Monday, August 11, 2008

farewell party for Prof Siow =(

:: Prof Siow ::

pagi td, seperti biasa masuk ke kelas Chemistry Teaching Method dgn Prof Siow. as usual, kami sambung wat experiment topic Chemical Bonding Form 4. bagi bakal2 cikgu, kami kena try dulu semua experiment so that kita boleh tahu, experiment mane yg hanya perlu wat demo (sbb bahaya tuk students) dan experiment mana yang students dibenarkan melakukannya. apa yang menarik dalam kelas ini, kami perlu memikirkan segalanya sendiri. perlu kreatif dan guna common sense. benar kata Prof Siow di dalam kelas pertama dulu:

Prof Siow: Saya akan pastikan lepas kamu semua habis kelas saya, kamu akan dapat rasakan kelas saya ini berbeza dengan kelas Kimia di Fakulti Sains.

sungguh tepat sekali, memang ku rasakan sangat berbeza berbanding ku lakukan lab di kelas Kimia di Fakulti Sains. di sini, kami tidak diajar mengikut bulat2 method yang telah disusun dalam lab manual. kami perlu kreatif untuk menjadikan experiment lebih bermakna buat students, perlu lebih banyak tanya mengapa dan bagaimana. everytime kami buat salah (salah set up, tabung uji pecah etc), Prof Siow akan mengambil gamba kami..huhuu.. Prof Siow ni akan bagi jawapan bile dh tinggal stgh jam nak bis kelas. kebanyakan kami memang akan postpone experiment ke minggu dpn sbb tak cukup masa. teringat dialog Prof bersama ku minggu lepas ketika ku lakukan experiment di fume cupboard guna concentrated HCl:

Prof Siow: ni tangan lembut2 ni, tak takut ke. nah pakai sarung tangan ni..

satu jam kemudian setelah selesai semuanya,


Prof Siow: aik? masih lagi pakai sarung tangan walaupun dah siap..

sHi: takpe Prof, saya makin suka pulak pakai ni, taknak buang plak rasanya.

Prof Siow: tadi tak nak pakai, sekarang dah pakai, taknak buang plak..(sambil tersenyum)..

hihi...

hurm, lepas habis kelas, baru lah Prof cakap, rabu ni adalah hari terakhir dia mengajar kami. sdihnyee...rupanya kontrak Prof dengan UM dah bis. anak muridnya Dr Saadah akan replace tempatnya lepas cuti. ku penah amik kelas bersama Dr Saadah. Dr Saadah pun best, Prof pun best gak. hmmm...

Prof Siow: saya kan suka marah2 kamu, ckp itu tak betul, ini tak betul, kamu masih lagi suka saya ajar ke?

Kami semua: mana de Prof suke marah, ckp kuat je, tak sakit hati pun Prof. ala Prof, sambung lah smpai habis sem..alaaaa....

hurm, apapun, yang pergi tetap akan pergi kan. takpe2, we will be missing u Prof. u r one of lecturer that i respect most! diam2 kami kumpul duit tuk wat farewell party untuk Prof hari rabu ni. ada kek, ada kad Thank You, ada present dari kami.. thank u so much Prof. =)

No comments: