Wednesday, December 17, 2008

usrah kabilah 2 @ Wangsa Maju


kali ini lebih ramai yang hadir dalam usrah kabilah ini. kami hadir agak lambat sedikit berbanding biasa memandangkan perlu stop di beberapa tempat untuk pick up akhawat termasuk diriku. dapat kembali jumpa dengan Kak Syam IPBA yang sangat comel, Kak Elly UK, Kak Ai IPBA, Nana Auckland, Diyana, Sabrina KMB dan Azie KMB. seperti biasa, kami bertadabbur. kali ini surah As-Saff. antara ayat2 yang berkesan di hati ialah:

Firman Allah:

[61.1] Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kak Elly UK ada share kisahnya ketika dia belajar swimming. pada waktu itu, teringat akan ayat ini. bukan setakat benda hidup seperti burung dan daun sahaja yang bertasbih pada Allah kerana Allah mengatakan SEGALA APA YANG ADA DI LANGIT DAN BUMI. ianya termasuklah benda bukan hidup seperti kertas dan air. rasa malu dengan makhluk Allah ini. kita kadang2 leka untuk bertasbih memuji Allah sedangkan mereka tidak pernah sedetik pun alpa.

[61.2] Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!

[61.3] Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.


pertama kali ku melihat dan memahami ayat 2 dan 3 ini ialah ketika daurah SH. ayat ini juga yang ku letakkan di sebelah kanan blog ku sebagai peringatan keras buatku. Allah amat2 membenci orang yang cakap tapi tak serupa bikin.

[61.4] Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

ayat ini menunjukkan bahawa kita semua umat islam perlu bersama2 menyokong antara satu sama lain. sudah Allah katakan ianya seolah2 sebuah bangunan yang tersusun kukuh. kuatnye kan? sebab tu dalam solat sekalipun, imam akan menyebut "Luruskan dan rapatkan saf". kerana Allah sangat mencintai orang sebegini. begitu juga dalam hadis Nabi di mana Nabi ada mengatakan bahawa orang mukmin dengan mukmin yang lain ialah ibarat batu bata. insyaAllah. jika tiada simen, maka batu bata itu akan jadi lemah dan akan runtuh. jika tiada batu bata, maka simen juga tidak berguna kerana tidak boleh membina sesebuah rumah. begitu kuat hubungan antara satu sama lain.

part seerah pula dibentangkan oleh naqibahku yang menceritakan tentang Perang Hunain. perang ini berlaku selepas satu peristiwa penting iaitu Fathul Mekah. di mana perang ini adalah antara perang terbesar di dalam sirah Nabawiyah. ketika ini, ramai yang berbondong2 masuk Islam. perang ini merupakan pertama kali bilangan umat islam yang berperang adalah lebih ramai (orang Madinah dan orang Mekah yang masuk islam termasuk Abu Sufyan) berbanding dengan musuh iaitu musyrikin. di sini dapat dilihat perbezaan perang Hunain dengan perang Badar. ketika perang Badar, bilangan umat islam teramat sedikit dan mereka kuat kerana bergantung kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada mereka. manakala ketika perang Hunain, mereka tidak lagi bergantung kepada Allah kerana merasa yakin mereka akan menang memandangkan bilangan umat islam lebih ramai. dengan izin Allah, perang ini dimenangi oleh umat islam. terturunlah ayat ini yang memberi pengajaran bahawa hanya Allah yang boleh menentukan kemenangan dan bukan di atas sebab bilangan tentera:

Firman Allah:
[9.25] Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.


sebaik sahaja menang, Rasulullah telah membahagi2kan harta rampasan perang yang mereka peroleh. ketika ini, orang Ansar timbul rasa tidak puas hati apabila melihat Rasulullah memberikan harta itu lebih kepada orang Mekah. namun Rasulullah S.A.W berkata kepada mereka, orang2 Mekah akan mendapat harta itu, tapi engkau akan mendapat Allah dan RasulNya. wah...sweetnye. sampai orang2 Ansar menangis sehingga membasahi janggut2 mereka. apa lagi yang lebih bererti melainkan mendapat Rasulullah kembali pulang ke Madinah bersama2 mereka. di sini dapat kita lihat bagaimana kata2 Rasulullah itu kena pada tempatnya sehingga boleh memberi kesan kepada para sahabat. reflect diri kita, seorang daei seharusnya mengikut bagaimana skill dan teknik Rasululllah. tidak perlu bercakap banyak sehingga orang tak tahu apa point kita cakap. cuma bercakap bila perlu di waktu yang tepat. supaya dapat berkesan di hati2 orang yang kita tujukan itu insyaALLAH.

(sumber dari: Raheeq Makhtum)

6 comments:

Adibah S said...

Salam shi, shi kawan rapat ke dengan halaa? Kite dulu satu sekolah dengan dia... Tapi tak rapat la.

Adibah S said...

Shi, kite suka la cara usrah shi.

sHi said...

waalaikumussalam dibah power..hehe
ooo yeke? kenal through blog je. dia tu kwn shi kat indo..

syukran dibah. dibah pun buleh join pe salahnye kan? jmpa next sem ye. insyaAllah =)

IMN_BERKAT said...

tak setiap hari su bukak blog shi, tapi in a week,ada la sekali su mesti bukak..i've learn a lot here...

bukan mudah untuk seseorang untuk memperolehi hidayah NYA...tak cukup dengan solat 5 waktu, doa after solat dan membaca al quran semata-mata..

pun bukan semua yang mudah adalah senang...tiap orang punya keunikan

IMN_BERKAT said...

satu lagi nak ty camner shi buat conter kat blog nie?

sHi said...

salam suhada..syukran a lot sudi gak visit blog shi yg tak seberapa ni. moga segala pengisian yg sedikit ini memberi manfaat kepada semua enshaAllah ye.

oo..counter tu. su click je kat counter shi, nanti dia akan bg link ke website dia. su leh explore2 sendiri ye.

jumpa final semester di UM ye. =)