Saturday, August 16, 2008

nisfu syaaban


syukur alhamdulillah, cuti break sem yang ku nantikan telah pun tiba. dari isnin lepas lagi ku tak sabar nak menghabiskan kuliah minggu terakhir sebelum cuti tiba. ntah, mungkin kerana agak stress dengan kerja yang banyak. dan ingin cpt balik ke rumah, nak bergumbira bersama mak ayah dan adik2. namun alhamdulillah, ku berjaya setelkan segalanya. baru ptg td ku emel lab report kepada Dr Misni. akan ku manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya.

ye, mlm ni ialah malam nisfu syaaban. marilah kita sama2 bermuhasabah diri semula atas apa yang telah kita kerjakan sebelum ini. buatku, terlalu banyak perkara jahiliyah yang telah ku lakukan. sungguh ku kesali. Ya Allah, terimalah taubatku ini. Engkau lah Maha Penerima Taubat. sHi, masih ada lagikah sisa2 karat jahiliyah dalam dirimu?

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat Hafiz UNIC

Hati hiba mengenangkan dosa-dosa yang ku lakukan,

Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini...

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah terimalah terimalah
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

"buku baru amalan kite telah pon dibuka..buku rekod amalan kite sebelom ni insyaAllah telah ditutup utk disemak..semoga buku rekod amalan kite sebelom ni sampai ke langit tanpa sebarang halangan..walahhua'lam." (quote from 1 person)

pas maghrib jemaah bersama Kak Salwa, kami bergerak ke Jusco, hang out bersama siblings again. tapi hurm, tiba2 Hussin cancel taknak pegi, ada hal katanya. hal apakah yang lebih penting berbanding keluar dengan family? quite frustrated. benar, nak tarbiyah adik beradik sendiri mmg payah, sbb kita dah tinggal dan duduk bersama hampir berbelas2 tahun. effort yang diperlukan memang berkali-kali ganda berbanding effort tuk tarbiyah orang luar/kawan2. akhirnya kami teruskan juga plan dan dinner berempat bersama. sambil menunggu makanan, ku ke supermarket untuk membeli barang2 runcit yang ayah pesan tuk dibawa ke rumah anak yatim di Kajang esok. di kaunter bayaran:

cashier 1: akak, susu tin dan tepung ni limit boleh beli 2 unit je kak.

sHi: 2 je? ala, tak boleh ke? hm, takpelah, saya amik serba 2 je la ye.

cashier 2: manager takde, pas je la..diorg tak check pun. huhu

sHi: itula, akak bukan nak jual ni dik, akak nak sedekah pada anak2 yatim esok ni. terima kasih ye. smoga masing2 dpt pahala.

cashier 1: terima kasih ye.

alhamdulillah, rezeki bagi anak2 yatim esok. =)

* Jzkk buat Ukhti Intan dan Ain kerana sudi ziarah sHi di rumah. Siap bawak baby Nu'man lagi. sangatlah baik Nu'man ni. ku ingin membeli tshirt muslimah yang dijual, tapi takde saiz. Kak Fatonah (pembantu rumahku) pulak yg beli. untuk menantunya, wat kenangan di Malaysia katanya. hehe.. Intan ada bg assignment pada sHi iaitu hafal hadis 1 dalam hadis 40 Imam Nawawi. ye, hadis 1 berkaitan dengan segala amalan bermula dengan niat. akan sHi cuba hafalnya ya Ukht, insyaAllah! dari semalam sejak ku balik, ku tidak sihat. selesema makin menjadi2..sememangnya ku ni dustphobia. pantang kena habuk skit, mulalah. mungkin juga ku banyak main dengan Nini dan Noddy. hurm..tp takpe, sakit tu kan kifarah dosa. smoga Allah sembuhkan segera sakitku ini. =D


No comments: