Monday, March 30, 2009

istimewanya anak usrah yang seorang ini



Date: 27 February 2009 (Fri) -- again..afwan kathira..dh lebih sebulan br nk update.

memandangkan saya pernah menjadi Timbalan Pengarah 1 untuk projek Care 4 All sesi lepas, saya dijemput sebagai VIP untuk memeriahkan majlis Kempen Kesedaran & Hari Penghargaan Kepada Mahasiswa Istimewa UM. pada awalnye saya tidak merasakan saya akan pergi kerana banyak perkara yang saya rasa perlu di aula'kan (didahulukan). tapi dengan izin Allah, saya pergi kerana pertama2nya anak usrah saya iaitu Kak SS diberi penghormatan sebagai penerima anugerah. maka sudah menjadi tanggungjawab seorg mak usrah untuk menjaga kebajikan dan hak anak2 usrahnya sedaya mungkin. dan keduanya, saya rasa saya patut pergi kerana sudah dijemput oleh pengarahnya sendiri iaitu adik angkat saya, Bazlin.

jadi, malam itu D, anak usrah saya drive dan bawa Kak SS dan saya ke sana. jazakillahu khayran pada D. senja itu, D dan Kak SS baru je balik dr library UKM tuk cari bahan Kak SS untuk projek masternya. malam trus kami ke sana plak. moga Allah balas kebaikan yang D lakukan. insyaAllah. apa yang boleh dikatakan, projek ini walaupun simple dan sederhana, namun memberi kesan yang sgt besar buat semua org terutamanya saya. congrats pada adik B dan Bob selaku Pengerusi JKP Kemas. =D

bagaimana mahu mulakan cerita ye..hmmm...

dengan rahmat dariNya, ketika usrah yang diamanahkan oleh saya dijalankan buat kali kedua, saya dikejutkan dengan kedatangan seorang kakak yang bernama Kak SS bersama anak usrah saya iaitu D. memang bbrp hari sebelum itu, D sms mengatakan ingin mengajak seorg kwnnye dari kolej lain untuk join. saya mengalu2kan. sungguh saya tidak sangka rupanya yang diajak ialah Kak SS. saya tidak pernah menyangka sama sekali saya mempunyai anak usrah istimewa seperti ini. syukur saya ucapkan pada Allah kerana beri saya peluang keemasan ini untuk saya lebih mengenali dan menghayati org spt mereka.

mari saya ceritakan serba sedikit tentang anak usrah saya yang sorg ini:


Kak SS ialah salah sorg mahasiswa istimewa di UM. Kak SS cacat penglihatan sejak dari lahir. katanya, dia baru start pakai tudung tahun ni. masa amik degree dulu, Kak SS tak pakai tudung. terbuka hatinya untuk pakai tudung selepas dia mengambil subjek Bahasa Arab. kini Allah bukakan pula hatinya untuk mendapat tarbiyyah secara berterusan dan join usrah insyaAllah. sekarang Kak SS sedang membuat master di Fakulti Sastera dan insyaAllah akan menyambung PhD di Adelaide, Australia. org sempurna cukup sifat seperti kita harus berasa malu dengan kesungguhan dan ketabahan org spt Kak SS dan rakan2 lain kan??? Nastaghfirullahala'zim..kami mohon ampun padamu Allah.

menariknya Kak SS boleh melihat warna. "Faveret kaler akak wane pink", " wah..cantiknya langit hari ini"... saya pelik dengan kenyataan2 itu pada awalnya. satu hari, saya ziarah ke biliknya dan hadiahkan Kak SS pencil case favourite colournye, "Akak, ni warna pe kak?"..sambil membelek2 dekat di matanya, trus dia kata "warna pink!"... subhanallah. D dan saya pernah membawanya ke Masjid Jamek untuk membeli tudung dan jubah. Kak SS ada mcm2 koleksi baju dan jubah pelbagai warna. pernah juga D ceritakan pada kami, kalau bawak Kak SS ke mana2 tempat tuk wat research dan cari bahan, even tempat yang tak pernah pergi dan susah nak cari, stakat ni D tak pernah sesat..smooth je jalan pulang dan balik. itulah rahmah dan hikmah Allah beri sbb menolong org spt Kak SS. insyaAllah, alhamdulillah wa allahu akbar.

memang benarlah, mata hati itu lebih baik... Kak SS hanya gunakan telinga dan hati. dia sangat mudah menghafal dan menangkap segala apa yang saya ceritakan di dalam usrah. dialah yang paling tak sabar2 nak ke program ISK. dia lah yang paling cpt cari ayat2 Quran yang kami tadabbur sama2 yang berkesan di hatinya untuk dikongsi bersama. ketika di biliknya, segala file tarbiyyah (spt SH, interaksi AQ, video Ustaz S beri talk ISK etc) di dalam external HD saya, semua Kak SS minta copy kan dalam laptopnya. Kak SS lebih cepat membaca dalam bentuk PDF dan word berbanding di dalam buku. sbb dlm laptop, ada translator software. kalau bg buku, kena tukar dulu dalam tulisan Braille atau kena mintak org bacakan.

malam itu, saya tdo semalam dengan Kak SS di biliknya. saya bacakan skit ttg intro Sultan Muhammad Al-Fateh. Kak SS dengar dgn khusyuknya dan memberi respon. esok paginye saya temankan Kak SS ke kelas dakwah di Fakulti Kejuruteraan. tapi saya hanya menghantar memandangkan saya perlu hadiri walimah kawan tghari itu. Kak SS juga pernah tdo di bilik saya ketika projek Islam Hadhari kolej saya anjurkan, di mana setiap malam minggu itu, ada pengisian di surau dan makan bersama dalam talam. hari2 dengan semangatnya Kak SS dtg dgn bantuan usrahmates saya dan bbrp adik2 junior yg ikhlas membantu.


Firman Allah:
Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama... (Al Hajj 22:78)


:: bersama kawan baik saya ketika di walimah adik dan abgnya, auntie sHi tak sabar nk jumpa baby =) ::

11 comments:

NOOR AZLIZA ABI ABDULLAH said...

assalamualaikum...
ya ukhti.... terkesan sungguh dengan post ni... ana tak sekuat dia... tak sekuat anti juga untuk membawa islam.........

sHi said...

waalaikumussalam, anti nape anti kata begitu.. kite sama2 berjemaah kena kuat tuk bw islam itu menuju ke puncak kegemilangan.. kite sama2 usaha, kan Allah mengira setiap hasil usaha kite walaupun seberat zarah.

Anonymous said...

Thankz atas tulisan blog yg begitu menyentuh hati,kadang kala malu dgn segelintir manusia yang sempurna sifat luaran tetapi kekurangan dari segi ilmu agama dan nilai-nilai moral...Bersyukur kpd Tuhan dikurniai sifat2 sempurna dan tidak diduga seperti kak SS...Harap Projek Care4all sedikit sebanyak mampu utk memberi kesedaran kpd Mahasiswa tentang keperihatinan trhadap golongan Istimewa UM..

sHi said...

benar..mmg benar..moga kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah.

nurulnadia said...

salam..
betul2.mereka mmg insan istimewa yg sgt istimewa..kak ss mmg kuat ingatan n x lokek kongsi ilmu.apa yg dia tau,cpt2 dia akn bgtau.smgt!! =)

sHi said...

wslm..tu la usrahmates nad kan? hehe..alhamdulillah.. sharing is caring..

Anonymous said...

slm..
mlm lepas usrah hari tu kan,sy ngn k.s g audi fac edu untuk ceramah ustaz hasrizal..hmm,mmg actually rasa xtau cne nk bg terbaik untuk dia..ni 1st time gak close to org yg unik upayanya..masa turun tgga kat audi tu k.s nyaris2 nk jatuh,sy xbgtau tgga kat dlm tu 'pelik' sikit,huhu,minta maaf byk2 kak...pepun,alhmdulillah,sy xterlepas pegang dia..sglanya settle akhirnya n dpt tempat duduk...
masa kitorg duduk(kat 4th row),ada sorg adik tegur k.s,dia tya k.s ni g kelas dakwah kn??(xsilap sy kelas dkwah,huhu,kat fc engine)..then lepas tu k.s bgtau sy actually,masa pgram dkwah tu,xde pun org rapat ngn dia..(pd sy,mungkin yg tgur pun biasa2 je)..tu dia xkenal suara adik tu..dia kata apa lg tau..xmacam kwn2 usrah kita,smua baik2,rapat..masa tu sy tersentap gak,yaAllah,itulah nikmat rasa sbnrnya...org special spt k.s punya rasa spt kita gak..tp cara ayat dia lafazkan,sy kesan 1 kesedihan(mungkin),DISKRIMINASI...

mg2 Allah jauhkan hati ni dr rasa ingin menDISCRIMINASI sape2...

Anonymous said...

huhu..tersalah,bkn ceramah ustaz hasrizal,tp forum pasal hudud hari tu...

sHi said...

wslm...ni ramlah ye. alhamdulillah..jazakillah ye ramlah sudi gak tlg bwk kak ss ke sana. moga Allah balas setiap usaha dan amal yg kita lakukan ikhlas keranaNya kan? =)

nieza said...

MasyaAllah..
T-T (menitis air mataku..)
moga Allah beri kekuatan untuk berjuang seperti mereka atas kesempurnaan sifat anugerahNya ini..

sHi said...

opss..bukan ramlah..mokdah ye. salah org..huhu..jazakillah mokdah, sudi tlg bwk kak SS ke sana. =)

to nieza: ye btul kan, sungguh rasa Allah sgt baik temukan shi dgn Kak SS. mana tahu, kite mungkin diuji sptnya juga. masih lagi tidak lekang dgn tarbiyah walaupun tidak sempurna sifat.