Sunday, February 15, 2009

usrah 12 @ 4th


salam semua..

Kali ini Wawa sebagai MC share sedikit tazkirah dari Ustaz Yazid malam tadi.

Hadis Nabi:

Allah menciptakan 100 kasih sayang dan meletakkan 1 sahaja kasih sayang di dunia dan menyimpan 99 kasih sayang di syurga.


Sedar atau tidak, untuk dapat syurga free..untuk ke neraka sume kena berbayar. tak percaya??? pergi masjid/surau kena bayar tak? pergi majlis ilmu kena byr tak? mcmne plak dengan pegi tgk wayang, konsert, tgk tv/astro??? haa..kena byr kan. namun masih lagi kita nak memilih jalan ke neraka. kita sanggup keluarkan duit bayar sume mende tu yang akhirnya bawa kita ke neraka! nak pergi syurga dah la free..sombong betul kita dengan Allah kan. bagi free tanak..hurm..renung2kan..peringatan untuk diri sendri semestinya.


usrah kali ini lebih banyak membincangkan tentang penghujung ISK iaitu 7 tingkat amal:

IM - Individu Muslim (kebanyakan kita skrg berada di level 1 ini)
- bagaimana ingin menjadi individu muslim? dengan mengamalkan 10 ciri2 individu muslim yg ideal spt tertera di sebelah bawah kanan blog saya.

* 1. aqidah yang sejahtera (salimul aqidah)
* 2. ibadah yang shahih (sahihul ibadah)
* 3. akhlak yang mantap (matinul khuluq)
* 4. luas pengetahuan (mutsaqqafal fikr)
* 5. sihat tubuh badan (qawiyyal jism)
* 6. mampu berdikari (qadiran ala kasbi)
* 7. melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)
* 8. sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)
* 9. tersusun urusannya (munazzamun fi syu’unihi)
* 10. bermanfaat pada orang lain (nafi’un li ghairihi)

BM - Baitul Muslim (IM + IM)
- bila seorang individu muslim berkahwin dengan individu muslim yang lain, maka terbentuklah baitul (rumahtangga) muslim. apabila kedua2nya sudah faham Islam, dapat anak yang juga diberi tarbiyah untuk faham juga, maka terhasillah sebuah keluarga muslim. (Faquhu ye, bukan faqih semata2)

MM - Masyarakat Muslim (gabungan dari keluarga2 yang faham)

DM - Daulah/Negara Muslim (kita masih belum mencapai tahap ini)
- Madinah merupakan negara kita yang pertama, negara Islam. pernah dgr ttg analogi sabun Breeze?

Pilihan 1: di dalam sebuah iklan, seorang wanita mambandingkan 2 baju di hadapan penonton, 1 baju yang putih bersih dan 1 baju lagi tak berapa putih dan bersih. lalu wanita itu berkata kepada penonton, "Belilah sabun Breeze!"

Pilihan 2: di dalam sebuah iklan, seorang wanita membandingkan 2 baju di hadapan penonton, dia menyapu sedikit sabun X pada 1 baju, dan menyapu sedikit sabun Breeze pada 1 baju yang lain di hadapan penonton. hasilnya selepas beberapa ketika, baju guna sabun Breeze lebih putih dan bersih berbanding baju guna sabun X. lalu wanita itu berkata kepada penonton, "Belilah sabun Breeze!"

iklan yang mana yang lebih mempengaruhi anda untuk membeli sabun Breeze? pasti pilihan 2 kan. sbb pe? sbbnye wanita itu menunjukkan buktinya pada penonton bahawa sabun Breeze ini benar2 menanggalkan kesan degil.

begitu juga dengan Madinah. selepas Madinah telah berjaya menjadi contoh sebuah negara Islam sebenar, yang masyarakat di dalamnya semua mengamalkan cara hidup islam sebenar, maka orang2 dan negara luar tertarik dengan Islam. lalu berbondong2 lah orang masuk ke dalam agama Islam.

KM - Kerajaan Muslim

EM - Empayar Muslim


UA - Ustadziatul Alam (contoh ikutan seluruh alam)
- Islam pernah menjadi world order satu ketika dulu, salah satu buktinya, bila kita konvo, kita pasti akan pakai jubah kan? walaupun kita berada di negara asing spt US, UK dan Aussie. betul? itu menunjukkan kita pernah menjadi ikutan pada dunia. namun skrg apa sudah jadi? US lah yang menjadi world order. apa yg mereka buat, baik dan betul bagi pandangan semua org. kita skrg hanya menurut perintah mereka.

" Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya. Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri. Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt" (sumber: http://inijalanku.wordpress.com)

things to ponder: apa peranan dan tanggungjawab kita untuk naikkan semula graf Islam dan menjadikan Islam sebagai world order kembali?

banyak betul rezeki kami hari ini. masing2 bawak mcm2 makanan. alhamdulillah. juga celebrate bufday beberapa orang usrahmates kami. kek yang comel, Uhibbuki fillah (Sayang kamu kerana Allah) =)

5 comments:

lrh said...

jazakillah atas perkongsian..^^

kita mungkin merasa betapa nikmatnya setelah ditimpa mcm2 ujian bila kita berjya menghadapi ujian tersebut dgn tabah dan sabar. tapi nikmat tu hanyalah sedikit jika dibanding nikmat di syurga yang di dalamnya, tiada makhluk yg bernama 'masa' subhanALLAH..

sayangnya Allah pada kita kan? setiap detik, memerhati dan membisikkan ayat-ayat CintaNya kpd kita..(",)

moga kita sentiasa berada didalam kasih sayang, rahmat dan barakahNya.. ameen~

sHi said...

waiyyaki liza =)
tiada makhluk bernama masa...menarik ayat tu. sgt terkesan di hati sHi. =)

Anonymous said...

shi..boleh tanye..ape mksd waiyyaki?

sHi said...

waiyyaki tu maksudnya "dan kepada kamu juga"..so kirenye org tu pun berdoa tuk kite gak =)

Anonymous said...

Assalamualaikum...

maaf sekadar ingin bertanya..

tiada makhluk yg bernama 'masa' subhanAllah..
syngkan Allah pada kita kan?setiap detik, memerhati dan membisikan ayat-ayat cintaNya kpd kita..

blh terangkan ayat diatas...sy tidak berapa faham..?
jazakillah..~