Saturday, September 6, 2008

usrah 2 @ IPBA - Dasar-Dasar Islam (DDI)



yes!! this is what i am waiting for, evvverrry week. U.S.R.A.H!!! best sgt2..=) u will know how wonderful usrah is if u join us. jom la join la!!! here the story goes...

around 6.50pm, Intan dan Kak Hudha datang mengambilku dengan menaiki kete (Bahasa Arabnye kereta/kenderaan ialah saiyyarah). kami terus gerak ke IPBA. it is located next to UM. tak jauh pun. but during Ramadhan season, jalan memang jammed, sesak plus hujan yang turun renyai2, so agak lewat kami sampai. that was my very first time menjejak kaki ke IPBA. bestnye bilik diorgg...7th floor, angin kuat, luas, macam rumah, ada living hall, bedrooms, kitchen and balcony as well. memang kalah la bilik kat 4th ni. huhu..

sambil membantu menyiapkan juadah berbuka, kami mulakan sesi ta'aruf. ada yang sudah ku kenal, ada yang belum. yang belum kenal terasa rapat, dan yang dah kenal lagi bertambah erat rasanya. begitulah jika ukhwah kerana Allah ni. sweet~

selepas berbuka dengan kuih muih yang banyak (kurma, dadih, puding cocktail, roti telur, cucur goreng dll), kami solat berjemaah Maghrib bersama. barulah kami makan nasi di dalam dulang bersama. disambung pula dengan solat Isya' dan tarawih berjemaah. Kak Wan dipersilakan tuk menjadi imam tarawih. sungguh syahdu pabila dengar beliau membacakan surah. khusyuk pabila kita sudah mengetahui makna setiap perkataan yang kita baca.

sesudah tarawih, kami mula lakukan halaqah (bulatan) dengan lapan orang.(syikin, sHi, intan, yana, yuti, mazni, shafikah dan kak hudha). usrah dimulakan dengan tadarus surah Al-Hujrat dan membaca terjemahannya. surah ini sebenarnya Allah banyak menerangkan mengenai kasih sayang sesama manusia. antara ayat-ayatnya ialah:

Firman Allah:

[49.10] Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

[49.12] Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

[49.13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

setelah itu, disambung pula dengan discussion mengenai handout yang diberi oleh Syikin iaitu mengenai Dasar-Dasar Islam (DDI). karangan ditulis oleh seorang tokoh yang bernama Abul A'la Maududi, seorang Islam warganegara Pakistan yang mendalami bidang kewartawanan. meninggal dunia pada tahun 70-an. buku DDI ini sebenarnya merupakan himpunan khutbah Jumaat yang disampaikan olehnya semasa hayat beliau. antara isi yang sempat kami kupas bersama ialah mengenai:

1) Kurnia Allah yang terbesar: di mana setiap Muslim yakin bahawa kurnia Allah yang terbesar di dunia ialah agama Islam. Allah sendiri telah menyatakan Islam sebagai kurniaNya yang terbesar yang diberikanNya kepada hambaNya seperti dalam Al-Quran,

Firman Allah:

...Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu... (Al-Maidah 5:3)


Ayat ini merupakan ayat terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W sebelum baginda wafat. Ayat ini dibaca ketika Rasulullah memberikan khutbah Jumaat yang terakhir sebelum baginda wafat.

2) Cara untuk memperlihatkan rasa terima kasih kita kepadaNya adalah dengan menjadi orang Muslim yang benar. Bagaimanakah caranya? Adakah sudah memadai bagi kita jika kita hanya menjadi baik? Adakah cukup bagi kita jika kita seorang sahaja di dunia ini yang baik dan di sekeliling kita masih lagi perkara jahiliyah dilakukan?

Persoalan ini ditanyakan kepada kami dan masing2 memberikan pendapat dan cerita yang berkaitan dengannya. discussion akan disambung pada usrah akan datang. sedar tak sedar, jam hampir menunjukkan pukul 11 malam. kami tutup majlis, bersalaman, berpelukan dan bersiap tuk balik.

* sebenarnya, ada sebab mengapa kali ini diriku menceritakan secara details tentang program hari ini. kerana ingin ku buktikan dan tunjukkan bahawa usrah yang ku pergi bukan main2. aktiviti yang kami lakukan bersama adalah ikhlas, ukhwah persahabatan kerana Allah dan betapa mereka semua ini berebut untuk berithar (melebihkan sahabat berbanding diri sendiri). hilang penat ku bila berada di sisi sahabat yang seperjuangan serta ilmu di dada yang makin bertambah. =D

mata, kaki, kepala dan badanku harus berehat. panjang sungguh perjalanan ku hari ini. dari chemistry lab 5 jam hingga ke Masjid Jamek dan ke IPBA. banyak yang ku pelajari. smoga ku tetap istiqamah di jalan lurusMu ini ya Allah. ku berdoa...

5 comments:

Qurratul 'Ayn said...

insyaallah lepas ni kita usaha utk berusrah stiap minggu... ameen!!!

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

hehe...surely intan..surely. jzkk! =D

Anonymous said...

shi =) k mas ni.. glad to read your perkembangan =)

sHi sYaHirAH HaNiM iDRiS said...

salam kak mas, hey..
syukran kak mas. smoga shi istiqamah. nway, barakallah for the gud news! =)

yanna-x ukm said...

salam.shi moga terus thabat di jalan yg lurus ini.kasihnya Allah kpd kita dengan memilih kita berada di jalan ni dan merasai nikmat yg paling besar ni, islam yg syumul.moga kita tergolong sebagai hamba-Nya yg bersyukur.best la blog shi ni