Wednesday, September 17, 2008

Nuzul Quran - 17 Ramadhan



selang waktu selepas 4 rakaat menunaikan terawih, seperti biasa Balai Islam akan menyelitkan tazkirah ringkas untuk manfaat bersama sebelum menyambung lagi 4 rakaat dan witir. dan pada malam ini, diceritakan serba sedikit tentang Nuzul Quran yang berlaku pada 17 Ramadhan. na za la, kata akar bagi perkataan turun dalam Bahasa Arab. Al Quran diturunkan beransur-ansur mengikut peristiwa. Al Quran diutuskan oleh Allah S.W.T melalui malaikat Jibril (sahabat karib Nabi) kepada Nabi Muhammad S.A.W. seperti ramai yang sedia maklum tentang seerah Nabi ini, baginda mendapat wahyu pertama di Gua Hira'. Gua Hira' ini telah diperkenalkan oleh bapa saudaranya sendiri iaitu Abu Talib yang pada waktu ketika itu merupakan pembesar Mekah. ketika itu, Nabi ke sana untuk mencari2 petunjuk dan cahaya kerana pada waktu itu, penduduk Mekah semuanya melakukan perbuatan jahiliyah seperti membunuh anak perempuan yang dianggap tidak berguna, minum arak dan melakukan maksiat di depan Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail. tiba2 dtg lah satu lembaga yang tidak pernah dilihat baginda. Baginda ialah seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis). Wahyu pertama yang diturunkan tidak lain tidak bukan ialah surah Al-'Alaq ayat 1 hingga 5.

Ustaz Yazid yang baru sampai pun datang menyambung tazkirah mengenai Badar Kubra. Perang pertama umat Islam. 313 umat Islam versus 1000 tentera Musyrikin. Allah membantu umat Islam dengan mendatangkan bantuan dari langit iaitu para malaikat. perang dahulu bukan seperti perang sekarang yang hanya menekan picu dan punat bom sahaja boleh membunuh nyawa yang tidak berdosa. perang dahulu seperti Perang Badar, Nabi menyuruh 3 orang bapa saudaranya mara ke depan untuk berlawan dengan 3 orang Musyrikin. Saidina Hamzah versus Syaibah, Saidina Ali versus Walid, Saidina Ubaidah versus Utbah. Hamzah dan Ali menang manakala Ubaidah mati syahid. di sini kita boleh nampak di dalam perjuangan, Nabi memilih dan menyuruh saudara-saudaranya yang mempunyai pertalian darah dahulu untuk mara ke depan. bukan seperti zaman sekarang, yang hanya apabila senang sahaja ingat saudara mara. bila susah, entah ke mana perginya.

melalui Perang Badar ini, Ustaz Yazid menyimpulkan bahawa ada 4 perkara yang kita boleh contohi untuk mengembangkan Islam:

1) Nabi Muhammad berfikiran terbuka. walaupun baginda seorang Nabi, berkuasa lakukan apa sahaja, namun baginda tetap bermusyawarah dan mendengar pendapat para sahabat.
2) Tawakkal pada Allah. sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membantu kita.
3) Semangat setiakawan Nabi dengan para sahabat yang tidak berbelah bagi.
4) Semangat pemuda Badar yang berjiwa besar.

Antara peristiwa lain yang berlaku ketika Ramadhan ialah:

1)Perang Ahzab
2)Fathul Mekkah
3)Perang Ain Jalut (Perang Mongolia)- afwan, tak bape tahu sgt ttg ini
4)Perang Salib (Salehuddin Al-Ayyubi jd hero Islam)

Wallahua'lam.

Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:2-3)


* inilah yang sering ku takuti. amat takut. Jauhilah daku dari perkara ini ya Allah. kadang-kadang ku lupa, ku leka, ku lalai dengan dunia. rasa jauh denganMu. jauhilah diriku dari penyakit wahan (cinta dunia takut mati). Ya Allah Tuhan yang membolak balikkan hati, Kau tetapkanlah hati ku di jalan agamaMu ini.

"kite tidak mendidik seseorng jika kite sendiri tak mendidik diri kite ke tahap yg lebih baik...'jadikan hari ini lebih baik dr hari semlm...utk kite berada dlm golongan yg beruntung"


Perkenankanlah doaku ya Allah...

2 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=lsj9GPd5YTg&feature=related

very beautiful.

sHi said...

jazakallah,
what a small boy with a beautiful voice he has. gifted from Allah. may he will be the next mujahideen. insyaAllah.