Wednesday, December 10, 2008

usrah kabilah 1 @ Wangsa Maju - Sesi Taaruf


pagi ini Intan dan Azwa mengambilku di rumah untuk ke usrah kabilah, iaitu usrah mengikut kawasan. afwan sgt, agak menyusahkan sbb rumah sHi ni memang public transport agak payah didapati. memandangkan sekarang time cuti, bagi mengelakkan hati ini futur, maka dilakukan usrah kabilah. bagi kawasan Selangor/KL, Kak Fisha UK yang conduct. kami bertiga ke rumah parents Kak Fisha di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju. sambil menunggu beberapa lagi akhawat yang belum sampai, kami dijamu roti canai sebagai breakfast. alhamdulillah, lebih kurang 9 orang yang berjaya dikumpulkan pada hari ini (Kak Fisha UK, Kak Aisyah UK, Aisyah Syireen INTEC, Fasiha KMB, Asma' KMB, Atiqah IPTI, Azwa UPM, Intan UM dan sHi UM). yang comelnye makcik Kak Fisha (Mak Chah) dan anak2nya juga sanggup datang dari PJ semata2 tuk join dengar usrah. sweet kan? mak Kak Fisha yang jd chef tuk hari ni dan adik2 Kak Fisha pun join dan taaruf sama2. memang meriah sekali. best2.

usrah dimulakan dengan bertaaruf secara ringkas dan masing2 menceritakan bagaimana setiap seorang mendapat tarbiyyah. macam2 cara Allah nak bagi hidayah. alhamdulillah. seterusnya kami bertadabbur surah Ali Imran dari ayat 133-146. masing2 menceritakan ayat yang berkesan di hati. bermula dengan ayat 139 di mana Allah memujuk kita supaya tidak lemah dan tidak bersedih kerana orang beriman ialah yang paling tinggi darjatnya. dalam ayat 144 pula peristiwa ketika di mana Umar Al Faruq tidak mempercayai bahawa Nabi telah wafat, maka Abu Bakar As-Siddiq membacakan ayat tersebut, barulah Umar sedar bahawa Nabi memang sebenar2nya telah wafat. apakah jika Nabi wafat maka islam itu juga sudah tamat? tidak sama sekali. seterusnya ayat 133, 134 dan 135 pula Allah telah siap sedia menunjukkan ciri-ciri orang bertakwa yang dijanjikan syurgaNya yang seluas langit dan bumi. iaitu orang yang berinfak, tahan marah, maafkan salah orang lain, berbuat kebaikan, juga orang yang melakukan kezaliman pada diri sendiri namun dengan segera bertaubat nasuha dan tidak meneruskan perbuatan dosa tersebut.

Firman Allah:

[3.133] Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[3.134] Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[3.135] Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[3.139] Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

[3.144] Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).


sebut pasal infak, akhawat yang ke Brunei menceritakan bagaimana ikhwah dan akhawat Brunei yang sememangnya kaya ini menginfakkan harta mereka ke jalan dakwah. dikatakan hampir semua rumah yang mereka tumpangi di sana mempunyai satu rumah extension yang dibuat khas, siap semua kelengkapan untuk lakukan program. kereta mereka pula bukanlah kereta yang hebat2 walaupun mereka mampu untuk memiliki semua itu. kereta yang mereka gunakan ialah van ambulans yang digunakan di Malaysia yang dijadikan kereta peribadi. van yang boleh membawa muatan yang jumlahnya banyak sehingga berbelas2 orang. untuk apa semua itu? untuk dakwah. kagum sangat2. kita di Malaysia juga boleh lakukan perkara yang sama insyaAllah.

Kak Fisha menceritakan satu kisah analogi ketika dapat semasa program berjaulah ke Aussie pada satu ketika dulu:

Ada seorang ayah dan seorang anak. Si ayah ini sangat kaya manakala si anak pula tidak lulus dalam pengajian dan tidak layak ke universiti. Satu hari si ayah telah membuka sebuah hospital baru yang sangat besar. Maka si ayah memerlukan para doktor, nurse, dan staff2 lain. Si anak mengatakan pada si ayah bahawa dia ingin menjadi chief doctor di hospital milik ayahnya. Tapi ayahnya mengatakan padanya bahawa bukannya dia tidak mahu memberi jawatan itu pada anaknya tapi anaknya tidak ada qualification untuk menjadi chief doctor di situ. Maka si ayah pun memberikan jawatan menjadi security guard bergaji RM800 setiap bulan kepada si anak. Kerana itu lah yang selayaknya untuk si anak. Hari demi hari si anak melihat si ayah datang ke hospital menaiki kereta mewah. Maka si anak ini berazam untuk mendapatkan kereta seperti ayahnya supaya dia dapat menjadi chief doctor. Si anak meminta duit untuk membeli kereta mewah. Si ayah pun memberinya pocket money sama dengan gaji seorang doktor kepada anaknya. Maka dengan bangganya si anak pun membawa kereta mewah itu ke hospital walaupun masih lagi bekerja sebagai security guard. Si anak bertanyakan kepada ayahnya bahawa dia kini sudah memiliki kereta mewah, jadi boleh lah dia menjadi chief doctor. Si ayah tetap mengatakan bahawa dia tidak layak dan tidak boleh mengambil jawatan itu kerana qualification pengajiannya tidak cukup. Si ayah pun memberi sejumlah wang dan menyuruh si anak itu belajar bersungguh2 sehingga mendapat gelaran doctor. Ayahnya berkata jika si anak itu sudah dapat mencapai apa yang diminta, cepat2 hubungi ayahnya. Setelah bertungkus lumus dan bersungguh2 belajar, akhirnya si anak pun berjaya. Secepat mungkin dia menelefon ayahnya. Apa yang terjadi selepas itu??? Rupa2nya selama ini, sekian lama si ayah itu sebenarnya sudah pun menyediakan sehelai borang yang menawarkan si anak itu menjawat jawatan sebagai chief doctor di situ. Ini kerana si ayah tahu dan yakin bahawa si anak ini akhirnya pasti akan mencapai apa yang diingininya. Jadi, apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kisah di atas ???

Sebenarnya, ini lah yang berlaku sekarang. Analoginya ialah si ayah itu sebenarnya Allah, si anak itu pula ialah umat islam. kenapa Allah masih tidak memberikan kemenangan kepada umat islam sedangkan Allah berhak dan senang2 saja boleh memberikannya? ini kerana umat islam belum bersedia dan tidak mencukup syarat dan standard piawai yang Allah mahu. sebab itu sekarang kemenangan tidak berpihak di tangan umat islam. Allah sama sekali tidak meredhai orang kafir yang menguasai namun apakan daya, umat islam masih belum bersedia dengan qualification yang telah ditetapkan oleh Allah. kita pasti islam itu akan menang. itu janji Allah! maka tugas dan amanah kita untuk gemilangkan semula islam seperti mana graf kita pernah berada di nun puncak.

selepas solat Zuhur berjemaah, kami menjamah nasi dagang di bawah. sudah lama sangat ku tak merasa nasi dagang, sedap sangat. memang makcik pandai masak. insyaAllah, usrah seterusnya akan diadakan setiap minggu sehingga cuti berakhir. jazakumullahu khayr. hingga ketemu lagi dengan izin Allah. =)

No comments: