Date: 19 February 2009 (Thursday)
Seerah: Kisah si kafir buta
Semasa Rasulullah hidup, setiap hari baginda pernah menyuap seorang kafir yang buta ini. Si kafir buta ini sering mencaci dan menghina Nabi Allah ini ketika Nabi menyuapkan makanan untuknya. Namun si kafir buta ini tidak pernah tahu orang yang dicacinya dan dimakinya adalah Rasulullah S.A.W itu sendiri. Selepas wafatnye Rasulullah, Abu Bakar telah menggantikan tempat Rasulullah untuk menyuap si kafir buta ini. Si kafir buta ini dapat merasakan perbezaan orang yang menyuapnya dahulu dengan orang yang menyuapkannya sekarang. lalu si kafir buta tidak mahu makan dan mengatakan bahawa orang itu bukan lah orang yang sama menyuapnya. Lalu Abu Bakar berterus terang mengatakan orang yang menyuapnya selama ini ialah Rasulullah S.A.W dan telah pun meninggalkan mereka buat selama-lamanya. lalu menangis dan menyesallah si kafir buta ini atas tindakan dan perlakuan yang pernah dia lakukan...
Firman Allah:
Maka dengan sebab rahmat dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka , dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka, dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (Ali Imran, 3:159)
MasyaAllah.. Subhanallah... Nabi lah sebaik2 sesempurna manusia...siapa yang mampu menandingi baginda....terharu dan sedih saya apabila mendengar Ukhti L bercerita kisah ini. Nabi punya akhlak yang baik..reflect diri kita, percayalah jika kita tiada akhlak yang baik, maka tiada orang yang akan mengikuti kita.
Firman Allah:
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan menyucikan (jiwa) mereka, serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Ali Imran, 3:164)
3 point penting:
1) Baca
2) Sucikan jiwa
3) Ajar
Nabi S.A.W lakukan ketiga2 ini sebaik selepas baginda mendapat wahyu dari Allah S.W.T. baginda bukan hanya ingin menyampaikan ayat-ayat Allah itu semata2, maka ianya bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesan yang mendalam kepada orang-orang yang mendengarnya. apabila ianya relate dengan life kita lalui, sudah pasti ianya akan menjadi seperti analogi kapas basah bukan?
Mari melihat Hadis 4 dalam Hadis Arbain Imam Nawawi:
"Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan ciptaannya dalam rahim ibunya, selama empat puluh hari berupa nutfah (air mani yang kental), lalu menjadi alaqah (segumpal darah) selama itu pula, lalu menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu pula, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan mencatat 4 hal yang telah ditentukan iaitu rezki, ajal, amal dan sengsara/bahagianya.
(Maksud Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
lihat hadis Nabi di atas... Allah sudahpun tetapkan qada' dan qadar kita di Luh Mahfuz. takdir kita telah pun ditentukan sejak awal lagi, sejak roh kita ditiupkan lagi. 4 hal yang telah pun ditentukan ialah:
1) rezeki termasuk kejayaan dan jodoh
2) ajal
3) amal
4) bahagia/sengsara hidupnya
jadi untuk apa kita susah payah nak wat amal sume??? akan ada persoalan "Kalo mcm tu, takyahla wat baik, sume dh ditetapkan daa"... ataupun bagi orang kafir mereka akan mempersoalkan bahawa Allah itu tidak adil, orang Islam akan konfem masuk syurga akhirnya dan mereka akan konfem masuk neraka. tidak..Allah Maha Adil. nape saya cakap Allah Maha Adil? bagi menyangkal soalan orang-orang kafir, kita boleh menjawab, tidak semestinya mereka yang kafir itu akan masuk neraka, kerana takdir Allah mungkin telah tetapkan bahawa akan ada orang kafir yang diberi hidayah olehNya.
hurm..kalo gtu, penat2 je kita blaja sungguh2, kan sume kejayaan dan kegagalan dah Allah tetapkan??? ooo..pun tidak..tak sia2 sebenarnya. perasan atau tidak, usaha yang kita lakukan itu ialah merupakan satu peluang dan batu loncatan buat kita untuk mendapat saham pahala yang lebih. betapa baiknye lah Allah pada kita! afala tasykurun??? (tidakkah kamu ingin mensyukurinya?) bak kata kawan saya dulu, "effort counts, not the hasil"... resultnye, biarlah Allah tentukan walaupun baik atau sebaliknya. kerana...bacalah ayat faveret saya ini! (opps..baca dan hayati ye, barulah hati anda akan menjadi seperti kapas basah yang mudah melekat) =)
Firman Allah:
...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah, 2:216)
pernah tak anda terasa anda seperti orang asing di dunia sendiri? pergi mane2 orang pandang kita seolah2 kita wat bnda mungkar. manalah ada org nak respek sgt kita ni, dengan baju tudung labuh2, pakai stokin, warna baju takdelah striking2 sgt, memang tak menarik perhatian org langsung! org pandang kita aneh je kan. pelik semacam je tambah2 kalo ke Mid Val ke KLCC ke kan? haa..patutnye kite takleh rasa malu dan segan. sbb kite ni sama mcm Islam itu sendiri! di dalam muqaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran yang dikarang oleh As Syahid Syed Qutb, ada ditulis hadis ini sebagai penutup beliau di dalam muqadimmahnya:
"Islam bermula dengan keadaan tersisih/asing dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya. Justeru itu, syurgalah balasannya kepada orang-orang yang tersisih." (Maksud Hadith Riwayat Muslim)
beruntunglah kita menjadi ghuroba' (orang asing) kerana balasannya ialah??? :: S Y U R G A ::
No comments:
Post a Comment