Monday, January 5, 2009

Rehlah @ Taman Jaya


pada hari Ahad pagi, kami dari UM beramai2 berehlah di Taman Jaya, taman buatan yang amat cantik pemandangannya. rehlah ini memang sangat santai namun bermanfaat. sampai di sana subhanallah rupanya lagi ramai akhawat yang kebanyakannya adik2 hadir dari UKM dan IPBA yang sudah pun tiba dan buat halaqah. memang meriah Taman Jaya dibuatnya. memang kalah nyanyian dan tarian di pentas sebelah dengan kehadiran kami. dengan makanan yang memang sedap2, sandwich, karipap buatan sendiri Siti Warwick (yang belum pernah sHi jumpa) dan spageti masakan akhawat di Fateh. selepas sesi bertaaruf, akhawat dari UKM dan IPBA jalankan program explorace dan kami jalankan games untuk taaruf. sedang makan, seperti biasa, pasti ada ayat2 Allah yang ingin dikongsi bersama.

Firman Allah:

Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah (Allah), kerana itu berjalanlah kamu ke (segenap penjuru) bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan (rasul).
(Ali Imran 3:137)


di sini Allah menyuruh kita berjalan ke mana sahaja tempat yang ada di bumi ini untuk memuji kebesaran Allah dan berkenal-kenalan dengan lebih ramai orang. Fasiru fil ardh (berjalan di bumi). dalam pukul 1.30pm kami bertolak kembali ke UM. kali ini dengan kedatangan akhawat yang ramai dan perancangan yang agak mengejut, maka kami tidak dapat bergabung bersama untuk lakukan satu program bersama. insyaAllah pasni buleh la kite join sama main explorace tu ye. uhibbukum fillah~


* di sini ingin merakamkan ucapan terima kasih buat kedua2 adik angkatku Bazlin dan Lai, kalian tidak pernah lupa untuk celebrate hari lahir akak sepanjang perkenalan kita ini. syukran jazilan. sempat juga kami berusrah informal bersama. seperti yang akak katakan pada Lai dan Bazlin, islam tidak menyekat keistimewaan yang ada pada seseorang itu. kan Nabi pernah bersabda, manusia ini ibarat logam. baiknya dia di zaman jahiliyah, baiknya juga dia di dalam islam, jika dia faham. jadi marilah kita sama2 gunakan keistimewaan kite itu untuk islam. moga kita semua akan mendapat kemanisan iman bersama. insyaAllah.


No comments: