Saturday, September 13, 2008

Kursus Pengurusan Jenazah @ 4th



lebih kurang 9.15am, ku dan Tini ke Dewan Santapan untuk mendaftar Kursus Pengurusan Jenazah. ku sendiri tidak percaya, selama 4 tahun di 4th, setiap tahun kursus ini dianjurkan oleh Balai Islam namun tidak ada sedetik pun hatiku ini ingin memasukinya. syukur alhamdulillah ku panjatkan pada Allah kerana membuka hatiku untuk memasukinya pada tahun akhir ku di UM. dulu ku tidak tahu apakah pentingnya pergi kursus sebegini. baik tidur atau buat keje lain di bilik. namun sekarang, sudah tidak perlu dikatakan lagi, program sebeginilah yang membuatku tertunggu-tunggu walaupun badan ini agak letih. semuanya kerana ingin mencari ilmu dan ganjaran pahala sebanyak yang mungkin sebelum nyawa diambil semula oleh Allah. lillahita'ala.

Taklimat dijalankan oleh Ustaz Hj Sujak yang sememangnya dari umurnya sudah ku tahu beliau mempunyai banyak sangat pengalaman tentang kursus ini. projek ini memang boleh dikatakan berjaya kerana pengurusannya sangat bagus. berbekalkan wang RM5 yang diminta oleh setiap peserta, AJK program ini memberikan kami pocket file disertakan dengan pen, kertas kosong, slideshow Power Point bertajuk Pengurusan Jenazah Muslim (dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), sijil serta kain kosong untuk praktikal mengkafankan jenazah. pada awalnya, kami diperlihatkan dengan video yang telah disediakan oleh Ustaz. Nauzubillah min zaalik, itu sahaja yang boleh ku katakan. video yang memaparkan bagaimana mayat di dalam kubur menggigil kesakitan sehingga terbeliak bulat matanya. seperti kata Ustaz, ada manusia mati yang ingin hidup semula semata-mata untuk buat amal soleh. namun segalanya sudah terlambat.


"Taubat ialah kabel besar untuk kita dapat syurga Allah. Untuk menanamkan dalam diri ada rasa insaf akan perbuatan yang lalu, tambahkan lagi amal kebajikan, banyakkan amalan sunnah"


Allah, ku mohon ampun padaMu. sungguh ku bertaubat padaMu, ku kesal dengan segala perbuatan jahilku yang lalu Ya Ghafur.

Antara isi kandungan Power Point presentation yang diberi ialah:

Adab Ziarah Orang Sakit:

1)Sunat menziarah supaya dapat menghiburkan hati pesakit, beri nasihat dan mintanya banyakkan bersabar dan redha atas ujian Allah supaya dapat pahala yang banyak, dapat juga menjadi sebagai kifarah dosa.
2) Tidak menziarah terlalu lama, tidak berbual kosong dan membuat bising
3) Doakan supaya cepat sembuh, baca Selawat Shifa'
4) Sunat menitiskan air ke mulut pesakit

Adab Ziarah Pesakit Nazak:

1) Ajarkan Kalimah Syahadah, hanya Lailahaillallah
2) Baca surah Yaasin dan Ar - Ra'd
3) Mendoakan pesakit

Kewajiban dalam Mengurus Jenazah (4 steps):


Mandi jenazah --> Kafankan jenazah --> Sembahyangkan jenazah --> Kebumikan jenazah

Barang-barang yang perlu untuk satu jenazah:

14 stgh meter kain putih, 4 gulung kapas (dibahagikan kepada 9 keping), 1 kotak kapur barus + 3 bungkus serbuk cendana (dicampurkan bersama bertujuan untuk mewangikan jenazah), 1 ketul sabun (dipotong dua untuk mandikan jenazah), 1 botol air mawar, 2 botol kecil minyak atar, 1 biji balang air (dibungkus dengan kain dan dimasukkan air dan bunga), gunting, tikar, payung, 2 biji sarung bantal kecil (diisi dengan daun pandan yang dipotong 1 inci), 11 batang sugi (dari kain putih), 2 helai sarung tangan, 3 helai kain batik lepas, 2 helai kain batik sarung dan 1 helai tuala.

seperti kata Ustazah Aisyah, memandangkan kematian ini selalunya tanpa disangka, tuan rumah selalunya tidak prepare dengan segala keperluan. maka, segala barang keperluan ini boleh lah dibeli 1 set complete di Masjid Bulat di area Petaling Jaya dengan harga RM300.

ketika praktikal di Balai Islam, Ustazah yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman memandikan pelbagai jenis jenazah ini termasuklah jenazah yang menghidap AIDS menunjukkan dengan detail sekali bagaimana ingin menyediakan kain kafan bagi jenazah wanita. perlu ada cadarnya, buat baju, kain, telekung, anak telekung dan tali. terlalu rumit jika ku ingin huraikan di sini kerana ianya praktikal. selepas itu, barulah ditunjukkan cara memandikan jenazah wanita. Ustaz juga ada katakan ketika hayat suami isteri, si isteri menyediakan baju, seluar dan kot untuk si suami, segalanya diuruskan dengan baik, namun ketika si suami itu mati, adakah jenazah si suami itu mendapat pengurusan yang baik sama seperti di waktu hayatnya??? Ustazah pula menambah, kita sayang suami kita sampai akhir hayat, maka lebih elok jika kita yang memandikannya dan mengkafankannya kerana segala rahsia suami kita sahaja yang tahu dan kita sahaja yang akan jaga. seperti mana Ustazah melakukan pada arwah suaminya dahulu.

selepas berhenti untuk solat Zuhur berjemaah, kami lakukan praktikal solat jenazah. 4 takbir di mana takbir pertama membaca Al Fatihah, takbir kedua membaca selawat, takbir ketiga membaca "Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum" dan takbir terakhir sebelum memberi salam ialah dengam membaca doa. hatiku sebak tika mengikut Ustaz membaca doa ini. seolah2 jenazah mak ayah ku berada di depan ku. selepas itu, Ustaz Sujak membacakan talkin dalam Bahasa Melayu kepada kami. talkin ini sebenarnya dibacakan adalah untuk memberi peringatan kepada orang yang masih hidup agar mengingati mati dan supaya melakukan amalan untuk bekalan di akhirat kelak. Ustaz juga ada memberitahu bahawa makruh perempuan mengiringi jenazah ke tanah kubur kerana perempuan perlulah menjaga aurat dan pergaulannya dengan lelaki ketika itu. namun, ia adalah sunat bagi wanita untuk menziarah kubur selepas itu.

sungguh ku kagum dengan Ustazah Aisyah dan Ustaz Sujak. bukan senang ingin menjadi orang yang memandikan jenazah. segala aib si mati haruslah ditutup dan tidak diceritakan pada orang lain. malah, di bibir Ustazah tidak pernah lekang membaca Bismillahirrahmannirrahim ketika sedang menerangkan kepada kami satu demi satu prosesnya. Jazakumullah khairan kathira buat kedua2nya.

Menanti di Alam Barzakh - Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,


Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Juga Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untukku Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Di alam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,




8 soalan bocor yang boleh kita hafal di dunia, namun adakah kita pasti kita boleh jawab ketika di soal oleh Mungkar dan Nakir di dalam kubur kelak ???


1) Siapakah Tuhanmu ? Allah Tuhanku
2) Siapakah Rasulmu ? Muhammad Rasulku
3) Apakah agamamu? Islam agamaku
4) Apakah ikutanmu? Kitab Suci Al Quran ikutanku
5) Apakah kiblatmu? Baitullah kiblatku
6) Apakah yang diwajibkan ke atasmu? Solat, puasa, zakat dan menunaikan haji adalah yang diwajibkan ke atasku
7) Siapakan saudaramu? Semua orang yang beriman ialah saudaraku
8) Apakah pegangan hidupmu? Kalimah Lailahaillallah pegangan hidupku

Ya Rasulullah, izinkanlah aku minum di Telaga Kausar, telagamu itu Ya Habibullah...

Allahummakh timlana bi husnil khatimah wa la takhtim 'alaina ya Allah bi suil khatimah
( Ya Allah Tuhan kami, akhirilah kami dalam pengakhiran yang baik dan janganlah Engkau akhiri kami dalam pengakhiran yang buruk)

Allahummainna nas aluka rido ka wal jannah wa nauzubika min sakhoti ka wannar
( Ya Allah Tuhan kami, masukkanlah kami dalam syurga dan jauhilah kami dari seksaan api neraka)


" Selamat berpisah dan Selamat Tinggal Wahai Dunia "

* akhir sekali, kami dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan diberi kain untuk praktis memotong kain tuk menyediakan baju, kain dan sebagainya untuk jenazah yang ingin dikafankan. lebih kurang 4 stgh petang segalanya selesai. syukran jazilan juga diucapkan kepada adik2 usrah ku yang turun untuk program ini. rugikan sape yang tak pegi? nanti kite cite kat diorg pe yang kita dah belajar keh. As dah ada pengalaman jadi mayat kan? hehe..=D

No comments: