Sunday, March 1, 2009

mencari mardhotillah, niat yang satu

Date: 26 February 2009 (Thursday)

"Dunia ini ibarat lautan dalam, banyak manusia karam, jika ingin selamat, naikilah bahtera bernama taqwa, isikanlah ia dengan iman dan layarilah ia dengan tawakkal" - pesanan Luqmanul Hakim

dengan menaiki kereta, kami (Ukhti D, A, KA dan saya) berjaulah ke Masjid Jamek. saya ingin memperkenalkan kepada mereka dengan Kak Silfi, tuan punya FIB di mana kedai yang sering saya ambil stok terjemahan Quran dan buku untuk berniaga. terkesima diorg semua bila ke kedai Kak Silfi. banyak sangat buku2 agama yang menarik perhatian mereka. agak lama kami di sana. nampaknya tiada rezki D untuk memiliki terjemahan warna pink. 4 buah kedai kami masuk semuanya tiada warna pink. takpe2..tunggu stok tiba ye D. sempat saya membeli 2 buah buku yang dah lama saya idamkan. iaitu bertajuk Sultan Muhammad Al Fateh , penakluk Konstantinopel dan Salahudin Ayubi penakluk Jerusalem. on d way pergi, saya menceritakan serba sedikit tentang introduction ISK kepada anak2 usrah saya ini. saya katakan pada mereka, saya tidak sabar untuk mendapat sebuah kereta untuk dijadikan sebagai kuda dakwah (KD). trus A letak nama kete D sebagai KD bernama Buraq. wah, sesuai la plak dengan kete comel warna biru tuu..hee. sebelum ke destinasi masing2, (saya balik ke kolej, KA dan A ke kelas dan D ke interview Ernst & Young), kami lunch bersama di kolej 12. jazakumullah pada antunna =)

* alhamdulillah, gud news D trus dilamar oleh E&Y untuk kerja di bawah mereka bulan Jun ni. wah, b4 konvo lagi dh ada keje. murah rezeki awak. barakallahufik. diam2 dalam hati saya mengatakan D salah seorang yang sangat2 berguna buat islam. LOGAM ISLAM.

- peribadinya yang baik, lembut, suka tlg org, pandai memasak dan menjahit
- sejak form 2 lagi saya sekelas dengan D, mmg dia sgt pandai, (best Malay student Fakulti Akaun di UM)
- bijak dalam penulisan, masih ingat lagi, ketika kami form 3, D masuk pertandingan menulis skrip di Radio Era dan menang Rm10 ribu cash, siap belanja kami satu kelas makan sate Kajang) dan latest, mendapat kereta biru comel yang kami panggilnya Buraq kerana menang grand prize dalam pertandingan menulis slogan merdeka tahun lepas anjuran UM.

masih saya ingat kenangan kami di SMK SAAS dulu, hampir 3 tahun sekelas dengan D, join Puteri Islam sama2. berpisah selepas masing2 ke MRSM di berlainan tempat dan akhirnya ditemukan di UM semula. namun, sejak first year sekali saja kami pernah bertemu kerana kolej kami jauh. namun tanpa disangka2, Allah Maha Perancang, melalui A, kami ditemukan semula di dalam jalan dakwah ini. sering saya ingatkan kepada anak2 usrah saya, kita haruslah cari dan gali keistimewan yang kita ada. jika dulu kita gunakan dengan tanpa tujuan namun kini kita gunakan sepenuhnya untuk Islam! sekarang dan seterusnya insyaAllah, setiap minggu kami akan berjumpa dengan niat yang satu, mencari mardhotillah....


No comments: