Monday, March 2, 2009

Nini sudah tiada

Nini sudah takde..tinggalkan saya. sedih..memang sedih. manakan saya tak sedih, hamster yang paling lama saya jaga dan bela sebaik2nya. sejak bulan 3 tahun lepas. sedar tak sedar, sudah setahun saya bersama Nini. saya membelinya bersama xrumate saya. hamster yang paling gemuk (sampai panggil dia Nini yang gem gem). hamster yang paling baik, tak suka gigit orang. hamster yang paling suka wat saya gelak dan hilangkan duka saya. hamster yang pernah lahirkan Alif, Ba, Ta, Tha, Jim dan Ha. Hamster yang saya bagikan namanya Niniiii....

sejak seminggu selepas saya tidak lagi dibenarkan membela hamsters di kolej, saya tinggalkannya bersama bibik saya di rumah untuk menjaganya. ada juga hati ni risau dan rindu kan mereka. tapi saya akur dengan peraturan kolej. baru rasa nak balik rumah cuti minggu depan tuk tgk diorg. baru saja tadi, adik bongsu saya menelefon dan bagitahu, rasanya Nini yang mati. tinggal badan je, kepala dah takde. mesti dah lama mati tapi adik2 saya baru sedar. bila dah mati, mulalah hamster yang lain akan rebut makanan yang ada dalam mulut Nini. saya ingat lagi waktu Jim Jim mati, saya sendiri melihatnya. semua termasuk Nini berkerumun dan berebut2 nak amik makanan dalam mulut Jim Jim sampai tercarik2 kulit mulutnya hingga berdarah. trus saya keluarkan Jim Jim dan adik saya tanamnya di belakang rumah. ni apatah lagi, sampai kepala pun hilang. takpelah, ajal sudah tiba. mungkin benar, life span seekor hamster ni tak lama. cukup beruntung saya dapat bersama Nini selama setahun. Nini akan dikebumikan di belakang rumah bersama dengan Nod, pasangannya yang dulu. redha dengan ketentuanNya. moga Allah ampunkan segala dosa2 saya selama Nini berada di bawah jagaan saya. Ameen.

Nini di kolej: 27 Mac 2008

Nini di rumah: 13 Jun 2008

Nini ketika memilih pasangan barunya, Noddy di petshop: 13 Julai 2008

Nini bersama anak2nya: 7 Oktober 2008

...Innalillah wa inna ilaihi raji'un... (Baqarah, 2:156)

6 comments:

Anonymous said...

salam,nini pergi nanti kt cari nanu ke nano pulak sebgai ganti.biasalah tu setiap yg hidup pasti akan mati.giliran kt tak tahu bila?sifat ehsan mesti ada dlm diri kt wlpun pada seekor haiwan apatah lg pada insan.

sHi said...

wslm..makkkk! hehe..berjaya juga mempublish comment kat blog hanim selepas sesi ajar mengajar kat telepon tadi..hehehe..syukran mak!

p/s: ini mak saye!!!! (wink) =D

Anonymous said...

salam takziah..
moga redha dengan pemergiannya..

sHi said...

salam ukhwah hanim yusra..kite pernah kenal ke ye? ke baru kenal di alam maya? huhu..syukran =)

yanee said...

lps ni kalau gi bilik kak shi,xda animal lagi dah.
human2 yg x best je ade.
x best....
hahahha

sHi said...

haha..yanee2..akak repot kat fara n dyana ckp diorg tak best. =P