Sunday, May 31, 2009

my 1st blog anniversary

hari ini genap setahun blog Hidup Mulia Mati Syahid ini wujud..post setahun yang lalu
ini juga bermakna..sudah setahun saya hidup di dalam tarbiyyah. alhamdulillah...segala puji2an saya panjatkan pada Allah S.W.T yang sentiasa sayangkan akan hambaNya.

" Walau bagaimanapun ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama empat puluh tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu ia berjaya mengenal hakikat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiaannya dan dakwaan-dakwaannya yang karut." - Selengkar Biodata Pengarang, Tafsir Fi Zilalil Quran - Syed Qutb

seperti mana Syed Qutb katakan, jahiliyah itu merupakan satu rahmat bagi saya. saya tidak pernah menyesal atas kehabisan umur saya selama 22 tahun dahulu... dengan izin Allah, saya dapat cahaya yang terang benderang setelah selama ini saya hidup dalam keadaan kosong tiada matlamat, tiada arah tuju, tiada pergantungan...

di sini, ingin saya berikan penghargaan yang tidak terungkap oleh kata2 kepada seorang rakan baik saya kerana beliaulah yang telah menjadi asbab kepada saya untuk berubah. buat HAH, tiada apa yang boleh saya katakan melainkan doa ikhlas "Semoga Allah berikan kebaikan dengan banyaknya kepada kamu". "Semoga Allah sentiasa berikan barakah dan rahmatNya ke atas kehidupan kamu dunia mahupun akhirat". "Semoga kamu mendapat jodoh yang terbaik serta zuriat yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam". may Allah rewards u. moga kita akan terus istiqamah dan tsabat dalam jalan ini insyaAllah. Ya Allah, izinkan aku juga menjadi asbab kepada orang lain untuk berubah...(sedang dan akan berusaha ke arah itu)

"Ya Allah, jadikan umur terbaik hamba di penghujungnya, jadikan amal terbaik hamba di penutupnya, jadikan hari-hari terbaik hamba saat bertemu denganMu "

6 comments:

Hafiz said...

moga tsabat

sHi said...

jazakallahu khayran kathira

fi zhilalil tarbiyah said...

'Sesungguhnya sesiapa yg Allah nak beri kebaikan kepadanya maka ALlah akan berikan mereka kefahaman di dalam agamanya'~~~~alhamdulillah,lewat manapn kita dpt hidayah,akhirnya kita tahu jua yg Dia sememangnya sygkan kita..^,^

sHi said...

ameen..Allah syg sgt kite sume. syg sgt2....mari bykkan istighfar dan mengucap hamdalah. =)

nieza said...

Tsabbit Qulubana A'la Deenik,Ya Allah..

Anonymous said...

Terima kasih banyak untuk menulis ini, itu unbelieveably informatif dan menceritakan ton