Friday, August 29, 2008

usrah 1 @ 4th - Bertadabbur dengan As-Syams



syukur alhamdulillah, akhirnya usrah yang ditangguhkan (sepatutnya dirancang 3 hari lepas), dapat juga dilakukan pada malam ini dan istimewanya ianya dilakukan di bilik ku..di 4th college. dalam pukul 7.15 pm, Intan, Syikin, Yuti dan Kak Hudha sampai dgn menaiki cab, ku menjemput mereka di bawah. sebelum azan Maghrib, kami dinner bersama dengan spaghetti masakan Intan sambil berkenalan-kenalan. kali terakhir jumpa Intan ialah ketika berbuka puasa di 10th college. manakala Yuti dan Syikin ialah waktu program ISK di Kajang. dan baru pertama kali sHi berjumpa dengan Kak Hudha. Jazakillah Intan, sedap super spaghetti tu! (perkataaan gile ditukarkan kepada super ye). siap ada lebih tuk sHi n roommates makan supper karang. Intan, nanti biar sHi lak masak spaghetti tuk sume keh. hehe.. azan berkumandang, solat Maghrib berjemaah dan halaqah dimulakan.

kali ni, kami bertadabbur mengenai tafsir surah As-Syams..bak kata Syikin, surah ini sangat sweet. oh ya, pe beza terjemahan, tafsir dan tadabbur? afwan, seandainya sHi salah, sila betulkan ye. secara ringkasnya, terjemahan ialah kita direct translate ayat2 Quran. contoh yang diberikan Intan ialah dalam surah Al-Balad ayat 4.

Firman Allah:
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
(Al-Balad 90:4)


manakala tafsir pula ialah kita menjelaskan ayat2 Quran. melalui ayat di atas, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh alim ulama'. mungkin Allah ingin menjelaskan cara penciptaan manusia yang sangat susah dari awal. mungkin juga ayat ini mempunyai sirah di sebaliknya dan sebagainya. tadabbur pula ialah kita lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai tafsiran ayat2 Quran tersebut. salah satu bertadabbur ialah dengan buat discussion seperti yang kami lakukan sebentar tadi.itulah pentingnya tafsir dan tadabbur kerana ayat2 Allah ini ada yang tersurat dan yang ada juga yang tersirat.

bagi sHi, setelah sHi membaca sekali lalu terjemahan As-Syams ini, ayat yang betul2 melekat di hati dan seolah-olah Allah sedang bercakap padaku ialah ayat 7. "dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna". sungguh, gementar rasanya hati ini. terasa hati ini seperti kapas basah yang mudah melekat dan bukan kapas yang kering. itulah love letters dari Allah pada kita. terasa begitu sempurna ciptaan Allah, begitu sempurna tubuh badanku, alam semesta dan seluruh makhlukNya. Subhanallah.

Firman Allah:

[1]
Demi matahari dan cahaya pagi yang terang-benderang;
[2]
Dan demi bulan yang mengiringinya;
[3]
Dan demi siang ketika ia menampakkanyya dengan jelas;
[4]
Dan demi malam ketika ia melindunginya,
[5]
Dan demi demi langit dan pembinaannya yang rapi;
[6]
Dan demi bumi dan penghamparannya yang terbentang luas;
[7]
Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna;
[8]
Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;
[9]
Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.
[10]
Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.
[11]
Kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) kerana sikap mereka yang melampaui batas;
[12]
Ketika seorang yang paling jahat di antara mereka tampil tergese-gesa (untuk membunuh unta mukjizat),
[13]
Lalu Rasul Allah (Nabi Soleh) berkata kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta Allah dan minumannya,
[14]
Tetapi mereka mendustakannya, lalu mereka menyembelihkan unta itu, maka Allah pun murka dan menimpakan ke atas mereka azab yang amat dahsyat dengan sebab dosa mereka dan meratakannya ke atas seluruh mereka,
[15]
Dan Allah tidak bimbang kepada akibatnya.
(As-Syams, 91:1-15)


menurut apa yang ku pelajari malam tadi, (afwan, sekali lagi jika sHi salah, sila betulkan ye) perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). ia menunjukkan kekuasaan Allah. ayat 1-6 menunjukkan sifat ayat yang berpasangan (matahari & bulan, siang & malam, langit & bumi). sangat cantik turutan ayat Allah ini. dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat 7 iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). iaitu ingin menunjukkan segala benda besar ciptaan Allah hanya boleh dikawal olehNya, dan tidak dapat dikawal oleh manusia. begitu juga dengan jiwa manusia. seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah. di mana pada ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu manusia akan beruntung jika memilih jalan taqwa dan akan rugi jika tidak memilih jalan tersebut. nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan? manakala ayat 11-15 menunjukkan contoh golongan manusia yang memilih jalan kejahatan dan akhirnya mendapat balasan cash dari Allah. iaitu golongan kaum Thamud yang tidak mendengar kata Nabi Soleh lalu menyembelih juga unta betina yang diberikan Allah sebagai mukjizat.

" Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk dan pemandangan-pemandangan alam di samping bersumpah dengan jiwa manusia, penciptaannya yang sempurna dan ilham yang diterima olehnya. Sumpah ini meletakkan nilai yang amat besar ke atas makhluk-makhluk ini dan mengajak manusia supaya merenungi dan meneliti apakah nilai-nilai dan erti-erti dari kejadian-kejadian itu hingga mewajarkan Allah Yang Maha Agung bersumpah dengannya. Surah ini juga mengandungi kisah kaum Thamud dan perbuatan mereka yang mendustakan amaran rasul mereka Nabi Solah a.s, juga perbuatan mereka menyembelih unta mukjizat dan malapetakan yang menghapuskan mereka. Kisah kaum Thamud merupakan contoh dari kerugian yang menimpa manusia yang tidak membersihkan jiwanya, dan tidak memaksakannya menurut jalan taqwa, malah membiarkannya ditunggang kejahatan sebagaimana yang dijelaskan dalam ceraian pertama surah ini. "

Allahua'lam.

assignment yang diberikan untuk kami ialah kami harus mencari sirah mengenai kaum Tsamud dan Nabi Soleh ini serta kaitannya dengan ayat di dalam surah As-Syams. perbincangan akan dilakukan dalam usrah seterusnya, insyaAllah minggu depan.

afwan pada Intan, Syikin, Yuti dan Kak Hudha andai ada kekurangan layanan buat kalian sebentar td. inilah kali pertama sHi menjalani usrah. terasa diriku sangat cetek ilmu agama berbanding dengan kalian. jazakumullah khairan kathira akhawat sekalian. =D

1 sms received from Syikin,

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim itu belajar akan sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudaranya yang Muslim.
Hadis riwayat Ibnu Majah
InsyaAllah, moga ilmu yang dikongsi jadi bekalan sepanjang hayat. Jazakillah sHi!


takpe, usrah kita usrah bergerak kan. nanti kite ke ipba plak keh. insyaAllah, kita akan jumpa lagi. love all of u fillah =)

* ku rasakan sambutan hari merdeka kali ini tidak semeriah dulu, mungkin ramai yang merasainya juga. sesungguhnya fikiran kita masih lagi belum merdeka. ku tak sabar ingin menantikan saat Ramadhan muncul. bulan yang penuh barakah, bulan yang Allah berikan peluang pada kita untuk membuat amal kebajikan dan mendapat pahala sebanyak-banyaknya. bagiku Ramadhan kali ini akan berbeza berbanding Ramadhan yang lepas2. insyaAllah. =)

Thursday, August 28, 2008

Ba dan Ta ikut Alif ke rahmatullah

Pengumuman khas:

Baba dan Tata sudah pun tiada..hampir sehari semalam baby2 bersama kami. Nini melahirkan mereka lebih kurang waktu begini malam semalam. ku sudah cuba lakukan yg terbaik. akan ku belajar dari kesilapan ku yang lepas. dats the best for them. Allah is the best in knowing. pasrah dan redha dengan ketentuanNya...

:: Fa tawakkal 'alallah ::

Wednesday, August 27, 2008

new born baby hamsters, cutie tiny, subhanallah





tanggal 270808, dalam pukul 12 tengah malam, Nini selamat melahirkan 3 baby hamster. alhamdulillah, syukur pada Illahi setelah sekian lama ku menantikan saat Nini dapat baby, sudah ku lihat di depan mata ku sendiri. =) ini kisahnya:

malam semalam sebelum tido, seperti biasa ku akan melihat sangkar hamsterku. ku dikejutkan dengan sesuatu yang memang ku tak jangka langsung. ku lihat ada sesuatu berwarna pink seperti cacing besar dalam sangkar. bila ku perhatikan, ia bergerak dan rupanya ialah baby hamster! terus ku jerit "Dyana, Fara! baby baby! nini dh ada baby! cepat2 tgk!" ku segera panggil Fara n Dyana (roommatesku) untuk cepat2 melihatnya. alangkah excited dan terkejutnya aku bila nampak ada baby hamster. mane taknye, Nini memang dah gem gem badannya, mane la tau rupanya mengandung. patut la sebelum tu ku dengar mereka berbunyi2 bising dalam rumah. ku ingat seperti biasa la, Nini dan Noddy bergaduh. rupanya time tu Nini tgh lahirkan baby. pada mulanya ku geli nk pegang baby hamster sbb kulitnya pink dan takde bulu lagi. they are so tiny, subhanallah. comel sangat. just like human baby. cuma saiznya sgt2 kecil. ku dapati seekor baby dh mati, tak bergerak dalam sangkar. ku dapat lihat Noddy dan Nini seolah2 nak mencederakan baby2 tu. dengan segera ku pindahkan Nini dan Noddy dalam kotak kasutku dan ku keluarkan 2 ekor baby hamster ke dalam bekas kecil. lekas2 ku sms Marini, Lai dan Buzz untuk datang tgk skali. mujur mereka blum tdo. ku berikan baby sedikit air gunakan cotton bud. ku lihat kulitnya berwarna pink, mata masih belum keluar dari selaput, cuma mulut yang terbuka. so tiny. "inilah saiz embryo kita ketika berada di dalam rahim ibu mungkin ketika berusia beberapa hari", ku katakan pada mereka. ku berikan nama mereka Alif, Ba dan Ta. senang, nanti kalau Nini beranak lagi, takyah pikir banyak2 nak letak nama apa, boleh je sambungkan nama tu sampai huruf Ya. =D

ku letakkan semula Nini dan Noddy dalam sangkar dan beri mereka makan. dan pindahkan Baba dan Tata ke dalam kotak kasutku. ku letak tisu, cotton face dan sedikit habuk kayu untuk mereka supaya tidak kesejukan. Baba dan Tata bergerak2..tapi masih lagi tidak boleh berjalan. jam hampir pukul 2am, nak tak nak ku harus tidur. ku buka lampu dan letakkan kotak kasut di sebelah ku. takut mereka mati. setelah ku perhatikan jantung mereka berdenyut dan badan mereka bergerak2, ku tidur semula. itulah yang ku lakukan setiap kali ku terjaga. begitulah sehingga hari pagi.

alhamdulillah, sehingga pagi tadi mereka masih lagi bernyawa. ku sms Shira tanyakan apa yang harus ku lakukan memandangkan Shira dah berpengalaman jaga baby hamster. Shira minta ku asingkan Noddy dan masukkan baby ke dalam sangkar bersama ibunya. ku cuba lakukan, Nini menggigit2 anak2nya sampai berdarah banyak sangat. ku tak sanggup melihatnya. kami menjerit kuat dan trus Fara bawak keluar baby. kasihan ku melihat mereka. mereka senyap tak bersuara. sedih sangat. ku bersihkan luka2 di mulut mereka dengan cotton bud. mengalir air mata kami dibuatnya. namun, tak boleh salahkan Nini, memandangkan Nini mungkin tidak dapat bau lagi itu adalah anaknya kerana kami (manusia) sudah pun memegang2 baby2 semalam. mungkin juga Nini rasakan dia dan anak2nya diancam oleh kami (manusia).(sama kes nya seperti kucing)

ku masih tidak tau jantina mereka. Alif dah takde, sudah ku dan Fara kebumikan di bawah. tinggal Baba dan Tata je. mereka sedang tidur. luka2 tadi masih belum sembuh. ku hanya mampu berikan air dan sedikit vitamin tuk mereka. akan ku usaha dan jaga mereka sebaik2nya. seandainya ditakdirkan mati, ku redha dan pasrah kerana itu yang terbaik bagi mereka. kembali kepada Al-Khaliq, yang menciptakan segala makhluk yang ada di muka bumi ini. lepas ni, kalo Nini beranak lagi, sudah ku tahu, ku harus biarkan baby dalam sangkar, cuma asingkan Noddy dan jangan sekali2 pegang baby. biarkan sahaja ibunya lakukan segalanya.

* Mama sHi sudah naik pangkat jadi nanny sHi..hihi =P





Firman Allah:

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali)
(Al-Baqarah 2:155-156)

Monday, August 25, 2008

syukur alhamdulillah =)



alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ku panjatkan pada Illahi..tiada yang lebih layak disembah melainkan Mu ya Allah. semoga segala urusan dipermudahkan olehNya. segala baik dan buruk adalah dariMu, ku terima segalanya dengan hati yang redha kerana ku tahu Engkau telah merancang yang terbaik buat hambaMu. segalanya terjadi ada hikmahnya. O Allah, You are the best planner. ku tersenyum sendirian...

Kasih Sayang - Raihan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti


Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana


1 sms received from Intan,

Jika mereka sibuk mencari cinta,
Biarlah kita sibuk mencari iman
Jika mereka sibuk mencari pasangan,
Biarlah kita sibuk mencari keredhaan
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta,
Biarlah kita menangis kerana mengenang dosa-dosa semalam,
Jika mereka cintakan kemanusiaan, biar kita cintakan Tuhan,
Jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah ukhrawi,
Carilah cinta Allah nescaya kelak kamu akan mendapat cinta dari insan yang juga mencintai Allah

Sunday, August 24, 2008

one week holiday, not enough for me



phew phew..habuk banyak. huhu..dah lama sangat blog ni tak update. my laptop has been infected with virus, sampai tak leh detect broadband, tak dpt connect internet so tak dpt la nak update blog. hurm, 1 week holiday, this will be the longggg post. banyak benda yang ingin dikongsi bersama. . =)

Date: 20 August 2008 (Wed) - 23 August 2008 (Sat)
Title: Balik kampung Kedah

3 of us (sHi, Hassan and mak) went to Ipoh first, teman ayah ada keje di sana. sedang di dalam kereta, ku sambung membaca dan meneliti terjemahan Al-Baqarah. alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan. ku terjumpa ayat yang selama ni diriku dan kebanyakan orang sering gunakan bila ada orang yang menuduh sesuatu perkara yang tidak benar.

Firman Allah:

...Al fitnatu ashaddu minal qatl...
...Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan...
( Al-Baqarah 2:191)


On the way to Ipoh, singgah Tronoh, ke Lavender Ceramic (located next to UTP) untuk order door gift walimah Kak Salwa nanti. as usual, bile ada ayah, for sure dapat bargain harga paling murah. (ni yg best kalo beli barang dgn ayah ni..=D), yang paling best kami dapat melihat proses membuat ceramic dari peringkat awal sampai jadinya ceramic yang cantik berbunga2 tu.









dari tanah liat, hingga dibentuk dalam acuan, diukir menjadi pelbagai bentuk, diwarnakan, diletakkan pelbagai corak bunga dan akhir sekali dibakar sekali lagi. tadaa, inilah hasilnya. ILMU, di mana2 boleh dapat ilmu, jika kita ingin mencarinya. btul tak kawan2?? =)

* afwan shira, tak sempat nak singgah ke rumah shira di tronoh tu..next time insyaAllah keluarga kita akan bertemu juga ye. =)

on Thursday evening, kami bertolak ke Kedah. tujuan balik kampung adalah untuk mengadakan discussion mengenai walimah Kak Salwa yang akan diadakan bulan 1 next year di kampung nanti. mak ayah gilir2 bawak kete, hatiku mula kesal, kenapa ku masih takut tuk drive, kalau tak, boleh la gak tolong gilir2 dgn mak ayah. ku harus set matlamat supaya berani bawak kete. after all, driving is so important either for man or woman. if any emergencies at least i can help.. also nak ke program mane2, boleh la tlg2 bwk akhawat yang lain ke tempat program tu. ruginye tak reti bawak kete sedangkan lesen dh ada. (ayah...nak kete kecik? huhu..)

Ku memohon pada Tuhan diberi kekuatan,
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan,
Selangkah demi selangkah,
Dengan rahmatMu oh Tuhanku ku tempuh jua


di dalam kereta, kami sama2 hafal surah Dhuha. ku bacakan terjemahannya di dalam diary quran ku. ku ceritakan juga serba sedikit mengenai hadis Jibril, iaitu hadis ke 2 dalam hadis 40 Imam Nawawi pada mak ayah. ianya mengenai Ad-Deen yang merangkumi 3 perkara: Islam, Iman dan Ihsan.

Umar bin Khattab r.a berkata:"Suatu ketika kami (para sahabat) duduk di dekat Rasulullah S.A.W. Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan dan tak ada seorang pun di antara kami yang mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata, "Hai Muhammad! Beritahukan kepadaku tentang Islam".

Rasululullah S.A.W menjawab, "Islam adalah engkau bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah, menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan engkau menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu melakukannya". Lelaki itu berkata "Engkau benar." Maka kami hairan, ia yang bertanya, ia pula yang membenarkannya.

Kemudian, ia bertanya lagi, "Beritahukan kepadaku tentang Iman". Nabi menjawab, "Iman adalah engkau beriman kepada Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Kiamat dan beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk." Ia berkata, "Engkau benar.

Dia bertanya lagi, "Beritahukan kepadaku tentang Ihsan." Nabi menjawab, "Hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, kalaupun engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu."

Lelaki itu berkata lagi, "Beritahukan kepadaku bila terjadinya Kiamat." Nabi menjawab, "Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya." Dia pun bertanya lagi, "Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya!." Nabi menjawab, "Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang bertelanjang kaki, tanpa memakai baju (miskin papa) serta penggembala kambing telah saling berlumba dalam mendirikan bangunan megah menjulang tinggi."

Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam sehingga Nabi bertanya kepadaku, "Wahai Umar, tahukah engkau siapa yang bertanya tadi?" Aku menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Beliau bersabda, "Ia adalah Jibril yang mengajarkan kalian tentang agama kalian"

(Hadis Riwayat Muslim)

kami seterusnya membaca surah Al-Zalzalah, Al-Qariah, Al-Insyirah bersama2 dan tugasku adalah membacakan terjemahannya ayat demi ayat. bila kita tahu maksudnya, lebih khusyuk di dalam solat nanti. bila dibacakan terjemahan surah Al-Zalzalah, sungguh kami berasa gerun dan takut. kerana pada waktu itu, kami sedang berada di atas jalan yang sememangnya dipenuhi dengan gunung dan bukit bukau. boleh saja mereka meruntuhkan manusia2 yang ada namun mereka tetap tunduk dan patuh pada perintah Allah, tetap setia bertasbih memuji penciptaNya. Subhanallah..

Firman Allah:

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),
2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,
3. dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (menjadi begini)?",
4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
5. karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
6. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka
7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(Surah Al-Zalzalah 99:1-8)

mak, ayah dan Kak Salwa dah ke ESQ. sHi bile plak nak g niii? insyaAllah....=)

* on the way balik ke KL, kami lalu di kawasan Permatang Pauh. wah, memang perang poster habis. mcm2 warna bendera ada. again as i said in my previous post, politics is just a small portion of Islam. bagiku, tak kisahla mane2 parti yang bertanding dan menang pun, ku hanya akan sokong sesiapa/mana2 yang menegakkan kebenaran dan bukan kebatilan. ternyata yang benar akan terserlah dan yang batil akan hilang. Allahua'lam.

Firman Allah:

Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu pasti akan lenyap.
(Al-Isra' 17:81)


Saturday, August 16, 2008

nisfu syaaban


syukur alhamdulillah, cuti break sem yang ku nantikan telah pun tiba. dari isnin lepas lagi ku tak sabar nak menghabiskan kuliah minggu terakhir sebelum cuti tiba. ntah, mungkin kerana agak stress dengan kerja yang banyak. dan ingin cpt balik ke rumah, nak bergumbira bersama mak ayah dan adik2. namun alhamdulillah, ku berjaya setelkan segalanya. baru ptg td ku emel lab report kepada Dr Misni. akan ku manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

ye, mlm ni ialah malam nisfu syaaban. marilah kita sama2 bermuhasabah diri semula atas apa yang telah kita kerjakan sebelum ini. buatku, terlalu banyak perkara jahiliyah yang telah ku lakukan. sungguh ku kesali. Ya Allah, terimalah taubatku ini. Engkau lah Maha Penerima Taubat. sHi, masih ada lagikah sisa2 karat jahiliyah dalam dirimu?

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat Hafiz UNIC

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini...

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

"buku baru amalan kite telah pon dibuka..buku rekod amalan kite sebelom ni insyaAllah telah ditutup utk disemak..semoga buku rekod amalan kite sebelom ni sampai ke langit tanpa sebarang halangan..walahhua'lam." (quote from 1 person)

pas maghrib jemaah bersama Kak Salwa, kami bergerak ke Jusco, hang out bersama siblings again. tapi hurm, tiba2 Hussin cancel taknak pegi, ada hal katanya. hal apakah yang lebih penting berbanding keluar dengan family? quite frustrated. benar, nak tarbiyah adik beradik sendiri mmg payah, sbb kita dah tinggal dan duduk bersama hampir berbelas2 tahun. effort yang diperlukan memang berkali-kali ganda berbanding effort tuk tarbiyah orang luar/kawan2. akhirnya kami teruskan juga plan dan dinner berempat bersama. sambil menunggu makanan, ku ke supermarket untuk membeli barang2 runcit yang ayah pesan tuk dibawa ke rumah anak yatim di Kajang esok. di kaunter bayaran:

cashier 1: akak, susu tin dan tepung ni limit boleh beli 2 unit je kak.

sHi: 2 je? ala, tak boleh ke? hm, takpelah, saya amik serba 2 je la ye.

cashier 2: manager takde, pas je la..diorg tak check pun. huhu

sHi: itula, akak bukan nak jual ni dik, akak nak sedekah pada anak2 yatim esok ni. terima kasih ye. smoga masing2 dpt pahala.

cashier 1: terima kasih ye.

alhamdulillah, rezeki bagi anak2 yatim esok. =)

* Jzkk buat Ukhti Intan dan Ain kerana sudi ziarah sHi di rumah. Siap bawak baby Nu'man lagi. sangatlah baik Nu'man ni. ku ingin membeli tshirt muslimah yang dijual, tapi takde saiz. Kak Fatonah (pembantu rumahku) pulak yg beli. untuk menantunya, wat kenangan di Malaysia katanya. hehe.. Intan ada bg assignment pada sHi iaitu hafal hadis 1 dalam hadis 40 Imam Nawawi. ye, hadis 1 berkaitan dengan segala amalan bermula dengan niat. akan sHi cuba hafalnya ya Ukht, insyaAllah! dari semalam sejak ku balik, ku tidak sihat. selesema makin menjadi2..sememangnya ku ni dustphobia. pantang kena habuk skit, mulalah. mungkin juga ku banyak main dengan Nini dan Noddy. hurm..tp takpe, sakit tu kan kifarah dosa. smoga Allah sembuhkan segera sakitku ini. =D


Friday, August 15, 2008

la tahinu wa la tahzanu


Sepi Perantau - Brothers

Pabila ku berada di kejauhan
Ada kalanya ku rasa kesunyian
Asyik terkenang kampung halaman
Dan juga teman-teman

Di kala itu kan ku rasa ada kelemahan
Untuk berjuang
Melihat mereka berbahagia
Di samping yang tercinta kegembiraan
Ku kesepian

Mujur ada teman seperjuangan
Menyatakan kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari keredhaan Illahi

Masa muda dilalui hanya sekali
Pergunakannya agar kau tidak kesali

Di esok hari


Ketenangan ada di sini
Tak jumpa kerana kau tak mencari

Kebahagiaan tersirat di hati

Tak rasa kerana kau tak menghayati


* Buat Firdaus, juniorku di 4th dan selaku pengerusi Balai Islam, tahniah di atas pemilihan untuk further study di Islamic University of Madinah. i was so happy and excited when i heard the gud news! syukur, alhamdulillah. kami akan merasai kehilangan Firdaus di 4th nanti. apapun, seperti akak ckp pada Firdaus, Allah is the best in knowing. He planned it that way. He knows what is better for us. So, go and get as much knowledge as u could and teach us when u come back to Malaysia 4 years later. smoga Allah permudahkan segalanya tuk Firdaus di sana, diberi kesihatan yg baik, dikuatkan ingatan, diberi ketabahan fizikal dan mental, smoga dapat memberi manfaat semula kepada umat Islam kita. lagu ni di dedicate kan kepada Firdaus. one of my fav songs recently, kerana memberi ku motivasi untuk ku lebih kuat beribadah tika masih muda, ketika tulang2 masih lagi kuat. ingat 5 sebelum 5...salah satunya, muda sebelum tua. akak dh send lagu tu kan? dgr2 kan la ye di Madinah nanti kalau rindu kami di Malaysia. Ukhwah fillah~

- la tahinu wa la tahzanu-

Tuesday, August 12, 2008

happy 27th anniversary to mak ayah

okay, this is my special post for today. i did order online delivery cuppycake special for mak ayah's 27th anniversary, 060808. alhamdulillah, cuppycake selamat sampai di rumah this noon. to Kak Aja, thank u so much, u did superb! really worth it. i luv it. sape2 nak order, u can visit http://onepiecebakery.fotopages.com/. tak menyesal punyer, Kak Aja sangat kreatif! n surely cuppycake Kak Aja sangat sedap. sHi dah rasa, guaranteed. =)

to my beloved mak dan ayah, semoga mak ayah hepi dengan pemberian ikhlas dari kami anak-anakmu. selamat makan ye! saaaayang mak, saaaayang ayah sgt2!!! =D

to Maman n Hassan, simpan tuk Kak Syera skit, this friday Kak Syera balik. janganlah habiskan..huhuu...~

* some of my fwens said dat its too expensive, yeah it is, but for me, jasa dan pengorbanan mak ayah sgt mustahil untuk dibalas oleh kite. ni saja yg ku mampu untuk gembirakan hati mereka sedikit. sungguh, memang ianya hanya sangat sedikit berbanding apa yang mereka lakukan dari dalam perut mak hingga lah sekarang, sudah berusia 22 tahun hidup di dunia ini. so, apa salahnya berbelanja lebih sedikit untuk the only mak dan ayah kandung yang kite ada kan? =)

PRIMA week 2

another post for tonite:

alhamdulillah, PRIMA week 2 dijalankan malam tadi di surau. setelah meeting mentor PRIMA semalam, tibalah masa buat kami menurunkan ilmu yang kami ada kepada adik2 mentee. ku dahului dengan Ummul Kitab, Al Fatihah. terlebih dahulu, ku bahagikan group kami kepada 2. ku berikan setiap seorg pocket file supaya setiap kali usrah, mereka akan hanya membawa file, segala lembaran dan helaian yang ku berikan diletakkan dalam file, juga perlu bawa pen dan highlighter tuk mencatat. seorang Muslim itu mestilah tersusun orangnya, sistematik. ku sudah namakan group kami sebagai Isra' Mikraj. ku tanya pada mereka tentang peristiwa Isra' Mikraj. ada yang tahu, dan akhirnya ku menambah dan menceritakan serba sedikit tentang Perjalanan Malam yang dilalui Rasulullah dari Mekah ke Baitul Maqdis (Isra') dan seterusnya naik ke Sidratul Muntaha bertemu Allah (Mikraj).

Isra' Mikraj - Mestica

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra’ mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya


Group Kak sHi (file kuning):
Asmida (Ketua)
Lin
Norun
Azilah
Mira

Group Zana (file biru):
Naila (Ketua)
Akhma
Lina
Azi
Syahida

sengaja ku lantik ketua tuk setiap group supaya ku dapat melihat sifat kepimpinan yang ada pada mereka. lepas ini, tak perlulah ku sms kesemua mentee lagi. ku hanya akan sms pada 2 ketua ini dan tanggungjawab mereka adalah sms kepada mentee yang lain. bg mentee lain, mereka perlu alert dengan sms yang dapat dan perlu memaklumkan kepada ketua jika tidak dapat hadir. sebelum menerangkan modul minggu ini, ku test semua mentee ku untuk menghafal terjemahan Al-Fatihah dari ayat 1 hingga ayat 7. alhamdulillah, ku sangat gembira, kebanyakannya memang lancar satu per satu terjemahan ayat surah. strategiku berjaya! namun masih ada lagi beberapa yang kurang lancar. takpe, next week akan ku test lagi mereka sehingga semua mereka hafal sepenuhnya. moga kita lebih khusyuk dalam menunaikan solat ye dik. =)

antara isi dalam Modul Week 2 ini ialah:

1) Nyanyian Bidadari
- tuk memberi semangat pada muslimah sekalian agar menjadi wanita soleheh supaya kita dapat menjadi penghulu bidadari di jannah kelak. saya nak saya nak !!! =D

Hadis Nabi:

Sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereke menyanyi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia, suara semerdu itu mereke menyanyikan "Kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya.
(H.R. At-Tarmidzi)


2) Sarang Labah-Labah (tempat tinggal yang tidak kukuh)
- Jangan minta perlindungan selain dari Allah S.W.T

Firman Allah:

Perumpamaan orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahuinya.
(Al-Ankabut 29:41)

3) Cara hidup dan cara berkomunikasi
- Jadilah seperti seekor semut, corak kehidupannya hampir sama seperti manusia.

Firman Allah:

Dan limpahkanlah untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung lalu mereka diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.
(An-Naml 27:17-18)


4) Coach Trump - Make it happen in your life
- Kejayaan banyak bergantung kepada bagaimana kita atasi tekanan. Allah is with us, no worries!

Firman Allah:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(Al-Insyirah 94:5-6)

5) How well do you manage your time & 10 Tips
-10 ciri individu muslim yang ideal, salah satunya ialah sangat menjaga masa dan tersusun orangnya.


again, ku rasakan PRIMA tidak lah terbatas pada modul saja. every week, memang ku plan supaya mereka diberi tugasan. di dalam helaian yang ku bagi:

ASSIGNMENT:

Sila ke blog Kak Shi, http://syahirahhanimidris.blogspot.com/ dan cari post di bulan June yang bertajuk Sungguh ku rindu padamu Ya Rasulullah. Dan baca kisah di dalam post tersebut yang bertajuk Demi Jiwa Yang Bernama Muhammad. Kita akan bincang mengenainya tuk PRIMA seterusnya. Any questions, feel free to contact Kak Shi ok?? We share because we care, because we are Muslim Ummah! =)


sebelum kami tangguh majlis, ramai2 kami berpegang tangan sambil lutut bertemu lutut menyanyikan lagu tema PRIMA, iaitu doa Rabithah. semoga bertemu lagi di minggu PRIMA seterusnya adik2, biiznillah! ;)

wallahu'alam.

* ku rasakan ada sesuatu yang perlu ku lakukan untuk mencegah kemungkaran di depan mata ku sendiri. tekanan mula timbul apabila ku tak mampu untuk mencegahnya dengan bercakap direct kepadanya. akan ku tarbiyah rakanku ini supaya menjaga ikhtilat (pergaulan) bersama lelaki ajnabi yang tiada manisnya jika dibandingkan dengan hubungan suci bersama suami yang ditentukan oleh Allah. mungkin dengan menulis surat barangkali? hurm...

Monday, August 11, 2008

farewell party for Prof Siow =(

:: Prof Siow ::

pagi td, seperti biasa masuk ke kelas Chemistry Teaching Method dgn Prof Siow. as usual, kami sambung wat experiment topic Chemical Bonding Form 4. bagi bakal2 cikgu, kami kena try dulu semua experiment so that kita boleh tahu, experiment mane yg hanya perlu wat demo (sbb bahaya tuk students) dan experiment mana yang students dibenarkan melakukannya. apa yang menarik dalam kelas ini, kami perlu memikirkan segalanya sendiri. perlu kreatif dan guna common sense. benar kata Prof Siow di dalam kelas pertama dulu:

Prof Siow: Saya akan pastikan lepas kamu semua habis kelas saya, kamu akan dapat rasakan kelas saya ini berbeza dengan kelas Kimia di Fakulti Sains.

sungguh tepat sekali, memang ku rasakan sangat berbeza berbanding ku lakukan lab di kelas Kimia di Fakulti Sains. di sini, kami tidak diajar mengikut bulat2 method yang telah disusun dalam lab manual. kami perlu kreatif untuk menjadikan experiment lebih bermakna buat students, perlu lebih banyak tanya mengapa dan bagaimana. everytime kami buat salah (salah set up, tabung uji pecah etc), Prof Siow akan mengambil gamba kami..huhuu.. Prof Siow ni akan bagi jawapan bile dh tinggal stgh jam nak bis kelas. kebanyakan kami memang akan postpone experiment ke minggu dpn sbb tak cukup masa. teringat dialog Prof bersama ku minggu lepas ketika ku lakukan experiment di fume cupboard guna concentrated HCl:

Prof Siow: ni tangan lembut2 ni, tak takut ke. nah pakai sarung tangan ni..

satu jam kemudian setelah selesai semuanya,


Prof Siow: aik? masih lagi pakai sarung tangan walaupun dah siap..

sHi: takpe Prof, saya makin suka pulak pakai ni, taknak buang plak rasanya.

Prof Siow: tadi tak nak pakai, sekarang dah pakai, taknak buang plak..(sambil tersenyum)..

hihi...

hurm, lepas habis kelas, baru lah Prof cakap, rabu ni adalah hari terakhir dia mengajar kami. sdihnyee...rupanya kontrak Prof dengan UM dah bis. anak muridnya Dr Saadah akan replace tempatnya lepas cuti. ku penah amik kelas bersama Dr Saadah. Dr Saadah pun best, Prof pun best gak. hmmm...

Prof Siow: saya kan suka marah2 kamu, ckp itu tak betul, ini tak betul, kamu masih lagi suka saya ajar ke?

Kami semua: mana de Prof suke marah, ckp kuat je, tak sakit hati pun Prof. ala Prof, sambung lah smpai habis sem..alaaaa....

hurm, apapun, yang pergi tetap akan pergi kan. takpe2, we will be missing u Prof. u r one of lecturer that i respect most! diam2 kami kumpul duit tuk wat farewell party untuk Prof hari rabu ni. ada kek, ada kad Thank You, ada present dari kami.. thank u so much Prof. =)

Thursday, August 7, 2008

noddy dah jumpa!!!


malam semalam, xrumateku, Shira tumpang tido di bilikku. (kira jd squatters la ni..=P). ku rasakan tanggungjawab ku sebagai tuan rumah untuk melayan tetamu ku sebaiknya. maka ku offer Shira untuk tido di atas katilku. dengan tahap kedegilannya yang maksima, akhirnya dia tido juga di carpet. ku alaskan carpet dengan comforter dan ku beri bantal + teddy bear tuk dipeluk. sebelum masing2 melelapkan mata, sempat juga ku katakan padanya, "Shira, mane la tau kot2 Noddy dtg kat awak ke mlm ni." sambil nada bergurau dalam serius. sungguh ku masih lagi mengharap ku jumpa kembali Noddy.

pagi td ketika kami bangun tuk solat subuh, Shira memanggiku dan menyuruh ke tgk ke dalam sangkar. ku terkejut bila nampak Noddy dan Nini dalam sangkar. adakah ku bermimpi?? tidakk..hehe. btul, Noddy sudah kembali ke pangkuan Mama sHi. rupanya ketika Shira tdo, Noddy dtg dan gigit2 jarinya. mungkin dah seharian tak makan, Noddy lapa agaknya. Shira yg sememangnya ku tahu memang seorang yg sangat sygkan binatang trus tangkap Noddy dan masukkan dlm sangkar. syukur alhamdulillah, lepas ni sebelum tido dan selepas ku bgn dr tido, akan ku pastikan pintu sangkar Noddy n Nini terkunci rapat. agak trauma dengan kehilangan mereka smlm. huhuuu..trus ku sujud syukur dan nazar akan ditunaikan. segala puji bagi Allah. agaknya ni la hikmahnya Shira sgt degil nak tido atas carpet gak. syukran jazilan Shira! ;)

petang ini, ku sudah plan dengan Intan tuk berbuka puasa bersama di gerai Feskum. dah lama sangat kita tak berjumpa kan. asyik2 sms n ym jerk. kak aisyah muharikah pun ada ajak kuar mkn sama. insyaAllah ye kak.

Wednesday, August 6, 2008

FESKUM, noddy hilang


pagi tadi seperti biasa, bangun tuk solat subuh, memang akan tgk Nini n Noddy dulu. alangkah terkejut nya bila ku lihat mereka tiada dalam sangkar. rupanya pintu sangkar terbuka. ntah bile agaknya mereka kuar dari sangkar sedang ku lena di katil. ku lekas2 solat subuh dan kami bertiga mencari mereka. syukur alhamdulillah, Fara jumpa Nini dalam bakul kainku. ku terus peluk dan cium Nini. lekas2 ku masukkannya dalam sangkar semula. hampir 1 jam stgh kami berusaha mencari Noddy, hinggakan ku skip class Basic Chem pukul 8 sbb nak cari jugak Noddy sampai dapat. dh selongkar sume kotak, bwh katil, sambil panggil2 Noddy namun kelibatnya masih belum nampak. sdih mmg sdih namun ku harus juga ke kelas seterusnya memandangkan ku perlu submit lab report pada hari itu juga. segala baik buruk dtg dari Allah kan. ku tahu itu. Allah is the best planner. ku doakan Noddy selamat.

minggu ni bermulalah Festival Konvokesyen UM. ada beberapa rakan sHi (Shira, Aq, Usop, Kak Long, Cik Mas) yang sudah pun grad tahun ini. Semoga Allah memberkati kalian semua. ku berikan hadiah Hadis Arba'in Imam Nawawi kepada rakan2 ku yang grad hari ni. untuk Aq, ku hadiahkan buku Aku Terima Nikahnya memandangkan Aq akan melangsungkan walimah tak lama lagi. smoga bermanfaat ye semua! Congratulations on your Graduation Day.

today, 060808 is my parents anniversary. happy 27th anniversary mak ayah! ingin saja ku tahu apakah rahsia mereka kekal dalam perkahwinan sehingga sekarang. kad akan menyusul kemudian ye. =)

ku ke mid valley membeli bufday cake tuk adik angkatku, Lai. kami nk celebrate tgh malam ni. ku ada belikan tshirt lengan panjang buatnya. ku harap adikku ini faham akan tujuanku. smoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

* bila ku keluar dan lihat org lain, ku rasakan ku cukup bertuah kerana ku lain dari kebanyakan wanita lain yang ada di Malaysia ni. yeah, dari pemakaian yg ku ingin katakan di sini. terpulanglah orang nak kata apa padaku. memang zaman skrg, jika kita wat bnda baik, org akan pandang pelik, tp bila wat bnda yg jelasnya kemungkaran, org pandang sbelah mata je. ku tersenyum sendirian. syukur alhamdulillah.

Firman Allah:

Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati.
( Al-Mulk, 67:13)



Saturday, August 2, 2008

Jangan terlupa

Ojo Kelalen..sedap lagu ni, bile dihayati liriknya. Ojo Kelalen bermaksud jangan terlupa. sHi tak tau bahasa apa yang dinyanyikan, bahasa Iban maybe. Wallahua'lam. Janganlah kita terlupa semua yang kita ada di dunia ini (big house, big car, big job etc) adalah pinjaman semata-mata. semuanya hak dan milik hanya Allah S.W.T. oleh itu, perbanyakkan istighfar, mohon taubat selagi masih diberi peluang sebelum di ambil nyawa kembali olehNya.

Ojo Kelalen - Brothers

Kito menungso seng orep nang dunio sedhilut ae
Semestine kito golek bekalan secukupe
Ojolah sampek kito kabeh dadi kelalen
Njaluklah ampun karo Pengeran Kuoso

Kita manusia hidup di dunia sementara
Semestinya kita kumpul bekalan secukupnya

Janganlah sampai kita semua terlupa
Mintalah ampun pada Yang Maha Kuasa


Opo seng kito dhuwe
Kabeh diselehne
Opo seng diwehne
Terimo wae

Elenglah kito orak kiro pangkate
Seng enom seng tuo
Kito podo wahe
Seng dilakokne

Elek opo pun apik
Mesti eneng balasane
Bareng-bareng kito podo
Dicedeki
Opo wahe Kersane Pengeran Kuoso

Kito menungso seng orep nang dunio sedhilut ae
Semestine kito golek bekalan secukupe
Ojolah sampek kito kabeh dadi kelalen
Njaloklah ampun karo Pengeran Kuoso

Apa yang kita ada
Pinjaman belaka

Apa yang diberi

Bersyukurlah


Kita manusia hidup di dunia sementara
Semestinya kita kumpul bekalan secukupnya
Janganlah sampai kita semua terlupa
Mintalah ampun pada Yang Maha Kuasa

Njaloklah ampun karo Pengeran Kuoso
Mintalah ampun pada Yang Maha Kuasa

i suppose going to IPK (Ini Peranan Kita), sambungan ISK di Fateh, Bangi this weekend. Tapi suddenly ayah kol minta balik umah, nk wat BBQ dgn family. Lagipun, almost 3 weeks tak balik umah, diorg rindu katanya. quite a dilemma, tapi bila dh dpt advice from my sis i think i should go home. program tu boleh pergi later kan. InsyaAllah. To Yana n Intan, smoga Allah permudahkan segalanya and all the best. Nanti jgn lupa kongsi ilmu ye di sana. =)

* ku teman ayah ke Mid Valley untuk redeem Maybank credit card points. Ramainya manusia bersesak-sesak. bila berada di tempat sebegini, memang bukan mudah untuk menahan mata dari melihat bermacam-macam kerenah dan gaya manusia terutamanya umat Islam. di eskalator, kami berdua berdiri di belakang sepasang bangsa Melayu. ku rasa sedih dan malu dengan perlakuan yang dilakukan. ayah ku hanya gelengkan kepala. ku katakan pada ayahku, beristighfar banyak dan doakan supaya kita semua diberi hidayah dan petunjuk dariNya. selepas lunch di Nandos, ku katakan pada ayah:

sHi : ayah, why not kalau pegi solat dulu. dah masuk zuhur dah ni.

ayah: hehe..balik karang la.. (sambil tersenyum)

sHi: dah masuk zuhur dah ayah, alang2..kang mana tau mati tengah jalan ke.. (sambil melirik jam tanganku)

ayah: btul2..eh tapi kalau dok tgh jalan, memangla mati (nada gurau sambil tersenyum besar)

sHi: hahaha...(gelak2..lawaks)

sesudah makan, trus kami bergerak ke surau. di hati, ku bersyukur..yeah, sumtimes manusia ni memang leka dan lupa, meremehkan seruan Allah berbanding yang lain2. sbb tu kita kena saling ingat mengingati supaya syaitan tidak menang. ;)