Friday, February 27, 2009

tibalah masa untuk memberi

Date: 12 Feb 09 (Thu)

bulan Mei tahun lepas merupakan turning point dalam hidup saya. tinggallah segala kegelapan di belakang dan mulalah bersinar hidup saya seterang-terangnya. bermula perkenalan dengan ukhti I, kemudian ke program pertama saya iaitu ISK, dan seterusnye usrah bersama akhawat tersayang. banyak yang telah saya pelajari dari akhawat yang sungguh tinggi keimanannya insyaAllah. moga2 saya menjadi seperti mereka.

kini tibalah masanya untuk saya memberi pula...setelah sekian lama menerimanya untuk diri sendiri. syukur alhamdulillah dengan kurniaan dan ketetapan dari Allah, saya diberi tanggungjawab dan amanah untuk dipikul. bermula dengan seorang ukhti A yang mencari2, Allah mengilhamkannya untuk menemui blog saya dan seterusnye dapat menghubungi saya menggunakan friendster..takdir Allah Maha Pemberi Petunjuk, kawan sekuliahnya pula ialah kawan saya sejak sekolah menengah, ukhti D turut berminat ingin join. kemudian, beberapa hari sebelum usrah diadakan, A mengajak ukhti O dan M untuk join bersama. sekali lagi dengan izin Allah, O rupanya ialah sekelas dengan saya semester ini. maka dengan kehadiran keempat-empat mereka, syukur alhamdulillah usrah pertama dijalankan di bilik saya. perasaan bercampur baur ketika ingin memulakan amanah sebagai mak usrah. nervous dan takut andai saya tidak dapat menarik minat mereka dengan cara penyampaian dan isi kandungan. adakah saya sudah cukup bagus untuk menjadi seperti mana naqibah saya lakukan? namun, turut hadir untuk memberi support dan tunjuk ajar untuk kali pertama berusrah ialah naqibah kesayangan saya. jzkk ya ukht!

untuk yang pertamanya, kami banyak menekankan tentang kefahaman tentang Islam. seperti mana yang saya dapat ketika saya di dalam As-Syams dan waktu program ISK. (usrah kami digelar sebagai As-Syams..hee). kenapa perlu pertama2nya menekankan tentang KEFAHAMAN??? inilah sebabnya:

Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf, 7:179)

--> Analogi i kecik dan I besar (Islam vs islam)

Islam - kata nama. contoh lain: saya Tulis.
islam - kata kerja/perbuatan. contoh lain: saya tulis.

yang mana satu pilihan anda? mahu menjadi muslim atau Muslim? jika anda memilih Muslim, (yakni M besar) hanyalah menjadi seorang Muslim hanya pada nama, hanya pada IC dan surat beranak saja. tapi jika anda memilih muslim (yakni m kecik), ini bermaksud anda akan melakukan apa yang seorang muslim itu harus lakukan. iaitu menjadi abid (hamba) kepada Allah dan khalifah untuk menyeru sekalian manusia mengEsakan semata2 Allah Yang Satu.

Firman Allah:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'am, 6:125)

Maka barang siapa mengkehendaki, tentulah dia akan memerhatikannya. ('Abasa, 80:12)
Kemudian jalannya dia mudahkan. ("Abasa, 80: 20)

the choice is in your hands now!


:: beza i kecik dan I besar ::

--> Beza faqihu dan faquhu

Sesiapa yang Allah hendak berikan dengannya kebaikan, dia akan diberi ke"faham"an dalam agama. (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Tanda Allah sayang pada kita bukan sebab Dia bagi kita kemewahan material, bukan sebab Dia bagi kita akal yang bijak tapi tanda Allah sayang, tandanya ialah Dia berikan kefahaman dalam agama iaitu Ad-Deen. Subhanallah...baik sungguh Allah pada kita!

pendapat ulama ada mengatakan samada ke"faham"an yang ditunjukkan di dalam hadis itu ialah "faqihu" atau "faquhu". orang yang "faqihu", dia hanya faham tentang islam itu. tapi orang yang "faquhu" dia faham dan amalkan islam itu. contoh senang faquhu ialah Sumayyah. ketika beliau syahid, perintah untuk tunaikan solat dan zakat masih belum diturunkan, beliau hanya berpegang pada kalimah "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah". itu sajalah pegangan akidah yang kuat untuk beliau sanggup mati syahid. tapi ramai kita sekarang hanya "faqihu", tahu mcm2 hal tentang islam, tapi hanya pada nama saja... sekali lagi, tanya diri kita mahu jadi yang mana satu ???

:: beza faqihu dan faquhu ::



pertama kali kami berkumpul, saya melihat keperibadian mereka satu per satu. semasa bertaaruf, setiap orang punya keistimewaan masing2. hati ini sudah awal2 lagi bermonolog, "sHi, diorg ni sume logam hebat2 ni sHi, takleh biarkan logam ni ke tempat lain, logam2 ni harus digunakan untuk islam ni sHi !"

benar, komitmen saya akan makin bertambah. jika dulu, usrah 1 kali seminggu, kini usrah 2 kali seminggu. satu saya memberi dan satu lagi saya menerima. satu saya mendengar, satu lagi saya menyampaikan. apa yang saya terima, itu yang saya beri. begitulah hari2 yang akan berlalu kini. saya sangat sayang mereka! moga Allah sentiasa berikan kekuatan fizikal dan mental buat para daei sekalian. mari kita melasso manusia di luar sana untuk masuk ke dalam kandang ibadah! mari daei mari!

No comments: