Saturday, October 25, 2008
usrah 6 @ IPBA - Berinteraksi dengan Al-Quran
buat pertama kalinya, ku tidak keseorangan ke usrah dari 4th. kali ini dan seterusnya insyaAllah Kak Liza akan menemaniku ke usrah. tiada apa yang lebih gembira bagiku apabila merasakan Kak Liza sudah pun jatuh cinta dan mengenal apa itu usrah yang sebenarnya. usrah ini tidak akan sekali-kali berbaur politik, usrah ini boleh dilakukan di mana-mana, bila-bila masa sahaja. tidak perlu sembunyi2 dan tidak perlu dilakukan pada tempat yang terpencil dan waktu malam sahaja. usrah ini sangat2 menggalakkan ilmu yang dimiliki dikongsi bersama. inilah usrah yang sebenarnya. berbentuk keluarga, rapatnya umpama adik beradik dan tiada rasa segan silu. usrah ini hanya bermatlamat untuk ALLAH yang Esa. cukup itu sahaja. tiada jemaah yang specific tuk usrah kita. kerana kita semua tak kira usrah apa pun, semuanya di bawah jemaah yang sama iaitu jemaah islam. syukur alhamdulillah..hikmah yang diberiNya petang tadi telah memberi satu perubahan besar buat kehidupan kami.
masih lagi dalam keadaan keletihan, kami berdua gagahkan diri bersiap ke IPBA bagi menghadiri majlis ilmu. Ummu dan Intan menanti di dalam kereta. kami seterusnya ke kolej 10 mengambil Naimah. sampai di IPBA, makan sedikit kuih raya, mandi, bersiap solat Maghrib berjemaah dan dinner bersama. segar rasanya untuk memulakan usrah.
Yuti diberi penghargaan menjadi MC untuk kali ini memandangkan Yuti baru je bergelar graduan UPM ahad lepas. hehehe... Adalah penting bagi kita untuk tetapkan hati dan betulkan niat menghadiri majlis ilmu ini smata2 kerana Allah S.W.T. kami mulakan dengan membaca Surah Al-A'raf dari ayat 171-187 beserta terjemahannya. ada satu ayat yang mempunyai kaitan dengan apa yang akan dipelajari malam ini:
Firman Allah:
Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
(Al-A'raf 7:178-179)
syukur alhamdulillah sekali lagi, kita dipilih oleh Allah untuk menghadiri majlis ilmu sebegini. Malaikat yang bertugas mencari orang yang menghadiri majlis ilmu sedang mendepangkan sayapnya untuk memayungi mereka. insyaAllah. mungkin pada masa yang sama, ada orang yang masih lagi di Mid Valley dan masih lagi melekat di depan tv. berdasarkan ayat 178, kita diberi petunjuk dan hidayah olehNya untuk sama2 berkumpul pada malam ini. alhamdulillah.
Intan ada menceritakan bahawa manusia ini ada 3 elemen iaitu HATI, AKAL dan BADAN. setiap elemen ini mempunyai makanannya yang tersendiri. di mana hati ini makanannya ialah zikrullah, akal makanannya ialah ilmu manakala badan makanannya ialah makanan biasa yang kita makan. ketiga2 elemen ini saling memerlukan antara satu sama lain. percaya atau tidak? jika kita tak makan, mcmmane badan kita akan sihat, jika badan tak sihat, mcmmane kita nk dptkan ilmu, ilmu sahaja takkan cukup kalau tak mengingati Allah. kan? satu soalan diajukan, di manakah kita boleh dapatkan ketiga2 elemen itu dalam masa yang sama? kira 3 in 1 la. kat mane kawan2??? haa..jawapannya bukan di lecture hall, bukan di masjid tapi ianya hanya ada di dalam USRAH. di usrah kita akan bertadabbur dengan Al Quran (makanan hati), berbincang dan berkongsi isu semasa dan bahan2 ilmiah (makanan akal) dan of course la ada makanan yang sedap2 punye (makanan badan). maka amatlah beruntung jika kita ke usrah kerana bukan senang kita nak dapatkan ketiga2 sekali gus dalam masa yang sama. jom la join usrah!!! =D
mengenai topik kali ini iaitu Berinteraksi dengan Al-Quran, apakah sebenarnya tujuan tajuk ini dikupas? perlukah kita berinteraksi dengan Al-Quran? dan bagaimanakah caranya ingin berinteraksi dengan Al-Quran? pelbagai persoalan ditimbulkan.
kita tahu sejak dalam kandungan lagi mak kita sudah membacakan surah-surah dalam Quran. kita sudah tahu membaca Quran sejak kecil, masuk sekolah agama dan mengaji Iqra'. di dalam setiap rumah umat islam di Malaysia pasti ada sekurang-kurangnya satu naskhah Al-Quran. tapi persoalannya sekarang, sejauh manakah Al-Quran itu mempengaruhi kehidupan manusia umumnya dan mempengaruhi kehidupan kita khususnya? kerana sekarang ini rata-rata manusia menjadikan Al-Quran itu asing dari kehidupan. mensekularkan antara apa yang ada di dalam Al-Quran dengan kehidupan seharian. lepas habis je baca Quran, tutup Quran dan jalani hidup seperti biasa. tiada relationship antara Quran dan hidup. sedangkan segala yang terkandung dalam kalam Allah itu semuanya mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian. jika dilihat kebanyakan orang, Al-Quran hanya berlumba-lumba untuk dibaca ketika bulan Ramadhan. dan Al-Quran dibaca tanpa mengetahui terjemahan dan tafsirannya.
analogi yang diberikan ialah umpama biji benih dan tanah. satu biji benih yang sudah dikenal pasti sangat bagus bakanya itu bila dicampak ke tanah pasti akan hidup subur. tapi apabila biji benih itu dicampak ke tanah di tempat lain, ianya mati dan tidak tumbuh. adakah biji benih yang bagus bakanya itu yang bersalah atau tanah itu yang bersalah? sudah pasti tanah kan. demikian jugalah antara Al-Quran dan manusia. Al-Quran ibarat biji benih, manakala manusia ibarat tanah. Al-Quran memang sudah terbukti perfect, menjadi panduan hidup umat manusia dan kekal originality nya dari dulu hingga la sekarang. adakah Al-Quran yang bersalah jika ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada kehidupan manusia? sudah tentu tidak, kerana sudah tentu manusia itu yang salah kerana tidak menggunakannya dengan manfaat kan? maka inilah sebabnya interaksi Al-Quran ini penting bagi kita.
kisah Umar al-Faruq:
sebelum Umar menerima sinar islam, Umar merupakan salah seorang yang sangat2 memusuhi Rasulullah. hinggakan satu hari Umar dalam perjalanan ingin membunuh Nabi, Umar terjumpa dengan Sumayyah. ketika itu Sumayyah bertanyakan "Umar, ke mana engkau hendak pergi?". Umar mengatakan " Aku hendak mencari Rasulullah dan membunuhnya kerana agama yang dibawa Nabi semakin berleluasa". namun Sumayyah yang cerdik itu mengatakan "Adakah engkau tahu sedangkan adikmu sendiri telah memeluk agama islam." maka dengan rasa marahnya Umar menuju ke rumah adiknya Fatimah yang ketika itu sedang berkumpul dengan beberapa perempuan dan membaca surah Taha. Umar menampar pipi adiknya sehingga berdarah dan menyuruh Fatimah memberikan lembaran ayat surah Taha kepadanya. Fatimah menyuruh abangnya menyucikan diri dahulu dan barulah dia akan memberinya. Umar yang pada waktu itu antara salah seorang yang pandai membaca dan menulis sangat terkesan di hati apabila beliau membacakan ayat tersebut. kerana ayat tersebut bukan lah syair biasa yang selalu didengar. ia adalah kata-kata dari Yang Maha Pencipta. terjadinya kejadian itu, trus Umar diberi hidayah dan memeluk islam.
kisah Sa'ad bin Abi Waqqas:
Sa'ad relates:
“ When my mother heard the news of my Islam, she flew into a rage. She came up to me and said: "O Sa'ad! What is this religion that you have embraced which has taken you away from the religion of your mother and father...? By God, either you forsake your new religion or I would not eat or drink until I die. Your heart would be broken with grief for me and remorse would consume you on account of the deed, you have done and people would censure you forever more.' 'Don't do (such a thing), my mother,' I said, 'for I would not give up my religion for anything.' However, she went on with her threat... For days she neither ate nor drank. She became emaciated and weak."
"Hour after hour, I went to her asking whether I should bring her some food or something to drink but she persistently refused, insisting that she would neither eat nor drink until she died or I abandoned my religion. I said to her, 'Yaa Ummaah! In spite of my strong love for you, my love for Allah and His Messenger is indeed stronger. By Allah, if you had a thousand souls and each one depart one after another, I would not abandon this religion for anything.' When she saw that I was determined she relented unwillingly and ate and drank.
http://en.wikipedia.org/wiki/Saad_ibn_Abi_Waqqas
Saad bin Abi Waqqas merupakan anak kesayangan ibu dan ayahnya. ketika Saad mendapat sinar islam, ibunya mogok tidak mahu makan dan minum. setiap hari Saad memujuk ibunya supaya makan tetapi ibunya tetap enggan. Saad tetap dengan pendiriannya tidak akan sekali-kali meninggalkan agama yang benar ini. Saad juga mengatakan cinta dan sayangnya pada Allah dan Rasulullah lebih banyak berbanding sayangnya pada ibunya. Demi Allah, jika ibunya mempunyai 1000 nyawa dan nyawa itu dicabut satu demi satu di hadapannya, dia tidak akan sekali-kali meninggalkan agama islam. subhanallah, betapa Allah memberi kefahaman agama (faquhu) kepada Saad sehingga begitu sekali setianya pada agama Allah.
(jazakillah ummu for the great stories~)
jika sahabat2 terdahulu seperti Umar Al-Khattab, Abu Dzar dan Sa'ad Abi Waqqas boleh mendapat sinar islam hanya dengan mendengar dan mengetahui beberapa ayat Al-Quran. sangat terkesan di hati mereka walaupun ayat yang diturunkan itu pendek, simple dan sikit. diceritakan juga ketika Allah menurunkan ayat pengharaman arak, ketika itu Madinah dibanjiri dengan air arak kerana semua membuang dan memecahkan botol-botol arak yang ada. betapa tingginya iman dan taatnya mereka ketika itu kepada Allah. bagaimana pula dengan kita yang memang sudah mempunyai sebuah Al-Quran yang sempurna ini? sungguh jauh rasanya tahap iman diriku jika hendak dibandingkan dengan para sahabat.
terdapat 5 point penting di dalam topik Interaksi dengan Al-Quran ini. kualiti ilmu itu yang penting dan bukan kuantitinya. maka, malam ini kami hanya membincangkan satu point sahaja:
Point 1: UNTUK KITA -> untuk siapa Quran ini?
-> membaca orang punya dan kita punya (berbeza)
-> hadis surah Fatihah
-> bagaimana? dhamirnya
Al-Quran ini diturunkan sebenarnya adalah untuk kita. bukan untuk Nabi Muhammad sahaja. memang benar, pada ketika ayat-ayat itu diturunkan, ianya diturunkan kepada Nabi Muhammad. namun, jika dilihat dalam ayat-ayat Al-Quran, semuanya itu Allah ceritakan kepada kita direct. tidak ada pengantara. ianya adalah surat cinta dari Allah kepada kita. bukan kepada orang lain. Al-Quran banyak bercerita kepada kita kerana fitrah manusia sukakan cerita. jika siapa yang suka baca novel cinta, pasti akan merasa pelakonnya ialah kita. feeling habis. begitu juga bila membaca Al-Quran. kita perlu merasakan bahawa Allah sedang bercakap direct dengan kita. barulah ianya akan terkesan di hati seperti mana ianya terkesan kepada Nabi Muhammad dan para sahabat dan tabi'en. ada di dalam satu hadis mengatakan bahawa Allah membalas setiap bacaan setiap hamba-hambaNya. ini lah dia interaksi Allah dengan hambaNya. selain itu, jika dilihat dari segi dhamirnya (kata ganti diri) yang digunakan di dalam ayat Quran, banyak perkataan "kamu". maka ini menunjukkan interaksi antara Allah dengan kita. persoalannya sekarang, sejauh manakah ayat-ayat cinta Allah ini memberi kesan kepada hati kita?
Nabi sendiri telah diuji dengan ujian. ada satu ketika di mana wahyu tidak diturunkan buat beberapa lama. orang-orang kafir mula mengatakan kepada Nabi yang Allah tidak sayang lagi pada Nabi dan telah meninggalkan Nabi. Nabi ketika itu amat sedih dan teruji. Maka Allah menurunkan ayat dari Surah Dhuha bagi mengembalikan kegembiraan kepada kekasihNya. ayat itu sangat basah dan berkesan di hati Nabi.
Firman Allah:
Tuhanmu tidak meninggalkan engkau dan tidak pula membencimu.
(Ad-Dhuha 93:3)
lepas ni boleh disuggestkan agar Akademi Al-Quran menukarkan programnya kepada Akademi Tadabbur Al-Quran kerana matlamat kita ingin melahirkan generasi yang bukan sahaja boleh menghafaz dan melagukan Al-Quran bertarannum dengan sedapnya, malah yang lebih utama supaya dapat memahami dan menjiwai setiap bait kata-kata dari Allah itu. Allahu'alam.
selesai usrah, kami berta'aruf sedikit dengan Kak Liza. yang lepas biarkan yang lepas, yang penting kita sudah bertaubat dan berazam tidak akan melakukannya lagi kan. benar, kalau nak dilihat akan sifat jahiliyah diri ini pada satu ketika dulu, aduhai rasa tak sanggup ingin mengingatinya walaupun sedetik. Kak Liza beli tshirt 2 helai, sHi pun ikut beli gak 2 helai. hehehe...
jazakumullah khairan kathira buat antum (Ummu, Intan, Yuti, Kak Liza, Naimah)sekalian. perjuangan tidak boleh berseorangan, inilah dia kekuatan kami. USRAH. =D
* credits to kak liza yg mengedit gamba ni..sweeeeettttnyeee..=D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
syukran jazilan kak shi....
eh, syakila dh baca ye post ni? wa..awal pagi eh? hehe..
afwan syakila =)
tahniah sahabatku syi sayang. Benar kata-kata syi dalam post tu. dan itulah yang sebenarnya usaha kita tujuan utama kita dalam mengajak orang melibatkan diri dalam usrah. Tetapi ramai orang kabur penglihatannya sehingga tak dapat membezakan tujuan sebenarnya usrah tu. InsyaAllah Istiqamah yer. Biarpun kita berbeza usrah tetapi diba harap kita saling tampung menampung ye dan bukan saling membanding-banding InsyaAllah.
salam dibah, betul, insyaAllah walaupun kite berlainan usrah, matlamat kita sama kan? jazakillah. =)
syi nak tanya, siapa yang lukis kartun tu? lucu la
syi atau kak liza yang lukis?
ahaha..comel tul soklan dibah nie..
yg kak liza nye tu kak liza la yg lukis, yg shi nye tu shi la yg lukis..lucu eh? kitorg lukis time tgh ym sesame.hihi..
oooooo.... dalam erti kata lain.....
waah.. ada org baru ikut tarbiah ek? alhamdulillah~ syi ikut usrah kat ipba ke? hehe.. x sangka ipba ada usrah gak ek? :P
neway, baru dalili perasan, wishlist syi dah bertambah la~ hehe~
dibah:
dalam erti kata lain...??? pe dia eh cik dibah? huhu..
dalili:
iye kak, alhamdulillah..syukur Allah is the Best Planner. kitorg usrah ni tukar2 tempat, kdg2 wat kat 4th, kdg2 wat ipba. tp ipba mmg best. selesa sgt. suke g sana. hehe..
owh, makin bertambah kan wishlist shi ni. insyaAllah, moga Allah permudahkan supaya semua wish list ni dpt shi tunaikan dengan izinNya. ameen. =)
salam syi...thanks syi 4 d great boOk...best and sweet sgt cara dia...btul2 ikut sunnah kn...hehe...tp kne bace slow2 skt sbb bahasa indon...xcekap lg gune bahasa tu...huhu...=)
waalaikumussalam ya ukhti yuti,
afwan2..tu kire hadiah konvo la tu ye. sweet tul la hassan al banna kan. memang tringin andai pasangan kite jd ayah yg begitu. di dalam dan di luar rumah, dua2 balance. aa, shi pun kena slow baca, tak reti sgt bahasa indon ni..hehe =)
salam...
huhuhu cmmnt y dulu dah bbalas rupanya... so bjaya r aye send... huhuhu. tajuk ni mdpt smbutan nmpaknya
alhamdullilah
kliza
waalaikumussalam kak liza,
alhamdulillah, syukur ramai org bc. hehe..berjaya kak liza post comment. td baru ajar fizah. hihi..all the best tuk exam ni kak liza yg chomel!
salam..sekadar pembetulan..ayat pengharaman arak turun masa kat madinah. oleh itu madinah yg banjir dgn arak..bukan mekah.
anyway, good post. keep up the good work.wslm
to org uk:
wslm, jazakallah khairan kathira sbb betulkan. betul2, ayat tu turun di madinah..afwan,saya tersilap.. ni yg saya nak, andai saya tersilap cpt2 betulkan ye. Allahu'alam.
jazakallah again. salam ukhwah~
* ni asyraf nottingham ke?
kakak, ank dia pun mati, dlm perut ibunya.takpe, Allah dah tetapkan..huhu.jemput ke DZ lagi, kami menanti with more great stories..sharing is caring =)
salam ummu yg comel,
yeke? takpe2, Allah akan bg yg lebih baik ye. insyaAllah, akak sentiasa rindu nk ke DZ lagi tau. sana sgt best, akak juga menanti great story telling from all of you insyaAllah.
jazakillah ummu..=D
* hey, hows ur exam?
Salam ya muslim..
Ayat Al-Quran indah, dan bertambah molek dengan lagunya..
mari sama2 kita pelajarinya..saya ada sediakan ruang untuk belajar bertarannum, senang2 mampirlah ke sini..
>>Klik sini <<
wassalam..
Post a Comment