Friday, October 31, 2008

Kuliyyah ringkas Aqidah @ Balai Islam 4th


salam ukhwah,

alhamdulillah sekali lagi HEWI (Hal Ehwal Wanita Islam) 4th telah mengadakan sesi kuliyyah ringkas di untuk mengimarahkan surau 4th di petang Jumaat iaitu penghulu segala hari ini. buat kali kedua, Ustazah Rahmah dan Ustazah Zaharah datang untuk berkongsi ilmu dengan kami. kali ini mengenai Aqidah. kita perlu bersyukur pada Allah kerana Allah telah memilih kita untuk datang menghadiri majlis ilmu ini kerana Allah sayang pada kita. Introduction Ustazah Rahmah pada hari ini ialah dengan mengatakan bahawa kita dipilih untuk ke menara gading, makin tinggi kita belajar, makin banyak ilmu yang kita dapat, kita patut merasakan kita makin dekat dengan Allah, makin rasa rendah diri, makin merasakan yang banyak lagi yang belum kita ketahui. dan bukan sebaliknya. Nauzubillah min zaalik. banyak kali Ustazah mengingatkan segala yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. itu sahaja matlamat hidup kita.

mengenai aqidah, kita mestilah mengimani dan meyakini bahawa Pencipta alam ini tidak lain tak tidak bukan ialah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Kuasa. sudah cukup bagi kita melihat surah Al-Ikhlas yang menceritakan tentang aqidah kita tentang keEsaan Allah:

Firman Allah:
Katakanlah, "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
(Al-Ikhlas 1-4)


di dalam ayat 3 ni kita dapat lihat bahawa Allah sahajalah tempat kita bergantung. kerana Allah tidak seperti kita, yakni makhluknya yang saling perlu-memerlukan, perempuan memerlukan lelaki, lelaki memerlukan perempuan. dalam ayat 4 pula mengatakan bahawa tidak ada satu pun yang sekufu dengan Allah. sebab itu dosa yang tidak diampunkan Allah ialah syirik kepadanya iaitu dengan menyekutukan Allah. segala dosa yang dilakukan oleh hambaNya akan diampunkan oleh Allah sekiranya dia benar-benar bertaubat melainkan dosa syirik kepadaNya.

Firman Allah:
Seandainya pada keduanya (di langit dan di bumi) ada tuhan-tuhan selain Allah, tentu keduanya telah binasa. Mahasuci Allah yang memiliki 'Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Al-Anbiya' 21:22)


dalam ayat ini jelas mengatakan jika adanya lebih dari satu Tuhan, maka binasalah dunia ini. jelas membuktikan Allah itu Esa. hanya ada Dia sahaja yang berkuasa.

Ustazah juga mengingatkan bahawa setiap pekerjaan yang kita lakukan tidak kiralah ingin keluar menuntut ilmu, atau bekerja, haruslah diselitkan dengan dakwah dan pastinya niat lillahita'ala. kerana Allah tidak menciptakan kita main2..ada tujuannya.

Firman Allah:
Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kami main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
(Al-Mukminun 23:115)


dan jawapannya ada di sini:

Firman Allah:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah 2:30)

Allah memilih kita sebagai khalifah, pembawa amanah..seperti seorang duta di muka bumi ini. apa yang kita lakukan segalanya dicatit oleh 2 penjaga yang setia dan jujur iaitu Malaikat Raqib dan Atid. kedua malaikat ini tidak jemu2 untuk mencatit segala amal kebaikan dan kejahatan yang kita lakukan 24 jam sehari semalam. oleh itu haruslah kita senantiasa merasakan bahawa Allah melihat setiap apa yang kita lakukan secara sembunyi ataupun terang-terangan hatta di dalam rumah sekalipun jika ada lelaki yang memberi salam, kita (wanita) haruslah menjawab salam itu, namun tidak sekali-kali keluar dan berjumpa sebelum kita menutup aurat kita sepenuhnya. ianya dikira satu jihad seorang muslimah apabila dia bersungguh-sungguh menutup auratnya kerana takut pada Allah. Allah akan mengira dan menilai jihad muslimah itu.

Firman Allah:
Dan sungguh, Kami telah mengutus seorang rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), "Sembahlah Allah dan jauhilah thagut, kemudian di antara mereka ada yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula yang tetap dalam kesesatan. Maka berjalanlah kamu di bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(An-Nahl 16:36)


Allah menyuruh kita supaya sembah padaNya dan jauhilah thagut..thagut ini ialah syaitan dan manusia yang ikut syaitan iaitu manusia yang suka kepada kemaksiatan dan kemungkaran.


"Kebanyakan kita melakukan sesuatu amalan kebaikan itu, Allah memandang tapi ianya tidak dinilai. tak balik modal orang kata. kerana contohnya waktu bulan puasa, buat bubur lambuk untuk bagi sedekah pada anak yatim, tapi ketika masak tu, bergaul bebas lelaki perempuan, yang perempuan pakai baju nampak lengan pulak tu. ada yang nak buat biskut raya, sedekah pada orang tapi diri sendiri tak puasa, atau satu lagi contoh, mak ayah hantar anak2 ke sekolah agama fardhu ain, tapi maknya tak pakai tudung, ayahnya pulak pakai seluar pendek. inilah masalah aqidah. tidak faham yang segalanya ini ialah perintah dari Allah S.W.T." - Ustazah Rahmah


apakah bezanya nikmat dan istidraj? nikmat ialah satu kemanisan iman yang Allah berikan pada hambaNya yang soleh supaya dirinya lebih dekat dengan Allah. contohnya seseorang muslimah itu, apabila tudungnya ditiup angin, terasa malu dan bersalah kerana terlalu merasakan nikmat menutup aurat itu. istidraj pula ialah Allah berikan segala apa yang diminta oleh seseorang itu supaya dirinya lebih jauh dengan Allah dan akhirnya menuju kesesatan yang nyata. contoh yang nyata ialah Firaun yang merasakan dirinya itu Tuhan. kerana Firaun sepanjang hidupnya tidak pernah sakit, hidup pula lama ratusan tahun. begitu juga dengan Qarun di mana Allah berikan harta kepadanya sangatlah banyak supaya dirinya lebih kufur. jadi tidak perlulah kita berasa sedih dan merasakan Allah itu tidak adil apabila ada kwn2 kita yang tak solat, tak menutup aurat, tak baca Quran tapi boleh score dengan jayanya dalam exam. kerana sesungguhnya hadis Nabi ada mengatakan bahawa dunia ini ialah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. kerana orang mukmin akan bahagia di syurga abadan abada...

sambil ku merenung kepada muslimat yang ada di sekelilingku, ku berdoa semoga Allah berikan lah kami petunjuk dan hidayahNya. Wallahua'lam.

sebelum ku masukkan dalam blog, ku ceritakan dulu pada Fara dan Dyana tentang apa yang ku peroleh memandangkan ku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang kakak dan sebagai roommate. ketahuilah adik2, bahawa sekali akak dah kenal seseorang itu, akak mempunyai tanggungjawab yang sangat besar tuk dilaksanakan. jika tidak dilakukan, akak tak dapat nk jwb di akhirat bila ditanya nanti. Berilah ku kekuatan untuk menyampaikan syahadatul haq ini Ya Allah...

* sedang mendengar kuliyyah, ku dapat panggilan dari Kak E'in, katanya ingin dtg ke UM tuk ambil tafsir yang ditempah. afwan sgt kak, sHi memang tak bape reti la bab2 nk bagi direction jalan nih. lepas asar, kami berjumpa di surau 4th. rupanya Kak E'in dan Kak Asma' ni sedang amik master dalam Nutrition kat UPM. sembang punye sembang, rupanya diorg kenal Yuti yang seusrah dengan ku, kenal juga akhawat di Fateh, Yana, Arifah, Kak Kimah etc, diorg pergi juga program ISK dan SH seperti mana yang ku pergi. pergi program yang sama, tapi berbeza tempat dan masa. hari ini, Allah dah temukan kami. alhamdulillah, hepi nye rasa. dunia ni nampak je besar, tp sebenarnya kecik je. bermula dari Kak E'in mengenaliku melalui blog, kemudian kami berurusan dengan ber ym dan akhirnya bertentang mata di kolej 4 ini. jazakillah ye kak. pasni mcm akak ckp td, kite leh share la business kita. akak jual tshirt kat sHi, sHi lak jual tafsir kat akak. =D

Monday, October 27, 2008

rehlah bersama Kak Liza, Mas & Fizah


alhamdulillah, petang2 skrg dah tak hujan. memandangkan time study week ni sume pun memerap je dalam bilik, bagi melapangkan hati dan fikiran, kami berempat (Kak Liza, Mas, Fizah n sHi) pun bermain badminton dan jogging bersama. to be a great muslim, we have to be balance in everything. badan pun kena sihat gak kan. alangkah beruntungnya seseorang itu apabila badan cergas, otak cerdas. ingin melengkapkan ciri2 individu muslim nombor 5:

:: mari menjadi individu muslim yang ideal ::

* 1. aqidah yang sejahtera (salimul aqidah)
* 2. ibadah yang shahih (sahihul ibadah)
* 3. akhlak yang mantap (matinul khuluq)
* 4. luas pengetahuan (mutsaqqafal fikr)
* 5. sihat tubuh badan (qawiyyal jism)
* 6. mampu berdikari (qadiran ala kasbi)
* 7. melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)
* 8. sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)
* 9. tersusun urusannya (munazzamun fi syu’unihi)
* 10. bermanfaat pada orang lain (nafi’un li ghairihi)


moga kita istiqamah la ye bersukan nih. jangan 1st day je semangat kan Mas. ajak ar akak join lagi korang Fizah. buat Kak Liza lak, takpe, blajo skit2 main badminton tu. kitorg ni pun bukan terer sgt, amatur lagi. hehehe..(credits again to Kak Liza yg edit gamba2 ni, rajin tul. =D)

Hadis Nabi:
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
Di antara (tanda) kebaikan keislaman seseorang adalah ia meninggalkan perkara yang tak berguna (berfaedah) baginya.
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi dan yang lainnya)



Sunday, October 26, 2008

exam season : Good Luck or All the best ?


ketika musim exam, ramai antara kita akan menyebut "Good Luck" bila wish pada kwn2 kan? cuba translate kan Good Luck tu..

Good Luck! = Semoga mendapat tuah!

hurm..dalam islam ada tuah ke? takde kan. semuanya ditentukan oleh Allah Yang Satu. jadi, adalah lebih baik jika kita ucapkan Barakallah atau All the best.

Barakallah = Semoga Allah memberkati kamu

All the best! = Semoga berjaya!

All the best kawan-kawan ~

jazakilllah ye fara, jazakillah ye dyana !!! sweet tul lah korg neh. akak rasa muda 2 tahun lak bile sebilik dgn korg..kite2 je tahu pe kite dh wat kan kan? shhh...=D



yg ni lak fizah lukis..khas tuk kak sHi kan kan? good, cikgu sHi bagi 1 bintang tuk anak murid. syukran jazilan..hee..=D

Saturday, October 25, 2008

usrah 6 @ IPBA - Berinteraksi dengan Al-Quran



buat pertama kalinya, ku tidak keseorangan ke usrah dari 4th. kali ini dan seterusnya insyaAllah Kak Liza akan menemaniku ke usrah. tiada apa yang lebih gembira bagiku apabila merasakan Kak Liza sudah pun jatuh cinta dan mengenal apa itu usrah yang sebenarnya. usrah ini tidak akan sekali-kali berbaur politik, usrah ini boleh dilakukan di mana-mana, bila-bila masa sahaja. tidak perlu sembunyi2 dan tidak perlu dilakukan pada tempat yang terpencil dan waktu malam sahaja. usrah ini sangat2 menggalakkan ilmu yang dimiliki dikongsi bersama. inilah usrah yang sebenarnya. berbentuk keluarga, rapatnya umpama adik beradik dan tiada rasa segan silu. usrah ini hanya bermatlamat untuk ALLAH yang Esa. cukup itu sahaja. tiada jemaah yang specific tuk usrah kita. kerana kita semua tak kira usrah apa pun, semuanya di bawah jemaah yang sama iaitu jemaah islam. syukur alhamdulillah..hikmah yang diberiNya petang tadi telah memberi satu perubahan besar buat kehidupan kami.

masih lagi dalam keadaan keletihan, kami berdua gagahkan diri bersiap ke IPBA bagi menghadiri majlis ilmu. Ummu dan Intan menanti di dalam kereta. kami seterusnya ke kolej 10 mengambil Naimah. sampai di IPBA, makan sedikit kuih raya, mandi, bersiap solat Maghrib berjemaah dan dinner bersama. segar rasanya untuk memulakan usrah.

Yuti diberi penghargaan menjadi MC untuk kali ini memandangkan Yuti baru je bergelar graduan UPM ahad lepas. hehehe... Adalah penting bagi kita untuk tetapkan hati dan betulkan niat menghadiri majlis ilmu ini smata2 kerana Allah S.W.T. kami mulakan dengan membaca Surah Al-A'raf dari ayat 171-187 beserta terjemahannya. ada satu ayat yang mempunyai kaitan dengan apa yang akan dipelajari malam ini:

Firman Allah:
Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
(Al-A'raf 7:178-179)


syukur alhamdulillah sekali lagi, kita dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu sebegini. Malaikat yang bertugas mencari orang yang menghadiri majlis ilmu sedang mendepangkan sayapnya untuk memayungi mereka. insyaAllah. mungkin pada masa yang sama, ada orang yang masih lagi di Mid Valley dan masih lagi melekat di depan tv. berdasarkan ayat 178, kita diberi petunjuk dan hidayah olehNya untuk sama2 berkumpul pada malam ini. alhamdulillah.

Intan ada menceritakan bahawa manusia ini ada 3 elemen iaitu HATI, AKAL dan BADAN. setiap elemen ini mempunyai makanannya yang tersendiri. di mana hati ini makanannya ialah zikrullah, akal makanannya ialah ilmu manakala badan makanannya ialah makanan biasa yang kita makan. ketiga2 elemen ini saling memerlukan antara satu sama lain. percaya atau tidak? jika kita tak makan, mcmmane badan kita akan sihat, jika badan tak sihat, mcmmane kita nk dptkan ilmu, ilmu sahaja takkan cukup kalau tak mengingati Allah. kan? satu soalan diajukan, di manakah kita boleh dapatkan ketiga2 elemen itu dalam masa yang sama? kira 3 in 1 la. kat mane kawan2??? haa..jawapannya bukan di lecture hall, bukan di masjid tapi ianya hanya ada di dalam USRAH. di usrah kita akan bertadabbur dengan Al Quran (makanan hati), berbincang dan berkongsi isu semasa dan bahan2 ilmiah (makanan akal) dan of course la ada makanan yang sedap2 punye (makanan badan). maka amatlah beruntung jika kita ke usrah kerana bukan senang kita nak dapatkan ketiga2 sekali gus dalam masa yang sama. jom la join usrah!!! =D

mengenai topik kali ini iaitu Berinteraksi dengan Al-Quran, apakah sebenarnya tujuan tajuk ini dikupas? perlukah kita berinteraksi dengan Al-Quran? dan bagaimanakah caranya ingin berinteraksi dengan Al-Quran? pelbagai persoalan ditimbulkan.

kita tahu sejak dalam kandungan lagi mak kita sudah membacakan surah-surah dalam Quran. kita sudah tahu membaca Quran sejak kecil, masuk sekolah agama dan mengaji Iqra'. di dalam setiap rumah umat islam di Malaysia pasti ada sekurang-kurangnya satu naskhah Al-Quran. tapi persoalannya sekarang, sejauh manakah Al-Quran itu mempengaruhi kehidupan manusia umumnya dan mempengaruhi kehidupan kita khususnya? kerana sekarang ini rata-rata manusia menjadikan Al-Quran itu asing dari kehidupan. mensekularkan antara apa yang ada di dalam Al-Quran dengan kehidupan seharian. lepas habis je baca Quran, tutup Quran dan jalani hidup seperti biasa. tiada relationship antara Quran dan hidup. sedangkan segala yang terkandung dalam kalam Allah itu semuanya mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian. jika dilihat kebanyakan orang, Al-Quran hanya berlumba-lumba untuk dibaca ketika bulan Ramadhan. dan Al-Quran dibaca tanpa mengetahui terjemahan dan tafsirannya.

analogi yang diberikan ialah umpama biji benih dan tanah. satu biji benih yang sudah dikenal pasti sangat bagus bakanya itu bila dicampak ke tanah pasti akan hidup subur. tapi apabila biji benih itu dicampak ke tanah di tempat lain, ianya mati dan tidak tumbuh. adakah biji benih yang bagus bakanya itu yang bersalah atau tanah itu yang bersalah? sudah pasti tanah kan. demikian jugalah antara Al-Quran dan manusia. Al-Quran ibarat biji benih, manakala manusia ibarat tanah. Al-Quran memang sudah terbukti perfect, menjadi panduan hidup umat manusia dan kekal originality nya dari dulu hingga la sekarang. adakah Al-Quran yang bersalah jika ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan manusia? sudah tentu tidak, kerana sudah tentu manusia itu yang salah kerana tidak menggunakannya dengan manfaat kan? maka inilah sebabnya interaksi Al-Quran ini penting bagi kita.

kisah Umar al-Faruq:

sebelum Umar menerima sinar islam, Umar merupakan salah seorang yang sangat2 memusuhi Rasulullah. hinggakan satu hari Umar dalam perjalanan ingin membunuh Nabi, Umar terjumpa dengan Sumayyah. ketika itu Sumayyah bertanyakan "Umar, ke mana engkau hendak pergi?". Umar mengatakan " Aku hendak mencari Rasulullah dan membunuhnya kerana agama yang dibawa Nabi semakin berleluasa". namun Sumayyah yang cerdik itu mengatakan "Adakah engkau tahu sedangkan adikmu sendiri telah memeluk agama islam." maka dengan rasa marahnya Umar menuju ke rumah adiknya Fatimah yang ketika itu sedang berkumpul dengan beberapa perempuan dan membaca surah Taha. Umar menampar pipi adiknya sehingga berdarah dan menyuruh Fatimah memberikan lembaran ayat surah Taha kepadanya. Fatimah menyuruh abangnya menyucikan diri dahulu dan barulah dia akan memberinya. Umar yang pada waktu itu antara salah seorang yang pandai membaca dan menulis sangat terkesan di hati apabila beliau membacakan ayat tersebut. kerana ayat tersebut bukan lah syair biasa yang selalu didengar. ia adalah kata-kata dari Yang Maha Pencipta. terjadinya kejadian itu, trus Umar diberi hidayah dan memeluk islam.

kisah Sa'ad bin Abi Waqqas:

Sa'ad relates:
“ When my mother heard the news of my Islam, she flew into a rage. She came up to me and said: "O Sa'ad! What is this religion that you have embraced which has taken you away from the religion of your mother and father...? By God, either you forsake your new religion or I would not eat or drink until I die. Your heart would be broken with grief for me and remorse would consume you on account of the deed, you have done and people would censure you forever more.' 'Don't do (such a thing), my mother,' I said, 'for I would not give up my religion for anything.' However, she went on with her threat... For days she neither ate nor drank. She became emaciated and weak."

"Hour after hour, I went to her asking whether I should bring her some food or something to drink but she persistently refused, insisting that she would neither eat nor drink until she died or I abandoned my religion. I said to her, 'Yaa Ummaah! In spite of my strong love for you, my love for Allah and His Messenger is indeed stronger. By Allah, if you had a thousand souls and each one depart one after another, I would not abandon this religion for anything.' When she saw that I was determined she relented unwillingly and ate and drank.


http://en.wikipedia.org/wiki/Saad_ibn_Abi_Waqqas

Saad bin Abi Waqqas merupakan anak kesayangan ibu dan ayahnya. ketika Saad mendapat sinar islam, ibunya mogok tidak mahu makan dan minum. setiap hari Saad memujuk ibunya supaya makan tetapi ibunya tetap enggan. Saad tetap dengan pendiriannya tidak akan sekali-kali meninggalkan agama yang benar ini. Saad juga mengatakan cinta dan sayangnya pada Allah dan Rasulullah lebih banyak berbanding sayangnya pada ibunya. Demi Allah, jika ibunya mempunyai 1000 nyawa dan nyawa itu dicabut satu demi satu di hadapannya, dia tidak akan sekali-kali meninggalkan agama islam. subhanallah, betapa Allah memberi kefahaman agama (faquhu) kepada Saad sehingga begitu sekali setianya pada agama Allah.

(jazakillah ummu for the great stories~)

jika sahabat2 terdahulu seperti Umar Al-Khattab, Abu Dzar dan Sa'ad Abi Waqqas boleh mendapat sinar islam hanya dengan mendengar dan mengetahui beberapa ayat Al-Quran. sangat terkesan di hati mereka walaupun ayat yang diturunkan itu pendek, simple dan sikit. diceritakan juga ketika Allah menurunkan ayat pengharaman arak, ketika itu Madinah dibanjiri dengan air arak kerana semua membuang dan memecahkan botol-botol arak yang ada. betapa tingginya iman dan taatnya mereka ketika itu kepada Allah. bagaimana pula dengan kita yang memang sudah mempunyai sebuah Al-Quran yang sempurna ini? sungguh jauh rasanya tahap iman diriku jika hendak dibandingkan dengan para sahabat.

terdapat 5 point penting di dalam topik Interaksi dengan Al-Quran ini. kualiti ilmu itu yang penting dan bukan kuantitinya. maka, malam ini kami hanya membincangkan satu point sahaja:

Point 1: UNTUK KITA -> untuk siapa Quran ini?
-> membaca orang punya dan kita punya (berbeza)
-> hadis surah Fatihah
-> bagaimana? dhamirnya


Al-Quran ini diturunkan sebenarnya adalah untuk kita. bukan untuk Nabi Muhammad sahaja. memang benar, pada ketika ayat-ayat itu diturunkan, ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad. namun, jika dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran, semuanya itu Allah ceritakan kepada kita direct. tidak ada pengantara. ianya adalah surat cinta dari Allah kepada kita. bukan kepada orang lain. Al-Quran banyak bercerita kepada kita kerana fitrah manusia sukakan cerita. jika siapa yang suka baca novel cinta, pasti akan merasa pelakonnya ialah kita. feeling habis. begitu juga bila membaca Al-Quran. kita perlu merasakan bahawa Allah sedang bercakap direct dengan kita. barulah ianya akan terkesan di hati seperti mana ianya terkesan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat dan tabi'en. ada di dalam satu hadis mengatakan bahawa Allah membalas setiap bacaan setiap hamba-hambaNya. ini lah dia interaksi Allah dengan hambaNya. selain itu, jika dilihat dari segi dhamirnya (kata ganti diri) yang digunakan di dalam ayat Quran, banyak perkataan "kamu". maka ini menunjukkan interaksi antara Allah dengan kita. persoalannya sekarang, sejauh manakah ayat-ayat cinta Allah ini memberi kesan kepada hati kita?

Nabi sendiri telah diuji dengan ujian. ada satu ketika di mana wahyu tidak diturunkan buat beberapa lama. orang-orang kafir mula mengatakan kepada Nabi yang Allah tidak sayang lagi pada Nabi dan telah meninggalkan Nabi. Nabi ketika itu amat sedih dan teruji. Maka Allah menurunkan ayat dari Surah Dhuha bagi mengembalikan kegembiraan kepada kekasihNya. ayat itu sangat basah dan berkesan di hati Nabi.

Firman Allah:
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu.
(Ad-Dhuha 93:3)


lepas ni boleh disuggestkan agar Akademi Al-Quran menukarkan programnya kepada Akademi Tadabbur Al-Quran kerana matlamat kita ingin melahirkan generasi yang bukan sahaja boleh menghafaz dan melagukan Al-Quran bertarannum dengan sedapnya, malah yang lebih utama supaya dapat memahami dan menjiwai setiap bait kata-kata dari Allah itu. Allahu'alam.

selesai usrah, kami berta'aruf sedikit dengan Kak Liza. yang lepas biarkan yang lepas, yang penting kita sudah bertaubat dan berazam tidak akan melakukannya lagi kan. benar, kalau nak dilihat akan sifat jahiliyah diri ini pada satu ketika dulu, aduhai rasa tak sanggup ingin mengingatinya walaupun sedetik. Kak Liza beli tshirt 2 helai, sHi pun ikut beli gak 2 helai. hehehe...
jazakumullah khairan kathira buat antum (Ummu, Intan, Yuti, Kak Liza, Naimah)sekalian. perjuangan tidak boleh berseorangan, inilah dia kekuatan kami. USRAH. =D


* credits to kak liza yg mengedit gamba ni..sweeeeettttnyeee..=D

Friday, October 24, 2008

hikmah di sebalik setiap kejadian


hari ni hari terakhir kelas tuk semester 1. kejap jee.. lepas kelas, trus ku ke masjid jamek mengambil stok business. sampai saje stesen Universiti, terus dapatkan cab tuk balik kolej. terserempak dengan Kak Liza (junior ku tapi kakak..huhu). masing2 menuju ke destinasi yang sama. ku ajak sekali naik cab. seperti hari Jumaat yang lain, di depan Masjid Ar-Rahman akan sentiasa penuh dengan kereta di kiri kanan jalan. hari Jumaat barulah kita dapat melihat betapa ramainya umat islam di Malaysia ni. bangga rasanya hatiku menjadi umat islam. sampai tak cukup tempat, atas rumput luar masjid pun boleh solat lagi. tapi kecewanya apabila kenapa mesti hari Jumaat sahaja yang penuh sesak masjid? hari2 lain n waktu2 lain bagaimana? masjid hanya diimarahkan tuk solat Jumaat dan solat terawih. masjid menjadi sunyi, hanye segelintir yang tinggal dan tetap setia bersama masjid ketika hari2 lain. sdih...

baru nak masuk jalan ke gate UM, jem, sume kereta tak bergerak langsung. rupanya ada orang yang park kereta di kiri kanan jalan menyebabkan ada sebuah lori panjang tak boleh nk jalan, nk pusing balik pun tak boleh. kami buat keputusan, turun dari situ dan berjalan menuju ke 4th. perjalanan nk balik ke kolej 4 dari gate UM memang jauh. perlu lalu fac undang2, lalu tasik, cross padang, lalu library, lalu fac sastera dll. sedang kami berjalan, kami bersembang dan memberi semangat antara satu sama lain. cerita tentang bagaimana ingin berdakwah dengan roommates dan tentang program di dewan santapan semalam. kongsi juga pengalaman dan mcm2 lagi topik. sedar tak sedar dah sampai ke fac sastera. ku menemani kak liza ambik duit di BSN. sedang menunggu, terjumpa dengan Kak Dayang. eh shi, g mane? pe lagi trus la ku promote (dgn kata lain berdakwah) kepadanya. trus ku tunjukkan tafsir dan novel2 islamic yang ku beli td. Kak Dayang trus berkenan dan ambik 2 buah tafsir dan 1 novel aac. alhamdulillah, trus ku senyum pada Kak Liza..

ni la hikmahnya kita berjalan jauh dengan bwk barang berat2..dengan hujan rintik2, rupanya Allah nak bagi lebih baik dari tu rupanya. hepi sgt rasa. bermula dari terjumpa Kak Liza di bus stop, kemudian berjalan bersama menuju ke 4th, berjumpa dengan Kak Dayang dan berjaya mengajak Kak Liza join usrahku malam ini. bukan kerana business ku makin laris, ye, memang tu salah satunya tapi yang paling penting, ku dapat menjalankan Syahadatul Haq ku. dakwah akan sentiasa berjalan walau bagaimana sekalipun. tringat kisah As-Syahid Sayyid Qutb, walaupun duduk di dalam penjara, dakwah tetap diteruskan malah makin mantap dan beliau berjaya menghasilkan tafsir Fi Zilalil Quran ketika menghadapi penyeksaan yang teruk di dalam penjara. Sayyid Qutb mati syahid di tali gantung pada 29 Ogos 1966 kerana didapati bersalah atas tuduhan yang ternyata dusta.

fa inna ma'al 'usri yusra, inna ma'al 'usri yusra...
setiap kesusahan ada kemudahan, its proven, alhamdulillah. Praise be to Allah The Most Merciful. Kak liza, jumpa petang karang k, kite g IPBA sama2. moga malam ini kita dapat sesuatu bermanfaat bukan setakat untuk diri kite sendiri malah untuk semua umat islam insyaAllah =)