Wednesday, April 29, 2009

2 ingat 2 lupa


masih saya ingat akan pesanan dari ayah tersayang pada satu masa dulu,

ingat apa yang orang BUAT BAIK pada kita,
jangan ingat apa yang orang BUAT JAHAT pada kita


ingat apa kita BUAT JAHAT pada orang,
jangan ingat apa yang kita BUAT BAIK pada orang



ringkas tapi mendalam maksudnya...seringkali kita ingat perkara yang sebaliknya bukan? mari sama2 muhasabah diri.

Tuesday, April 28, 2009

yang bertemu akan berpisah

hampir seminggu saja lagi saya akan meninggalkan UM for good. final paper saya hari sabtu ini. kemudian bermulalah kehidupan saya sebagai cikgu praktikal di sebuah sekolah di PJ. bermakna saya akan meninggalkan segala kenangan saya di UM, di 4th college dan rumates yang paling saya sayangi.

berikut merupakan antara barang yang amat saya sayangi dan temani saya selama 4 tahun di UM:

:: cadar+selimut+bantal ::

:: carpet mak ::

:: bingkai kayu 4 Qul ::

:: cermin ::

:: fail simpan nota ::

:: laptop + pendrive + scientific calculator ::

:: tak lain tak bukan, teman kala hujan dan terik, payung pink saya ::

pejam celik pejam celik..sudah tiba masanya saya berangkat keluar. syukur pada Allah, masih sayangkan saya, masih berikan saya peluang untuk mendapat tarbiyyah sebelum mengucapkan sayonara. jika tidak..tiada apa yang akan ditinggalkan melainkan memori sama seperti orang2 biasa di luar sana. (jika diimbau kembali kenangan waktu 1st year, 2nd dan 3rd year...aduhai...jahilnye saya waktu itu. Astaghfirullahal'azim.)

kini saya meninggalkan logam2, aset penting Islam iaitu usrahmates saya yang masih punya saki baki di sini serta anak2 usrah kecintaan saya untuk melebarkan lagi sayap dakwah di UM. mulanya hanya dengan naqibah saya seorang, bertambah menjadi 3 orang termasuk saya.. kemudian bertambah hingga group usrah saya menjadi 9 orang. setelah saya ditarbiyyah .. saya diberi amanah oleh Allah untuk mentarbiyyah pula. maka dengan perancangan Allah Yang Maha Hebat, terbentuklah 2 usrah di bawah saya berjumlah 13 orang.

buat anak2 usrahku:

jangan lemah, jangan bersedih. (3:139) perginya akak dari UM, tidak semestinya perjuangan kita, usrah kita, ukhwah kita berhenti stakat ini saje. ianya akan tetap berterusan. sedangkan wafatnya Nabi tidak bererti Islam sudah tiada. 4 khalifah mulia itulah yang menggantikan tempat Nabi. takpe, akak akan kembali semula ke sini. dengan semangat yang bertambah berkobar2. kan kite nk jd mcm hero kite, Muhammad Al Fateh. umur 24 tahun dah dpt takluk Konstantinopel. peranan kita cmne lak? tawan dan takluklah UM! ingat lagi analogi telur? kuning telur ibarat matlamat kite --> menuju keredhaan Allah (abid dan khalifah). putih telur ibarat alat2 kite untuk capai matlamat kan? apa yang akak terima, akak memberi.. moga2 apa yang akak beri, antunna semua akan berikan pada orang2 lain. biarkan mereka juga tahu betapa bahagianya apabila berada dalam sinar cahaya yang terang benderang! ingat lagi kite tadabbur surah besi?

Firman Allah:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan berimanlah kepada RasulNya, nescaya Allah memberikan rahmatNya kepadamu 2 bahagian, dan menjadikan cahaya untukmu yang dengan cahaya itu kamu dapat berjalan serta Dia mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(Al-Hadid 57:28)



buat usrahmates ku:

truskan perjuangan antunna! antunna sgt2 diperlukan di sini. ya! di 4th dan di UM. walaupun jauh di mata..namun kalian tetap di hati dan di dalam doa ana. afwan kathira atas segala kekurangan kelemahan ana. jazakunallah khayran kathira. budi antunna hanya Allah membalasnye sebagai saham2 pahala di akhirat kelak insyaAllah. Allah akan campakkan ana mungkin di tempat lain supaya kita masing2 dapat laksanakan SH. walau di mana kite berada, kita masih lagi di bawah perhatianNya. kita masih di bawah jagaan dan lindunganNya. (fasiirul fil ardh..berjalanlah kamu ke segenap penjuru bumi...3:137)

Firman Allah:
dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka... (Al Anfal 8:63)



Sunday, April 26, 2009

mari beriman sejenak

Tarikh: 14-15 Mac 2009 (Sabtu & Ahad)

ada gap seminggu untuk ke final exam seterusnya. boleh lah saya update blog saya. daurah KAL kali ini dibuat di satu masjid yang kali kedua saya pergi. juga dengan program yang sama iaitu Syahadatul Haq (SH). dan juga presenter yang sama. best2. lagi byk input yang saya dapat kali ini. jika dulu, saya seorang tanpa usrahmates, kali ini semuanya pergi untuk sama2 beriman sejenak di hari minggu.

alhamdulillah, Allah menarik2 hati2 kita untuk ke sini. mari kita banyak2 beristighfar dan mengucapkan hamdalah atas nikmat Allah ini. daurah dimulakan dengan 3 ayat dari Al Quran (11:15, 42:20 dan 4:114). mari lihat perkaitan antara 3 ayat ini. =)

Firman Allah:
Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. (Hud 11:15)

--> ayat atas ini menunjukkan Allah akan bagi apa yang kita mahu di dunia termasuklah orang kafir kerana di atas usaha kita yang menginginkan sesuatu benda itu. Allah tidak akan merugikan sesiapa pun.

Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat. (As-Syura 42:20)

--> ayat ini pula Allah kata jika kita nak akhirat, Allah akan tambahkan untung. namun jika nak dunia sahaja, kita tidak akan dapat nikmat di kerajaan akhirat kelak.

...Barang siapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberinya pahala yang besar. (An Nisa' 4:114)

--> dan ayat terakhir ini Allah kata siapa yang buat segalanya semata2 nak cari redha Allah, Allah akan baginya pahala yang besar.

jadi marilah berjual beli dengan Allah! untung yang sangat2 besar.


:: Recap trademark kite, ISK ::

seperti biasa, recall Ini Sejarah Kita (ISK) sebelum start. izinkan saya mengulang semula serba sedikit tentang ISK. klik sini untuk huraian ISK yang detail. dalam graf di atas ada 7 fasa kan. apa yang significant di setiap fasa ini? mari kita lihat.

Fasa 1: Mekah

AQIDAH - Rasulullah S.A.W menekankan tentang aqidah iaitu menegakkan kalimah La Iahaillallah Muhammadur Rasulullah.
- Wahyu diturunkan berkaitan aqidah
- Pada zaman ini, orang Arab sudah pun mengenali Allah, buktinya ialah ayah Rasulullah ialah Abdullah kan? maksudnya Hamba Allah.
- hanya 313 orang yang beriman di Mekah. (Analogi Nila) --> Mereka ini seperti nila. nila letak setitik di dalam baldi, terus biru semua airnya. begitu juga dengan 313 yang hardcore imannya ini.
- contohnya sahabat Nabi iaitu Abu Dzar Al Ghifari. kerana beliau seorang, satu kampungnya masuk Islam.

Fasa 2: Madinah

HIJRAH - seramai 313 orang mengikut Rasulullah berhijrah ke Madinah.
- Rasulullah membina masjid pertama iaitu Masjid Quba'.
- Kaum Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj didamaikan.
- Islam sudah ada negara/daulah sendiri, piagam mengikut undang2 Islam
- Wahyu diturunkan berkaitan ayat2 hukum
- ketika Pembukaan Mekah (Fathul Makkah), seramai 124,000 orang masuk Islam. jumlah yang sangat mendadak berbanding 313 orang dulu. berapa kali ganda tuu? kerana waktu itu, orang sudah nampak cara hidup Islam, Islam sudah ada negara sendiri. (Analogi Sabun Breeze)
- Allah berikan Madinah sebagai hadiah buat Rasulullah selepas Tahun Kedukaan (Saidatina Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia)

Fasa 3: Khulafa' Ar Rasyidin

Saidina Abu Bakar
DALAMAN - Abu Bakar kukuhkan dalaman negara dulu, hapuskan Nabi palsu dan golongan murtad. (ibarat menebas lalang2)

Saidina Umar Al Faruq
PERLUASAN KUASA - meluaskan kuasa, menubuhkan Baitul Mal dan mengumpulkan Al Quran

Saidina Uthman
BUKU AL QURAN - 9 thn dipanggil Zaman Tenang, 3 thn dipanggil Zaman Bergolak
- membukukan Al Quran

Saidina Ali Karamallahu Wajhah
PERPECAHAN UMAT ISLAM

Fasa 4: Umayyah

PERLUASAN KUASA -> Utbah bin Nafiq - tak boleh nampak satu pun tempat yang tidak kenal Islam. sebabkan kawasan dipisahkan dengan laut, maka kudanya tidak dapat pergi ke sana. jika tidak, nescaya beliau akan luaskan kuasa
-> Tariq bin Ziyad - buka Andalusia
- membakar kapal untuk membangkitkan semangat jihad. depan musuh, belakang lautan, there is no turning back!

Fasa 5: Abbasiyah 1

PERLUASAN ILMU - ambil ilmu yang ada di negara2 yang ditakluk namun ditapis mengikut cara Islam.
- dikenali sebagai "The Golden Age of Islam" di mana Islam memayungi 2/3 dunia! MasyaAllah!
- antara buktinya orang mendongak dan menjadikan Islam menjadi ikutan (world order) ialah pakaian rasmi untuk konvokesyen sampai sekarang masih lagi jubah.
- Hero kita: Salahuddin Al Ayyubi menawan Baitul Maqdis

Fasa 6: Abbasiyah II

UMAT ISLAM MULA LEKA, KEJATUHAN YANG MEMALUKAN DAN MEMBERI KESEDARAN - Serangan dari Timur (Serangan Monggol yang tak bertamadun boleh mengalahkan Islam yang bertamadun! seolah2 orang Asli yang boleh mengalahkan US sekarang)
- Serangan dari Barat ( Perang Salib)
- disebabkan sudah lama tidak berperang, jadi masing2 dah lupa bagaimana nak berperang.
- matlamat sebenar makin lama makin dilupai (Analogi Telur - telur kuning makin kecik, telur putih yang bertambah2 besarnya)

Fasa 7: Turki Uthmaniyyah

- Muncul hero Islam lagi: Muhammad Al Fateh yang menakluk Konstantinople (Istanbul)

1924 - Tahun keramat sistem Khalifah dihapuskan! sudah 85 tahun hilang dari kita. Yusuf Qardhawi mengatakan kita semua berdosa dan masih lagi berdosa selama 85 tahun ini kerana tidak menegakkan sistem Khalifah itu semula. Ya Allah, jangan timpakan azab kepada kami kerana kami sedang berusaha ke arah itu...
- apa pentingnya sistem Khalifah ini? tiada khalifah umpama anak ayam yang kehilangan ibunya. tiada khalifah bermaksud tiada tunjuk ajar dan pemimpin lagi untuk dirujuk.

2009 (Sekarang): kita ada dakwah, tiada daulah dan tiada tamadun, sama fasa seperti di zaman Mekah.

mengikut graf, kenaikan Islam diperlukan selama hampir 600 tahun, kejatuhannya juga hampir 600 tahun. maka boleh dianggarkan bahawa masa untuk tamadun naik semula juga lebih kurang 600 tahun. sekarang kita tahu US berada di puncak dan dapat dilihat world order ini makin lama makin jatuh dari segi ekonominya, akhlaknya dan sosialnya. mereka sekarang berada di bibit2 kehancuran sudah. jadi tamadun apa yang akan menggantikan mereka? Tamadun China? Tamadun Jepun? atau Tamadun Islam?


:: lunch bersame ::

selepas makan tengahari, masa untuk Set Kompas. mari lihat 61:10-14

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya yang setia itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
(As-Saff 10-14)

di dalam ayat ini, Allah berikan kita jual beli (bisnes) yang menguntungkan. Jika kita amik jual beli ini, maka langsailah hutang2 dosa kita. Orang Islam zaman dulu, tak nampak pun Islam itu akan berada di puncak tertinggi, namun semangat jihadnya berkobar2. Tapi kita? kita sudah lihat puncak kegemilangannya. sudah juga lihat kejatuhan merudumnya. apa yang perlu kita lakukan? Tujuan untuk recap ISK bukan semata2 untuk tunjukkan sejarah Islam itu, tapi supaya kita dapat memenangkan Islam itu semula.

Man Ansorullah? Nahnu Ansorullah! Siapa penolong agama Allah? Kami penolong agama Allah ! (huu..semangat jihad kena ada! )

:: switch task ::

Satu tugasan diberikan untuk setiap kumpulan berkaitan method dakwah iaitu Switch Task. kami perlu menukarkan tokoh2 berikut dan zamannya. setiap tokoh di setiap fasa semuanya melakukan dakwah tapi dengan method yang berbeza. betul tak? setelah di switch, kami masing2 perlu memikirkan method setiap tokoh ini bila mereka ke zaman yang bukan di zaman mereka pada asalnya. lihat gambar di atas.

Tokoh: Sumayyah
Fasa Sebenar: Mekah
Fasa yang di switch: Umayyah

Tokoh: Khalid Al Walid
Fasa Sebenar: Umayyah
Fasa yang di switch: Abasiyyah

Tokoh: Imam Syafie
Fasa Sebenar: Abasiyyah
Fasa yang diswitch: Mekah

soalan yang diberikan ialah tokoh dan method di fasa yang manakah yang paling applicable tuk digunakan zaman sekarang?

Jika pilih Khalid Al Walid dan methodnya iaitu melalui peperangan, ianya kurang sesuai di zaman sekarang.

Jika pilih Imam Syafie dan methodnya iaitu melalui penyebaran ilmu, juga kurang sesuai di zaman sekarang. kerana lihatlah, sudah banyak ilmu fiqh sekarang sampai tak terbaca.

Namun jika kita pilih Sumayyah dan methodnya iaitu kefahaman Islam yang paling sesuai. kerana kefahaman dari hati tentang Islam yang paling penting kerana fasa kita sekarang sama seperti di fasa Mekah.

kesimpulannya, tidak dinafikan semua method ini amat penting namun yang paling utama ialah tentang AQIDAH itu sendiri.

:: ummatan wasato (2:143) ::

SH dimulakan dengan mengenali serba sedikit tentang pengarangnya iaitu Syeikh Abul A'la Al Maududi. salah satu cara untuk kita memahami dengan cepat dalam membaca ialah dengan mengenal authornya. boleh klik di sini untuk lihat post SH tujuh bulan yang lepas untuk lebih detail.

Firman Allah:
Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu "umat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu... (Baqarah 2:143)

alhamdulillah, sudah hafal ayat Quran ini. kita sebagai umat pertengahan (ummatan wasato) iaitu kita jadi saksi atas perbuatan org lain dan Rasul jadi saksi atas perbuatan kita.

RASUL --> KITA --> MANUSIA LAIN

tanggungjawab SH ini sangat besar terutama kepada orang yang mendengarnya. jadi bolehlah kita lakukan mengikut capacity yang kita ada. moga kita dapat kekuatan untuk laksanakan SH ini dengan melakukan discussion dengan kawan sefikrah kita. mari laksanakan SH dengan sekreatif yang boleh!


:: jalan-jalan sambil main game taaruf ::

:: game, steps untuk jalankan SH ::

pagi Ahad yang indah, kami menikmati suasana di luar masjid, bertaaruf sambil bertawaf mengelilingi masjid.naik semula ke dalam dewan, games sudah menanti. kami diberi 6 gambar seperti di atas. (1. Quran, 2. Akal, 3. Ilmu, 4. Tractor, 5. Jamaah, 6. Ustazdiatul Alam) yang kami harus susun mengikut priority. Gambar 1, 2 dan 3 sebenarnya merupakan modal yang Allah beri untuk kita. Gambar 4 dan 5 ialah tindakan yang perlu kita lakukan. Gambar 6 pula merupakan hasil apa yang kita dapat iaitu keuntungan selepas berjual beli dengan Allah.

moga Allah berikan kesempatan untuk kita semua bertemu lagi di daurah bulan hadapan insyaAllah. =)


Sunday, April 19, 2009

Kuliah Hadis di 4th


Tarikh: 20 Januari 2009 (Selasa malam)
Tempat: Kuliah Hadis oleh Ustaz Yazid di surau 4th college

Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: Setiap Nabi diberi tanda sebagai bukti kenabian mereka, aku diberi wahyu yakni Al Quran, oleh itu aku harap akulah yang mempunyai umat yang paling ramai.

10 perkara yang dilarang agama, pesanan Nabi S.A.W yang harus kita ingat:

1) Orang yang berdoa untuk dirinya sahaja tapi tidak mendoakan kepada kedua ibu bapanya.
- rezeki yang diterima tidak berkat, umur yang pendek dan hidup yang tiada ketenteraman.

2) Orang yang pandai membaca Al Quran tapi tidak membacanya
- namun jika ianya digantikan dengan mendengar majlis2 ilmu insyaAllah akan diberi pahala seperti membaca Al-Quran juga

3) Orang yang masuk ke dalam masjid tetapi tidak lakukan penghormatan dengan mendirikan solat Tahiyatul Masjid

4) Orang yang melalui kawasan perkuburan tetapi tidak memberi salam "Assalamualaikum ya Ahlil Kubur"

5) Orang yang meninggalkan solat Jumaat ketika bermusafir sedangkan ada masjid ketika perjalanannya itu

6) Orang yang berziarah pada seorang yang a'lim tetapi tidak menanya 1 bab ilmu daripadanya

7) Orang yang jumpa seseorang dan berbual mesra dengannya tetapi tidak menanyakan akan namanya

8) Orang yang menerima jemputan dari saudaranya tetapi enggan hadir

9) * saya terlupa, afwan

10) Orang yang kenyang sedangkan jirannya sedang kelaparan

Moga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama. Allahua'lam.

Friday, April 17, 2009

Bicara Agama


Palestin di ambang bahaya

originated from : Utusan Malaysia Online

Nun dari kejauhan, kelihatan tompokan awan kelabu, menyelimut kemas Bandar Gaza. Kami terpinga, lalu terpacul soalan kepada Adnan, si pemandu teksi: "Itulah asap peninggalan dari bom Yahudi..." jawabnya bingkas. Kata-katanya itu membangkit kegusaran. Soalan demi soalan menerjah masuk ke kotak fikiran.

Bahaya masih ada

Awan kelabu itu, apakah sisa-sisa bom kimia? Bom Dime yang mampu menyelinap masuk dalam setiap urat nadi dan menyebabkan pendarahan tidak henti-henti dengan kecanggihan teknologi nanonya itu, masihkah ada sisanya di sana?

Bom sepanjang dua meter, berdinding besi setebal 10 milimeter dan seberat satu tan itu, pastikah tiada yang masih menyala? Sisa bahan radioaktif pembawa kanser untuk satu jangka masa yang lama, pastikah tiada di sana?

Adakah sudah tidak ada lagi ancaman dari Helikopter Apache yang berlegar-legar di udara dengan mesingan beratnya, atau pesawat tanpa pemandu yang mampu mengenal pasti longitud dan latitud sasaran dengan tepat? Dan..bom Fosforus putih buatan Amerika yang amat gemar meratah daging lembut anak-anak kecil yang belum mengenal erti dunia. Sudahkah terpadam semuanya? Tiada siapapun yang mampu memberi jawapan yang benar-benar pasti.

Riehan thoyibah

Pemandangan dahsyat di sana sini, mengalih perhatian kami dari kegusaran dek awan-awan hitam tadi. Malam pertama di bumi Gaza itu, angin bertiup begitu kencang.

Tiga sahabat dalam kamar kecil di Gaza International Hotel itu, telah lama dibalut mimpi. Perjalanan siang sungguh memenatkan. Tekanan perasaan, gelodak jiwa dan mainan minda membuatkan diri lemah lesu tidak bermaya. Sesekali deruan angin menghasilkan siulan demi siulan. Atap zink di rumah berdekatan berkeriut riuh rendah, hingga barisan gigi atas terasa ngilu.

Angin kencang tidak mampu mengejut mereka dari tidur yang sungguh lena. Adakah ini angin rahmat yang menghalau setiap zarah debu-debu beracun yang membentuk awan hitam tadi, atau angin azab yang bakal membadai petualang yang bejat dan zalim itu? Walau apapun, pasti ia angin rahmat. "Ya Allah, kurniakanlah bumi ini riehan thoiyibah (angin rahmat) yang sesuai dengan Samudera Ilmu-Mu yang Maha Luas itu..."

Petikan munajat dari kitab Sheikh Abul Hasan as-Shazili selepas solat tadi seakan terngiang-ngiang kembali... Dan angin semakin kencang..Tentera Allah? Tentera-Nya di mana-mana. Angin, udara, pasir, tanah, air dan api, semuanya patuh kepada kehendak dan perintah-Nya jua.

"Bawakan Rahmat atas umat ini. Nyahkan petaka dari bumi teraniaya ini. Ayuh! Jalankanlah tugasmu, duhai riehan thoyyibah!" Akhirnya, doa dan munajatpun menyatu, berarak pergi bersama angin lalu, bersama detik-detik malam yang penuh rindu.

Rupa Bani Israel

Ini bukan kali pertama berhadapan dengan Yahudi. Tahun lalu, sekumpulan Rabbi berpakaian jaket, seluar dan toga hitam, berbaris melintasi kami semasa transit di Lapangan Terbang Kaherah.

Semasa menziarah Masjid al-Aqsha as-Syarif tahun 1997, seluruh badan diperiksa dengan teliti, selama dua jam sebelum dibenar masuk ke al-Quds melalui Israel.

Pegawai mereka muda belaka. Tubuh mereka tidak sasa. Hanya biasa-biasa. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sederhana, seakan-akan perawakan bangsa Melayu juga. Rangka badan agak lonjong dan kecil. Tidak agam seperti kebiasaan orang Arab.

Kulit mereka putih mulus, kemerah-merahan. Kadang-kadang, sedikit kekuningan. Rambut dan kening mereka hitam, hidung panjang dan mancung.

Namun, ada juga yang berambut keemasan. Bagi yang lebih dewasa, fizikal berubah menjadi lebih bundar. Tidak hairanlah, bukankah mereka cucu cicit Nabi Allah Yusuf yang rupawan itu? Dunia Hollywood tidak pernah sunyi daripada artis berketurunan yahudi.

Bagi peminat dunia hiburan, pasti mereka mengenali Adam Sandler, Nicholas Cage, Elizabeth Taylor, Barbara Streisand dan lain-lain. Siapa tahu, antara idola yang dipuja, rupa-rupanya seorang Yahudi!

Arab dan Israel cucu Ibrahim?

Dahulu mana ada bangsa bernama Israel. Bangsa Arab mahupun Yahudi, keduanya berasal usul daripada zuriat Nabi Ibrahim. Dari Nabi Ibrahimlah maka terbina salasilah keturunan Nabi Muhammad berbangsa Arab, dan salasilah keturunan Nabi Yaakub yang membina susur galur bangsa Bani Israel. Dari Siti hajar lahirnya Ismail. Dari Ismail berjujuran zuriat Adnan hingga ke Nabi Muhammad S.A.W.

Dari Siti Hajar pula lahirnya Ishak. Dari Ishak lahir pula Yaakub. Dan dari Yaakub lahir nabi-nabi berketurunan Bani Israel seumpama nabi Yusuf nan rupawan, nabi Sulaiman seorang negarawan, nabi Daud seniman dan wirawan, sehingga nabi Isa a.s. yang naik ke langit membawa jawapan kepada seribu satu persoalan.

Justeru, Nabi Ibrahim a.s (juga disebut Abraham, atau Ebram) adalah bapa kepada bangsa Arab dan Bani Israel. Dua bangsa pada asalnya bersaudara inilah, Allah SWT kurniakan amanah untuk memelihara kitab dan agama suci-Nya, iaitu risalah keesaan Allah SWT di sepanjang zaman.

Asal nama Israel

Nama Israel berasal daripada nama nabi Allah Yaakub a.s. Baginda digelar Israel, yang membawa maksud 'Hamba Allah' atau Abdullah. Al-Quran memanggil anak cucu Israel (nabi Yaakub) dengan panggilan penuh belaian kasih sayang, "Wahai Bani Israel..(anak-anak Yaakub), ingatkah kamu ke atas nikmat-nikmat yang telah Ku anugerahi kepada kamu, dan Aku telah melebihkan kamu di atas bangsa-bangsa lain di alam ini..."

Mereka juga popular dengan sebutan Yahudi. Dari mana pula datangnya Yahudi ini? Nama Yahudi lahir dari satu puak daripada 13 puak dalam bani Israel. Di antara terdapat satu puak bernama puak Yahuda. Dari Yahuda lahirlah panggilan Yahudi. Jumlah 13 puak ini pula terbentuk hasil daripada keturunan anak-anak nabi Yaakub seramai 13 orang, termasuklah keturunan nabi Yusuf, Bunyamin, Levi, dan lain-lain.

Benar mereka istimewa, tetapi itu suatu masa dahulu. Keistimewaan mereka tetap ada syarat. Syarat perjanjian dengan Tuhan, mereka mesti memelihara iman dan agama. Sepuluh wasiat firman Allah SWT kepada nabi Musa a.s. adalah janji yang perlu dipelihara mereka. Termaktub dalam perjanjian, "Tidak akan terkena janji ini, bagi mereka yang menzalimi" sebagaimana maksud Firman Allah SWT.

Negara Israel

Negara Israel bukan lama, baru sahaja berusia 46 tahun. Sebelum ini, tidak ada di mana-mana inci bumi ini sebuah negara bernama Israel. Di saat negara-negara di dunia telah lama berdaulat, Israel baru terkial-kial untuk mencari tempat di atas muka bumi ini. Kini dengan megah ia berdiri sebagai sebuah negara.

Bermula tahun 1947, dengan helah mainan politik barat bersekutu, dan campur tangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara Israel tegak di atas bumi Palestin. Menerusi perjanjian Balfour, Inggeris menyerahkan Palestin untuk dibina penempatan Yahudi.

Kini, yang ada hanya tinggal Tebing Barat dan Tebing Gaza sahaja. Itupun, kedaulatan hanya pada nama. Kuasa legislatif, ekonomi, ketenteraan semua dalam kepungan dan genggaman Yahudi.

Palestin dan mata wang Israel

Baik Gaza maupun Tebing Barat, Palestin tiada mata wangnya sendiri. Semua urusniaga menggunakan mata wang Sheqel, milik Israel. Sebelum ini, rakyat Palestin menggunakan mata wang Lira, Lubnan.

Sejak penguasaan Yahudi, matawang Sheqel telah digunapakai sehingga kini. Semua barangan harus dibeli daripada Israel. Bukan hanya penguasaan politik, Palestin juga dikepung dengan hegemoni ekonomi Israel sehingga kini.

Palestin di ambang bahaya

Lihatlah peta Palestin. Sejak tahun 1947 hingga kini. Apa yang sudah terjadi? Kini, Palestin tidak ubah tahi lalat manis di wajah anak dara sunti. Kelak bakal hilang dari pandangan, jika umat masih leka, ralit dibuai lena.

Adakah Palestin mendapat semula permata yang hilang, atau bakal berputih mata dengan kehilangan tanah yang sekelumit cuma? Tepuklah dada, tanyalah selera. Masing-masing mungkin sudah boleh meneka jawapannya.

Formula yang digunapakai adalah jelas dan mudah. Buat kacau, damai dan serah tanah. Dengan formula inilah negara Israel mendapat kedaulatan. Pepatah Melayu klasik 'Bagai Belanda mendapat tanah' kini mungkin terpaksa diganti 'Bagai Yahudi mendapat tanah'.

Agenda penaklukan Israel

Agenda mereka tertera pada bendera biru putih itu. Menurut Henry Ford dalam bukunya The International Jew, dua palang biru bermaksud Penaklukan di negara-negara yang berada di antara sungai Nil dan sungai Furat.

Jika Palestin berjaya ditakluk sepenuhnya, maka, negara-negara yang terletak di antara dua sungai bersejarah ini harus bersiap siaga.

Ini juga bermakna, Kota al-Quds dengan simbahan cahaya Kubah Keemasan itu, mungkin hanya menjadi foto kenangan. Batu-batu Masjid al-Aqsa, mungkin akan terkubur bersama runtuhan dinding kotanya.

Jika umat masih tidak bersatu, maka percayalah, igauan ngeri ini akan menjadi nyata. Kala itu, kita hanya akan melihat, sambil berkata dengan nada penuh lemah, penuh hina, penuh tidak bermaya, "Apakan daya..kita hanya mampu berdoa..." Na'uuzu billah.

Di mana singa Allah?

Teringat semasa ziarah ke al-Aqsa tahun 1997 itu, dengan nada sinis, bilal tua di Masjid al-Aqsa yang tergagap-gagap itu bersuara, "Wahai umat, teruslah bercakaran. Wahai Arab, teruslah bersahabat dengan mereka (Yahudi). Wahai anak muda, teruslah bermimpi dan hanyut dalam dunia kamu yang indah. Semoga serpih-serpih dari runtuhan al-Aqsa kelak akan menyentap urat leher kamu dan menyentak kamu dari tidur lena nan indah!"

Agaknya, di masa itu, baru kita tercari-cari, di mana saf para pejuang Ilahi. Di mana wira Salahuddin al-Ayyubi? Di mana Tariq Ibnu Ziyad? Di mana Hamzah Singa Allah? Di mana Muhammad Ibni Abdillah?

Namun kala itu, nasi telah menjadi bubur. Semua harapan telahpun hancur. Sesal kemudian, tiada apa lagi yang berguna. Jalan di hadapan hanya dua. Adakah bangun membina saf hadapan atau masih ingin terus dalam dakapan igau lena yang berpanjangan.

Ada akal, fikir. Ada mata, pandang. Ada telinga dengar. Jangan sampai termakan sumpah Summum Bukmun 'Umyum Fahum La Yarj'iuun...! (Mereka itu pekak tuli, bisu, buta dan tidak 'reti' bahasa! Keras, tegas. Bagai jarum tersusuk dalam segenap urat dan nadi. Teruslah wahai Bilal tua. Katakan yang benar, walaupun pahit. Umur kamu tidak lama sahaja yang tersisa. Apa digentar, Tuhan kan ada.

Kami memerlukan orang dewasa seperti dirimu. Di luar masjid, suara-suara bergema, Khaibar-Khaibar Ya Yahud, Jaisy Muhammad Saufa Ya'uud! (Ingat nasibmu dalam peristiwa Khaibar, wahai Yahudi. Tentera Muhammad pasti kan kembali!)


Tuesday, April 14, 2009

sekitar rehlah bersama anak2 usrah

Date: 4 April 2009 ( Saturday)

kali ini usrah kami buat lain skit, kuar2 amik angin pagi hari minggu. berehlah di Taman Jaya bersama. syukur alhamdulillah rehlah yang dirancang dapat juga dilaksanakan dengan kehadiran anak2 usrah saya seramai 9 orang. turut hadir ialah usrah Vista saya iaitu seramai 2 orang.2 orang yang tidak dapat hadir. juga dimeriahkan oleh naqibah saya dan 2 org usrahmates saya serta sorg kwn baik saya. jazakunallahu khayran kathira. Allahumma Ameen.

malam sebelum itu, saya sms tentatif program tuk rehlah esok hari. orang islam kan kena sistematik dan tersusun masanye kan?

7.00 am - Akhwat kolej berkumpul di depan bus stop kolej 4
7.30 am - Bertolak menaiki 2 kereta ke Stesen Universiti
8.00 am - Mengambil akhawat yang duduk di luar UM, terus menuju ke Taman Jaya
8.30 am - Tiba di destinasi dan sesi taaruf sambil makan
9.00 am - Sesi bertadabbur Ali Imran ayat 187 - 200
9.30 am - Sesi taaruf games dikendalikan oleh jemputan Ukhti Yai
10.00 am - Sesi nyanyi lagi tema "Sejuta Harapan"
10.30 am - Tangguh majlis dan aktiviti bebas

dengan tanpa disangka2, kehadiran naqibah saya mengejutkan saya. huhu..jazakillah ya ukht! sudi gak dtg walaupun kejap. breakfast kami ada mcm2. ada breakfast dari dewan santapan kolej masing2, yg duduk luar ada masak sardin sedap dicicah roti. ada yang bawa air teh panas dan air laici. usrahmate saya pula bawak cucur goreng. naqibah saya juga ada membeli kuih muih. memandangkan ada juga sahabat2 baru yang mereka tidak pernah jumpa, maka kami bertaaruf agak detail sambil makan.

:: Mok Dah yang paling awal tiba di bus stand, semangat!!!
nahnu Ansarullah! (kami penolong2 agama Allah!) ::

:: kuda dakwah 1 - jazakillah Lini, usrahmate saye ::

:: kuda dakwah 2 (Buraq namanye) jazakillah Dija, anak usrah saye::

:: menanti akhawat yang lain tiba ::

:: tiba di Taman Jaya, Alhamdulillah ::

:: bertadabbur Ali Imran 187-200 ::

selesai makan2, kami bentang tikar di luar wakaf, duduk ramai2 di taman dan mula bertadabbur surah Ali Imran dari ayat 187-200. sengaja saya memilih ayat2 ini kerana ianya berkaitan. mari lihat:

Firman Allah:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia2, Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. (Ali Imran 3: 190-191)

lihatlah pemandangan yang ada depan kita sekarang, langit, burung, pokok, daun2, rumput, tanah, air, udara yang kita hirup! tidaklah Allah jadikan semuanya ini sia2 kerana sume ini untuk kita, iaitu manusia! Astaghfirullahalazim...syukurlah kita dengan nikmat Allah ini. kitalah orang yang berakal, kitalah yang perlu mengingati Allah walau dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Kitalah orangnya!

selama ini kite pernah berpicnic, pernah ke taman rekreasi, pernah ke pantai, ada bersama kawan2, ada bersama keluarga, pernah kah kita melihat alam dan mengingatiNya? dulu saya juga tidak pernah. saya pernah ke Australia melihat Gold Coast, pantai yang indah itu..tapi ketika itu, saya hanya menikmatinya sebagai tarikan pelancong. kini, alhamdulillah selepas mendapat tarbiyyah, selepas bertadabbur ayat 190 & 191 ketika rehlah bersama akhawat di Bukit Cerakah satu masa dulu, saya sudah sedar. picnic kami bukan lagi seperti orang2 biasa berpicnic. bersiar2, berseronok2 sambil tidak lupa bahawa Allah itu yang Maha Pencipta. syukur alhamdulillah. bagaimana dengan kalian ?

:: taaruf games dikendalikan oleh Ukhti Yai, usrahmate saye. nice job! ::

selesai bertadabbur, kami kembali ke wakaf dan mulakan games taaruf. dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Ukhwah dan Muslimah Power (dengan cheers yang tersendiri). comel2...waktu inilah kite lebih mengetahui tentang sahabat seusrah kita.

lebih menarik bila saya, Dija dan Wani dapat berjumpa di sana. al kisah, kami bertiga bersekolah yang sama sejak Form 2 di Kajang. naik Form 4, masing2 sambung ke lain2 MRSM dan akhirnya jumpa di UM. 4 tahun di sini, hanya 2 kali kami berjumpa. tapi inilah dikatakan perancangan Allah itu Maha Hebat, setiap minggu saya dan Dija berjumpa di dalam usrah, dan pada hari tu, terbuka hati Wani yang juga housemate Yai untuk join berehlah sekali. kebetulan? ooo, dalam Islam tidak pernah ada istilah kebetulan, sumenye sudah diplan baik oleh Allah S.W.T. alhamdulillah.


:: rasa2nya kenapa perlunye games taaruf ini ? ::

sesi reflection, ialah masing2 membetulkan niat kerana apa kita berehlah, kerana apa kita datang ke sini, tidak lain tidak bukan tuk cari redha Allah itu, untuk rapatkan lagi ukhwah fillah sesama kita dan untuk mendapat ilmu. akhir sekali, kami pakat ramai2 nyanyi lagu tema Sejuta Harapan bersama. dapat juga surat cinta ikhlas dari saya. =)

akhirnya kami bersurai pada jam 12 tghari..ada yang balik trus ke UM, ada yg ke shopping mall tuk meneman Kak CT membeli barang. jazakillah diucapkan pada Ukhti Lini sbb sudi pinjamkan kuda dakwah makcik anti itu. jazakillah juga pada Yai sbb sudi bwk cucur goreng dan handle taaruf games. jazakillah juga pada naqibah saya. moga Allah senantiasa balas antunna dengan kebaikan. insyaAllah. =D

:: lagu tema "Sejuta Harapan"::

:: credits to Wani =D ::

:: Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan smua ini sia-sia... (3:191) ::

:: Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda2 kebesaran Allah bagi orang yang berakal.. (3:190)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar ::

:: Nad, Mun, Kak CT ::

:: gamba yang saya sangat suke ketika berprogram untuk launch KAL dulu,
jazakillahu khayran Yai for the pic::

Sunday, April 5, 2009

your dreams come true


petang ini, sewaktu hujan renyai2 ayah dan mak datang melawat saya di kolej. "Wa, bestnye kak sHi, rumah dekat." ramai yang berkata begitu. ye btul, mungkin satu kelebihan, duduk dekat. mak ayah senang nak datang. nak balik rumah pun senang. Alhamdulillah. saya juga pernah belajar 2 tahun di Penang dan setahun di Melaka. jadi saya juga pernah merasai duduk berjauhan dengan keluarga. rezki masing2 kan? tapi walaupun dekat, bukan selalu saya dapat pulang ke rumah. ada banyak hak yang perlu saya tunaikan. selain hak pada ibu bapa dan family, proses pentarbiyahan diri sendiri juga perlu ditunaikan. di sinilah betapa pentingnya time management. tuk diri sendiri, mak ayah, adik beradik, rakan sebilik, usrahmates dan anak2 usrah serta tidak lupa ialah ilmu pelajaran.

tadi ayah bawa saya dan mak round2 sekitar UM dengan kereta barunya. kata ayah, ada 3 benda yang ayah impikan. 2 sudah tercapai alhamdulillah, ada 1 lagi. this what i like about my ayah. apa yang dia mahukan, pasti dia akan usaha sampai dapat. saya masih ingat lagi waktu ingin membeli rumah impian, ayah ada mintak kami gunting model2 rumah impiannya dalam iklan suratkhabar dan masukkan dalam satu fail yang ayah tulis di depannya MY DREAM. alhamdulillah, dengan izin Allah, tercapai juga 2 impiannya. Moga kita semua gunakan rezki yang Allah beri ke jalan kebaikan. insyaAllah.

Firman Allah:
Dan Allah melebihkan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dalam hal rezki...
(An Nahl 16:71)

ayah, u deserve it! WSK 858 is yours. love u =D

:: muka ceria ayah, mak saya juga senyum simpul di sebelah =) ::

Comments from ayah dan Kak Salwa:

Anonymous said...

I like the way u write. Syabas!

Eye O

April 7, 2009 8:11 PM

Delete

Anonymous said...

Memang rahsialah 'the left wing'. Yang penting ialah kita digalakkan mempunyai 'impian'. InsyaAllah dengan berkat usaha serta izin Allah, ianya akan tercapai. So, lepas ni 'the left wing' buatlah apa-apa 'dream' ye......

Eye O

April 11, 2009 9:11 PM

Blogger sHi said...

to Eye O, my dearest ayah...
will follow your way. i got my own dream too. u r the best dad ever! love u. =D

April 12, 2009 11:42 AM

Delete
Blogger salwa_bee said...

hehee. nampaknya bapak borek anak rintik ni..

miss the whole family!

April 12, 2009 8:48 PM

Delete
Blogger sHi said...

miss u too sys! =D

April 13, 2009 9:53 AM

Delete

ilmu Allah di mana2

A few things wanna share:

1) Date: 23 March 2009 (Tuesday)
Venue: Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Hari Kraf Kebangsaan 2009

Tujuan: Untuk menyelesaikan satu assignment kursus luar fakulti yang kami bertiga (sHi, Sue, Ella) amik iaitu Seni Ukir Melayu. mcm2 ada, pameran dan jualan dari barang buatan kayu, tembikar, ceramic, rotan dan batik, songket etc. sume ada di sana.

hikmah Allah beri pada hari tu banyak... agaknya if tak amik subjek ni, mesti kami tak merasa ke sana, saya terfikir dalam hati. selain dapat interview seorg pengukir kayu, Encik Daiman orang Asli dari Pulau Carey, kawan baik saya Suraya pun dapat mengorder labu sayung tuk beri pada 700 org jemputan walimahnya nanti dengan harga kilang. Alhamdulillah. saya juga membeli satu barang, bakul rotan yang comel.





:: bakul comel- saya letakkan Quran terjemahan dan buku2 usrah ::

2) Date: 29 March 2009 (Sunday)
Venue: Tanjung Tuan, Port Dickson

Fieldwork Bio Invertebrates


Tujuan: Untuk mengumpul dan melihat sendiri species2 haiwan yang dikategorikan sebagai invertebrata. (Phylum Porifera - sponges, Phylum Cndaria - jellyfish/obor2, Phylum Mollusc, - all the squids, snails etc, Phylum Echinodermata - sea star, sea cucumber etc, Phylum Annelida - earthworm, leeches etc, Phylum Nematoda - hookworm, pinworm etc, Phylum Platyhelminthes flatworms etc) and Phylum Arthropod - spider, tick, crab etc).

kami bertolak dari UM seawal 8 stgh, satu bas ke sana. sesudah sampai, perlu tunggu sehingga air laut surut kerana kami akan menyelusuri di tepi kawasan paya bakau dan meredah batu sejauh 2km! yang bestnye, dapat juga kami jumpa horseshoe crab (belangkas) dan gamat yang sangat besar. shingga 3pm, kami tiba semula di tepi pantai, berehat dan sampai ke UM semula jam 6pm. walaupun lenguh2 kaki, muka dan tapak tgn telah sunburn dan sakit kepala akibat terkena hujan. overall, an exciting n interesting journey. Alhamdulillah =)

:: hari2 yang dilalui bersama, kami nak grad dah insyaAllah ::

:: 3 bakal guru cemerlang insyaAllah ::

:: Prof Dr Mohd Sufian Azirun, yellow shirt (the new Dean of Faculty Science, congrats Prof!) ::


:: Scientific name: Holothuria sp. (sea cucumber/gamat) ::

3) Date: 2 April 2009 (Thursday)
Venue: Chem Lab, Faculty of Education

Microteaching: Form 4 Science (Topic: Body Coordination)

Tujuan: Untuk melatih bakal2 guru Science mengajar di depan murid sambil diperhatikan oleh observer, evaluator dan lecturer. 20 org kawan2 saya olok2 menjadi student.

walaupun hanya 15 minit setiap seorang, saya harus betul2 tahu apa yang saya ingin ajarkan, rational saya gunakan manila card sebagai bahan P&P (sesuai tuk rural areas n jika tiada electricity), bagaimana harus berinteraksi dengan student (always probe questions to test their understanding) , aktiviti dan games yang boleh attract student.

satu kesalahan saya selepas melihat smula video yg dirakam ialah saya menggunakan pointer (pembaris pjg) di tempat yg tidak sepatutnya iaitu dengan memegang ketika mengajar. sangat distract students' attention. pointer hanya perlu digunakan ketika tunjuk content di whiteboard sahaja. will improve it and wont do that mistake again during practical later insyaAllah. overall, im hepi with feedbacks from friends. thank you =D

:: during "Choose and Paste Activity"- the representative from each group of students come forward and do the activity, while teacher observed other students at the back ::

sekian, trime kasih =D