Friday, August 29, 2008

usrah 1 @ 4th - Bertadabbur dengan As-Syams



syukur alhamdulillah, akhirnya usrah yang ditangguhkan (sepatutnya dirancang 3 hari lepas), dapat juga dilakukan pada malam ini dan istimewanya ianya dilakukan di bilik ku..di 4th college. dalam pukul 7.15 pm, Intan, Syikin, Yuti dan Kak Hudha sampai dgn menaiki cab, ku menjemput mereka di bawah. sebelum azan Maghrib, kami dinner bersama dengan spaghetti masakan Intan sambil berkenalan-kenalan. kali terakhir jumpa Intan ialah ketika berbuka puasa di 10th college. manakala Yuti dan Syikin ialah waktu program ISK di Kajang. dan baru pertama kali sHi berjumpa dengan Kak Hudha. Jazakillah Intan, sedap super spaghetti tu! (perkataaan gile ditukarkan kepada super ye). siap ada lebih tuk sHi n roommates makan supper karang. Intan, nanti biar sHi lak masak spaghetti tuk sume keh. hehe.. azan berkumandang, solat Maghrib berjemaah dan halaqah dimulakan.

kali ni, kami bertadabbur mengenai tafsir surah As-Syams..bak kata Syikin, surah ini sangat sweet. oh ya, pe beza terjemahan, tafsir dan tadabbur? afwan, seandainya sHi salah, sila betulkan ye. secara ringkasnya, terjemahan ialah kita direct translate ayat2 Quran. contoh yang diberikan Intan ialah dalam surah Al-Balad ayat 4.

Firman Allah:
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.
(Al-Balad 90:4)


manakala tafsir pula ialah kita menjelaskan ayat2 Quran. melalui ayat di atas, terdapat pelbagai tafsiran yang diberikan oleh alim ulama'. mungkin Allah ingin menjelaskan cara penciptaan manusia yang sangat susah dari awal. mungkin juga ayat ini mempunyai sirah di sebaliknya dan sebagainya. tadabbur pula ialah kita lebih memahami dengan lebih mendalam mengenai tafsiran ayat2 Quran tersebut. salah satu bertadabbur ialah dengan buat discussion seperti yang kami lakukan sebentar tadi.itulah pentingnya tafsir dan tadabbur kerana ayat2 Allah ini ada yang tersurat dan yang ada juga yang tersirat.

bagi sHi, setelah sHi membaca sekali lalu terjemahan As-Syams ini, ayat yang betul2 melekat di hati dan seolah-olah Allah sedang bercakap padaku ialah ayat 7. "dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna". sungguh, gementar rasanya hati ini. terasa hati ini seperti kapas basah yang mudah melekat dan bukan kapas yang kering. itulah love letters dari Allah pada kita. terasa begitu sempurna ciptaan Allah, begitu sempurna tubuh badanku, alam semesta dan seluruh makhlukNya. Subhanallah.

Firman Allah:

[1]
Demi matahari dan cahaya pagi yang terang-benderang;
[2]
Dan demi bulan yang mengiringinya;
[3]
Dan demi siang ketika ia menampakkanyya dengan jelas;
[4]
Dan demi malam ketika ia melindunginya,
[5]
Dan demi demi langit dan pembinaannya yang rapi;
[6]
Dan demi bumi dan penghamparannya yang terbentang luas;
[7]
Dan demi jiwa dan penciptaannya yang sempurna;
[8]
Kemudian Allah mengilhamkan kepadanya jalan yang kejahatan dan jalan taqwanya;
[9]
Sesungguhnya amat beruntunglah orang yang membersihkannya.
[10]
Dan sesungguhnya amat rugilah orang yang mencemarkannya.
[11]
Kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) kerana sikap mereka yang melampaui batas;
[12]
Ketika seorang yang paling jahat di antara mereka tampil tergese-gesa (untuk membunuh unta mukjizat),
[13]
Lalu Rasul Allah (Nabi Soleh) berkata kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta Allah dan minumannya,
[14]
Tetapi mereka mendustakannya, lalu mereka menyembelihkan unta itu, maka Allah pun murka dan menimpakan ke atas mereka azab yang amat dahsyat dengan sebab dosa mereka dan meratakannya ke atas seluruh mereka,
[15]
Dan Allah tidak bimbang kepada akibatnya.
(As-Syams, 91:1-15)


menurut apa yang ku pelajari malam tadi, (afwan, sekali lagi jika sHi salah, sila betulkan ye) perkataan "demi" sebenarnya merujuk kepada sumpah Allah (qasam). ia menunjukkan kekuasaan Allah. ayat 1-6 menunjukkan sifat ayat yang berpasangan (matahari & bulan, siang & malam, langit & bumi). sangat cantik turutan ayat Allah ini. dan ayat-ayat ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan ayat 7 iaitu mengenai jiwa manusia (nafs). iaitu ingin menunjukkan segala benda besar ciptaan Allah hanya boleh dikawal olehNya, dan tidak dapat dikawal oleh manusia. begitu juga dengan jiwa manusia. seterusnya ayat 8-10 umpama soalan bocor dari Allah. di mana pada ayat 8, Allah sudah memberitahu Dia telah berikan 2 jalan iaitu jalan kejahatan dan jalan ketaqwaan, manakala ayat 9 dan 10, Allah sudah berikan jawapan iaitu manusia akan beruntung jika memilih jalan taqwa dan akan rugi jika tidak memilih jalan tersebut. nah! jawapan free sudahpun diberikan oleh Allah, adakah kita masih lagi nak memilih jalan kejahatan? manakala ayat 11-15 menunjukkan contoh golongan manusia yang memilih jalan kejahatan dan akhirnya mendapat balasan cash dari Allah. iaitu golongan kaum Thamud yang tidak mendengar kata Nabi Soleh lalu menyembelih juga unta betina yang diberikan Allah sebagai mukjizat.

" Allah bersumpah dengan makhluk-makhluk dan pemandangan-pemandangan alam di samping bersumpah dengan jiwa manusia, penciptaannya yang sempurna dan ilham yang diterima olehnya. Sumpah ini meletakkan nilai yang amat besar ke atas makhluk-makhluk ini dan mengajak manusia supaya merenungi dan meneliti apakah nilai-nilai dan erti-erti dari kejadian-kejadian itu hingga mewajarkan Allah Yang Maha Agung bersumpah dengannya. Surah ini juga mengandungi kisah kaum Thamud dan perbuatan mereka yang mendustakan amaran rasul mereka Nabi Solah a.s, juga perbuatan mereka menyembelih unta mukjizat dan malapetakan yang menghapuskan mereka. Kisah kaum Thamud merupakan contoh dari kerugian yang menimpa manusia yang tidak membersihkan jiwanya, dan tidak memaksakannya menurut jalan taqwa, malah membiarkannya ditunggang kejahatan sebagaimana yang dijelaskan dalam ceraian pertama surah ini. "

Allahua'lam.

assignment yang diberikan untuk kami ialah kami harus mencari sirah mengenai kaum Tsamud dan Nabi Soleh ini serta kaitannya dengan ayat di dalam surah As-Syams. perbincangan akan dilakukan dalam usrah seterusnya, insyaAllah minggu depan.

afwan pada Intan, Syikin, Yuti dan Kak Hudha andai ada kekurangan layanan buat kalian sebentar td. inilah kali pertama sHi menjalani usrah. terasa diriku sangat cetek ilmu agama berbanding dengan kalian. jazakumullah khairan kathira akhawat sekalian. =D

1 sms received from Syikin,

Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim itu belajar akan sesuatu ilmu, kemudian dia mengajarkannya kepada saudaranya yang Muslim.
Hadis riwayat Ibnu Majah
InsyaAllah, moga ilmu yang dikongsi jadi bekalan sepanjang hayat. Jazakillah sHi!


takpe, usrah kita usrah bergerak kan. nanti kite ke ipba plak keh. insyaAllah, kita akan jumpa lagi. love all of u fillah =)

* ku rasakan sambutan hari merdeka kali ini tidak semeriah dulu, mungkin ramai yang merasainya juga. sesungguhnya fikiran kita masih lagi belum merdeka. ku tak sabar ingin menantikan saat Ramadhan muncul. bulan yang penuh barakah, bulan yang Allah berikan peluang pada kita untuk membuat amal kebajikan dan mendapat pahala sebanyak-banyaknya. bagiku Ramadhan kali ini akan berbeza berbanding Ramadhan yang lepas2. insyaAllah. =)

6 comments:

Qurratul 'Ayn said...

salam shi
kita dh update blog.. ehhee

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

wslm intan..hihi, comel super intan niii..wokeh, kang shi tgk blog intan. =D

salwa_bee said...

ramadhan kareem!
selamat menyambut ramadhan shi..
moga kita sama2 mendapat keampunan, rahmat dan redha Nya di bulan mulia ini..

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

oh dear sys..
selamat menyambut ramadhan barakah juga sys!
marilah kita sama2 rebut cari lailatul qadr. insyaAllah.

jzkk~

salwa_bee said...

btw, lupa nk ckp. this is my favourite surah! wassham si wadhuha ha... love this surah super duper. isinya begitu bermakna.

p/s: teringat pula ayah berlakon gaya ESQ :)

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

yeah, isinya penuh bermakna kan. i like it too. haha..tringat ayah wat yg part langit tu smpai berpusing2 badannye. lawak2..luv u fillah sys!