuba berukhwah kerana Allah semakin Allah uji..
ramlah:STUJU2!! (dalam hati jelah, u know me..huahuahua)
azi:pengalaman sylah.. sy ada seorang sahabat yang sblum join usrah bersama sy, sy rasa ok je berkawan dengan dia.. biasejeee, normalje... xdeproblemjeeee.... tapi selepas sama2 telah mnjadi orang2 yang faham soal agama, Allah mula uji saya dengan persahabatn yang ada ni... and kita fahamlah kan yang ujian Allah itu tanda Allah nak menguji tahap keimanan kita.. so kena tanam2 sangkaan2 baik kepada kawan kita tu. then try fikir bnda2 yang molek2 je pasal dia.. yang x molek tu buang juah2~~
[13]
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
[14]
Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
[15]
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).
[16]
Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
[17]
''Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya)''
kak aishah: daripada ayat ni kita boleh faham yang kita perlu selalu memperbetulkan niat kita, ikhlas kan diri dalam mengimani Allah so dengan keikhlasan yg mntap akan mnjauhkan kita daripada perbuatan riak yang sia2 tu... (lebih kurang gitulah ayat dia, ana edit+update sket..ngeee^_^)
[18]
“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.
kak fisha: conclusion dari ayat2 surah alHujurat ni adalah tentang ukhwah yang mana disandarkan kerana Allah semata~
end of story~
2. pengisian oleh kakak SENI0OORR~~ heee
by, kak wardhiah..
almaklum musim cuti so kak wardhiah menyentuh bab futur~ (xsure ejaan)
krn apa? seperti yang kita semua sedia mklum and rasanya semua pon pernah berpengalaman merasainya, bila cutije hati mati.. bila cuti je hati mati.. HUH~ (like that r?hee) insyaAllah kita2 ni xlah kan..haahaha..
so kak wardhiah berkongsi sedikit tentang
MOTIVASI KEPADA KEIMANAN^_^
masa2 cuti semangnya masa2 futur jadi.. umpama roda lah plakkan? kejap2 diatas dan kejap2 dibawah.. kejap2 iman mantap and kejap2 iman terlelap. aiseh macam mana ni.. jadi mari kita ubah analogi ni.. mari kita menjadi roda yang sedang menaiki bukit.. even kita berada di atas mahupon dibawah tetapi kita masih lagi mendaki.. mendaki apa? mendaki keimanan yang berada ditahap tinggi tuh.. cayokKK~~ atau mungkin kita boleh menjadi roda2 yang sedang lalu dilandasan2.. landasan apa? landasan yang betul yang lurus iaitu landasan islam yang penuh dengan madu2 keimanan.. jom jalan~ heee
dirumah memang tak dinafikan kita diuji dengan terlalu banyak hal and perihal duniawi..
paksa2 taknak tengok! tertengok jugak...
paksa2 xnak dengar! terdengar jugak...
paksa2 xnak join terjoin jugak..
aiseh~~
namun pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat baginda ni yang masanya tak pernah terbuang.. dalam satu pagi je banyak kebajikan yang success dilakukannya..
korang kalau bangun pagi antara pukul 7 hingga 10 apeje yang korang dapat? korang buat? korang kumpul? jawab~~~~
(biar ana jawab:hahahaha bangun pagi gosok gigi..hehehe.. oklah paling baikpon insyaAllah.. mathurat,alQuran,Dhuha,sapu sampah,basuh baju,buat breakfast..ni case bila kat umalah k..dimasa2 futur tadi)
tapi ada seorang sahabat Rasulullah yang dalam 1 pagi sahaja beliau berjaya menziarahi kubur orang2 yang telah meninggal dunia, memandikan,mengkafankan jenazah, memberi makan kepada fakir miskin.. masyaAllah ada insan sebegini rupa.. siapakah beliau?
jeng jeng jeng
beliaulah Saidina Abu Bakar yang dirahmati Allah..
hebat x kawan2? biar ana jawab: dahsyat~~~~~
amal kebaikan beliau terkumpul di 1 pagi..blum 1 hari lagi..1 minggu? 1 bulam? 1 tahun? masyaAllah~ mari pakat ramai2 mnjadi seperti beliau..
sebenarnya ada hadis bercerita tentang ini, tapi ana xde.. so tentang perceritaan sebenar ana x sure, leh rujuk terus kepada hadis and klu ade terjumpa bolehlah share2 k..ana pon akan usahakan tok cari nt.. sbb xsilap ana Rasulullah bertanya kepada para sahabat tentang kebajikan2 yang dah dibuat pagi ini.. dan setiap soalan yang diaju hanya saidina Abu Bakar yang angkat tangn..
then as a simpla conclusion kak wardhiah pesan supaya selalu2 lah muhasabah diri sendiri untuk menguji dimana tahap keimanan diri kita..
end of story~
dan kemudian kami dijamu oleh bonda kak fisha yang sangat peramah tu dengan nasi putih, sotong sambal, ikan goreng, daging kari and sambal sotong yang sungguh+enak belaka..
jazakAllah^_^
(berjaya memenuhi amanah yang diberi ummi shi,alhamdulillahirabbilalamin)
1 comment:
salam shi! sy tertarik dgn ayat ke 14 ttg "kami telah beriman" dgn "kami telah Islam". kalau diikutkan, phrase ni amat bmkna sekali. dlm dunia hari ini, kalo dihisab diri sndri, adakah kita tergolong dlm golongan "kami telah beriman" atau sekadar "kami telah Islam" berdasarkan amaln2 kita? masyaallah, saya rasa cukup "terasa" dlm hal ni..
p/s: akan berusaha tarbiyah dzatiyah spy boleh dgn yakinnya mnyebut "kami telah beriman"!!
Post a Comment