Friday, February 27, 2009

apa khabar iman hari ini?


Date: 15 Feb 09 (Sunday)

sebaik sampai saja di kolej selepas menghadiri walimatul urus seorang sahabat saya, terus saya bergegas siap untuk berusrah sambil berehlah di luar. kali ini kami bertadabbur surah Ali Imran dari ayat 133-145. kali ini bertambah lagi seorang usrahmate baru iaitu ukhti A. ahlan wasahlan ye dikkkk! =)

memandangkan ada usrahmates As-Syams yang belum pernah bertadabbur ayat ini, maka ianya diulang untuk usrah kali ini. ayat-ayat ini merupakan kali kedua saya dan ukhti L bertadabbur. namun jika dulu saya lebih terkesan pada ayat 139, usrah kali ini hati saya lebih terkesan dengan ayat 134 dan 142. sangat2 terkesan. kenapa???

Firman Allah:

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, 3:139)

usrah lalu, saya lebih terkesan dengan ayat ini, kerana apabila membacanya, seolah-olah Allah memujuk saya agar tidak lemah dan tidak sedih (la tahinu wa la tahzan) dalam jihad yang saya lakukan pada waktu itu. kerana tika itu, saya masih lagi baru dalam tarbiyah. masih lagi keseorangan, tidak merasai sangat nikmat ukhwah sebenar dan masih agak blur dalam menentukan matlamat hidup saya.

Firman Allah:

Iaitu orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik... (Ali Imran, 3:134)

namun, pada usrah kali ini, saya lebih terkesan dengan ayat 134 di atas ini. apakah bezanya sadaqah dan infak? sadaqah ini kita berikan harta atau wang pada fakir miskin dan orang yang kurang mampu. manakala infak ini kita berikan segala-galanya, bukan sekadar material semata2 malah tenaga, suara, keringat, kasih sayang, semuanya kepada sesiapa sahaja asalkan ke jalan Allah. berinfak itu akan menguji tahap keimanan seseorang. ramai orang berinfak ketika lapang, ketika senang, ketika gembira, tapi berapa ramai yang berinfak ketika sempit? ketika dalam keadaan kekurangan wang untuk diri sendiri? berapa ramai yang sanggup berithar?

seperti mana ketika di dalam Perang Tabuk iaitu salah satu perang terbesar umat islam, ketika itu, pasti memerlukan banyak peralatan senjata dan tunggangan untuk berperang. Umar Al Faruq menginfakkan separuh hartanya untuk perang. apabila ditanya Abu Bakar pula, anda tahu berapa banyak yang beliau infakkan??? Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh harta miliknya untuk perang tersebut! masyaAllah... sampai begitu sekali tahap keimanan para sahabat. sehinggakan Umar pernah berkata, "Aku tidak pernah dapat menandingi Abu Bakar dalam hal kebajikan". reflect diri saya....masih banyak saya perlu baiki.

Firman Allah:

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar? (Ali Imran, 3:142)

ayat 142 ini juga membuatkan saya muhasabah diri banyak2 dan beristighfar pada Allah. kadang2 bisikan syaitan pernah singgah di hati saya. sudah banyak yang saya berkorban, sudah banyak yang saya pelajari, sudah banyak yang saya infakkan...sudah cukuplah aku lakukan kebaikan, tak perlulah buat lagi....

tidak sama sekali! hakikatnya jihad saya masih tidak cukup lagi. masih banyak, masih belum sungguh2, saya perlu tingkatkan iman saya, taqwa saya, sabar saya...mana cukup semua itu untuk masuk syurga. jika nak dibandingkan dengan saudara di Palestin sana? mereka mengirimkan darah2 wangi untuk bertakhta di syurga sedang kita???? mohon lah pertolongan pada Allah agar Dia senantiasa tetapkan hati dan iman kita.



tibalah masa untuk memberi

Date: 12 Feb 09 (Thu)

bulan Mei tahun lepas merupakan turning point dalam hidup saya. tinggallah segala kegelapan di belakang dan mulalah bersinar hidup saya seterang-terangnya. bermula perkenalan dengan ukhti I, kemudian ke program pertama saya iaitu ISK, dan seterusnye usrah bersama akhawat tersayang. banyak yang telah saya pelajari dari akhawat yang sungguh tinggi keimanannya insyaAllah. moga2 saya menjadi seperti mereka.

kini tibalah masanya untuk saya memberi pula...setelah sekian lama menerimanya untuk diri sendiri. syukur alhamdulillah dengan kurniaan dan ketetapan dari Allah, saya diberi tanggungjawab dan amanah untuk dipikul. bermula dengan seorang ukhti A yang mencari2, Allah mengilhamkannya untuk menemui blog saya dan seterusnye dapat menghubungi saya menggunakan friendster..takdir Allah Maha Pemberi Petunjuk, kawan sekuliahnya pula ialah kawan saya sejak sekolah menengah, ukhti D turut berminat ingin join. kemudian, beberapa hari sebelum usrah diadakan, A mengajak ukhti O dan M untuk join bersama. sekali lagi dengan izin Allah, O rupanya ialah sekelas dengan saya semester ini. maka dengan kehadiran keempat-empat mereka, syukur alhamdulillah usrah pertama dijalankan di bilik saya. perasaan bercampur baur ketika ingin memulakan amanah sebagai mak usrah. nervous dan takut andai saya tidak dapat menarik minat mereka dengan cara penyampaian dan isi kandungan. adakah saya sudah cukup bagus untuk menjadi seperti mana naqibah saya lakukan? namun, turut hadir untuk memberi support dan tunjuk ajar untuk kali pertama berusrah ialah naqibah kesayangan saya. jzkk ya ukht!

untuk yang pertamanya, kami banyak menekankan tentang kefahaman tentang Islam. seperti mana yang saya dapat ketika saya di dalam As-Syams dan waktu program ISK. (usrah kami digelar sebagai As-Syams..hee). kenapa perlu pertama2nya menekankan tentang KEFAHAMAN??? inilah sebabnya:

Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf, 7:179)

--> Analogi i kecik dan I besar (Islam vs islam)

Islam - kata nama. contoh lain: saya Tulis.
islam - kata kerja/perbuatan. contoh lain: saya tulis.

yang mana satu pilihan anda? mahu menjadi muslim atau Muslim? jika anda memilih Muslim, (yakni M besar) hanyalah menjadi seorang Muslim hanya pada nama, hanya pada IC dan surat beranak saja. tapi jika anda memilih muslim (yakni m kecik), ini bermaksud anda akan melakukan apa yang seorang muslim itu harus lakukan. iaitu menjadi abid (hamba) kepada Allah dan khalifah untuk menyeru sekalian manusia mengEsakan semata2 Allah Yang Satu.

Firman Allah:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'am, 6:125)

Maka barang siapa mengkehendaki, tentulah dia akan memerhatikannya. ('Abasa, 80:12)
Kemudian jalannya dia mudahkan. ("Abasa, 80: 20)

the choice is in your hands now!


:: beza i kecik dan I besar ::

--> Beza faqihu dan faquhu

Sesiapa yang Allah hendak berikan dengannya kebaikan, dia akan diberi ke"faham"an dalam agama. (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanda Allah sayang pada kita bukan sebab Dia bagi kita kemewahan material, bukan sebab Dia bagi kita akal yang bijak tapi tanda Allah sayang, tandanya ialah Dia berikan kefahaman dalam agama iaitu Ad-Deen. Subhanallah...baik sungguh Allah pada kita!

pendapat ulama ada mengatakan samada ke"faham"an yang ditunjukkan di dalam hadis itu ialah "faqihu" atau "faquhu". orang yang "faqihu", dia hanya faham tentang islam itu. tapi orang yang "faquhu" dia faham dan amalkan islam itu. contoh senang faquhu ialah Sumayyah. ketika beliau syahid, perintah untuk tunaikan solat dan zakat masih belum diturunkan, beliau hanya berpegang pada kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". itu sajalah pegangan akidah yang kuat untuk beliau sanggup mati syahid. tapi ramai kita sekarang hanya "faqihu", tahu mcm2 hal tentang islam, tapi hanya pada nama saja... sekali lagi, tanya diri kita mahu jadi yang mana satu ???

:: beza faqihu dan faquhu ::



pertama kali kami berkumpul, saya melihat keperibadian mereka satu per satu. semasa bertaaruf, setiap orang punya keistimewaan masing2. hati ini sudah awal2 lagi bermonolog, "sHi, diorg ni sume logam hebat2 ni sHi, takleh biarkan logam ni ke tempat lain, logam2 ni harus digunakan untuk islam ni sHi !"

benar, komitmen saya akan makin bertambah. jika dulu, usrah 1 kali seminggu, kini usrah 2 kali seminggu. satu saya memberi dan satu lagi saya menerima. satu saya mendengar, satu lagi saya menyampaikan. apa yang saya terima, itu yang saya beri. begitulah hari2 yang akan berlalu kini. saya sangat sayang mereka! moga Allah sentiasa berikan kekuatan fizikal dan mental buat para daei sekalian. mari kita melasso manusia di luar sana untuk masuk ke dalam kandang ibadah! mari daei mari!

Monday, February 23, 2009

sekitar jumble sale PAKK


Date: 13th February 2009 (Friday)

Jumble sale anjuran Kelab PAKK (Pendidikan Awal Kanak2) Fakulti Pendidikan diadakan pada hari Jumaat lepas. alhamdulillah...sume berjalan dgn lancar. meriah juga ye. memandangkan ramai usrahmates saya dari PAKK course, maka kami termasuk naqibah kami pun bersyura untuk membuka satu booth kecil untuk jualan tshirt, terjemahan Quran dan buku2. beberapa hari sebelum itu, kami ke Masjid Jamek untuk mengambil stok, ada yang ditugaskan membuat poster dan handbills untuk publisiti dan ada juga untuk menguruskan sewa booth dsb.

seawal jam 9am, kami tiba di parking kereta, dan bersiap2 menghias booth kami. saya menjaga untuk shift pagi manakala naqibah saya menjaga untuk shift tengahari dan ptg. (kerana saya perlu bergegas balik ke kolej utk siapkan assigment yg perlu disubmit pada kelas ptg itu). usrahmates kami yang lain turut hadir memberi sokongan mantap pada kami! hehe.. walaupun untung yang dapat biasa2 sahaja, alhamdulillah, yang penting saya berasa sangat gembira dengan jualan pada hari itu. eratkan dan rapatkan ukhwah antara kami, seusrah. enjoy habis! kami gunakan keuntungan yang kami dapat itu untuk membeli makanan buat usrah kami minggu2 hadapan insyaAllah.

jazakunallahu khayran kathira =)



barakallahulakuma Syafinaz ~

Date: 15th February 2009 ( Sunday)

Wan datang mengambil saya di UM, kami berlima (Wan, sHi, Huda, Ayu, Ana) ke Wisma Sejarah untuk menghadirkan diri ke walimatul urus seorang kawan kami semasa belajar di MRSM Balik Pulau 7 tahun yang lalu. alangkah gembira dan terharunya hati saya apabila bertemu kembali beberapa orang rakan2 kami (Syafinaz, Syaz Itri, Syaz Mokhtar), sudah mendapat tarbiyah. malah mereka dapat lebih awal dari saya. syukur alhamdulillah. kami mendapat tarbiyah yang sama cuma di berlainan tempat, mereka di Melbourne, sementara saya di Malaysia. selain door gift, pasangan BM (Baitul Muslim) ini juga utuskan Warkah dari Mempelai buat kami.

"...Dunia era dewasa ini merupakan suatu zaman yang begitu mencabar bagi para pemuda dan pemudi. Pemuda-pemudi dikelilingi oleh suatu persekitaran yang menggoda yang membangkitkan nafsu syahwat - pendedahan aurat yang meluas dan bebas melalui papan-papan iklan, majalah2, program2 TV yang melata. Lanjutan daripada itu, terlalu banyak rancangan TV yang menayangkan kisah2 cinta yang membawa muda mudi ke kayangan khayalan, membuai mereka dengan mabuk cinta yang palsu. Sedangkan tiada cinta seindah cinta selepas perkahwinan ( percayalah cakap kami...=) "... - Warkah dari Mempelai, Nor Azlan & Nor Syafinaz

:: hadiah perkahwinan dari saya::
kita pertama kali bertemu di Mrsm BP, namun Allah sgt sweet, temukan kita semula di jalan dakwah ini

ucapan ikhlas dari saya,

Semoga Allah memberkati kalian dan melimpahkan barakah kepada kalian
dan mengumpul kalian dengan kebaikan,
serta mengurniakan kalian zuriat yang memberi manfaat kepada Islam dan muslimin.

Semoga perkahwinan kalian mendapat sakinah, mawaddah dan rahmah dari Allah S.W.T

selamat menyambung PhD di Aussie ya ukht! moga kita ketemu di program2 insyaAllah. doakan yang sama buat saya juga =)

hepi 17th bufday to Adik

sudah lama tidak pulang ke rumah menunaikan hak pada ibu bapa dan keluarga. maka, weekend lepas kami satu family Ismaz seramai 7 orang dapat juga berkumpul bersama untuk celebrate bufday adik kesayangan kami di rumah. petang itu, ayah amik saya di UM, mak pula amik kakak saya di KLIA. sampai di taman perumahan, kereta kami bertembung di jalan dan mulalah aktiviti keluarga kami kalau naik 2 kereta. masing2 wat2 tak kenal je bile kete masing2 kat sebelah menyebelah =D

dah 17 tahun dah adik Maman ni rupanya. dulu kecik comey je. skrg dh besar pjg, lagi besar dari kakak2nye. this year SPM, jgn main2, mesti score tau adik!

:: Maman menyuap mak tersayang ::
...ibunya yang telah mengandung dan melahirkan dengan penuh susah payah... (46:15)

:: menu special mak - Mee goreng, salad, ayam & udang BBQ ::

:: Maman dapat tshirt baru "Band of Ikhwah" ::
49:10 tu bukan 49 nisbah 10 ye, adik..tu maksudnya surah yang ke 49 dalam Quran, ayat 10. "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara...


Thursday, February 19, 2009

be careful Science teacher !!!

last Tuesday, me and my pair did a Form 4 Chemistry experiment in the lab. the title of the experiment is to study the reaction of alkali metals on water. alkali metals are belong in Group 1 of Periodic Table. examples of alkali metals are Sodium (Na), Lithium (Li) and Potassium (K).

Na > Li > K
more reactive to water

be careful dear Science teachers especially Chem teachers. i already did this experiment once last semester, but this time i got trauma after the explosion occur in front of my eyes. huhuuu..

Precautions need to be taken:

1) must wear goggles
2) teacher must be strict in the lab
3) follow the instruction given

have a look at the videos below.

- Sodium, Lithium and Potassium metals -



-this is correct-
a small piece of sodium metal was put into the water.
a very small explosion can be observed. students will get so excited.




-this is dangerous-
quite a big piece of sodium metal was put into the water.
look at the explosion. i was the one who recorded the scene. fascinating but scary..huhu...

these letters really show how much i love U, sys =D

seminggu yang lepas, saya mencari2 surat tawaran biasiswa KPM di rumah, ketika saya menggeledah semua kotak2 yg ada, saya terjumpa surat2 di bawah ini di dalam fail kakak saya. tadaa!!! sudah 12 tahun berlalu, tapi surat2 ini masih kekal cantik (dgn tulisan saya yang saya rasa paaaling cantik waktu itu, berbunga2, siap melukis mewarna lagi). =P

tahun 1997, ketika itu saya baru darjah 5 dan menetap di Kuantan. saya menghantar surat kepada kakak saya yang baru naik Form 1, yang masuk boarding school di TKC Seremban. saya tulis surat dan mak ayah yang akan tolong poskan. baru saya tahu rupenye saya sangat saaaayang pada kakak saya! yelah, kami kan 2 org je perempuan..nk main masak2 ke main congkak pun sesama kami je la. gaduh2 pun sesama kami jugak. hehehe.. mesti la rasa kehilangan bila sorg dh takde kat umah kan.

kami satu family mmg sgt suka simpan memory2 oldies gni. saya ada menyimpan berpuluh2 poskad yang ayah saya bagi (ketika dia giat outstations di overseas), surat2 nasihat motivasi mak saya bagi, dan poskad adik2 dan kakak saya (ketika dia study di Aussie dulu) tulis ketika saya first time masuk asrama di MRSM BP. sila la double klik surat2 ni kalau interested nak bc. hee.. =)







* credits pada cik Waya sbb sudi scan sume surat2 saya ni ye. minggu ini kakak saya akan balik seorang tanpa abg ipar saya. yea! boleh tidur sebilik dengan dia mcm dulu2 waktu dia masih lagi single. hehehe.. =)


Sunday, February 15, 2009

selamat bermujahadah buat antunna di bumi Marjon, UK


:: ukhti U bersama umi kesayangannya ::

pada jam 6.30 petang, kami ke KLIA untuk menghantar beberapa akhawat dari IPBA yang akan fly ke Marjon, UK utk sambung pengajian di sana selama 2 tahun. hampir 30 akhawat yang datang bersama2 untuk menghantar. suasana agak sebak bila kami bersalaman dan berpelukan buat kali terakhir. tingat lagi kenangan bersama ketika bertarawih, berbuka puasa dan tdo di IPBA. juga cerita mengenai Saad Abi Waqqas yang diceritakan oleh U membuatku sangat terkesan hingga sekarang. buat ukhti U, N dan M...selamat bermujahadah di bumi UK. ayuh! apa tunggu lagi! lebarkanlah sayap dakwah di sana...sementara kami di sini akan tetap berjuang untuk jalankan peranan kita fisabilillah. insyaAllah.


" alhmdulillah sudah seminggu di bumi UK. though awal2nya mix feeling jugak. experience snow yg sgt tebal, jln2 d royal park london smabil kejar itik. naik bas pusing london, p nottinghill tgk pasar2. those marketse, really resemble masjid jamek, penuh dgn brg2 antik british, scotland etc. then we head to buckingham palace, seeing the beauty of the dusk. subhanallah. but one thing i dont like seeing the statues there.. betullah, bilamana islam tidak menjadi tujuan dan cara hidup, manusia akan mengorbankan maruah kerana arts semata-mata. mereka sangka mereka sudah mencapai ketamadunan yg tinggi disisi manusia dengan mengukir statue yg kukira 'lucah'. dikejauhan kami melihat bigben, tapi perasaan penat lebih menguasai diri, lantas kami semua bersepakat utk tidak ke menara jam tersebut, sekadar melihat dari kejauhan, sudah mencukupi. melihatkan jam di tangan sudah pun menghampiri jam 8, malam sudah melabuh tirai.teringat pula malam itu malam minggu. takut pula menda tak sepatutnya berlaku. selalunya masyarakat ini akan mencari hiburan di malam minggu begini. sudah bepenat menjadi robot selama 5 hari, mareka menyangka mereka bebas dan gembira dengan meneguk minuman keras begitu. selang 2,3 minit, seorang lelaki jalan terhuyung hayang. uhu..ini yang kami takuti. cepat2 kami berenam bergegas ke bus stop seterusnya." - http://qumfaanzir.blogspot.com/

message dari chatbox sHi:

12 Feb 09, 20:28
ummu: salam kakak.miss u lots.huhu..sejuk dsini, tp ok je.i'm getting used with it alhamdulillah.. salam juang dr bumi uk, inshaallah akn berusaha keras dsini..jazakillah khair buat pertanyaan khabar imanku

usrah 12 @ 4th


salam semua..

Kali ini Wawa sebagai MC share sedikit tazkirah dari Ustaz Yazid malam tadi.

Hadis Nabi:

Allah menciptakan 100 kasih sayang dan meletakkan 1 sahaja kasih sayang di dunia dan menyimpan 99 kasih sayang di syurga.


Sedar atau tidak, untuk dapat syurga free..untuk ke neraka sume kena berbayar. tak percaya??? pergi masjid/surau kena bayar tak? pergi majlis ilmu kena byr tak? mcmne plak dengan pegi tgk wayang, konsert, tgk tv/astro??? haa..kena byr kan. namun masih lagi kita nak memilih jalan ke neraka. kita sanggup keluarkan duit bayar sume mende tu yang akhirnya bawa kita ke neraka! nak pergi syurga dah la free..sombong betul kita dengan Allah kan. bagi free tanak..hurm..renung2kan..peringatan untuk diri sendri semestinya.


usrah kali ini lebih banyak membincangkan tentang penghujung ISK iaitu 7 tingkat amal:

IM - Individu Muslim (kebanyakan kita skrg berada di level 1 ini)
- bagaimana ingin menjadi individu muslim? dengan mengamalkan 10 ciri2 individu muslim yg ideal spt tertera di sebelah bawah kanan blog saya.

* 1. aqidah yang sejahtera (salimul aqidah)
* 2. ibadah yang shahih (sahihul ibadah)
* 3. akhlak yang mantap (matinul khuluq)
* 4. luas pengetahuan (mutsaqqafal fikr)
* 5. sihat tubuh badan (qawiyyal jism)
* 6. mampu berdikari (qadiran ala kasbi)
* 7. melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)
* 8. sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)
* 9. tersusun urusannya (munazzamun fi syu’unihi)
* 10. bermanfaat pada orang lain (nafi’un li ghairihi)

BM - Baitul Muslim (IM + IM)
- bila seorang individu muslim berkahwin dengan individu muslim yang lain, maka terbentuklah baitul (rumahtangga) muslim. apabila kedua2nya sudah faham Islam, dapat anak yang juga diberi tarbiyah untuk faham juga, maka terhasillah sebuah keluarga muslim. (Faquhu ye, bukan faqih semata2)

MM - Masyarakat Muslim (gabungan dari keluarga2 yang faham)

DM - Daulah/Negara Muslim (kita masih belum mencapai tahap ini)
- Madinah merupakan negara kita yang pertama, negara Islam. pernah dgr ttg analogi sabun Breeze?

Pilihan 1: di dalam sebuah iklan, seorang wanita mambandingkan 2 baju di hadapan penonton, 1 baju yang putih bersih dan 1 baju lagi tak berapa putih dan bersih. lalu wanita itu berkata kepada penonton, "Belilah sabun Breeze!"

Pilihan 2: di dalam sebuah iklan, seorang wanita membandingkan 2 baju di hadapan penonton, dia menyapu sedikit sabun X pada 1 baju, dan menyapu sedikit sabun Breeze pada 1 baju yang lain di hadapan penonton. hasilnya selepas beberapa ketika, baju guna sabun Breeze lebih putih dan bersih berbanding baju guna sabun X. lalu wanita itu berkata kepada penonton, "Belilah sabun Breeze!"

iklan yang mana yang lebih mempengaruhi anda untuk membeli sabun Breeze? pasti pilihan 2 kan. sbb pe? sbbnye wanita itu menunjukkan buktinya pada penonton bahawa sabun Breeze ini benar2 menanggalkan kesan degil.

begitu juga dengan Madinah. selepas Madinah telah berjaya menjadi contoh sebuah negara Islam sebenar, yang masyarakat di dalamnya semua mengamalkan cara hidup islam sebenar, maka orang2 dan negara luar tertarik dengan Islam. lalu berbondong2 lah orang masuk ke dalam agama Islam.

KM - Kerajaan Muslim

EM - Empayar Muslim


UA - Ustadziatul Alam (contoh ikutan seluruh alam)
- Islam pernah menjadi world order satu ketika dulu, salah satu buktinya, bila kita konvo, kita pasti akan pakai jubah kan? walaupun kita berada di negara asing spt US, UK dan Aussie. betul? itu menunjukkan kita pernah menjadi ikutan pada dunia. namun skrg apa sudah jadi? US lah yang menjadi world order. apa yg mereka buat, baik dan betul bagi pandangan semua org. kita skrg hanya menurut perintah mereka.

" Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya. Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri. Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt" (sumber: http://inijalanku.wordpress.com)

things to ponder: apa peranan dan tanggungjawab kita untuk naikkan semula graf Islam dan menjadikan Islam sebagai world order kembali?

banyak betul rezeki kami hari ini. masing2 bawak mcm2 makanan. alhamdulillah. juga celebrate bufday beberapa orang usrahmates kami. kek yang comel, Uhibbuki fillah (Sayang kamu kerana Allah) =)

Monday, February 9, 2009

afwan jiddan semua

salam to all viewers n friends, in Malaysia and around the world. i am so sorry for not updating blog for quite some time. this week is the one of my bziest week. there are some more priority things need to be done. study tuk test, a few assignments yg perlu disubmit, setelkan isi borang tuk latihan mengajar dan borang posting. banyak pengisian usrah dan daurah nak dimasukkan tapi empunya blog belum punya masa yang cukup panjang utk mengupdate. hai, namun siapalah kita nk dibandingkan dengan Nabi yang memang org yg paaling bz sepanjang hayat baginda. dia lah pendakwah, dialah suami, dialah sahabat, dialah bapa, dialah datuk, dialah rasul Allah, dialah pemimpin seluruh alam, dialah segala-galanya! insyaAllah will try to update asap. in the mean time, dipersilakan melawat blog2 yang sudah disenaraikan di sebelah kanan bawah sebagai pengisian hati dan jiwa2 anda. mohon kalian doakan moga Allah memudahkan segala urusan saya.

saya perlu melakukan pengumuman sebegini memandangkan ramai yang membelek2 blog dan bertanya bile nk update blog. oh ye, di sini juga disertakan video nasyid bertajuk Demi Matahari dari Snada bersama liriknye. ini ialah tafsir surah As-Syams. sangat senang nak hafal, tambah2 lagi kami baru saje bersenamrobik dengan lagu ni bersiap gaya yang comel. saya sudah menghafalnye. alhamdulillah. anda cubalah, nyanyi dan hafal terjemahan surah As-Syams bersama ye! Wasshamsi wadhuhaha..wal qamari iza talaha... syukran =)


:: Demi Matahari - Snada ::