Wednesday, December 31, 2008

usrah kabilah 3 @ Puchong


selepas saja selesai program, kami solat Asar berjemaah dan terus mulakan usrah kabilah kami. usrah yang terakhir sebelum masing2 masuk semula ke pusat pengajian. sedih pun ada ingin meninggalkan sisters yang sudahpun kenal hampir sebulan. tambah2 lagi ikatan ukhwah itu makin bertambah eratnya apabila menguruskan kem ini bersama. kami mulakan dengan Tafsir Surah Al-Kafirun oleh sHi. ku jadikan Tasfir Fi Zilal dari Syed Qutb sebagai rujukanku. ramai orang membaca surah ini, malah budak2 pun hafal surah ini. namun berapa ramai yang tahu, sebab nuzulnya (terturunnya) surah ini? ada peristiwa di sebaliknya yang membuatkan surah Al-Kafirun ini diturunkan. mari kita serba sedikit mengetahui pokok pembicaraan surah ini seperti yang ditulis oleh Syed Qutb.

Pokok pembicaraan Surah Al-Kafirun:

Aqidah orang Arab dirosakkan oleh kepercayaan syirik. Mereka tidak mengingkari kewujudan Allah, tetapi mereka ini tidak mahu mempercayai bahawa Allah itu Esa. mereka menyembah berhala dan letakkannya di sekeliling Kaabah kerana menganggap berhala ini melambangkan malaikat yang dianggap sebagai puteri Allah. ini bertujuan supaya dapat mendekatkan diri mereka dengan Allah. di dalam setiap sumpah dan doa-doa mereka, mereka tidak lupa untuk berkata "Demi Allah" dan "Wahai Allah". tetapi keimanan mereka ini telah dirosakkan oleh kepercayaan syirik oleh adat resam mereka sehinggakan mereka memperuntukkan satu bahagian dari hasil-hasil tanaman dan ternakan kepada berhala2 tersebut.

Sebab nuzulnya Surah Al Kafirun:


Seperti mana yang diceritakan juga dalam Raheeq Makhtum, oleh kerana cara kekerasan yang dilakukan oleh kaum musyrikin tidak dapat menggagalkan usaha Nabi Muhammad untuk menjalankan dakwah, maka mereka membuat keputusan untuk memujuk Rasulullah S.A.W supaya bersetuju dengan satu jalan tengah iaitu dengan mencadangkan supaya Muhammad bersetuju menyembah tuhan-tuhan mereka dan sebagai balasan, mereka juga akan menyembah tuhan Muhammad. ada juga satu lagi riwayat menceritakan mereka membuat tawar menawar dengan Nabi iaitu Nabi yakni muslimin menyembah tuhan mereka setahun dan mereka pula akan menyembah tuhan Muhammad selama setahun juga. maka Allah menolak tawaran ini secara terang-terangan dengan terturunnya ayat ini.

Firman Allah:

[109.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!

[109.2] "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

[109.3] "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

[109.4] "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

[109.5] "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

[109.6] "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

(Al-Kafirun, 109:1-6)

surah ini ingin menunjukkan bahawa tidak ada tawar-menawar dalam urusan aqidah dan tiada titik pertemuan di antara orang mukmin dan orang kafir. menurut Syed Qutb, perpisahan yang jelas ini perlu kepada daei seperti kita dan kepada mereka yang didakwah untuk memahami. jika kita lihat di Malaysia terutamanya, kefahaman jahiliyah telah bercampuraduk dengan kefahaman keimanan. seperti ada orang yang memakai tudung, tapi tak solat. ada juga orang yang berpuasa di siang hari tapi pergi clubbing di malam hari. begitu ingin menceritakan bahawa kita haruslah mengetahui bahawa jahiliyah tetap jahiliyah dan islam tetap islam. tidak ada jalan di tengah2. perlu memilih samada kiri atau kanan. baik atau jahat. syurga atau neraka. satu-satunya jalan keluar ialah tinggalkan keseluruhan jahiliyah dan pindahlah ke dalam islam juga secara keseluruhan.

ku teringat beberapa ayat Allah yang berkaitan juga dengan ini. satunya ialah dalam surah As-Syams dan satu lagi ialah dalam surah Al-Ahzab,

Firman Allah:

Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya.
(As-Syams, 91:8)

Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya...
(Al-Ahzab, 33:4)


reflect diri kita semula: masih adakah sisa2 karat jahiliyah dalam diriku ini? Astaghfirullahal'azeem.

seterusnya, Kak Aisyah pula dalam part Akhbar Islami ialah tak lain dan tak bukan tentang saudara seiman kita iaitu di Palestin sana. (akan diulas di post yang lain insyaAllah)

diteruskan pula oleh Sabrina dengan Tazkiratun Nafs iaitu pengisian jiwa dengan beberapa peringatan yang boleh direnung kembali oleh kita. salah satunya, ialah jangan kita berasa sayang untuk pergi menjalankan dakwah atau mendengar majlis2 ilmu walaupun kita sudahpun dengar perkara yang sama beberapa kali kerana dunia ini hanya lah temporary tapi syurga itulah yang eternity, abadi selamanya. juga jangan merasa senang berada di comfort zone kita sekarang, punya katil untuk tidur, makanan mewah, pakaian baru, ada aircond untuk menyejukkan badan, ada heater untuk memanaskan badan, punya air minuman yang bersih dan sebagainya. bandingkan kita dengan di Palestin sana ??? lastly, tentang menghargai masa. kita akan sangat menghargai masa walau satu bulan jika kita ialah ibu yang mengandungkan premature baby. kita akan sangat menghargai masa walau satu minit jika kita ialah orang yang terlepas tren. kita akan sangat menghargai masa walau satu saat jika kita ialah pelumba lari pecut 100 meter.

jazakillahu khayr pada Kak Ai kerana sudi drive hantar kami balik dari Kajang, ke Cheras, pastu ke Bangi lak. bertolak pukul 6 sampai Bangi pukul 10 malam. banyak sangat tempat persinggahan tuk hantar sisters selamat sampai depan rumah. dapat gak Kak Ai & Azwa makan mee sup tulang makcik sHi wat kan? =D hingga ketemu lagi enshaAllah. moga Allah teguhkan hati2 kita ini untuk terus tsabat. Ameen.

2 comments:

Adibah S said...

syabbas syi. Teruskan usha syi dan enjoy ya!

sHi said...

alhamdulillah~semoga kite semua istiqamah dalam jalan ini, dibah.