Thursday, December 17, 2009

ingin menjadi mus'ab sandakan

:: advance bufday gift n card from mak, ayah & kak Salwa, time kasey ::

alhamdulillah, berkesempatan juga usrah online guna hp bersama ukhti I dari bumi Sandakan. walau jauh di mata, tapi boleh dgr suara, ok la tu kan! kite gunekan lah sume teknologi canggih manggih kat dunia skrg ni. next time ley guna ym n fb plak. jom tgk isi2nya!

Tadabbur Surah Isra' (17:12-15) - relate dgn Tarbiyyah Dzatiyyah. pe tu? hm..ok, gni...tarbiyah kite boleh la dikategorikan kepada 3 (lihat gamba di bawah)

Tarbiyah dzatiyyah bermaksud tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri, iaitu mendidik diri kita sendiri. tarbiyyah fardhiyah pula ialah tarbiyah kepada orang lain, kira boleh kata mcm 1 to 1 approach. manakala tarbiyyah jam'iyah pula didikan yang kita wat secara ramai2, secara jemaah cthnya rehlah, daurah, mukhayyam.

jadi setiap jenis tarbiyah ini basically pasti ada targetnya. kalau untuk 1 to 1, mestilah kite nak kite sukses melihat perubahan yang berlaku pada anak2 usrah kite kan, kalo secara ramai2 pun, kite mesti nak orang2 yg mendengar daurah tu berubah ke arah yang lebih baik kan. sama la dengan tarbiyah tuk diri sendiri, dah tentu kita nak jadi orang yang lebih baik kan! soalan cepumas, antara banyak2 tarbiyah, rasa2 tarbiyah mana yang paaaaaling paling paling penting tuk diri kita? (2 saat!)

ye btol! sgt betul! mestilah tarbiyah dzatiyyah! nape eh? ok, mcmni, tarbiyah dzatiyyah ini sgtlah diperlukan bila seseorang itu tercampak/dicampak ke satu tempat yang takde supporters/motivator untuk sedarkan kite bila kita leka/lalai dan apa yang kita buat tu tak betul. cthnye mcm ummi sHi sendiri, Allah telah tetapkan yang Dia hendakkan ummi sHi ini berada di bumi sandakan. memang sgt jauh dari akhawat di KL sana..jadinya orang tak nampak pe yg ummi sHi buat kat cni, adakah ummi sHi istiqamah dengan apa yg dibuat seperti mana bila berada di KL dulu? kalau macam dulu, if kita tak reply sms ttg usrah, naqibah ley dtg umah wat spotcheck kan. hehe.. tapi bila kita ada di tempat baru yg tiada akhawat di sini, haa..kat cnilah tarbiyyah dzatiyyah sgt2 diperlukan. sbb diri kite je yang paling hampir dan dekat dengan kita. diri kite je yg dpt judge sejauh dan sebanyak mana amalan yg kite dah buat. dalaman yang kena sangat kuat, sbb dalaman yang akan support luaran.

(kata hati: baru diri ini rasa bahawa bile berjauhan, diri ini sgt2 memerlukan tarbiyyah yang ni..)

jadi bersempena dengan Awal Muharram di mana kitab amalan baru kita akan dibukakan, ianya sangat relate dengan apa yang kita bincangkan tadi. jom tgk surah Isra' ayat 13-14:

" Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya di lehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka."

"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu"

benar, hisab kelak bersifat individual...teringat dengan kata2 seorang akhawat,

" Hidup atas isu, isu akan hilang... hidup atas semangat, semangat akan merundum... tapi jika kite hidup atas dasar iman, Allah sebaik2 pemelihara iman..., taqaballahu minna wa minkum"

* ingin menjadi mus'ab sandakan *

3 comments:

fieqa said...

salam kak shi!..
ni fieqa ipba..hehe.sje tukar nama..


wah.jzkk kak ats perkongsian..sgt tersentuh..
btol2..
mnde ni d'apply juga klo time cuti2 ke..susah nk ade daurah or etc..
so, pe2 pon, diri sendiri la kan kene kuat.
insyaAllah,,


kak shi!!
go go ....
teruskan langkah berjuang di bumi sandakan yer!..lebarkan sayap di sna ye..

insyaAllah...:)

lrh said...

salam syg shi..^^

wa, da ada usrah on9 nmpknya..!! alhamdulillah, moga shi istiqamah n berusaha utk terus bersama2 berjuang walau jauh nun di sana..

nt shi cite la pkembangan shi lg tau. susah da nak jmp shi secara langsung.. :(

anyway, byk hikmah knp Allah htr shi ke sana, n mnjdi ibrah utk kte kt cni insha Allah

n nak share satu ayat..

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (QS. 29:69)

jg diri shi... jagalah Allah, Allah menjagamu..=)

sHi said...

to tulipputih:
wah wah fieqa ni, hampir tak cam akak, tukar nama lak dia. nape nk jd tulip putih? ada significant dgn pape ke? hehe..citelah..

btol, time cuti sem, memanglah agak kureng skit graf iman kite kan, sbb mcm2 hak kena tunaikan kat umah. takleh selfish. tp yg bestnye kat semenangjung, usrah kabilah sgt aktif. jd tak perlu riso sgt dah time cuti2 ni kan.

moga Allah merahmatimu, ya ukht!

jazakillahu khayran kathira

to lrh: slm liza,zero to hero karangan sape ye? shi suka dgn ayat2 ni "Ada yang menganalogikan ketetapan ini dengan roda, juga graf. Dan pastikan tika jatuhnya iman kita, hendaklah ia masih berada di dalam sunnah, seperti roda, walaupun berputar atas dan bawah berulang2 tetapi roda tetap dalam pergerakannya menaiki lereng bukit."

selama ni kan kite dgr pepatah kata hidup umpama roda, kdg naik kdg turun. tp kita as true muslim, ley tukar skit pepatah melayu tu mcm liza tulis dlm blog tu. mcm roda, walau berputar ke atas dan bawah, tp tetap naik ke bukit.. jazakillah..

shi kat cni alhamdulillah, byk bergantung pada internet. memandangkan tiada akhawat kat cni. usrah on9, bahan bacaan, recording, fb, blog2 akhawat byk membantu, di samping tarbiyah dzatiyah yg constant insyaAllah. shi pun sdg berusaha kuat tuk pembangunan BM. yelakan, dh life independent skrg, masing2 kena support each other, kalo tak, boleh dibawa arus.

moga kita ttpkan niat kita, hanya tuk Allah, jalankan tjwb kite walau di mana kite dicampakkan. Allah is the Best Planner. rindu nk borak dgn liza sgt2...

smoga Allah merahmati hidup mu..ya ukht!