Monday, September 29, 2008

Eid Mubarak !



buat semua umat Islam di seluruh dunia, izinkan sHi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat kalian. maaf zahir dan batin lillahita'la. smoga kita ketemu lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah akan dtg insyaAllah. kepada sahabat2 fillah yang berada jauh di perantauan, Selamat Hari Raya juga diucapkan. segala kesilapan dari segi perlakuan dan percakapan samada yang sHi sedari atau tidak, harap dimaafkan.

berikut ialah amalan sunnah yang boleh kita lakukan ketika menyambut Aidil Fitri. segala di bawah ini diambil dari www.senikehidupan.com,

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri.


Sebagaimana salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, iatu ‘Ali bin Abi Thalib, ketika ditanya tentang bilakah mandi yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau menjawab: “(Mandi yang disunnahkan) pada hari Jumaat, hari ‘Arafah, hari raya Iedul Fithri, dan Iedul Adha.” (Lihat Al Wajiz, hal 47).

2) Memakai pakaian terbaik yang ada.

Imam Ibnul Qoyyim berkata dalam Zaadul Ma’ad, “Nabi memakai pakaian terbagusnya untuk solat hari raya. Beliau mempunyai pakaian khusus untuk shalat ied (hari raya) dan solat Jumaat…”

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam). Perlu diperhatikan, bahawa pakaian yang terbaik dan bagus bukan bererti pakaian yang baru!! Perkara ini perlu disampaikan kerana ada anggapan yang salah yang menyusahkan sebahagian masyarakat yang berekonomi lemah.

3) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya iedul fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

Dari Buraidah berkata: “Nabi tidak keluar pada Iedul Fthri sehingga makan terlebih dahulu. Adapun pada iedul Adha, maka beliau tidak makan sehingga pulang dan makan dari daging korban sembelihannya.” (Hasan, Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ad-Darimi dan Ahmad)

4) Berjalan Kaki Menuju Tanah Lapang.


Dari ‘Ali berkata: “Termasuk sunnah iaitu engkau keluar solat hari raya dengan berjalan kaki.” (Hasan. Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan dihasankan Syaikh Al Albani dalam Shahih Tirmidzi)

5) Menempuh Jalan Yang Berbeza ketika pergi dan balik solat.

Dari Jabir bin Abdillah berkata: “Rasulullah s.a.w apabila (berangkat dan pulang) pada hari raya mengambil jalan yang berbeza.” (HR. Bukhari 986)

6) Memperbanyakkan Takbir Sejak Keluar Rumah Sehingga Solat.


“Nabi s.a.w apabila pada hari raya Iedul Fithri, beliau bertakbir sehingga sampai lapangan (tempat didirikan solat hari raya) dan melaksanakan solat. Apabila selesai solat, beliau memutuskan takbirnya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf, lihat Ash Shahihah)

Dalam hadis ini terdapat dalil tentang disyari’atkan takbir secara kuat ketika berjalan menuju lapangan sebagaimana dikerjakan oleh kaum muslimin, sekalipun majoriti mereka sudah mulai meremehkan sunnah ini.

Seharusnya umat Islam jangan terlalu disibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Iedul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

7) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalahhu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Disebut dalam sebuah riwayat:
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446)

* going back to Jitra, my kampung tonite. smoga segalanya dipermudahkan olehNya. =)

2 comments:

Eric. said...

salam3alayk.

kullum 3am wa enti bikheir, enshaAllah (:

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

waalaikumussalam, syukran2 =)