Friday, October 24, 2008
hikmah di sebalik setiap kejadian
hari ni hari terakhir kelas tuk semester 1. kejap jee.. lepas kelas, trus ku ke masjid jamek mengambil stok business. sampai saje stesen Universiti, terus dapatkan cab tuk balik kolej. terserempak dengan Kak Liza (junior ku tapi kakak..huhu). masing2 menuju ke destinasi yang sama. ku ajak sekali naik cab. seperti hari Jumaat yang lain, di depan Masjid Ar-Rahman akan sentiasa penuh dengan kereta di kiri kanan jalan. hari Jumaat barulah kita dapat melihat betapa ramainya umat islam di Malaysia ni. bangga rasanya hatiku menjadi umat islam. sampai tak cukup tempat, atas rumput luar masjid pun boleh solat lagi. tapi kecewanya apabila kenapa mesti hari Jumaat sahaja yang penuh sesak masjid? hari2 lain n waktu2 lain bagaimana? masjid hanya diimarahkan tuk solat Jumaat dan solat terawih. masjid menjadi sunyi, hanye segelintir yang tinggal dan tetap setia bersama masjid ketika hari2 lain. sdih...
baru nak masuk jalan ke gate UM, jem, sume kereta tak bergerak langsung. rupanya ada orang yang park kereta di kiri kanan jalan menyebabkan ada sebuah lori panjang tak boleh nk jalan, nk pusing balik pun tak boleh. kami buat keputusan, turun dari situ dan berjalan menuju ke 4th. perjalanan nk balik ke kolej 4 dari gate UM memang jauh. perlu lalu fac undang2, lalu tasik, cross padang, lalu library, lalu fac sastera dll. sedang kami berjalan, kami bersembang dan memberi semangat antara satu sama lain. cerita tentang bagaimana ingin berdakwah dengan roommates dan tentang program di dewan santapan semalam. kongsi juga pengalaman dan mcm2 lagi topik. sedar tak sedar dah sampai ke fac sastera. ku menemani kak liza ambik duit di BSN. sedang menunggu, terjumpa dengan Kak Dayang. eh shi, g mane? pe lagi trus la ku promote (dgn kata lain berdakwah) kepadanya. trus ku tunjukkan tafsir dan novel2 islamic yang ku beli td. Kak Dayang trus berkenan dan ambik 2 buah tafsir dan 1 novel aac. alhamdulillah, trus ku senyum pada Kak Liza..
ni la hikmahnya kita berjalan jauh dengan bwk barang berat2..dengan hujan rintik2, rupanya Allah nak bagi lebih baik dari tu rupanya. hepi sgt rasa. bermula dari terjumpa Kak Liza di bus stop, kemudian berjalan bersama menuju ke 4th, berjumpa dengan Kak Dayang dan berjaya mengajak Kak Liza join usrahku malam ini. bukan kerana business ku makin laris, ye, memang tu salah satunya tapi yang paling penting, ku dapat menjalankan Syahadatul Haq ku. dakwah akan sentiasa berjalan walau bagaimana sekalipun. tringat kisah As-Syahid Sayyid Qutb, walaupun duduk di dalam penjara, dakwah tetap diteruskan malah makin mantap dan beliau berjaya menghasilkan tafsir Fi Zilalil Quran ketika menghadapi penyeksaan yang teruk di dalam penjara. Sayyid Qutb mati syahid di tali gantung pada 29 Ogos 1966 kerana didapati bersalah atas tuduhan yang ternyata dusta.
fa inna ma'al 'usri yusra, inna ma'al 'usri yusra...setiap kesusahan ada kemudahan, its proven, alhamdulillah. Praise be to Allah The Most Merciful. Kak liza, jumpa petang karang k, kite g IPBA sama2. moga malam ini kita dapat sesuatu bermanfaat bukan setakat untuk diri kite sendiri malah untuk semua umat islam insyaAllah =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam
alhamdulillah seronok rasanya hari ini
kliza
waalaikumussalam kak liza,
alhamdulillah, Allah dh plan cantik sgt. dari kite stat jmpa kat stesen U sbb bas UM dh terlepas, then kite naik cab sama, then jalan jem, kita jalan plak sama2..sume tu Allah dh plan baik punye. Allah is the best Planner. subhanallah~
moga kita istiqamah di jalan ini. =)
Post a Comment